Monday 27 February 2012

KENANGAN LAMA 

Ada sesiapa yang kenal mereka yang berada di dalam gambar ini?Ini mungkin ibu kita atau opah kita dan mungkin juga saudara mara kita.Saya tidak tahu tarikh gambar ini diambil.Tapi tempatnya di Sekolah Dewasa Kg Air Papan Tg Tualang. Bangunan sekolah itu lebih dikenali sebagai Sekolah Cawangan.

Mari kita sama sama lihat 




GAMBAR TAHUN 1959


 Dari apa yang saya diberitatahu oleh ibu saya,ramai antara yang berada didalam gambar itu sudah pun meninggal dunia.Antaranya opan tijah dan mak sedara saya) wa.

Sunday 19 February 2012


KEGEMARAN ISTERIKU

Isteriku masa bujang sampai le baru baru kawin cukup suka dengan menyulam Crosstech ( betoi ke ejaannya ) Ni teman sajikan antara hasil kerja tangannya


                                                             




Monday 13 February 2012


KEMBARA CM BIKERZ KE TELUK BATIK





TARIKH : 24 JANUARI 2012.
MASA : 7.30 AM  -  3.30 PM.
LOKASI MULA : DEPAN SMK DB CM YUSUF TG TUALANG.
LOKASI TUJUAN : TELUK BATIK DAN LUMUT.

Pada mulanya CM BIKERZ bercadang nak berkonvoi ke Sungkai.Nak pi kolam air panas kat Sungkai.Mulanya ramai yang nak pi sekali.Tapi perubahan saat akhir menyebabkan ramai yang tidak dapat turut serta.Akhirnya hanya lima orang saja yang setuju untuk pergi berkonvoi.Kami mengubah haluan untuk pergi ke Teluk Batik.Peserta yang terlibat ialah;
1. Shamsul
2. Zarul Hafiz
3. Faezal Azmi
4. Sahrizal
5. Khairul

Kami bergerak lebih kurang pukul 7.45 am.Singgah kat kedai Kak Nini untuk sarapan pagi.Kami pergi ke Teluk Batik mengikut jalan Tg Tualang - Kg Gajah - Bota - Teluk Batik/Lumut.Jarak jelajahan kami cuma lebih kurang 130km sehala.
Lepas sarapan kami memulakan perjalanan.Didahului oleh Cikgu Shamsul.Kelajuan penunggangan kami cuma antara 80km - 100km.Kelajuan yang selamat dan menjimatkan minyak.Tu pun jarang kelajuan kami mencecah 100km.
Sepanjang perjalanan kami ke destinasi kami dihidangkan dengan kehijauan ladang kelapa sawit serta sawah padi.Laluan kami memang kurang gangguan sebab masih pagi dan kurang lampu isyarat.Kalau kami mengikut laluan Sri Iskandar memang kami akan tersangkut pada lampu isyarat yang banyak di sepanjang laluan Sri Iskandar - Bota.

Kami berhenti di Stesyen Petronas Ayer Tawar sekejap untuk rehat dan membuang apa yang terkumpul.Masa itu digunakan untuk membetulkan pinggang dan mana mana anggota badan yang lenguh dan dah nak jem.Terutama kat pinggang.Maklum dah tua.

Kami sampai kat Teluk Batik dan berehat sekejap.Tak mandi pun.Cuma tengok gelagat manusia yang sedang merehatkan minda.Seronok tengok anak anak yang bermesra dengan ahli keluarga.Suasana macam inilah yang diperlukan oleh ketua keluarga untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan.Anak anak muda dengan gelagat mereka.

 
 
Cuma ada satu kemuskilan yang teman dapat semasa teman berada di Teluk Batik.Ada atau tidak lesen pengusaha pengusaha bot yang menjalankan perniagaan mereka di sekitar pantai?Kalau ada tu bagus le tapi kalau tak ada maka pelancung yang menggunkan khidmat mereka tidak dilindungi insuran.Jadi kan merbahaya tu.

Lagi satu kan bagus kalu dibuatkan tempat khas untuk pengusaha pengusaha ini beroperasi supaya dapat mengelakkan kemalangan?

Lepas berahat di Teluk Batik kami meneruskan perjalanan ke Lumut untuk menikmati pemandangan Bandar Tentera Laut.Di sana kami berjalan sepanjang pantai dan berehat selepas kami masuk ke kedai sukan Al-Ikhsan.Lama juga kami berehat dan menikmati pemandangan sampai lupa nak makan.Kami mengubah rancangan untuk makan.Kami bersetuju untuk makan di Sri Iskandar dalam perjalanan balik nanti.Jadi kami makan disebelah petang le jawapnya.Cadang nak masuk ke Muzim Kapal tapi kami batalkan sebab dah terlajak masa.
Balik kami singgah Sri Iskandar dan makan di Restoran Vanggey.Kalo dah masuk Restoran Vanggey ni pa lagi makan Nasi Kandar le.Sedap juga makan kat sini.Lepas makan kami bergerak pulang dan sampai Tg Tualang lebih kurang pukul 3.30 pm.












Sunday 12 February 2012

ADUH ..... SAKITNYA GIGITAN KUCING


Pada hari Isnin malam bersamaan dengan 6 hb Feb 2012 berlaku satu insiden yang melibatkan anak bungsu dengan seekor kucing.Kucing tu bukan teman bela tapi memang besa tido baring kat kaki lima rumah teman.Jadi nak dijadikan hal kucing tu bergaduh dengan kucing yang lain.Jadi tengah sedap bergaduh tu datang le anak yang bungsu konon nak meleraikan pergaduhan tu.
Kita pun tau kucing kalo tengah bergaduh bukan boleh dipegang.Kalau dipegang dia akan melawan kita balik.Jadi disebabkan anak bungsu tu pegang kucing tu maka kucing tu dah melawan balik.
Akibatnya tangan kanan anak bungsu teman kena gigit.Dalam juga gigi dia masuk kat tangan anak teman tu.Anank teman menjerit dan ibu dia datang tengok.Isteri teman buat le apa yang patut.Kemudian isteri teman sapukan minyak gamat.Malam tu anak teman lena tidonya.
Tapi esok pagi teman tgok tangan kanan anak teman bengkak.Teman rasa ni tak boleh jadi,teman bawak pi Klinik Lim.Doktor Lim bagi ubat tahan sakit,antibiotik dan ada 2 lagi ubat.Teman bagi le ubat tu ikut aturan yang diberikan.
Sampai hari Jumaat bengkak tak hilang lagi.Jadi hari Jumaat lepas Sembahyang Jumaat teman bawak pergi ke Klinik Kesihatan Tg Tualang jumpa doktor.Lagi sekali dia dibagi ubat yang hampir sama.Kena le lagi anak teman tu makan ubat.Nasib baik senang nak makan ubat.Semalam da kurang sikit bengkaknya tapi masih lagi dapat dilihat sampai hari ini.Semoga ok le nanti



                                     Tangan anak yang masih bengkak.


                                            kesan gigitan bahagian atas lengan kanan


                                       kesan gigitan di bawah lengan kanan

                                                      
                                                       kesan cakaran kucing



                                                          kesan gigitan kucing





Thursday 9 February 2012









HIMPUNAN MUTIARA KATA


1.   BAGI ORNG YANG BERKEMAHUAN,TIADA SATU PUN YANG MUSTAHIL.


2.   LEBIH BAIK MATI HANGUS TERBAKAR DEMI TANAHAIR DARIPADA HIDUP DI BAWAH PENJAJAH.


3. APABILA ENGKAU TAAT KEPADA NAFSU KEMARAHAN BERMAKNA ENGKAU MEROSAKKAN KESOPANAN.

4. MEWARISKAN ANAK DENGAN ILMU LEBIH BAIK DARIPADA MEWARISKAN ANAK DENGAN HARTA,EMAS DAN PERAK.

5. JANGAN BIMBANG MENGHADAPI SEGALA PENDERITAAN KERANA SEMAKIN HAMPIR MENCAPAI CITA CITA,SEMAKIN BANYAK PENDERITAAN AKAN DITEMPUHI.

6. PINTU KEHIDUPAN ITU SUDAH PASTI MEMERLUKAN KUNCI ILMU PENGETAHUAN.




 
7. JANGAN CEPAT BERKAWAN,TETAPI SEKALI MENJADI KAWAN, PELIHARALAH HUBUNGAN ITU BAIK-BAIK DAN JANGAN SAMPAI PUTUS.

8. PERMULAAN MARAH ITU ADALAH GILA, KESUDAHANNYA ADALAH MENYESAL.

9. ORANG YANG MISKIN SEBENARNYA YANG YANG TIADA BERHARTA TETAPI ORANG YANG RENDAH AKHLAK DAN BUDI PEKERTINYA.

10. KEMAHUAN SANGAT PENTING KERANA AKSI DAN KERJA BIASANYA MENGIKUT KEMAHUAN; DENGAN KEMAHUAN KITA MEMBUKA PINTU KEARAH KEJAYAAN,

11. KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMINYA,MANAKALA KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP IBUNYA DAN KEMUDIAN INTERINYA DAN TANGGUNGJAWAPNYA.

12. JAUHI MANUSIA YANG BERMULUT MANIS MELEBIHI MADU TAPI HATINYA BERKARAT DAN KHIANAT.

13. MANUSIA YANG KURANG AKALNYA IALAH ORANG YANG MENGANIAYA ORANG YANG LEBIH LEMAH.

14. KESEMPURNAAN LIDAH IALAH KECANTIKAN MANUSIA.

15. JANGAN KITA MEMBUANG WAKTU WALAU SEMINIT PUN UNTUK MEMIKIRKAN ORANG YANG KITA TIDAK SUKAI.

16. SIFAT MANUSIA SUKA MENCARI KESEMPURNAAN WALAUPUN HAMPIR MUSTAHIL UNTUK MENDAPATKANNYA.



Wednesday 8 February 2012

BERCUTI DI PULAU PANGKOR

Percutian ini dirancang oleh kakak.Kami ke sana dengan 3 buah kereta dan menginap di Seri Bayu Beach Resorts.Kami bercuti selama 3 hari 2 malam.Besoknya pulak datang 2 keluarga lagi.Jadi semua keluarga Abdul Rani bercuti di Pulau Pangkor.Seronok sangat bila semua ahli keluarga berkumpul.

Hari pertama cuma berehat dan melihat keletah anak2 n anak2 sedara yang mandi dikolam dan laut.Belum lagi check in tapi depa dah mandi.Dah nama lagi bebudak bukan boleh tengok kolam n laut,nak mandi je le jawapnya.Gasak le,yang penting depa seronok.Seronak tu seronok le tapi jaga keselamatan tau!!!

Hari kedua selepas semua ahli keluarga sampai n lepas makan tghari kami sewa van dan 2 buah motosikal untuk round pulau.Kami melawat Teluk Nipah,Jeti Teluk Dalam,Kilang memproses makanan laut,Mini Tembuk Besar Negara China,Kota Belanda,Batu Bersurat,Kg Nelayan dan membeli belah di Pekan Pangkor.

Jadi nikmatilah gambar percutian teman dengan ahli keluarga.

 Feri nak ke Pulau Pangkor Di Jeti Lumut

 Abang Ngah Di atas Feri

 Manja dan Insyirah Dalam feri

 Teman dengan Isteri teman

 Anak sulung teman Kak Long dalam bilik hotel

 Isteri dan anak anak dalam bilik hotel

 Izzul dengan kakak sepupunya Nadhirah

 Abang Ngak,Kak Long dan Yop tengan tgu Pak Ngah dan Abah sampai kat depan hotel

 Mastermind projek.Kak Ani dan Abg Izan

 Bersantai kat Teluk Nipah

 kat Teluk Nipah

 Abg Gie (berbaju belang)Anak2 sedara panggil dia ABAH 

 Lihatlah gaya Izzul tu.Marah kat sapa tu?

 Jeti Teluk Dalam

 Beraksi di Kota Belanda

 Mak Tersayang Ketua Keluarga.Cukup susah nak amek gambar.

 Anak bungsu (Izzul) tak tau berenang lagi

 Manja dan Insyirah

 Anak sedara terbesar Zakuan (Deq Wan)

 Jejaka Pilihan Ramai dari kiri Yop Zaidi,Along,Abg Ngah dan Deq Wan

 Org kuat keluarga dari kiri Abg Izan,Abg Man,Abg Gie (Abah)

 Org paling kuat bercakap Kak Liza (Mak Yang)

 Kakak Ipar Kak Ngah (Aziah) dan Mak

 Isteri dgn Nadhirah



Thursday 2 February 2012

Isteri

 Seorang isteri yang setia dan penyayang.Dia sentiasa berada di sisi di masa senang dan susah.Seorang ibu yang tegas tapi cukup penyayang.Tegasnya bertempat terhadap anak anak.Semuanya dilakukan atas sebab mengajar dan menyayangi anak anak.Minat berniaga.Teman yang kurang minat berniaga ni terpaksa le ikutkan n tolong mana yang boleh.Semoga isteriku berjaya dalam perniagaan walaupun hanya kecil kecilan.

 
                                                                   Kak Long   

Anak yang sulung ni seorang yang tegas dan agak lembut.Sikap terhadap adik adik memang tegas walaupun ada masanya bergurau dengan adik yang lain.Suka bersilat dan menyertai pasukan Silat Gayung di sekolah.Mewakili sekolah dalam pertandingan silat Peringkat Daerah.Pada pandangan teman sebagai ayah dia ni boleh ditegur dengan cara yang lembut dan berhemah.Kot le.Ye ke Kak Long.                       
                      
Abang Ngah

Anak ke 2.Seorang anak yang aktif dan suka bercakap.Gaya cakapnya memang laju.Teman sebagai ayahnya pun kekadang terpaksa menyuruhnya untuk ulang bicara baru teman faham.Seorang anak yang jadi tok lawak pada keluarga.Disebabkan perangai yang suka bergurau itu,ada seorang bapa saudaranya menggelarkannya sebagai " tak makan saman ".Minat dengan bolasepak sehingga ingin menjadi pemain bolasepak suatu hari nanti.Semoga cita citamu berjaya.


 
                                                                Manja

Manja anak ke 3.Seorang yang lemah lembut.Agak manja juga orangnya.Suka bermanja dengan ibunya.Suka menari tapi kurang bernyanyi kecuali jika bersama kakak dan abangnya.Suka bergaya dan dia adalah antara cucu yang suka bergaya.

                                                                   Izzul

Izzul anak ke 4.Anak bungsu.Tak tau le,mungkin kerana anak bungsu jadi manjanya agak lebih sikit.Sifatnya agak sensitif.Nak menegur perangainya kena dengan lembut.Kalo tak dia buat perangai.Tapi buat masa ni masih boleh dikawal lagi.

KEPADA ANAK ANAK AYAH SEMUA.aYAH BANGGA MENDAPAT ANAK ANAK MACAM KALIAN.ANAK YANG MANJA PENYAYANG DAN MEMAHAMI KEADAAN KELUARGA KITA.INGAT......... AYAH DAN IBU SANGAT MENYAYANGI ANAK ANAK SEMUA.AYAH DAN IBU SANGGUP BERSUSAH PAYAH ASALKAN ANAK ANAK SEMUA SENANG DAN BAHAGIA