Monday 24 November 2014

PULAU MANAKAH DULU PUNYAI RIBUAN PENDUDUK TAPI SEKARANG DITINGGALKAN


Pulau Hashima atau yang juga dikenali sebagai Gunkanjima ( Battleship Island ) kerana bentuknya yang menyerupai kapal perang, merupakan sebuah pulau seluas 60,000 meter persegi di laut lepas Nagasaki , Jepun.
Pada 1950 , pulau itu merupakan rumah bagi beribu-ribu pekerja lombong arang batu dan ditutup pada 1974. Semenjak itu, pulau tersebut telah terbengkalai hingga filem agen 007 kembali menemuinya .

Selain perumahan pulau tersebut turut dilengkapi dengan hospital, panggung wayang, restoran dan bar untuk penduduk pulau ini seolah-olah sebuah bandar atas kapal.

Bagaimanapun zaman kegemilangan pulau tersebut mula muram apabila selepas perang dunia kedua permintaan terhadap arang batu mulai kurang kerana penemuan petroleum telah menggantikan penggunaan arang batu.
Akhirnya penduduk pulau tersebut mula berpindah ke daratan untuk mencari peluang pekerjaan baru dan kini terbiar tanpa berpenghuni dan dikatakan teah menjadi sebuah pulau yang berhantu.
Bangunan usang dan barang -barang yang ditinggalkan para pelombong batu arang membuat tempat ini seperti pulau yang paling terpencil di Bumi. Selain digunakan sebagai lokasi dalam filem, pulau itu sebelumnya pernah menjadi berita utama ketika pada 2008 sebuah organisasi nonprofit mengusulkan agar Pulau Hashima ditetapkan sebagai tapak Warisan Dunia .

Pulau Hashima seluruhnya ditutup untuk umum hingga pada 2009 pelancong dibenarkan untuk mengunjunginya. Masalahnya, tidak ada banyak yang boleh dilakukan di sana selain mengagumi runtuhan suasana menakutkan yang ternyata menjadi daya tarik tersendiri. Pulau kini sudah tidak terurus dan kelihatan seperti sebuah bandar berhantu dan amat menyeramkan dengan bagunan yang mula buruk dan runtuh manakala tumbuhan liar mula tumbuh..








Sunday 23 November 2014

TAHUKAH ANDA TASEK YG PALING MERBAHAYA DIDUNIA?


Tasik Chagan di Kazakhstan mempunyai panorama yang sangat indah. Rumput hijau dan batu kecil menghiasi di pinggir tasik, airnya yang tenang juga menggoda pelawat untuk berenang. Tapi awas, pelawat dilarang menyentuh air tasiknya!

Tasik yang berada di Kazakhstan, Tasik Chagan jadi tempat yang perlu diberi perhatian. Tasik yang menjadi saksi Perang Dingin di Kesatuan Soviet, tasik ini terbentuk kerana letupan nuklear dan hingga sekarang airnya masih mengandungi radioaktif.
Ketika Perang Dingin, Kesatuan Soviet melakukan letupan nuklear di seluruh bahagian timur laut Kazakhstan. Tujuannya untuk menyiasat kemungkinan penggunaan tenaga nuklear untuk pembinaan, seperti penggerudian minyak, pembuatan saluran dan takungan.
Sebanyak 156 letupan nuklear dilakukan Kesatuan Soviet. Salah satunya adalah ujian di Chagan, Kazakhstan. Letupan ini untuk pembuatan takungan atau tasik buatan.
Hasilnya, kawah besar hasil letupan terbentuk. Kawah dengan keluasan 400 meter pesegi dan kedalaman 100 meter dan diberi nama Tasik Chagan atau Tasik Atomik. 
Program letupan ini ternyata idea yang buruk. Air dalam tasik jadi mengandungi radioaktif. Bahkan, jumlah radioaktif yang terkandung mencecah 100 kali lebih banyak dari had yang dibenarkan. 

Jika dilihat, Tasik Chagan sebenarnya mempunyai panorama yang indah. Rumput hijau dan batuan kecil di pinggir kawah menambah indah pemandangan. 

Pelawat yang ingin melihat harus berhati-hati. Jangan sembarang menghampiri atau bahkan menyentuh air tasik, anda boleh terkena radioaktif. 


Tasik ini memang sangat berbahaya. Kerana kuatnya radioaktif, ikan pun tak boleh hidup. Tidak hanya itu, burung dan haiwan lain tak boleh tinggal di sana

 sumber: papankekunci77.blogspot.com

Saturday 22 November 2014


9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam..

Jom baca 9 Jeneral Perang Terhebat sepanjang zaman dalam sejarah Islam yang dikongsikan oleh FB Jom Dakwah Bersama Ulama.. Berharap pada zaman sekarang terdapat juga Jeneral Perang Islam yang berjuang untuk umat Islam yang tertindas seperti di Palestin..

Gambar Hiasan

1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)

Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.


2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )
Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)
Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

5.Sa'ad bin Abi Waqqas.
Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. Tariq Bin Ziyad.
Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)
Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. Abdullah bin Aamir.

Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. Amru Bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.



KENAPA MALAIKAT MAUT DITAMPAR OLEH NABI ALLAH MUSA?KETAHUILAH CERITANYA


Kisah Nabi Musa Menampar Malaikat Maut

Suatu ketika, malaikat maut diutus oleh Allah SWT menemui nabi Musa as. Sesampainya di hadapan Musa, malaikat maut berkata, “Penuhilah panggilan Tuhanmu.” Mendengar itu, nabi Musa lalu menampar malaikat maut hingga kedua matanya buta.
Malaikat maut lalu kembali menghadap Allah SWT dan berkata, “Engkau kirim aku kepada seorang hamba yang tidak mahu mati. Dan dia telah membuat kedua mataku buta.”
Kemudian Allah SWT mengembalikan penglihatannya yang buta dan berkata pada malaikat maut, “Kembalilah dan katakan kepadanya, ‘Apakah kamu masih ingin hidup lebih lama lagi? Jika kamu masih ingin hidup, letakkan tanganmu di atas punggung seekor lembu. Untuk setiap lembar dari bulunya yang tertutup tanganmu, engkau berkesempatan menambah lama hidupmu selama satu tahun.”
Malaikat maut pun kembali pada nabi Musa as dan menyampaikan perintah Allah tersebut. Mendengar itu, nabi Musa lantas bertanya, “Sesudah itu apa?” Malaikat menjawab, “Kau akan mati setelah itu.” Nabi Musa pun berkata, “Kalau begitu, sekarang kematian benar-benar sudah dekat.” Nabi Musa lalu memohon kepada malaikat maut agar mencabut nyawanya di dekat Baitul Maqdis, dengan jarak satu lemparan batu.Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda "Seandainya aku di sana nescaya aku tunjukkan kuburnya kepada kalian yang berada di sisi jalan di dataran berpasir merah yang bergelombang." 
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari di Kitab Ahadisil Anbiya Bab Wafat Musa nombor 3407. Hadis juga ini diriwayatkan oleh Muslim di Kitab al-Fadha`il Bab Fadha`il Musa 4/1842.
PENGAJARAN
1. Hadis ini menunjukkan bahwa sebelum nyawa para nabi dicabut, mereka diberi pilihan antara terus hidup atau berpindah kepada rahmatullah sebagaimana Musa diberi pilihan. Aisyah telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada waktu beliau sakit menjelang wafatnya, "Ya Allah, Rafiqul A'la." Aisyah mengerti bahwa baginda diberi pilihan maka baginda memilih.
2. Kemampuan malaikat menjelma dalam wujud manusia sebagaimana malaikat maut mendatangi Musa dalam wujud manusia.
3. Kematian adalah haq dan pasti, jika ada yang terlepas dari maut tentulah mereka adalah para nabi dan rasul.
4. Kedudukan Musa di sisi Allah di mana dia menampar malaikat maut lalu rusak matanya, kalau bukan karena kemuliaan Musa di hadapan Allah mungkin saja malaikat akan membalas dengan keras.
5. Tidak ada alasan yang logik untuk menolak kejadian yang sahih ini. Rosaknya mata malaikat kerana tamparan Musa terjadi karena malaikat datang dalam wujud seorang manusia. Disinilah letak ujian bagi orang-orang beriman, apakah mereka mempercayainya atau tidak?
6. Keberadaan kubur Musa di tepi perbatasan tanah suci dan Rasulullah mengetahui tempat kuburnya, beliau menunjukkan sebagian alamat kuburnya yaitu di tepi jalan di tanah pasir merah.
7. Keinginan Musa agar kuburnya dekat dengan tanah suci dan boleh-boleh saja bagi siapa yang ingin mati di tanah suci.
8. Tanah suci yang diberkahi memiliki batasan. Musa meminta kepada Allah agar mendekatkan kuburnya darinya sejauh batu dilempar, oleh karena itu Musa dikubur di luar di pinggirannya.
Wallahu 'alam
Hadis Abu Hurairah, Nabi Musa a.s. Menampar Malaikat Maut
Jawapan terhadap syiah berkenaan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.Sebenarnya jawapan-jawapan terhadap hadis-hadis tersebut telahpun diberikan oleh ulamak-ulamak dahulu seperti Ibnu Hajar dan lain-lain tetapi orang-orang yang suka menimbulkan fitnah seperti Syarafuddin Abdul Husain al-Musavi dan yang sefahaman dengannya yang telah ditutup mata hatinya oleh Allah taala tetap mahu menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Hadis Nabi Musa a.s. menampar malaikat maut.Hadis tersebut
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أُرْسِلَ مَلَكُ الْمَوْتِ إِلَى مُوسَى عَلَيْهِمَا السَّلَام فَلَمَّا جَاءَهُ صَكَّهُ فَرَجَعَ إِلَى رَبِّهِ فَقَالَ أَرْسَلْتَنِي إِلَى عَبْدٍ لَا يُرِيدُ الْمَوْتَ قَالَ ارْجِعْ إِلَيْهِ فَقُلْ لَهُ يَضَعُ يَدَهُ عَلَى مَتْنِ ثَوْرٍ فَلَهُ بِمَا غَطَّتْ يَدُهُ بِكُلِّ شَعَرَةٍ سَنَةٌ قَالَ أَيْ رَبِّ ثُمَّ مَاذَا قَالَ ثُمَّ الْمَوْتُ قَالَ فَالْآنَ قَالَ فَسَأَلَ اللَّهَ أَنْ يُدْنِيَهُ مِنْ الْأَرْضِ الْمُقَدَّسَةِ رَمْيَةً بِحَجَرٍ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كُنْتُ ثَمَّ لَأَرَيْتُكُمْ قَبْرَهُ إِلَى جَانِبِ الطَّرِيقِ تَحْتَ الْكَثِيبِ الْأَحْمَرِ

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Diutuskan malakul maut kepada Musa maka bila Ia datang kepada Musa, Musa menamparnya. Lalu Ia kembali kepada Tuhannya maka Ia berkata, “Engkau telah mengutuskan aku kepada seorang hamba yang tidak inginkan kematian.” Allah taala berkata kepadanya, “Kembalilah kepadanya maka katakan kepadanya supaya dia meletakkan tangannya keatas belakang seekor lembu dan dengan setiap helai bulu lembu yang ditutupi oleh tangannya dia mendapat satu tahun”. Musa berkata, “Wahai Tuhanku, kemudian apa pula”? Allah berfirman, “Kemudian dari itu adalah kematian”. Musa berkata, “Kalau begitu sekaranglah”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Musa meminta kepada Allah supaya menghampirkan ia kepada bumi yang suci sekadar satu lontaran batu”. Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kalau ada ada di sana pasti aku akan tunjukkan kuburnya di tepi jalan di bawah timbunan pasir merah”. (sahih Bukhari kitabu ahadisul anbiya’ bab wafat Musa)

Di dalam sahih Muslim Abu Hurairah memarfu’kan hadis kepada Nabi s.a.w.:عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ مَلَكُ الْمَوْتِ إِلَى مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام فَقَالَ لَهُ أَجِبْ رَبَّكَ قَالَ فَلَطَمَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام عَيْنَ مَلَكِ الْمَوْتِ فَفَقَأَهَا قَالَ فَرَجَعَ الْمَلَكُ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى فَقَالَ إِنَّكَ أَرْسَلْتَنِي إِلَى عَبْدٍ لَكَ لَا يُرِيدُ الْمَوْتَ وَقَدْ فَقَأَ عَيْنِي قَالَ فَرَدَّ اللَّهُ إِلَيْهِ عَيْنَهُ وَقَالَ ارْجِعْ إِلَى عَبْدِي فَقُلْ الْحَيَاةَ تُرِيدُ فَإِنْ كُنْتَ تُرِيدُ الْحَيَاةَ فَضَعْ يَدَكَ عَلَى مَتْنِ ثَوْرٍ فَمَا تَوَارَتْ يَدُكَ مِنْ شَعْرَةٍ فَإِنَّكَ تَعِيشُ بِهَا سَنَةًTerjemahan lebih kurang di atas.

Jawapan yang diberikan oleh ulamak ASWJ antaranya:

Ibnu Khuzaimah berkata, “Sebahagian golongan ahli bid’ah (seperti Syiah) mengingkari hadis ini. Yang sebenarnya Allah taala mengutuskan Malaikat maut kepada Musa bukan bermaksud untuk mencabut rohnya pada ketika itu, dia hanya mengutuskannya sebagai menguji Musa sebagaimana Allah taala memerintahkan kekasihnya Ibrahim a.s. supaya menyembelihkan anaknya walaupun bukan bermaksud supaya melakukan perbuatan tersebut. Andaikata tujuan allah taala menghantarkan malakul maut tersebut semata-mata untuk mencabut nyawa Musa a.s. nescaya perkara itu tetap akan berlaku. Kemudian sebabnya Musa menampar malaikat maut tersebut kerana dia melihat seorang manusia yang memasuki rumahnya tanpa izin daripadanya dalam keadaan dia tidak mengenali bahawa ia adalah malaikat maut. Jadi dari segi hukumnya tidak salah kalau dia mempertahankan diri org yang menceroboh tempat persembunyian. Nabi2 yang lain juga pernah didatangi malaikat dalam rupa manusia dan mereka tidak mengenalinya pada peringkat awalnya. Andaikata Nabi Ibrahim a.s. mengenalinya tentu dia tidak akan menghidangkan makanan kepada malaikat tersebut sebagaimana tersebut dalam Quran:

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ (24) إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ قَوْمٌ مُنْكَرُونَ (25) فَرَاغَ إِلَى أَهْلِهِ فَجَاءَ بِعِجْلٍ سَمِينٍ (26) فَقَرَّبَهُ إِلَيْهِمْ قَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ (27) فَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ وَبَشَّرُوهُ بِغُلَامٍ عَلِيمٍ (28)

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? [51:25]Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu! Dia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! (Sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang-orang yang tidak dikenal. [51:26]Kemudian dia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). [51:27]Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: Silalah makan. [51:28](Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah makanan itu), maka dia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim). Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan. (az-zaariyat)

Begitu jugalah apa yang berlaku kepada Nabi Luth a.s., Maryam a.s. dll sebagaimana yang disebutkan di dalam al-quran seperti dalam surah hud 77-78 dll.Imam Nawawi berkata, “Tidak mustahil Allah mengizinkan kepada Nabi Musa a.s. menampar malaikat maut sebagai mengujinya dan malaikat maut itu diperintah supaya bersabar sebagaimana Nabi Musa diperintahkan supaya bersabar ketika menghadapi apa yang dilakukan oleh Khidhir a.s.

Di sini juga bukan menunjukkan Nabi Musa a.s. takut mati kerana itulah setelah malaikat maut datang kali kedua dan Nabi Musa mengenalinya, baginda a.s. terus bersedia untuk mati walaupun segera.Kalau dikatakan, bagaimana boleh berlaku pecah mata malakul maut dengan tamparan Nabi Musa a.s. itu maka akan dijawab bahawa perkara itu tidak mustahil bilamana ia diberikan keizinan oleh Allah taala apatah lagi ianya adalah untuk menguji orang yang ditampar.

Sumber mediaserius.blogspot.com

Wednesday 19 November 2014

ALGOJO PERTAMA DI MALAYSIA,SIAPA?


Hukuman Pancung Siapa Algojo Malaysia?



Algojo Arab Saudi Abdallah Albisi, terkenal di seluruh dunia.
Algojo Arab Saudi Abdallah Albishi, bersama pedang ‘Sultan’ terkenal di seluruh dunia.

Susunan Ibrahim  Muhamad

Hukuman pancung memiliki sejarah dan budaya yang panjang dan pelbagai termasuk cara ia dilakukan. Hukuman gantung, pancung merupakan cara hukuman mati yang klasik, murah serta praktikal  dimana petanda (algojo) yang menjalankan tugas hanya memerlukan sebilah pedang atau kapak.
Dalam Islam (rujukan Arab Saudi) hukuman pancung biasanya dilakukan dengan menggunakan pedang yang sangat tajam. Namun ada negara seperti Perancis dan Eropah menggunakan kapak, guillotine atau senjata ketenteraan.
Hukuman pancung dahulu dianggap sebagai salah satu cara terhormat untuk mati. di England ada anggapan hukuman pancung merupakan hak istimewa seorang lelaku terhormat. Hukuman pancung ini akan membedakan seseorang dari terdakwa lainnya yang dihukum dengan cara yang tidak terhormat (keji) yaitu dengan dibakar secara hidup-hidup di atas tumpukan kayu.
Orang Greek dan Roman menganggap hukuman pancung sebagai hukuman mati yang kurang menyakitkan dibandingkan dengan cara lain yang digunakan pada masa itu. Oleh karena itu mereka menggunakan hukuman pancung jika didapati bersalah. Adalah penduduk dari negeri lain, mereka akan menggunakan hukuman mati dengan cara disalib.
Pada masa ini Arab Saudi dan Iran masih menggunakan hukuman mati seperti ini dengan memancung kepala. Manakala Qatar dan Yaman yang sudah mempunyai undang-undang hukuman mati dengan cara seperti ini, sehingga sekarang belum ada pesalah menerima hukuman berkenaan.
Hukuman pancung berlaku di England hanya bertahan sehingga tahun 1747 dan merupakan cara hukuman mati standart di Norway sehingga tahun 1905, Sweden (sehingga 1903) dan Denmark (sehingga 1892).
Di Perancis (Guillotine digunakan sehingga 1792) dan di Jerman dimansuhkan pada tahun 1938. Semua negara-negara Eropa yang sebelumnya menggunakan hukuman pancung sudah menghapuskan amalan berkenaan pada masa ini.
Hukuman pancung juga digunakan secara meluas di China sehingga komunis berkuasa dan menggantikannya dengan hukuman tembak. Jepun juga biasa memenggal kepala sampai akhir abad ke-19 sebelum beralih kepada hukuman gantung.
Hukuman pancung pesalah akan ditutup matanya sehingga mereka tidak dapat melihat pedang atau kapak yang datang menebas leher mereka agar mereka tidak dapat menghindar atau mengelak. Ada juga seorang pembantu algojo digunakan untuk memegang rambut terdakwa pesalah untuk mencegah mereka bergerak.
Di Malaysia dalam satu kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar, cenderong kepada penggunaan gilotin sebagai alternatif untuk menjalankan hukuman potong anggota badan pesalah, banyak memberi kesan kepada pihak tertentu untuk turut sama memberi pendapat.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman, memberi amaran, imej Islam akan terjejas sekiranya sebarang tindakan menghukum pesalah tidak dijalankan dengan betul menurut Islam.
Kerajaan Kelantan seharusnya menjalankan kajian yang menyeluruh dan banyak membuat perbincacngan dengan semua pihak terhadap setiap cadangan bagi memastikan objektif perundangan Islam dapat dipenuhi tanpa memberi kesan negatif terhadap agenda Islam secara keseluruhannya.
Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Muhammad, bersetuju sekiranya Kerajaan Kelantan dapat melakukan kajian yang mendalam dalam isu berkenaan termasuk mengadakan lawatan ke negara yang telah melaksanakan undang-undang jenayah hudud.
Muhammad Shukri berkata, jawatankuasa tersebut sedang meneliti pindaan Kod Jenayah Syariah II 1993 yang membincangkan kaedah pelaksanaan dan mereka akan berlepas ke luar negara untuk melawat negara yang melaksanakan undang-udang hudud bagi meluaskan idea serta pemikiran. Saya yakin ini merupakan jalan terbaik untuk dilakukan ketika ini,” katanya.
Di  Saudi Arabia, orang ramai masih boleh menyaksikan hukum hudud dijalankan sama ada depan orang ramai atau jauh ditengah padang pasir.
Namanya Abdallah bin Said al-Bishi yang mewarisi kerja ayahnya sebagai algojo (tukang pancung) sangat masyhur dan stesyen televisyen dari Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khusus pada akhir 2006.
Algojo seperti Abdallah inilah yang bertugas mencabut nyawa pesalah. Difaham  terdapat sekurang-kuanganya enam algojo yang ditunjuk Pemerintah Arab Saudi dengan Abdallah di tempatkan untuk Kota Mekkah.
Abdallah pada usia 32 tahun mula bertugas pada 1991, setelah ayahnya, Said al-Bishi meninggal dunia. Hari pertama, dia telah memancung tiga orang.
Dengan pedang bernama ‘Sultan’ warisan ayahnya. Pedang berkenaan melengkung seperti bulan sabit dengan panjang setengah meter. Hingga kini, dia mengaku telah memancung lebih dari 100 kepala.

SUMBER : BLOG UMMATAN WASATAN

Wednesday 5 November 2014

GERAKAN LIBRERALISME DAN PLURALISME


Bahan ilmiah yang cukup baik untuk dihayati bersama, oleh tulisan sahabat saya Ustaz Muhammad Atiullah ttg Gerakkan Liberal agar kita sedia maklum rancangan jahat musuh terhadap ummat ini..

Gerakan Liberal dalam Post-Islamisme

Sungguh mengejutkan pendedahan Mustafa Akyol (2012:81) mengenai hasil kajian “Liberal Turkish’’ pada 2006 mendapati bahawa tuntutan masyarakat Turki agar kembali kepada syariah menurun dari 21 peratus kepada 9 peratus dalam tempoh tujuh tahun sejak Islamic Calvinist diperkenalkan. Islamic Calvinist adalah golongan yang menumpukan nilai dan kesufian tetapi mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Golongan ini ditubuhkan untuk mengambil alih kekuasaan Parti Refah sehinggalah Parti AKP menaiki tangga politik pada 2006.

Kajian tahun 2006 ini jugalah, kehendak masyarakat Turki kepada undang-undang rejam menurun kepada satu peratus sahaja. Malah, idea jihad medan perang sudah bertukar kepada jihad ekonomi, selera tulisan-tulisan pembaca novel pun telah beralih arah dari citra Islam kepada kebejatan moral sekular. Lebih teruk dari itu lagi, kem Islamis turut mengkritik budaya Islam dan beralih kepada bentuk hidup Muslim yang individualistik, serta mengubah arah dari citra ketaatan kepada agama kepada citra kebebasan. Inilah suasana yang golongan Liberal Turki rancang bagi menyediakan AKP sebagai Islamis mengambil pentadbiran kerajaan.

Gerakan Liberal memang sah perancangan antarabangsa. 

Kini, gerakan Liberal ini pula mengemukakan satu gerakan baru sebagai langkah antarabangsa. Satu tesis berjaya dihasilkan bagi mengetengahkan neoliberal antarabangsa, pascamodenisme dan kepelbagaian budaya kepada AKP yang ditulis oleh Ozcetin bagi mendapatkan doktor falsafah di Middle East Technical University pada 2011. Tidak hairanlah, Akyol menyebut (2012: 70, 77) golongan pembangkang menjadi rakan sekular-liberal kerana sekular-liberal gagal dipertahankan oleh pemerintah. Beliau mencadangkan mengubah wajah Islamisme kepada post-Islamisme.

Pandangan Akyol (2012; 77-78) bukanlah bersandarkan kepada pandangan Asif Bayat sendiri yang berbicara mengenai sosial, politik dan hak. Beliau bukan bersandarkan pandangan Roy dan Kapler mengenai kegagalan Islamisme membuka ruang baru dimensi politik moden dan menghalang pemikiran radikal. Beliau lebuh jauh mengheret pandangan post-Islamisme kepada bentuk liberal iaitu Islam adalah serasi dengan demokrasi, sekular, kapitalisme, hak asasi manusia dan nilai-nilai Barat. Kesemua idea ini diaduk dalam Post-Islamisme yang pernah dicanang oleh Institute Renaisance Front (IRF) oleh pengerusinya iaitu Ahmad Farouk.

Kegiatan Liberal ini adalah selaras dengan keinginan Barat

Alain Roussilon (2006: 378) menyatakan Barat tengah menunggu dan mendesak Framework Post-Islamisme di segerakan. Bentuk Post-Islamisme yang diinginkan adalah menolak pemikiran radikal Islam, lebih mirip kepada pemikiran Protestan Kristian atau pemikiran liberal Muslim, perwatakan masyarakat Muslim yang lebih moderat dan yang paling penting adalah bagi menolak idea Negara Islam dan perlaksanaan syariat Islam. Kandungan Islam Liberal ini sudah berjaya dimuatkan dalam post-Islamisme oleh Husnul Amin (2010) dalam disertasinya yang bertajuk “From Islamism to Post-Islamism”.

Tanpa syak lagi, terdapat desakan dari pihak Barat dan Liberal Turki bagi mengetengahkan Islam Liberal dalam Post-Islamisme. Persoalan yang timbul adalah mengapakah mereka mendesak Post-Islamisme disegerakan? Adakah kerana kegagalan Kamalisme di Turki, Jamal Abdul Nasir di Mesir dan Ben Ali di Tunisia mengekalkan hegemoni Sekular? Adakah Liberal dan sekular tidak lagi mampu berdepan mengetengahkan idea dan gerakan agar diikuti masyarakat dunia Islam. Atau adakah Post-Islamisme adalah citra menukar wajah Islamisme kepada mesra liberal dan sekular selepas menyedari sekular dan liberal sudah tiada tempat di hati umat Islam? 

Hanya dua negara yang berjaya menukar citra Islamisme kepada post-Islamisme iaitu di Turki dan Tunisia. 

Di Turki, regim tentera Turki yang beraliran Sekular telah menahan Erdogen selama setahun kerana dikaitkan dengan parti Refah. Apabila keluar dari penjara, Erdogen terus menyebut agar memberi peluang kepada demokrasi dan liberal menyalurkan kepada masyarakat satu suasana menikmati lebih kebebasan. Masyarakat merasai sendiri kebebasan ini di bawah pentadbiran AKP berbanding Refah yang dilihat sebagai Islamis. Ideanya, demokrasi Barat adalah lebih bebas dari Turki lalu mengajak ke arah demokrasi bebas. AKP dengan bantuan Kemalisme berjaya membuat tekanan sehingga demokrasi Turki berjalan dengan baik. Ini memberi impak baik kepada AKP untuk terus berkuasa.

Di Tunisia pula, gerakan post-Islamisme telah lama dan awal. Kenaikan Rashid Ghanoushi membuka lembaran kepada puak sekular agar bersama-sama dengan Islamis. Ruang ini telah membuka lembaran post-Islamisme di ketengahkan. Malah, CSID yang merupakan pusat kajian sekular dan liberal telah berjaya dibawa ke dalam pentadbiran Rashid Ghanoushi yang mengetengahkan idea demokrasi, ekonomi bebas dan hak masyarakat sivil.

Kejayaan post-Islamisme di Turki dan Tunisia sedang diaplikasikan di dunia Islam. 

Negara-negara yang sedang giat dimomokkan dengan Post-Islamisme adalah Mesir, Yaman, Pakistan dan Malaysia. Baki negara-negara Islam yang lain sedang diusahakan. Sebagai contoh, parti Wasat sedang dinaikkan atas nama Post-Islamisme padahal parti ini adalah berhaluan sekular yang pro-General al-Sisi. Atas tujuan inilah, Akyol telah membentangkan kertas kerjanya di Kaherah, Mesir yang bercerita pengalaman Turki menghadapi Islamisme. Justeru, tidaklah pelek, bekas pimpinan Ikhwan Muslimin yang dibuang keahliannya iaitu Kamal Helbawi telah bersama bersekongkol dengan pemerintah Mesir bagi menghidupkan post-Islamisme. Dengan harapan, keinginan masyarakat Mesir terhadap syariat akan menurun.

Golongan Liberal dan Barat sudah mengetahui bahawa ideologi Sekular dan liberal sudah gagal. Kini, mereka menggerakkan dua ideologi ini dengan penjenamaan baru. Jikalau mereka menggunakan ideologi Sekular dan Liberal bagi berhadapan dengan pencinta syariat Islam, seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sudah mengetahui jawapan-jawapannya dalam karya-karya ulama sejak kurun ke 20 lagi. Cuma yang tinggal adalah garapan dari anak-anak muda Islam dan menanti kebangkitan semula para pemikir dan cendekiawan abad ke 20 ini mengemudi perjuangan di awal era abad ke 21 ini agar terus berhadapan idea baru liberal iaitu post-Islamisme.

Rujukan

Akyol, Mustafa. 2012. The Turkish Model. Cairo Review, 4/2012.

Roussillon, Alain. 2006. Waiting for Post-Islamism

Dari FB Muhammad Atiullah

SUMBER : BLOG CELAH GELEGAR