Wednesday 21 March 2012

KOLEKSI WANG KERTAS LAMA DAN SUDAH TIDAK DIGUNAKAN LAGI

Teman ada menyimpan beberapa koleksi mata wang lama yang sudah tidak digunakan lagi.Mata wang yang teman simpan ni satu daripada era Saddam Hussain dan satu lagi zaman era Raja Shah Iran.Selain dari itu teman juga ada menyimpan beberapa mata wang asing yang masih di gunakan lagi.Disini teman sediakan untuk tatapan kawan kawan yang suka menyimpan mata wang asing.


WANG KERTAS ERA SADDAM HUSSAIN




MATA WANG KERTAS ERA RAJA SHAH IRAN



 MATA WANG KERTAS MALAYSIA ( SATU RINGGIT )


SYILING SATU RINGGIT MALAYSIA YANG KONONNYA SUKAR DIDAPATI TERUTAMA BAGI TAHUN 1971



TEMAN MASIH ADA LAGI MATA WANG SYILING YANG BERUSIA MELEBIHI 100 TAHUN.NANTI BILA ADA MASA TEMAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOG TEMAN INI.

Sunday 18 March 2012


HIMPUNAN MUTIARA KATA 2
( ILMU PENGETAHUAN )



1.       AGAMA DIFIKIRKAN DENGAN ILMU DAN ILMU DIBERI JIWA OLEH AGAMA.

2.      BAHAWASANYA AGAMA YANG SEBENAR DAN ILMU PENGETAHUAN YANG SEBENAR        BERPADU DALAM SATU HAKIKAT.

3.  ILMU AKHLAK IALAH YANG MENGUPAS PERBEZAAN BAIK DAN BURUK, TERPUJI DAN TERCELA. AKHLAK BUKAN SEMATA-MATA DIILMUKAN TETAPI DIAMALKAN DAN DIPERHATIKAN CONTOH DAN TELADANNYA.

4.    PANGKAL ILMU IALAH MENDENGAR SEBAIK-BAIKNYA,KEMUDIAN MEMAHAMKANNYA DAN SESUDAAH ITU MENGINGATKANNYA.AKHIR SEKALI MENGAMALKANNYA DAN MENYEBARKANNYA

5.      ILMU AKHLAK ( ETIKA ) LEBIH BANYAK MEMANDANG KESEIMBANGAN HIDUP SESEORANG ITU DALAM BERMASYARAKAT.SEBAB ITU TANGGUNGJAWAB ILMU AKHLAK LEBIH BANYAK  KEPADA MASYARAKAT.

6.      ILMU ITU LEBIH DARIPADA HARTA.ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA.ILMU ITU PENGHUKUM ( HAKIM ) DAN HARTA TERHUKUM.HARTA TU KURANG APABILA DIBELANJAKAN TETAPI BERTAMBAH DENGAN DIBELANJAKAN.

7.      SUATU MAJLIS ILMU AKAN MENUTUP DOSA TUJUH PULUH MAJLIS YANG  SIA-SIA.
8.      ILMU ITU IMAN DAN AMAL ADALAH PENGIKUTNYA.

9.      CIRI YANG MEMBEZAKAN ANTARA MANUSIA DENGAN HAIWAN IALAH ILMU.MAKA MANUSIA ADALAH MANUSIA YANG MENJADI MULIA KERANA ILMU BUKAN DISEBABKAN KEKUATAN DIRINYA.

10.  SULAIMAN BIN DAUD  a.s  DISURUH MEMILIH ANTARA ILMU,HARTA DAN KERAJAAN.MAKA DIPILIHNYA ILMU LALU DIANUGERAHKAN KEPADANYA HARTA DAN KERAJAAN BERSAMA ILMU KERANA DENGAN ILMU BELIAU AKAN DAPAT MENGAWAL HARTA DAN KERAJAAN DENGAN SEBAIKNYA.

11.  ADA BANYAK POKOK DAN TAK SEMUANYA BERBUAH.ADA BANYAKBUAH TAPI TAK SEMUANYA BAIK DAN ADA BANYAK ILMU PENGETAHUAN TAPI TAK SEMUANYA BERGUNA.

12.  DENGAN ILMU,KEHIDUPAN MENJADI ENAK;DENGAN SENI,KEHIDUPAN MENJADI HALUS DAN DENGAN AGAMA,HIDUP MENJADI TERARAH DAN BERMAKNA.

13.  MENUNTUT ILMU ADALAH LEBIH UTAMA DARIPADA BERBUAT IBADAT SUNAT.

14.  ILMU ITU DIDALAM DADA,BUKAN DI TULISAN.

15.  ILMU PENGETAHUAN ADALAH HAK MANUSIA YANG BERAKAL DAN BERFIKIR.

16.  PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN IALAH JALAN YANG BAIK UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN.

17.  YANG DIKATAKAN TAHU IALAH TAHU APABILA DIA TAHU DAN TIDAK TAHU APABILA DIA TIDAK TAHU.

18.  PENGETHUAN YANG TIDAK DIGUNAKAN ADALAH SEPERTI HARTA YANG DISIMPAN DIDALAM TANAH DAN DILUPAKAN BEGITU SAHAJA.

19.  PENGETAHUAN YANG SEMPIT MENJAUHKAN KITA DARIPADA TUHAN,SEDANGKAN PENGETAHUAN YANG LUAS MENJADI DASAR UNTUK MEMILIKI KEPERCAYAAN YANG KEKAL KEPADA TUHAN.

20.  SETIAP BARANG YANG DIBELANJAKAN AKAN BERTAMBAH KURANG.SEDANGKAN AIR LAUT PUN AKAN KERING TETAPI LAUTAN ILMU KIAN DITIMBA KIAN PENUH AIRNYA.



21.  MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN BERERTI MEMILIKI KEKUATAN.

22.  KEBAIKAN DAN KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT DENGAN ILMU.KEJAHATAN DAN KECELAKAAN DUNIA DAN AKHIRAT DENGAN KEJAHILAN.

23.  ILMU YANG DIPELAJARI SEJAK KECIL UMPAMA UKIRAN YANG DIPAHAT DIATAS BATU DAN ILMU YANG DIPELAJARI PADA MASA TUA ITU SEPERTI MEGUKIR DI ATAS AIR.

24.  HARGA SESEORANG ITU IALAH ILMUNYA.

25.  KEKAYAAN SAUDAGAR PADA PUNDI-PUNDI EMASNYA,KEKAYAAN ILMU ITU PADA HELAI-HELAI KERTASNYA.

26.  PETI ILMU ITU DI DADA,PETI PERKATAAN ITU DI LIDAH,PETI FIKIRAN DI AKAL DAN PETI KEBODOHAN ITU JAHIL.

27.  ILMU ITU TINGGI NILAINYA.JADI KITA HARUS MENCARI ILMU DAN BUKAN ILMU YANG MENCARI KITA.

28.  MATI DENGAN MENINGGALKAN JASA DAN ILMU YANG BAIK ADALAH LEBIH BAGUS DARIPADA MATI DENGAN MENINGGALKAN HARTA YANG BANYAK.

29.  MEWARISKAN ANAK DENGANILMU LEBIH BAIK DARIPADA MEWARISKAN ANAK DENGAN HARTA,EMAS DAN PERAK.

30.  ILMU ITU SEBENARNYA HARTA KAMU YANG KEKAL.

31.  ILMU LEBIH BERHARGA DARIPADA HARTA BENDA SEBAB ILMU DAPAT MENJAGAMU DARI MALAPETAKA SEDANGKAN HARTA, KAMU YANG TERPAKSA MENJAGANYA DARIPADA MALAPETAKA.

32.  KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU DI ATAS ORANG YANG JAHIL SEPERTI KELEBIHAN ORNG YANG HIDUP DI ATAS ORANG MATI.

33.  ILMU YANG RENDAH MUTUNYA YANG BERLEGAR DI HUJUNG LIDAH DAN ILMU YANG PALING TINGGI IALAH YANG MELAHIRKAN KESAN KEPADA TINGKAH LAKU DAN ANGGOTANYA.

34.  MENCARI ILMU ADALAH WAJIB BAGI TIAP MUSLIM.

35.  BARANG SIAPAYANG MENEMPUH SUATU JALAN DENGAN MAKSUD MENCARI ILMU PENGETAHUAN, MAKA ALLAH AKAN MEMUDAHKAN UNTUKNYA JALAN KE  SYURGA.

36.  KEDUDUKAN ILMU PENGETAHUAN JIKA DI TILIK DARI SUDUT SOSIALISME ISLAM,ADALAH MERUPAKAN KEMULIAAN,KEWAJIPAN DAN HAK.

37.  KETEKUNAN,KESABARAN DAN KEREDHAAN ADALAH KUNCI PENENTU KEJAYAAN DALAM MENDIDIK HATI INSAN.

38.  BAGI TIAP-TIAP SESUATU ITU ADA JALANNYA DAN JALAN KE SYURGA ADALAH DENGAN ILMU.

39.  ILMU JIKA TIDAK DESERTAKAN DENGAN IMAN ADALAH TIDAK BERFAEDAH.

40.  KITA DENGAR KITA LUPA
KITA LIHAT KITA INGAT
KITA BUAT KITA FAHAM

41.  DEMI TUHAN,LATIHLAH DIRIMU DENGAN HAL-HAL YANG KECIL SETELAH ITU MAJULAH KEPADA YANG LEBIH BESAR.

42.  ILMU TIDAK DAPAT DIBELI DENGA WANG RINGGIT,MELAINKAN DIPELAJARI,DIAMALKAN DAN DI PERGUNAKAN.

43.  ILMU MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN SESEORANG.


Tuesday 13 March 2012

TAHUKAH ANDA ISRAEL TAKUT PADA JEMAAH SOLAT SUBUH?

Kenapa agaknya Israel takut sangat dengan jemaah yang hadir untuk solat Subuh?Heran juga kan?Jadi sama-samalah kita baca kenapa jadi begitu.


Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negri Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?" Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami."Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.


Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, karena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.


Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.


Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam meninggalkan Solat 5 waktunya. Karena orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan.

Monday 5 March 2012

BILA MAK TIADA

Cerita ni memang jadi salah satu dari cerita yang teman suka.Cerita yang boleh menjadi pengajaran kepada kita.Cerita ni dah lama tapi memang tak lapuk.Sama samalah kita hayati cerita ini semoga kita mengambil iktibar darinya.



 Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

 Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.


Ayah tanya Along, “Mana Mak?”


Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”


Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”


Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”


Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh  menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”


Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”


Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya. 
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. 
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian 
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”


Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?", "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Jika ada anak anakku yang membaca cerita ini,ayah berdoa dan mengharapkan semoga anak anak ayah tidak tergolong dalam anak anak dalam cerita ini.Berapa lama sangat usia ibu dan ayah yang akan dijaga oleh anak anak ayah.Usia kami dah semakin tua dan semakin hampir dengan pintu kubur.Bila kami sudah masuk alam kubur maka tiada lagilah kami menyusahkan anak anak.Kami sebagai ibu bapa sentiasa menyayangi anak anak.Tapi sejauh mana anak anak menyayangi kami bila kami dah tua,tidaklah kami tahu.Semoga diusia emas kami nanti masih lagi kami disayangi oleh anak anak kami.Tiada yang membahagiakan kami selain anak anak menyayangi kami.





Thursday 1 March 2012



TUJUH JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

Assallamualaikum.Sama samalah kita mengambil iktibar dari apa yang diperkatakan ini.Bukan untuk memandai tapi hanya untuk peringatan bersama dan semoga kita mendapat manfaat dari apa yang diperkatakan.

1)   Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah. Dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.


( 2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu serta lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.


( 3 ) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.


( 4 ) Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat semasa hidupnya suka makan harta yang haram.


( 5 )Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi mengata dan mengumpat orang.



2)      ( 6 )Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba.


( 7 )Mayat yang wajahnya tersenyum,
itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


sumber: http://amekaw.com/2011/12/7-jenis-wajah-mayat-di-dalam-kubur/

Agak agaknya le.kita nanti bila dah meninggal kemana muka kita akan berpaling ye?Semoga kita mendapat yang terbaik,Insyaallah…..


RACUN DAN UBAT PADA SEEKOR LALAT
Tsetse_fly



Rasulullah S.A.W telah bersabda “Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kamu,maka celupkanlah ia,kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya” (Hadis riwayat Bukhari,Ibn Majah dan Ahmad)

Diantara mukjizat kenabian Rasulullah S.A.W dari aspek perubatan yang harus di tulis dengan tinta emas oleh sejarah perubatan adalah alat pembuat sakit dan alat pembuat ubat pada kedua dua sayap lalat sudah baginda S.A.W ungkapkan lebih 1400 tahun yang lalu sebelum dunia perubatan berbicara mengenainya lagi.

Penyebutan lalat pada hadis itu adalah bahawa air tetap bersih dan suci jika dihinggapi lalat pembawa bacteria penyebab penyakit kemudian kita celupkan lalat tersebut agar sayap pembawa ubat (penawar) pun tercelup ke dalam air.





 Percubaan ilmiah kontemporari pun sudah dilakukan untuk merungkai rahsia disebalik hadis berkenaan.Percubaan ini dilakukan untuk membuktikan keistimewaan yang terdapat pada sayap lalat.Dimana satu sayap mengandungi racun sementara yang satu lagi mengandungi penawarnya.

Tahukah anda bahawa tempat tumbuhnya bekteria pembawa penyakit dan penawarnya hanya berukuran sekitar 20:25 milimikro.Sementara tempat memproduksi zat sejenis enzim yang sangat kecil dinamakan Bakter Yofaj.Maka harus di celup keseluruhan badan lalat tersebut agar keluar zat penawar bacteria tersebut.
Dr Ammmin Ridha Pensyarah Penyakit Tulang dari Universita Iskandariahtelah melakukan kajian tentang ‘hadis lalat’ ini dan menegaskan bahawa   di dalam rujukan rujukan perubatan masa silam ada penjelasan tentang berbagai penyakit yang disebabkan lalat.
Pada zaman sekarang pakar pakar yang telah hidup berpulah tahun baru dapat merungkai rahsia ini.Pada hal telah dibongkar maklumatnya sejak dahulu.Iaitu sejak lebih kurang 40 tahun yang lalu mereka menyaksikan dengan mat kepala mereka sendiri ubat berbagai jenis penyakit yang kronik adalah dengan lalat.
Berdasarkan hal ini jelaslah bahawa ilmu pengetahuan dalam perkembangannya telah menegaskan dalam penjelasannya dalam teori ilmiah sesuai dengan hadis yang mulia ini.Dan mukjizat ini telah dikemukakan semenjak zaman Rasulallah S.A.W lagi.Sebelum para pakar perubatan merungkaikannya baru baru ini.