Monday 30 June 2014

PASAR BISIK DI KEDAH

Di pekan kecil nelayan di Kuala Muda, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, terdapat satu aktiviti yang mungkin akan dilihat sebagai pelik dan mungkin tidak lagi diamalkan di kebanyakan tempat atau jeti nelayan di negara kita.
Penulis juga pada mulanya berasa pelik tetapi setelah menyaksikannya sendiri, memang benar, ia adalah satu amalan yang pelik tetapi masih tetap diteruskan "suka sama suka" di antara nelayan dan pembeli ikan.
“Bisik Ikan” - itulah aktiviti yang masih diguna pakai di antara nelayan dan para pembeli ikan di sini untuk membeli dan menjual ikan.


Tidak ada harga tetap yang menentukan harga ikan dan hasil laut yang dibawa naik ke darat untuk dijual di sini.
Hasil laut juga tidak diasing-asing melainkan ia datang dalam keadaan yang sangat banyak. Jika tidak ikan, ketam, udang dan apa sahaja dilonggokkan sekali dan selepas itu nelayan akan mula memanggil pembeli untuk 'membisik' di telinganya secara sulit berapakah harga bidaan yang ditawarkan.
Dari situ bermulalah aktiviti membisik sehingga pembida tertinggi berjaya membuat taruhannya dan penjual bersetuju dengan harga bidaan tersebut.
Jadi siapa buat bidaan tertinggi (secara sulit dan hanya diketahui oleh nelayan berkenaan) dialah yang dapat.
Penulis terpanggil untuk melihat sendiri aktiviti ini pada suatu pagi Ahad, yang sering menjadi bualan ramai terutama pada hujung minggu.
Deretan kereta sudah menuju masuk ke perkampungan nelayan menjelang jam 8.30 pagi seolah-olah ada majlis kenduri atau keramaian sedang berlangsung.
Jalan kecil menuju ke jeti pendaratan hasil nelayan Kuala Muda itu adalah jalan mati tetapi jumlah kereta yang menuju masuk tidak mencerminkan ia adalah jalan mati.
Sebaik sahaja penulis sampai di tempat yang dituju, dari jauh lagi, suasana riuh rendah serta kesibukan orang ramai mundar mandir di jeti pendaratan tersebut sudah kelihatan dan sibuk sekali.

Hasil tangkapan yang masih segar akan dijual terus secara bidaan berbisik.

Hasil daratan ikan dari pelbagai jenis dan spesies serta udang besar, sedang dan kecil, ketam dan sotong yang masih hidup diletakkan di atas karung guni di celah-celah orang ramai dan dari situ bermulalah aktiviti membisik.
Dalam loghat tempatan, nelayan yang menghamparkan hasil tangkapan mereka bermula dengan berkata; "Mai (mari) lekas, mai lekas, haaa, bisik mai kat saya..."
Dengan segera seorang pembeli yang kelihatan seperti peraih ikan merenung sedetik ke arah longgokan hasil tangkapan laut tersebut lalu bergerak menuju ke arah nelayan tersebut lalu merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya ke telinga nelayan itu dan membisikkan sesuatu.
Yang lain melihat dengan penuh suspen aktiviti pertama itu. Kini giliran mereka pula membuat bidaan.

Longgokan ikan yang menanti bidaan berbisik daripada pelanggan.

Penulis difahamkan yang pembida yang lain harus pandai mengagak berapakah nilai bidaan yang dibuat oleh pembida pertama dengan memerhatikan gerak mulutnya.
Jika dia seorang yang sudah biasa dengan aktiviti bidaan membisik ini, dia sudah boleh mengagakkan berapakah nilai bidaan untuk selonggok ikan dan lain-lain hasil tangkapan laut yang diletakkan oleh nelayan tersebut.
Bagi seorang pembeli yang pandai, dia akan terlebih dahulu duduk memerhatikan aktiviti bidaan ini dibuat oleh orang lain dan selepas itu dia boleh secara diam-diam pergi kepada pembida yang berjaya dan bertanya berapakah bidaan yang dibuatnya itu.
Dari situ, dia sudah boleh membuat kiraan, berapakah harga yang wajar dibidanya nanti ke atas longgokan yang hampir sama yang diletakkan oleh nelayan seterusnya.

Ikan segar yang dibida oleh pengunjung.

Aktiviti ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja termasuklah orang baru seperti penulis sendiri.
Jika seseorang pembeli itu tidak biasa dan terus melakukan bidaan, hanya ada dua kemungkinan sahaja yang akan berlaku. Pertama dia akan meletakkan bidaan yang terlalu rendah dan kedua, dia akan meletakkan bidaan yang terlalu tinggi.
Mungkin percubaan yang pertama, kedua dan ketiga dia tidak akan berjaya tetapi dari situ kita akan belajar di manakah silapnya dengan bidaan kita dan boleh memperbaiki teknik bidaan dengan bertanyakan berapakah bidaan yang dibuat daripada orang yang berjaya.
Tetapi bagaimanakah caranya untuk kita ketahui yang bidaan kita itu terlalu rendah?
Mudah sahaja. Sebaik sahaja kita membisikkan harga bidaan kita di telinga nelayan yang mempertaruhkan hasil tangkapan dia itu, jika dia buat tidak endah dengan bidaan kita, maka dia menganggap yang bidaan kita itu sama ada terlalu rendah atau 'tidak masuk akal'.


Tetapi pada masa yang sama selepas kita membuat bidaan dan selepas orang lain juga membuat bidaan dan nelayan itu kembali kepada kita dan berkata, "sikit lagi...sikit lagi" itu bermakna dia tertarik dengan harga bidaan kita dan mahukan kita membuat taruhan baru dengan sedikit tambahan.
Dalam situasi ini, kembali berbisik ke telinga dia (jangan menjerit depan semua orang pula) dengan membuat tambahan sebanyak RM5 atau RM10 lagi, nescaya dia akan menerima bidaan anda.

Tangkapan dibawa oleh nelayan untuk bidaan pelanggan.

Penulis sendiri tidak melepaskan peluang dengan turut mengambil bahagian dalam aktiviti berbisik ini, apabila melihat salah seorang nelayan membawa lebih kurang dua puluh ekor ikan senangin untuk dijual.
Lucu pun ada, rasa gemuruh pun ada. Antara yakin dan tidak, perlahan-lahan penulis membisikkan ke telinga nelayan itu dengan harga RM28 bagi dua puluh ekor ikan senangin itu sebaik sahaja dia melonggokkannya di hadapan penulis.

Inilah ikan senangin yang dibida penulis di jeti pendaratan Ikan Kota Kuala Muda baru-baru ini.

Nelayan yang menjual melihat wajah penulis dan berkata, “tambah sikit lagi...sikit lagi bagi cukup” dan penulis seakan-akan menerima mesej dia dengan jelas untuk menaikkan bidaan kepada RM30.
Tahap kesegaran ikan memang tidak boleh dinafikan lagi apabila ia jelas dibawa oleh nelayan yang baru pulang dari laut. 
Antara percaya dengan tidak, nelayan itu terus mengangguk kepalanya tanda setuju.
Dan dengan RM30 bagi dua puluh ekor ikan senangin yang masih segar dan belum pun dimasukkan ke dalam ais, penulis merasakan bidaan penulis sudah cukup berbaloi.
Salah seorang nelayan yang mahir dengan jualan bisik membisik ini, Mohd Asri Ismail, 43, (gambar bawah) memberitahu penulis bahawa amalan membisik ini sudah berpuluh tahun dilakukan di sini dan menurutnya lagi nelayan tidak mahu mengubah cara hidup ini dengan sistem harga tetap kerana ini memberi kebebasan kepada mereka untuk menyerahkan harga bidaan kepada pembeli - tidak kira peraih, pemborong atau individu.


“Siapa saja boleh dapatkan ikan segar atau hasil tangkapan laut di sini tapi kena bisik harga la,” katanya dalam loghat utara.
Penulis juga sempat bertanya salah seorang pengunjung tetap bernama Jasilan (gambar bawah) dari Butterworth yang datang ke sini pada setiap hujung minggu untuk mendapatkan ikan segar.

“Saya selalu datang ke sini pada hujung minggu bersama keluarga untuk membeli ikan, sotong, ketam dan udang segar kerana harganya kita yang tawarkan,” kata Jasilan.
Sesungguhnya pengalaman berbisik dan membida ikan dengan cara pelik ini tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini buat pertama kali.
Silalah datang dan merasai sendiri pengalaman unik ini. 

Sumber: Mstar

KAUM YANG DIBINASA ALLAH

12 Kaum Yang Dibinasakan Allah #MuhasabahDiri

 
1. Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh (Surah Al-Ankabut : 14).

2. Kaum Nabi Hud

Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

3. Kaum Nabi Salleh

Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

4. Kaum Nabi Luth

Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (Surah Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (Surah AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).

7. Ashab Al-Sabt

Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (Surah Al-A’raaf: 163).

8. Ashab Al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.

Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah (Surah Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12).

9. Ashab Al-Ukhdudd

Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (Surah Alburuuj: 4-9).

10. Ashab Al-Qaryah

Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Surah Yaasiin: 13).

11. Kaum Tubba’

Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (Surah Addukhan: 37).

12. Kaum Saba

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (Surah Saba: 15-19).

Sunday 29 June 2014

BILA FELIXIA YAP AKAN MEMELUK AGAMA ISLAM YG SUCI? INI JAWAPANNYA


Pilih 5 Ramadan ucap Syahadah


ADA yang gembira, tidak kurang juga yang memperlekehkan saat melihat Felixia Yeap berhijab awal tahun ini. Tidak melayan kata-kata negatif yang dilemparkan, dia tahu yang terbaik buat dirinya.
Bagi Felixia, dia tidak boleh memadamkan sejarah lama apabila wajahnya pernah terpampang sebagai model pakaian renang untuk majalah. Namun dia mempunyai pilihan untuk meninggalkan terus bidang yang pernah menaikkan namanya satu ketika dahulu.
Melihatkan perubahan terkini wanita tersebut, ramai yang beranggapan Felixia melakukan perubahan drastik walaupun dia masih belum memeluk Islam.
Dia selesa dengan berhijab dan berpakaian menutup aurat.
Apa sahaja tanggapan orang terhadap dirinya ditolak ke tepi. Baginya sesiapa sahaja berhak mempersoalkan mengapa dia sanggup menutup aurat dan tuduhan lain termasuk mencari peluang yang lebih baik.
Sementelah sejak mengenakan hijab, nama Felixia semakin mendapat perhatian masyarakat. Ada yang menawarkan peluang berlakon dan pernah muncul dalam drama Nikah Kita Bercinta, Sarafina dan Berikan Aku Jilbab, tidak kurang juga yang mahu menjadikan dia contoh masyarakat.
"Jangan kaitkan soal lain dengan pendirian saya. Saya minat untuk mendalami Islam. Rasanya tak salah untuk saya mendekati Islam dan belajar sedikit demi sedikit tentangnya.
"Tentang pandangan orang itu hak mereka. Bagi saya semua orang ada pandangan tersendiri dan berhak untuk memberikan semangat kepada saya atau sebaliknya," tegas pelakon ini kepada Pancaindera.
Cahaya Ramadan
Debar hatinya cukup kencang mengenangkan hari bahagia yang bakal menjelma. Tiada yang mampu menggambarkan keredaan hati Felixia yang bakal memeluk Islam pada 3 Julai ini.
Sengaja memilih tarikh berkenaan sebagai detik keramat untuk memeluk Islam, Felixia juga menganggap hari itu umpama kelahiran semula dirinya kerana tarikh tersebut juga merupakan hari lahirnya.
Bagi Felixia dalam usia 28 tahun, dia cukup matang untuk memilih Islam sebagai agamanya dan hasrat tersebut telah diketahui umum sejak dia mula mengenakan hijab.
"Yang boleh saya katakan buat masa ini, saya mahu mengucap Syahadah dengan tenang. Biar saya lakukan dahulu perkara tersebut dan barulah saya mendalami Islam.
"Dalam bab mencari ilmu ini sampai mati pun tak habis. Sebab itu saya harap orang tidak mendesak saya dengan pelbagai permintaan. Biarlah perkara tersebut berlaku sedikit demi sedikit," luah Felixia.
Tanpa berselindung wanita yang berasal dari Ipoh, Perak ini mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang Muslimah yang baik.
Meskipun masih belum berkesempatan belajar cara bersolat dengan betul tetapi dia sudah menghafal surah al-Fatihah dan beberapa perkara asas lain, selain sudah tiga bulan mengikuti kelas agama.
Tidak menganggap pelajaran barunya itu sebagai sesuatu yang membebankan malah baginya perkara tersebut satu tuah untuk wanita bukan Islam sepertinya yang diberikan hidayah oleh Allah SWT.
"Saya sudah bersedia untuk memeluk Islam pada 5 Ramadan ini. Dalam fasa ini saya hanya mengharapkan semua orang agar mendoakan yang terbaik buat saya.
"Apabila hati sudah tertarik, saya tak boleh tangguh lama-lama. Allah sudah bukakan pintu hati saya untuk memeluk agama Islam," tambahnya lagi.
Pandangan skeptikal
10 tahun bergelumang dalam bidang peragaan dan menjadi model seksi bukan satu perjalanan yang manis untuk dikenang. Tidak juga mahu melupakan perkara tersebut, Felixia menganggap itu merupakan titik tolak perubahan dirinya.
Ini kerana sejak memilih untuk berhijab, timbul satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Dia mula perasan tidak ada lagi pandangan skeptikal masyarakat seperti sebelum menutup aurat.
Baginya pandangan orang luar terhadapnya ketika berpakaian seksi lebih menakutkan jika dibandingkan ketika dia memakai hijab.
"Saya masih ingat ketika ingin mengenakan hijab dan mendalami Islam, hati saya cukup tenang.
"Saat saya belajar tentang Islam sedikit demi sedikit perasaan marah juga sudah berkurangan dan yang paling penting saya banyak bersabar. Ini merupakan sifat berlawanan daripada sebelumnya," jelas wanita ini.
Mengakui agak baran satu masa dahulu, Felixia yakin hidayah untuk mendekati agama Islam membuatkannya menjadi penyabar dan semakin terbuka dalam banyak hal.
Namun perkara yang paling penting ialah sokongan keluarga terhadap dirinya. Menganggap ibu sebagai pendorong paling kuat untuknya berubah, Felixia berbangga kerana hasrat itu tidak pernah ditentang oleh keluarganya.
Baginya kasih sayang ibu terhadap dirinya begitu besar maknanya meskipun dia bakal memeluk Islam tidak lama lagi.
"Pada awal perubahan dulu ibu ada bertanya tentang perkara tersebut. Dia ingat saya hanya main-main atau bergambar suka-suka dengan pakaian Muslimah. Dia tak melarang tetapi terkejut dengan perubahan diri saya.
"Tapi apabila banyak sikap buruk saya buang sedikit demi sedikit, ibu mula menerima dengan hati yang terbuka. Kalau perubahan ini mendatangkan kebaikan kepada saya sudah tentu menggembirakan mereka juga.
"Saya sendiri sudah dewasa dan boleh menentukan yang terbaik buat diri. Yang saya perlukan sekarang ialah doa orang lain untuk saya merealisasikan perkara ini," jelasnya yang akan membawa ibu bersama-sama ketika memeluk Islam nanti.
Selain ibunya, pasti ramai tertanya-tanya apakah teman lelakinya menjadi pendorong kuat untuk Felixia melakukan perubahan ini. Namun Felixia menjelaskan mengenali agama Islam terlebih dahulu sebelum dipertemukan dengan lelaki tersebut.
"Saya sedar perancangan masa depan kami hampir sama dan sehaluan. Dia tetap menjalankan tugasnya dalam membimbing dan memberi galakan kepada saya terutama apabila saya mula rasa tertekan dan mahu mengalah," jelasnya yang enggan mendedahkan siapa yang sedang bertakhta di hati kerana mereka masih lagi di peringkat saling kenal-mengenali.
Nama melalui mimpi
Kesempatan untuk ‘bertemu’ Ramadan tahun ini disifatkan sebagai pertemuan yang paling indah buat dirinya yang bakal bergelar seorang Muslimah tidak lama lagi.
Sudah ada nama yang difikirkan sesuai untuknya. Felixia hanya bersedia untuk mendedahkan perkara tersebut sebaik sahaja dia mengucap dua kalimah Syahadah nanti.
"Nama tersebut saya dapat melalui mimpi. Waktu itu saya masih ingat lagi tulisan itu terhampar di depan saya yang saya tidak ketahui maksudnya.
"Apabila saya bangun saya catatkan perkataan dalam mimpi tersebut dan saya cari maknanya. Saya anggap ini sebagai tanda untuk saya menggunakan nama tersebut apabila sudah memeluk agama Islam nanti," ceritanya sambil memberitahu makna namanya iaitu pemimpin raja yang mempersona.
Berharap Ramadan kali ini memberikan pengalaman manis untuk orang baru sepertinya, selain menumpukan kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan, Felixia juga mahu menjadi penceramah bebas.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday 23 June 2014

PERBARISAN TAMAT LATIHAN TUDM IPOH

Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM Siri 50/2014

IPOH, 21 Jun 14 – Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 50/2014  telah diadakan di Padang Kawad Institut Latihan Tentera Udara (ITU) Ipoh, Perak hari ini.
Seramai 322 Perajurit Muda yang terdiri daripada pelatih lelaki telah berjaya menamatkan latihan asas Perajurit Muda selama 24 minggu bermula 2 Jan 14 yang lalu.
Panglima Tentera Udara, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah mengambil Tabik Hormat serta menyampaikan hadiah kepada Flait Terbaik, Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan, Perajurit Muda Penembak Terbaik dan Perajurit Muda Akademik Terbaik dalam istiadat perbarisan tersebut.
Perajurit Muda Abd Ghaffar bin Ab Wahid telah dinobatkan sebagai Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan Siri 50/2014 dan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara. Sementara itu, Perajurit Muda Mohamad Nadzirul Afiq bin Mohd Ghazali telah dipilih sebagai Perajurit Muda Akademik Terbaik dan menerima Piala Pusingan Panglima Pendidikan Udara. Manakala Perajurit Muda Penembak Terbaik telah disandang oleh Perajurit Muda Mohammad Azwan bin Kamarulzaman dan menerima Piala Pusingan AKS Tadbir.
SUMBER : TUDM

TUN DR MAHATHIR BERCAKAP MENGENAI SULTAN DAN PERNIAGAAN -BETUL ATAU SALAH.

TUN DrMAHATHIR NASIHAT RAJA RAJA DAN KRONI BAGINDA.


Penulis berpendapat Sultan dan Raja boleh berniaga tetapi di dalam bentuk yang berbeza dan syarat tertentu.

1. Sebaiknya Sultan Sultan melabur seperti rakyat melabur dengan PNB atau ASM atau ASN dan yang seumpamanya. Juga melabur di dalam syarikat syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia. Sultan Sultan adalah Pelabur jangka masa panjang dan bukan spekulasi. Pelaburan saham di dalam syarikat peladangan seperti Tabung Haji dan FELDA adalah bidang pelaburan  teramat sesuai. Ini akan mengelakkan Sultan Sultan membuang masa mengurus syarikat atau mencampuri urusniaga perniagaan. Urusan Ketua Negeri dan Agama sudah cukup meletihkan.

2. `Core business' syarikat atau mesti menepati ketetapan Syariah. Bisnes yang `unislamic' seperti Judi dan Arak, tidak di benarkan langsung sesuai dengan status Ketua Agama.

3. Urusniaga dengan Kerajaan hendaklah pada kaedah `arm length' atau `win win condition'. Urusniaga mesti menjauhi keadah `perentah' atau diskriminasi. Tanah yang hendak dibeli daripada Kerajaan hendaklah harga pasaran. Harga tender yang munasabah. Standard atau mutu pembinaan mengikut piawaian. Cukai tanah adalah mengikut kelaziman. Sultan Sultan tidak boleh memeningkan atau menggangu pentadbiran Kerajaan Negeri.

4. Seperti prinsip bisnes JCorp, sebaik mungkin, Sultan Sultan tidak bersaing dengan peniaga Bumiputera tetapi `complement' dengan mereka. Elakkan `management buy over' syarikat Bumiputera. Kriteria perniagaan ialah export oriented, high technology and minimum IRR of 12%.

6. Perniagaan yang hendak diceburi sewajarnya berteknologi tinggi, menjaga alam sekitar dan export oriented.  Bisnes IPP memerlukan modal yang tinggi dan kemungkinan besar , usahawan Bumiputera tidak berkemampuan kewangan.

5. Sultan Sultann di galakkan berusahasama dengan GLC GLC seperti KWSP, Petronas, Tabung Haji, FELDA dimana pengurusan adalah oleh GLC tersebut.

Tun Dr Mahathir bersuara ketika diwawacara oleh The MOLE baru baru ini yang diantara isi kandungannya

Friday 20 June 2014

KISAH YG PATUT JADI TAULADAN

KU SANGKA ORANG GILA
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
(Copy pasted - Warta Dari Hati)

TUANKU ZARA SALIM - RAJA PERMAISURI PERAK

Tuanku Zara diperkenan gelaran Raja Permaisuri Perak

Tuanku Zara diperkenan gelaran Raja Permaisuri Perak
Tuanku Zara Salim (kanan) diperkenan gelaran Raja Permaisuri Perak berkuat kuasa pada Jumaat.
IPOH: Mesyuarat Dewan Negara Perak yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memutuskan Tuanku Zara Salim diperkenan gelaran Raja Permaisuri Perak berkuat kuasa pada Jumaat.

Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayop Hashim berkata berkuat kuasa hari ini juga, balu Almarhum Sultan Azlan Shah diperkenan gelaran Raja Permaisuri Tuanku Bainun.

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar turut memutuskan Raja Di-Hilir Perak Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa dinaikkan ke pangkat gelaran Raja Muda Perak berkuat kuasa hari ini, katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

"Berkuat kuasa hari ini juga, Raja Kechil Besar Perak Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dinaikkan ke pangkat gelaran Raja Di-Hilir Perak.

"Mesyuarat itu turut memutuskan Raja Azlan Muzaffar Shah Sultan Nazrin Shah dikurnia pangkat gelaran Raja Kechil Besar Perak berkuat kuasa hari ini," katanya.

Ayop berkata mesyuarat itu memutuskan tarikh sambutan rasmi Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ditetapkan pada 27 Nov.

Sambutan pertama ulang tahun hari keputeraan baginda akan dimulakan pada 2015.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tuanku-zara-diperkenan-gelaran-raja-permaisuri-perak-38094?cp

RANG UNDANG UNDANG HARMONI

8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya



Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15] mempunyai latarbelakang sejarah dan alasan penggubalan yang signifikan di dalam usaha membina perpaduan dan keharmonian Negara. Undang-undang tersebut telah melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat mengenai kepentingan kewujudannya. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut juga tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) (selepas ini dirujuk sebagai RUU) telah dikemukakan dan kini sedang dikaji Pejabat Peguam Negara.

Selepas artikel ini ditulis, nama-nama RUU tersebut telah dipinda dan sekarang dikenali sebagai RUU Jenayah kebencian (Hate Crime) Kaum dan Agama, RUU Harmoni dan Rekonsiliasi dan RUU Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi.

Pada hakikatnya, wujud beberapa asas kukuh yang menjadi sebab kebimbangan masyarakat Malaysia, khususnya umat Melayu-Islam, tentang beberapa aspek yang dicadangkan, sama ada dari sudut pemansuhan Akta Hasutan 1948, kandungan deraf RUU tersebut serta tujuan dan fungsi “Unfair Discrimination Tribunal” yang dinyatakan di dalam salah satu deraf RUU tersebut.

Berdasarkan pengamatan awal penulis, berikut digariskan secara ringkas 8 sebab mengapa RUU Harmoni tersebut perlu diwaspadai kandungannya dan tidak patut diterima sewenang-wenangnya:

PERTAMA

Hakikat bahawa penggubalan RUU yang sangat penting tidak dibincangkan dengan teliti dan dirujuk kepada pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu menimbulkan pertanyaan serius tentang motifnya. RUU tersebut melibatkan isu-isu berkaitan agama, perpaduan antara kaum dan sebagainya, namun demikian tidak disembahmaklum terlebih dahulu kepada Majlis Raja-raja. Deraf tersebut juga tidak dirujuk kepada Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan tidak dibincangkan bersama Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di antara Penganut Agama (JMPKPA) dan lain-lain badan berkepentingan. Sebaliknya, badan-badan yang kurang kredibiliti seperti Proham dan Global Movement of Moderates dibiarkan memonopoli perbincangan isi kandungan deraf RUU tersebut.

Malah, RUU tersebut yang disediakan Majlis Peguam, sebagai sebuah badan sekular, telah diserahkan terus kepada YB Nancy, lantas mengenepikan khususnya institusi-institusi keagamaan yang bakal terjejas secara langsung oleh penguatkuasaannya kelak. Ini jelas merupakan langkah provokasi yang boleh mencetuskan keresahan serta kebimbangan ramai pihak.

KEDUA

RUU tersebut mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Negara menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Agama Negeri yang telah termaktub di Negeri-negeri sejak berabad. Kedudukan ini tidak pernah diganggu-gugat oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Selain Perkara 3(1), Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A). Hatta sebelum pengiktirafan seumpama ini dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan agama Islam telah terlebih dahulu diperundangkan di dalam Perlembagaan negeri-negeri, sebagai contoh peruntukan di dalam Perlembagaan Negeri Johor 1865 dan Perlembagaan Negeri Terengganu 1911.

Malah, hakikatnya Perkara 3(1) merupakan fasal pertama yang menggunakan istilah ‘harmoni’ dalam Perlembagaan Persekutuan. Setelah mengiktiraf kedudukan Islam, prasyarat pengamalan agama-agama lain dinyatakan dengan jelas iaitu boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan (…other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation). Hubung kait Perkara 3(1) ini membawa maksud bahawa Islam tidak boleh diketepikan di dalam membincangkan usaha mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara agama dan kaum.

KETIGA

RUU Perpaduan Nasional (“National Unity Bill”) menyatakan pada seksyen 2(2) bahawa “Nothing in this Act derogates from the provisions of Article 153 of the Federal Constitution”. (Perkara 153 ialah berhubung kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain). Walaubagaimanapun RUU Perpaduan Nasional tersebut sendiri bercanggah oleh kerana seksyen 7 menggunakan istilah-istilah seperti ‘racial superiority”, “exclusivity based on religion, belief, race…” dan “…maintaining exclusive control by persons of a particular religion, belief, race…”. Pada hakikatnya penggunaan istilah-istilah sebegini merupakan kritikan dan percubaan merubah Perkara 153. Penggubal RUU Perpaduan Nasional ini perlu diingatkan tentang Perkara 38(5) bahawa “Majlis Raja-raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153″. Penggunaan istilah-istilah tersebut di atas cenderung merujuk pada sentimen dan faham hak asasi manusia dan boleh mewujudkan salah tafsiran terhadap konteks peruntukan Perkara 3(1) dan 153 di Negara ini.

KEEMPAT

Kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam, yang merupakan kelompok elit kecil yang telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MPKN). Hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy. Majlis Peguam yang hanya mempunyai kira-kira 12, 000 ahli (yang juga tidak dirujuk apabila mereka mengeluarkan deraf RUU tersebut) tidak mewakili kelompok majoriti umat Islam di Negara ini yang akan menerima kesan langsung dari peruntukan-peruntukan RUU tersebut. Malah, Majlis Peguam mengisytiharkan organisasinya sebagai badan sekular justeru bukanlah pihak yang berkelayakan menyentuh isu-isu keagamaan. Sebagai pihak yang terlibat secara langung membuat pelbagai tuntutan hak asasi manusia yang tidak munasabah dan anti-agama, termasuk menerusi keanggotaan dan peranannya di dalam gabungan NGO hak asasi manusia (COMANGO) menjadikannya entiti yang tidak mempunyai kredibiliti untuk dirujuk berhubung usaha memupuk perpaduan dan keharmonian antara agama di Negara ini.

KELIMA

Di dalam mencanang tema perpaduan dan keharmonian Negara, ketiga-tiga RUU tersebut jelas lebih tertumpu pada niat menjulang hak kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, tetapi gagal merujuk pada fasal-fasal utama lain di dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan perkara-perkara asas yang membentuk Negara ini dan asas-asas perpaduan dan keharmoniannya, sebagai contoh, dengan memberikan tumpuan hanya kepada prinsip hak kesamarataan (‘equality’) yang bersifat mutlak, penggubal telah mengenepikan prinsip “positive discrimination” yang merupakan kekecualian Perlembagaan Perlembagaan itu sendiri yang dimaktubkan pada Perkara 8(2).

RUU tersebut juga mengenepikan kedaulatan Negeri-negeri dalam perbagai aspek hanya kerana terpaksa tunduk kepada prinsip kesamarataan yang terlalu umum yang dipegang oleh penggubal. Mereka yang telah menggubal deraf tersebut ternyata hanya menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular termasuklah International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD), yang asal usulnya telah disandarkan pada sentimen anti-semitik dan pengalaman perkauman di Negara-negara Eropah. Anti-semitik merupakan suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum Yahudi dalam bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok ras, mulai daripada kebencian terhadap individu sehingga lembaga. Ia termasuklah anti Yahudi, anti Israel dan anti Zionis. Dari sudut sejarah, orang Arab juga Semetik kerana menggunakan bahasa Semetik purba. Sesiapa bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya – akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi. Fenomena yang paling terkenal akan anti-semitisme adalah ideologi Nazisme dari Adolf Hitler, yang menyebabkan pemusnahan terhadap kaum Yahudi Eropah. Sejarah dan latarbelakang ICERD ini ternyata sangat berbeza dengan sejarah, latarbelakang budaya Malaysia. Malah, Malaysia tidak meratifikasi ICERD dan tidak perlu tunduk pada konvensyen seumpama ini yang belum tentu merupakan model terbaik bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian Negara.

KEENAM

Tafsiran ‘belief’ dan “religion” atau kepercayaan dan agama pada seksyan 4 (1) RUU Perpaduan Nasional dinyatakan sebagai “any religious or philosophical belief and a reference to belief includes a reference to a lack of belief” dan “any religion and includes any belief or lack of a religious belief“. Oleh yang demikian, tafsiran ini membuka ruang yang boleh termasuk di dalam tafsirannya golongan yang tidak percaya Tuhan (atheist) dan kebebasan meninggalkan agama. Ini ternyata bercanggah dengan prinsip pertama rukun Negara iaitu “Kepercayaan kepada Tuhan”. Malah, tafsiran sebegni cenderung pada Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia (UDHR) yang apabila dibaca bersama-sama Artikel 18 International Covenant of Civil and Political Rights (ICCPR) mengiktiraf fahaman tidak bertuhan dan mengizinkan kebebasan beragama menurut kehendak individu, termasuk kebebasan meninggalkan agama atau murtad. Jika tafsiran yang loggar sebegini dibiarkan, fahaman kepercayaan sesat juga akan diiktiraf yang pada akhirnya akan mengakibatkan keresahan dan kacau bilau di kalangan masyarakat berbilang agama.

KETUJUH

Isu-isu di sekitar keharmonian antara agama dan kaum adalah terlalu penting untuk diserahkan hanya kepada sebuah tribunal yang dicadangkan di dalam deraf rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional. Fungsi sebuah “Unfair Discrimination Tribunal” yang dicadangkan di dalam rang undang-undang tersebut ternyata mengambilalih peranan institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan perlembagaan, serta peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua bagi agama Islam di negeri-negeri tanah Melayu.

Malah, jika diperhalusi, kuasa dan fungsi tribunal tersebut mengingatkan kita kepada cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Comission atau IFC) yang telah ditolak sekeras-kerasnya cadangannya oleh pelbagai pihak khususnya NGO Melayu Islam dan kerajaan Pusat. Bahagian 3 di dalam RUU Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional yang dicadangkan menyatakan kuasa dan fungsi Suruhanjaya tersebut, dan memperuntukkan kuasa memberikan nasihat, membantu dan mengesyorkan kepada kerajaan (seksyen 13 (1) (i) untuk memantau kedudukan perpaduan nasional, integrasi dan non-diskriminasi dan kesamarataan dan ii) untuk menyemak undang-undang, peraturan, polisi dan amalan berkaitan untuk memastikan pematuhan RUU yang dicadangkan).

Seterusnya Bahagian 4 RUU tersebut seolah-oleh mengenepikan peranan pihak berkuasa sedia ada oleh kerana seksyen 15 (3) membolehkan Suruhanjaya tersebut melakukan penyiasatan sendiri apa-apa keadaan yang difikirkan sebagai diskriminasi tidak adil. Ini jelas bertindan dengan Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan. Sekiranya peruntukan sebegini sudahpun wujud dan pihak berkuasa boleh melaksanakan penguatkuasaannya, maka tidak wujud keperluan untuk memberikan kuasa kepada Suruhanjaya tersebut.

KELAPAN

Seksyen 23 di dalam RUU Suruhanjaya Perpaduan dan integrasi Nasional tersebut memperuntukkan kuasa tribunal yang dicadangkan penubuhannya. Kuasa yang sangat luas tersebut termasuklah untuk memanggil mana-mana individu untuk memberikan keterangan apabila sesuatu perbicaraan sedang dijalankan tribunal. Ini sudah pasti membolehkan tribunal tersebut memanggil mana-mana pihak, khususnya daripada kalangan mereka yang berotoriti agama Islam, termasuk mufti dan para alim ulama’ untuk memberikan keterangan kepada tribunal tersebut, termasuk sekiranya dibuat pertuduan bahawa mereka menimbulkan suasana tidak harmoni dan kegelisahan antara agama. Aspek ini meletakkan hal ehwal Islam di bawah sebuah entiti yang tidak mempunyai kompetensi dan pengetahuan selayaknya mengenai Islam.

Perlu ditegaskan bahawa cadangan tribunal ini tidak wajar berselindung di sebalik usaha perpaduan dan keharmonian Negara untuk mengadjudikasi isu-isu sensitif berkaitan agama dan bangsa. Kita mempunyai insitusi kehakiman yang berwibawa untuk menangani isu-isu berkait perlembagaan. Isu-isu berkaitan perpaduan dan keharmonian tidak sepatutnya ditangani melalui cara legalistik semata-mata, oleh kerana realiti sejarah, kebudayaan dan latarbelakang keagamaan di Negara ini terlalu bermakna untuk diketepikan begitu sahaja.

Peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan Negara meliputi tugas-tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Melayu, Agama Negara dan Kenegaraan dan hal ini merupakan asas utama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian Negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini.

Oleh yang demikian pihak Kerajaan Pusat digesa untuk mendengar kegusaran pelbagai pihak berhubung perkembangan ini, termasuk melihat semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perkembangan mutakhir yang berlaku. Jika kerajaan meneruskan hasrat untuk memperkenalkan ketiga-tiga akta baharu tersebut, maka kami menggesa penelitian yang lebih mendalam supaya usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional.

Pada hakikatnya, jika asas-asas kenegaraan terus dirobek, hasrat melihat perpaduan dan keharmonian tidak akan berjaya, sebaliknya, generasi akan datang akan menderitai kehilangan jati diri kenegaraan berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan yang telah sekian lama dipupuk berdasarkan kedudukan istimewa Islam sebagai agama Negara, kematangan hubungan antara kaum dan kemajmukan budaya dengan Melayu-Islam sebagai teras kenegaraan Malaysia.


AZRIL MOHD AMIN ialah seorang peguam dan mengetuai MuslimUPRo, iaitu delegasi pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan di dalam Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland.

Thursday 19 June 2014

TAUBAT SEORANG SULTAN - KEBENARAN SEBALIK PERISTIWA



Sultan Perak Dalam Kenangan

Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang minum-minum. Disebabkan adanya orang politik yang memusuhi Sultan tersebut,maka cerita yang tak betul itupun disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Cerita sebenarnya, mengenai Sultan ke Mekah dan bertaubat tidak pula disebutkan.
Namun biar bagaimanapun, seorang wartawan senior, yang kebetulan telah diamanahkan oleh Almarhum menulis cerita baginda telah menulis tentang apa yang sebenarnya berlaku mengikut ceritanya.
Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.
Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.
Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.
Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar – beliau mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.
“Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.
“Saya tau saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.
“Allahu Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat semuanya,” titah Sultan lagi.
“Saya syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,” tambahnya.
Demikian suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.
Saya dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar terasa sedih dan pilu dalam diri saya.
Ketika saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam, seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu saya dalam bilik di tingkat atas.
“Ada siapa bersama baginda?” saya bertanya.
“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.
Sebaik baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam hati saya.
“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.
Sebagai penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana Perak di Kuala Lumpur.
Sebaik-baik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku yang dah nak mati ni pun tak ingat.”
“…Tuanku belum nak mati, umur Tuanku  panjang,” saya berkata sambil menghulurkan dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.
“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.
Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.
“Nah, minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil mengunjuk gelas kosong kepada saya.
 Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.
“Tuanku sihat di Makkah?”
“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.
“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?” saya bergurau.
“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.
Saya sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada yang menghafal ayat tersebut.
“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu, di Makkah aku lupa ayat tu,” titah Sultan.
“Tak tuntut ayat tu, Tuanku, patik tuntut ayat lain,” saya berkata serius.
“Aku lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku banyak buat maksiat, doa…,” Titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah Al-Quran kepada saya.
“Allah tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.
“…tapi aku menyesal, aku bertaubat dalam masjid Haram, aku menangis kerana insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.
“Tuanku usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil senyum.
“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi…aku hanya minum air teh China macam you…” titah baginda.
Dalam pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana supaya melarang orang masuk ke biliknya.
Di tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang minum-minum dan menari kata mereka bersyukur keranaSultan telah kembali ke tanahair.
Baginda bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.
Saya menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.
“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”Sultan bertanya.
Mendengar soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata, “…Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta kali ganda dari hangat api yang ada ini.”
“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.
“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.
“You lainlah, you tak minum arak, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku…?” Tanya Sultan.
“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,” kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.
“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.
Sesuai dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu ada sehelai sejadah.
Baginda bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda tinggal tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di dalam Masjidil Haram.
Saya tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.
Baginda tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.
Lalu saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan dan alim ulama dan orang Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan yang soleh.
“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.
“Demo tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.
Saya hampir ketawa waktu itu kerana sebai-baik saja saya mendengar titah baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.
Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.
Sayang apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri Perak mengetahuinya.
Waktu saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan bertitah “Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa tulis yang kita cakap tu.”
Beberapa hari kemudian baginda meninggal dunia sebelum meneguk air teh China dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.
Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh China untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.
Oleh sebab anika jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka air teh China dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman keras juga.
Baginda meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut.saya mendapat tahu sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar dengan isteri yang ke dua.
 Sultan Perak mengidap sakit jantung disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, maka fitnah terhadap baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana banyak minum minuman keras.
Marilah kita semua menghadiahkan ‘Al-Fatihah’ ke atas roh baginda dan mendoakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan kita mohon kepada Allah agar meletakkan rohnya bersama orang-orang yang soleh.Amin Ya Rabbul Alamin.
-Dari buku Lima Raja Terakhir
(Cetakan 1990)
SUMBER : AL-ATTAS UNIVERSITY OF LIFE 

p/s Berkata benarlah walaupun pahit.Berterus terang adalah lebih baik dari berdiam diri.Kini baru diketahui hal yg sebenar.Alhamdulillah....
ALFATIHAH...