Saturday 30 August 2014

SERANGAN SELEPAS SUBUH KE ATAS KOTARAYA LONDON

Catatan sejarah di bawah Demang terima melalui media sosial semalam. Rasanya ini versi terbaik yang Demang pernah jumpa berkenaan Dawn Raid atau 'Serangan Selepas Subuh'. Satu lagi nama yang Demang dapati tiada dalam rencana ini ialah Tun Ghafar Baba selain Tengku Razaleigh yang diakui penulis tidak dimasukkan kerana kekurangan maklumat.
Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pada 1981
Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.
Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.
Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris
Pemandangan yang lazim selepas merdeka –seorang pesawah wanita sedang menanam anak padi
Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.
Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.
Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).
Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di
Kuala Lumpur
Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.
Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah
13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.
Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.
Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”
Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.
Dasar Bagi Membantu Orang Melayu
Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990.
Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.
Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.
Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.
Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.
Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.
Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting
Mahathir sewaktu sidang PBB
Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.
Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.
Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.
2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.
Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.
Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.
Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.
Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.
Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan
Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara.
Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.
Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan
PNB
— satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.
Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.
Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.
Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.
Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.
Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.
Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.
Kerjasama Pelbagai Pihak
Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.
4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.
Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.
Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.
Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).
Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.
Mengapa Guthrie ?
Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.
Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.
Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.
Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di
London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.
Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.
Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”
Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).
Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.
Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.
Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.
Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.
Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.
Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.
Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.
Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.
Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.
Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.
Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.
Mahathir Terus Menekan British
Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981
Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.
Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.
Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.
Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.
Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.
Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.
Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.
Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.
Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.
Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.
Hasil Besar dari Serangan
Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.
Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.
Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.
Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.
Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.
Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.
Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”
Nota:
1. Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shakila Yacob atas kesudian memberi manuskrip kajian beliau bersama Nicholas J. White untuk rujukan penulis.
2. Penulis memaparkan tulisan ini sebagai rencana ilmiah, dan tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana individu atau parti politik.
3. Penulis mendapati terdapat sumbangan penting tokoh-tokoh lain dalam Dawn Raid seperti Ananda Krishnan dan Tengku Razaleigh. Tidak disebut dlm artikel ini kerana kekurangan sumber maklumat.
4. Loophole/kelemahan bursa London pada waktu itu tidak diperincikan untuk memudahkan pemahaman pembaca.
Rujukan:
    Shakila Yacob & Khadijah Md Khalid (2012): Adapt or Divest? The New Economic Policy and Foreign Businesses in Malaysia (1970-2000), The Journal of Imperial and Commonwealth History, 40:3, 459-482
    Shakila Yacob & Nicholas J. White (2010): The “Unfinished Business” of Malaysia’s Decolonisation: The Origins of the Guthrie Dawn Raid, Cambridge University Press 2010
    Karminder Singh Dhillo (2009): Malaysia Foreign Policy in the Mahathir Era, 1981-2003: Dilemmas of Development
    Brian Ritchie (2005): Coalitional Politics, Economic Reform, and Technological Upgrading in Malaysia, Elsevier World Development Vol 33, pp 745-761
    Abdul Rahman Embong (1996): Social Transformation, the State and the Middle Classes in Post-Independence Malaysia, Southeast Asian Studies, V01. 34, No. 3, December 1996
    Boon Kheng Cheah (2002) : Malaysia: The Making of a Nation
    Tin Price Moves Jolt Market : Reuters (The New York Times); Financial Desk, November 28, 1981, Saturday
    Surat Terbuka Dr. Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman, Jun 1969
    PNB Wrests Control of Guthrie Corp : The Straits Times Singapore, September 9, 1981
    PNB Making Up For Lost Time: The Straits Times Singapura

SUMBER ; BLOG WAADAT

Thursday 28 August 2014

PERMASYHURAN KEMERDEKAAN 1957

PERMASYHURAN MERDEKA 1957

pemasyhuran kemerdekaan

PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 1957
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.
Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.
Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.
Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta’ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

*Sumber dipetik daripada www.akarimomar.wordpress.com

Thursday 21 August 2014

SEKARANG INI SANGGUPKAH ANDA LAKUKAN SEPERTI DATOK SITI RAHMAH KASSIM?

MERDEKA57 : GELANG EMAS.


ini adalah foto rombongan merdeka ke london.
dia ambil pada tarikh yang dimaksudkan.

anak muda mungkin tidak ingat insiden yang berlaku sebelum itu.

rombongan tunku KEKURANGAN WANG UNTUK BERTOLAK KE LONDON.

apa yang berlaku ?

berikut adalah skrip sebenar apa yang berlaku selepas itu.

tunku. “Saya nak pi (pergi) jumpa orang putih bersama raja-raja naik kapai (kapal). Umno tak dak (tiada) duit. Saya tak dak duit.
“Saya jual istana, ayahanda dok murka. Ayahanda suruh jadi raja, saya tak mau. Saya nak jadi Presiden Umno, nak bagi Malaya merdeka.”
Mengenangkan kembali saat itu, beliau memberitahu, Bapa Kemerdekaan itu menitiskan air mata apabila menyebut untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Titisan air mata Tunku membuatkan Siti Rahmah terpanggil melakukan sesuatu dengan lantas terus berdiri di tengah kesesakan orang ramai di dalam Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir, Melaka.
Datuk Siti Rahmah Kassim.
“Tunku, saya terpanggil apabila mendengar ucapan Tunku. Dengan ini, patik menyumbangkan gelang emas kesayangan patik demi kemerdekaan negara.
“Saya ikhlas. Jika ada 10 gelang emas, semuanya akan diberikan kepada Tunku,” kata-kata itu menyebabkan Tunku sekali lagi menitiskan air mata.
Presiden Umno pertama itu membalas; “Selalunya orang perempuan, emaih (emas) ni bukan main sayang. Tapi ibu muda ni dok bagi gelang. Terima kasih banyaklah.”
Kemudiannya, Siti Rahmah memohon izin pemimpin itu menyeru hadirin untuk turut sama memberi sumbangan bagi menambah dana rombongan ke London.
Jelasnya, ahli Umno di bahagian atas dewan menjatuhkan duit bagaikan daun getah berguguran manakala mereka di bawah menyerahkan barangan kemas.
“Mereka beri rantai emas, kerongsang, jam, pin baju, cincin dan subang termasuk tongkat berkepala emas,” katanya yang mengelilingi dewan mendapatkan sumbangan hadirin kerana menyifatkan gelang emas pemberiannya saja tidak mencukupi.
Apabila kemerdekaan negara sudah ditetapkan pada 31 Ogos 1957, semangat beliau berkobar-kobar dengan menyertai rombongan dari Rembau, Negeri Sembilan dengan empat buah bas pada 30 Ogos ke Stadium Merdeka untuk menyaksikan Tunku melaungkan istilah keramat ‘merdeka’.
 
SUMBER : Blog GAP

Saturday 16 August 2014

SEKADAR PENCERAHAN DAN RENUNGAN

Bara Sedang Merebak Dalam Sekam ... Padamkan Sebelum Menjadi Api


Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)


Dinturtle - Bukan niat untuk mengungkit keaiban pemimpin lama cuma mengajak anda membuat satu perbandingan akan suasana negara waktu dahulu melalui apa yang diceritakan melalui surat ini dengan suasana negara ketika ini .....

Ya, kita belum kembali ke tahap kronik dalam isu perbalahan antara kaum, tapi apakah tidak mungkin yang kita sedang ke arah itu ? Tidakkah sudah mula terbau akan bibit2 permulaan ke arah itu ?

Tidakkah terasa kehangatan bara api yang merebak dalam sekam ?

Padamkan sebelum bara menjadi api seterusnya disimbah minyak oleh anasir2 negatif.

Wednesday 13 August 2014

SOLAT JAMAK DAN QASAR

SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat.
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim :
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.

Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.Solat Zohor dan Asar.
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.

Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.Solat Zohor dan Asar
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. 
T/kasih. Wasallam.
 
Gambar: SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. 
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. 
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu : 

Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim : 
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua. 

Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. 
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir : 
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat. 

SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. 
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah : 
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) : 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR 
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. 

Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut : 
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar 
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini : 

Niat Jama' Taqdim dan Qasar : 
i.Solat Zohor dan Asar. 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala 
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala 

ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala 
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. 

Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala 

Niat Jama' Takhir dan Qasar: 
i.Solat Zohor dan Asar 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala 
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala 

ii.Solat Maghrib dan Isya' 
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut : 
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala 

Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. T/kasih. Wasallam.

Sunday 10 August 2014

CARA TUN M MENJAWAB EMAIL RAKYAT ISRAEL

Hanan, seorang Yahudi dari Israel menghantar email kepada Tun Dr Mahathir seperti yang berikut:
Dr. Mahathir,
Very well established a logical basis leaning on an ex Reagan administration that is having microphones and cameras in the Bush administration, Mr. Paul Craig Roberts. You are always collecting the facts not from the first source just from the second hand washed cloth. Of course an anti Jew will look on anti Jew information. You may refer to Al Qaeda humanitarian organization for more information, they have plenty of it.
You are saying:
"1. I would like to have the Malaysian Armed Forces attack the United States and Israel.”
Oh, great hero. You had the chance to do it while you were the PM in service. Why didn’t you tried out the strength of the Malaysian army and its skills? You had a good chance to become the Muslim hero committing Jihad on the apes and monkeys. To become the Salah ed Din of the modern times. How could you miss that opportunity to demolish both, America and Israel and leaving Iran to do it solely? Oh great rhetoric, do you know how a war looks like?
You care about the babies of Iraq, Palestinians, etc… How lucky we are you don’t need to care about the Jewish children suffering daily rockets from Hamas who is a Muslim charity organization. Oh, their 8 years of rockets in a quantity of thousands were full of candies ammunition that was spreading sweets to the children of Sederot and the Negev.
Since Jews are controlling everyone by proxy, I’m not sure you, Dr. Mahathir are not controlled by them as well. You’ll say that you are not controlled, but I can assure you that I’m controlling you. Can you deny it? Even Malaysia is manipulated by Jews, that’s why they are not attacking the US and Israel. You should check very well among your government ministers and officials and find the Trojan horses there.
You hate Israel not because of the Israeli-Palestinian conflict, but you hate only because the hatred of Muslims against Jews, the apes and swine. Your hate is not political, but religious. You are just sinking into the modern era darkness.
You said once in one of your speeches that Muslims should use their brains to get rid of 13 Million Jews dominance among 1.3 billion Muslims. Are you a role model? Do you have the wisdom to do it? Do you have the power to do it? Do you know why your plan is not accomplished? It is because it is not true, not logical, unjustified, not because the Jew are controlling the world by proxy. History is stronger than any empire, leader or people. The Jews survived more complicated events then you are planning, so don’t be hoping too much, we survive your approach as well.
Shalom from Hanan,
a Jew, Israel.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Tun Dr Mahathir membalas seperti berikut:
Dear Hanan,
1. I agree entirely with you that building a great nation doesn’t only take brains, but as you said it sure does help.
2. However brains alone without a heart (feelings) can produce a monster.
3. Israel is undoubtedly a great nation, becoming great through the brains and the numerous achievements you have listed. Yes I have used Israeli originated products like Microsoft Windows and Pentium chips (made in Malaysia) by Intel, an American company.
4. In fact I owe my life ultimately to Israel because there must be something invented by Israelis in the numerous instruments used in heart surgery. However most of the products used were invented and produced by Japanese.
5. I am amazed at the number of Nobel Laureates Israel has produced. I admit we have not produced even one.
6. But when the brain is without a heart it does not care for the misery resulting from the products of the brain.
7. The atom bombs which killed 100,000 men, women, children and babies are the product of Israeli (Jewish) brain. Most of the diabolical weapons now being used to kill millions of people are also the creation of Israelis on Zionist Jews. The depleted uranium and phosphorous shells being used in Gaza are also the product of Israeli brains.
8. The current financial crisis which is destroying the economies of the U.S. Britain and in fact all the countries of the world is due to manipulations of banks, financial institutions and the monetary system by Jewish supporters of Israel.
9. The negation of the freedom of speech when it comes to the alleged killings of Jews in World War II are also inspired by Zionist Jews.
10. But worse of all is the seizure of Palestinian land to create the state of Israel. Not content with the area given to the Jews by the United Nations you have seized more Palestinian land, built settlements on many parts of Palestine, disallowed the use of roads built on Palestinian land to the Palestinians, erected your own check points at the borders of Palestine with Jordan and built your version of the Berlin Wall through Palestinian villages on land that is not part of Israel.
11. Before the creation of Israel, the Jews and Arabs in Palestine lived in peace. Historically Jews had always sought refuge in Muslim countries when the Europeans conducted pogroms against them. This only stopped after the U.S. offered asylum.
12. All the terrorism that we see today, whether state initiated or by irregulars, started after the U.S. backed Israel against Arab attempts to regain their land through conventional wars. Because they were outclassed in terms of weapons by the U.S, / Israel, alliance, then only did the Arabs resort to what is called terrorism. The Israeli response have always been with greater terrorism as is seen in Gaza.
13. I have asked an American what he would do if Texas was given to the Jews to create the state of Israel. He did not answer. But I believe he would fight to get back Texas, employing all the weapons at its disposal.
14. Yet had the United States been willing to create the nation of Israel in the lands under U.S. control or in the U.S. itself, there would be no terrorism in Palestine or in the Middle East. There would be no terrorism in America either because Israel would be wiped out by the U.S. forces. The world would remain peaceful.
15. The brutality committed by your forces in Gaza is out of all proportion to the puny rocket attacks by Hamas. That attack was the result of Israel and the U.S. failing to accept the results of a properly conducted election.
16. Hamas could only establish their Government in Gaza. But you blockaded Gaza, denying them food, medicine, power, fuel etc. If you had not done that I doubt that Hamas would fire rockets at you.
17. Malaysia is well aware that total boycott of Israel is not possible. We are in fact boycotting American products which is an even more impossible task. We would not be able to bring America or Israel down.
18. But what we aim to do is to demonstrate the disgust and the anger that we feel over the inhumanity of the brainy but primitive peoples of Israel and America.
19. You can collect Nobel prizes and other prizes but the world will look down upon you as very primitive people who robbed land through terror against perfidious British and subsequently used your control over the world’s greatest military power to oppress the people whom you had robbed.
20. You have nothing to be proud of, unless of course you take pride in being heartless, in being primitive brutes.
21. The only mitigating factor is the presence among Israelis of a small number who are ashamed of what you have done to the people of Gaza.
Regards - Mahathir
---------------------------------------------------------------------------------------------
Tun Dr Mahathir, tidak akan ada pengganti

KEHEBATAN BRIGED AL QASSAM YG DITAKUTI REGIM ISRAEL

Sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam hanya memiliki keanggotaan seramai 30,000 orang. Seteru mereka pula, tentera rejim Zionis Israel dikhabarkan mempunyai seramai 720,000 orang anggota. Israel juga memiliki keupayaan ketenteraan terhebat di dunia dengan teknologi peperangan yang tercanggih pada masakini, ditambah lagi dengan dokongan sekutu-sekutunya terutama sekali Amerika Syarikat. Menilai dari segi kekuatan kedua-dua pihak, sememangnya berbeza ibarat langit dan bumi.
Namun dengan bilangan tentera yang jauh lebih sedikit, Briged Al-Qassam telah berhasil memberikan satu tamparan hebat kepada rejim Zionis Israel dalam Perang Al-Asful Ma’kul yang masih berterusan hingga ke hari ini. Sepanjang tempoh lebih sebulan peperangan, bilangan tentera Israel yang terbunuh adalah seramai 497 orang, sepuluh kali ganda lebih ramai berbanding bilangan anggota Al-Qassam yang syahid terkorban.
Dengan tekad yang jitu untuk mengecapi syahid di jalan-Nya dan tawakkal yang tidak berbelah bahagi kepada Allah swt, anggota-anggota Briged Al-Qassam telah mempamerkan sosok keberanian dan keperwiraan yang menjadikan mereka mimpi ngeri buat tentera Israel. Keupayaan ketenteraan dan kebijaksanan strategi peperangan Hamas dalam peperangan kali ini juga jauh di luar jangkaan rejim Zionis Israel, sekaligus menimbulkan kegerunan dahsyat kepada mereka.
Berikut dipaparkan sebahagian contoh kehebatan Briged Al-Qassam dalam aspek keupayaan ketenteraan yang telah dipamerkan sepanjang Perang Al-Asful Ma’kul kali ini:
1) Keberanian Komando Darat Al-Qassam dengan strategi peperangan yang pelbagai
al-qassam
Sebahagian besar kematian yang dialami tentera Israel adalah akibat operasi ketenteraan yang dibuat oleh Komando Darat Al-Qassam. Operasi darat Al-Qassam berjaya menembusi beberapa kem tentera rejim Zionis dan kemudiannya membunuh tentera penjajah. Dalam satu serangan hendap ke atas kem tentera Israel di Nahal Oz, skuad Komando Al-Qassam berjaya menyelinap melalui rangkaian terowong rahsia dan menggunakan taktik penyamaran sebagai tentera Israel yang berhasil mengelirukan musuh.
Operasi dilakukan secara tersusun di mana pasukan Al-Qassam itu hanya mengambil masa sekitar 2 minit untuk menyelesaikan misi mereka, cukup untuk melakukan serangan dan kemudian berundur semula ke dalam terowong. Mereka juga melaksanakan operasi dengan cermat seperti tidak melepaskan tembakan secara rambang dan bertalu-talu, tidak memusnahkan lokasi atau meletupkan menara kawalan yang boleh menarik perhatian tentera Israel di kem-kem yang lain.
Antara strategi peperangan Komando Darat Al-Qassam lain yang turut menonjol kali ini penggunaan perangkap samar dan keupayaan untuk meletupkan kenderaan tentera musuh dengan alat kawalan jauh.
2) Penggunaan Komando Amfibia Al-Qassam yang tidak dijangkakan musuh
marin
Dalam keadaan Gaza yang terkepung secara total, Briged Al-Qassam masih berjaya menembusi negara haram Israel melalui jalan laut dengan menggunakan skuad Komando Amfibia Al-Qassam yang sama sekali tidak pernah dijangkakan oleh tentera Zionis. Komando Amfibia Al-Qassam berhasil melaksanakan beberapa operasi untuk mencerobohi kem tentera Israel dan seterusnya melakukan serangan darat secara berdepan.
3) Teknologi roket baru R-160 yang berupaya mencapai sasaran lebih jauh
roket
Serangan roket Al-Qassam dalam peperangan kali ini dilaporkan telah sampai ke wilayah Israel yang sebelum ini tidak pernah berjaya dijangkau. Kalau sebelum ini Al-Qassam telah memperkenalkan roket M-75 yang berupaya mencapai sasaran sehingga 70-75 km, kali ini Al-Qassam berjaya menghasilkan pula roket jenis R-160 (Rantissi 160) yang memiliki jangkauan sasaran sehingga 160 km. Roket ini diberi nama sempena Asy-Syahid Abdul Aziz Rantissi yang telah syahid pada tahun 2004 akibat bedilan peluru berpandu oleh helikopter Apache Zionis Israel.
Laporan Al-Qassam menyatakan bahawa roket R-160 telah berjaya dilancarkan ke wilayah Haifa, bahagian paling utara di negara haram Israel yang jaraknya kira-kira 140 kilometer dari Gaza. Perkembangan ini menggemparkan seluruh penduduk Israel kerana kini tiada lagi tempat yang selamat untuk mereka daripada ancaman serangan roket Al-Qassam. Serangan roket yang dilancarkan dari Gaza juga telah melumpuhkan operasi di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv.
4) Penghasilan senjata penembak tepat “Ghoul” buatan sendiri
ghoul
Al-Qassam juga telah berjaya mencipta sendiri senjata penembak tepat (sniper) yang dinamakan “Ghoul” yang mampu mencapai jarak sejauh 2 kilometer. Sedangkan jarak tipikal sebuah sniper rifle biasa hanyalah dalam lingkungan bawah 1 kilometer. Sniper yang memiliki kaliber 14.5 mm ini diberi nama sempena salah seorang jurutera Al-Qassam bernama Adnan al-Ghoul yang telah syahid pada tahun 2004. Senjata ini juga dikatakan mempunyai keupayaan penglihatan teleskopik.
5) Inovasi roket yang berupaya mengelak sistem pertahanan Iron Dome
iron dome
Peperangan kali ini menyerlahkan kegagalan Iron Dome milik Israel yang selama ini didakwa sebagai sistem pertahanan ketenteraan tercanggih di dunia. Sistem Iron Dome sebelum ini didakwa memiliki kadar kejayaan sehingga 90%, namun kajian yang dilakukan sepanjang peperangan kali ini menunjukkan Iron Dome hanya mampu mematahkan 30-40% serangan roket yang dilancarkan dari Gaza. Malah pihak tentera Israel sendiri mengakui dalam tempoh 24 jam tertentu sewaktu perang, Iron Dome mereka hanya mampu mematahkan 8 daripada hampir 120 roket yang dilancarkan oleh Al-Qassam.
Situasi ini mencetuskan situasi panik dan huru-hara kepada rejim Zionis Israel apabila Iron Dome milik mereka ternyata tidak dapat menghalang sepenuhnya serangan roket ciptaan Al-Qassam. Penganalisis tentera Israel sendiri mengakui bahawa inovasi Al-Qassam telah berjaya menghasilkan roket Jaabari 80 dengan teknologi yang mampu mengelak daripada Iron Dome. Pergerakan roket ‪Jaabari 80 secara berayun dan tidak tetap menyebabkan sistem pertahanan Iron Dome gagal untuk menangkis serangan tersebut.
6) Pelancaran pesawat udara tanpa pemandu
drone
Buat pertama kalinya dalam peperangan kali ini, Briged Al-Qassam telah memperkenalkan pesawat udara tanpa pemandu mereka yang dinamakan Ababil 1 kepada umum. Al-Qassam mendakwa bahawa pesawat tanpa pemandu itu yang sarat dengan bahan letupan telah dilancarkan ke ruang udara Israel. Al-Qassam telah berjaya menghasilkan beberapa jenis pesawat udara tanpa pemandu, antaranya model A1A yang pertama sekali dicipta, jenis A1B yang berupaya melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang boleh melakukan serangan Kamikaze (meletupkan diri sendiri dengan melanggar lokasi sasaran).
Kehebatan yang ditonjolkan oleh Briged Al-Qassam sepanjang Perang Al-Asful Ma’kul kali ini memberikan umat Islam sinar harapan bahawa umat Islam di Palestin tidak akan mengalah begitu sahaja dan menyerahkan tanah mereka kepada rejim Zionis Israel tanpa sebarang penentangan. Bahkan Al-Qassam menjanjikan lebih banyak kejutan kepada Israel sekiranya mereka terus berdegil untuk menindas dan tidak mengembalikan hak-hak penduduk Palestin khususnya di Gaza.
Tidak keterlaluan jika kita katakan Briged Al-Qassam adalah ibarat tentera Salahuddin Al-Ayyubi atau ketumbukan Muhammad Al-Fateh pada zaman ini. Merekalah hero umat Islam pada hari ini.
Mohd Firdaus bin Sabturani
Setiausaha Biro Media ISMA