Monday 25 January 2016

BACA SAMPAI HABIS KISAH PEJUANG INI


Sepatutnya pejuang macam nie la yang patut di beri gelaran datuk atau tan sri, sepatutnya pejuang macam nie dapat tanah atau apa sahaja benda yang sesuai dengan jasanya kepada negara kerana menentang komunis...

Memang dia tak minta balasan atas keringat yang dia curahkan untuk negara, tetapi jasa dan pengorbanan dia harus kita kenang, di waktu kita senang lenang di rumah bermain dengan anak cucu, dia mempertaruhkan nyawa dia untuk kita semua...

Ikuti kisah perjuangan salah seorang hero komando 69 (VAT69) Sarjan Mejar (SM) Apot Anak Saad
Sebuah jam tangan dirampas daripada anggota komunis dan beberapa pingat sebagai kenangan untuk simpanan Apot.

SATU ketika dulu, namanya begitu harum hingga menjadi sebutan ramai terutama oleh pasukan keselamatan. Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Apot A/K Saad umpama pembawa tuah dalam setiap operasi menjejak dan memerangi pengganas komunis.

Jika ada pasukan keselamatan yang gagal mengesan, menjejaki atau menggempur lokasi komunis, tapi Apot pasti boleh. Itulah antara kata-kata harapan bila menggambarkan siapa Apot ini yang diakui sebagai penjejak atau treker belantara.
Kebolehan Apot yang dianggap 'pakar' penjejak menyebabkan Orang Asli dari kaum Semai ini digeruni pengganas komunis. Kebolehannya bukan sahaja dapat menghidu dan mengesan jejak musuh walaupun sudah berminggu, malah beliau juga tahu membezakan antara jejak manusia dan haiwan.
Jika ada pengganas komunis cuba mengelirukan jejak dari dikesan pasukan keselamatan, namun Apot dapat membuka semula jejak tersebut. Hutan belantara Selangor, Pahang, Kelantan dan Perak yang begitu tegar dengan aktiviti komunis dan jerangkap samar, menjadi kawasan permainan Apot.

Kebolehan Apot ketika tahun-tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an telah mengharumkan nama PDRM dan juga unit elit jabatan itu, 69 Komando atau VAT 69.
Kemahiran menjadi penjejak dimiliki Apot itu turut diserapkan kepada pasukan tentera dan komando negara asing seperti dari New Zealand dan Australia.
Karier Apot dalam PDRM bermula sebagai anggota Senoi Praaq sebelum beralih ke VAT 69 pada 1970. Sebagai anggota Senoi Praaq, beliau dianggap antara kalangan perintis Orang Asli di negara ini yang berjuang menentang komunis.

Negara ketika itu memang memerlukan peranan Orang Asli bagi menentang komunis yang menjalankan peperangan ala gerila. Kerana tekun dengan tugasannya sebagai penjejak, Apot mempunyai rekod peribadi, berjaya menembak mati lima pengganas komunis dan terlibat dalam 15 pertempuran.
Ini tidak termasuk tugas-tugasan lain di mana beliau mendahului mengesan jejak sebelum diserahkan kepada penjejak lain. Namun, semua kebanggaan itu hanya tinggal kenangan bagi Apot yang kini berusia 62 tahun selepas bersara dari VAT 69 dengan pangkat Sarjan Mejar.
Mungkinkah hanya rakan-rakan seperjuangan Apot sahaja yang mengetahui pengorbanan dilakukan oleh beliau selama ini untuk negara? Yang pasti, kini Apot hanya menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai penoreh getah di kawasan kebun. Agak terkejut apabila diberitahu, kebun getah itu pula bukan milik beliau sebaliknya ia diteroka di tanah rizab Orang Asli.

''Itu bukan tanah saya. Saya terokai sejak lama dulu. Kami Orang Asli banyak teroka tanah untuk mencari rezeki. Saya menoreh untuk tambah pendapatan. Kalau tidak, sumber pendapatan saya hanyalah dari pencen polis ,'' katanya ketika memulakan perbualan dengan Utusan Malaysia.
Sambil merenung jauh, beliau terdiam sejenak apabila penulis mengajukan pertanyaan lain. Seolah-olah sukar untuk beliau menceritakan perjalanan hidupnya semasa menjadi penjejak dalam VAT 69 dan juga selepas bersara.
Namun penulis dapat melihat matanya perlahan-lahan berair, menandakan jauh di sudut hati pasti beliau tertanya-tanya apakah cerita yang hendak disampaikan mengenai pengorbanannya selama ini kepada negara dihargai.

''Sekarang saya dah jadi penoreh getah, pukul 6.30 atau 7 pagi dah keluar rumah untuk pergi menoreh. Dalam gelap, saya gunakan lampu suluh. Kalau dari jauh nampak seperti cahaya lampu sedang bergerak.
"Bila teringatkan masa operasi dulu, saya juga sering melihat penoreh getah dengan lampu suluh di kepala. Yang nampak hanya cahaya lampu bergerak dan kita tahu mereka adalah penoreh getah,'' katanya yang dilahirkan di Kampung Lata Kinjang, Chenderiang, Perak.
Ketika kanak-kanak lagi Apot sudah mengikuti bapanya masuk ke hutan untuk memburu dan mencari hasil-hasil hutan. Apabila berusia 17 tahun, beliau pergi memburu bersendirian.

Perjalanan hidupnya sebagai kaum Semai dan sering memburu seorang diri membolehkan dia mengenali keadaan hutan belantara. Semasa berada di tingkatan tiga, Apot berhenti sekolah.
Pada tahun 1968, beliau menyertai pasukan Senoi Praaq. Antara pengalaman menarik dilalui ialah semasa operasi sekitar kawasan Bentong, Pahang pada tahun 1980-an.
Dalam operasi itu, Apot bersama dua platun anggota dan pegawai melibatkan 24 orang ditugaskan untuk mengesan jejak musuh. Setelah enam hari menjejak seluruh kawasan belantara di situ tanpa sebarang kesan, akhirnya mereka bersiap sedia untuk pulang.
"Ketika berehat makan, saya tinjau seorang diri sekitar kawasan tempat kami berkumpul. Saya terkejut apabila mendapati kesan tanah dari tapak kasut. Dari perhatian saya, ia mungkin sudah dua atau tiga hari lalu. Saya maklumkan kepada pegawai, namun tiada reaksi darinya mengatakan ia benar-benar kesan tapak komunis.

''Kerana tak puas hati, saya terus tinjau kawasan tersebut dan semasa melalui sebuah permatang, saya melihat terdapat geseran pada sebatang pokok kayu. Saya percaya ia kesan dari tali senjata api atau tali beg yang terkena pokok berkenaan,'' katanya.
Apot kemudian memanggil seorang lagi rakan Orang Asli yang juga menjadi penjejak dalam pasukan berkenaan. Setelah yakin, Apot memaklumkan sekali lagi kepada pegawainya dan ini menyebabkan platun berkenaan meneruskan operasi menjejak.
''Kami kemudian menemui penempatan komunis yang telah ditinggalkan, ini menguatkan lagi bahawa kawasan di situ terdapat pengganas komunis,'' katanya.
Keesokannya kira-kira pukul 3 pagi, setelah bermalam di sebuah puncak bukit, pasukan tersebut melihat pergerakan lampu-lampu suluh dipercayai para penoreh getah. Namun, mereka tidak dapat pastikan sama ada mereka itu pengganas komunis atau orang awam.

''Kami terpaksa tunggu sehingga hari cerah. Kemudian kami lihat terdapat kepulan asap dari bukit bersebelahan. Kami kemudian mara ke puncak berkenaan sehingga 50 meter ke penempatan sasaran dan melihat terdapat lelaki bersenjata. Kami kemudian rapat lagi sehingga 20 meter sebelum melakukan serang hendap,'' kata Apot.
Pertempuran lebih 30 minit itu menyebabkan lapan pengganas termasuk tiga wanita berjaya ditumpaskan. ''Inilah pertempuran hebat yang pernah saya lalui selain 14 pertempuran lain,'' katanya.
Menjawab pertanyaan, Apot berkata, dia berpegang kepada prinsip jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas sebagai penjejak. Baginya, peranan penjejak amat penting kerana bakal menentukan sama ada pasukan keselamatan dapat melakukan serang hendap atau diserang hendap oleh musuh.
''Kalau penjejak gagal atau dikelirukan ekoran tipu muslihat komunis, maka pasukan keselamatan akan diserang hendap. Kita pun tahu, berapa banyak pasukan keselamatan diserang hendap komunis hingga mengorbankan banyak nyawa.

''Bagi saya, jujur menjalankan tugas tanpa memikirkan habuan dan ikhlas dalam setiap pekerjaan. Ini penting dalam memastikan rakan sepasukan tidak menjadi mangsa serangan hendap.
''Kalau kita temui sesuatu jejak, lalu jejak itu kemudian hilang, maka hendaklah ia dicari sehingga dapat menemui kesan baru. Yang penting jangan putus asa,'' katanya.
Pengalaman bertempur di hutan belantara banyak mengajar beliau mengenai kehidupan dan kesetiaan. Sesuatu yang menarik, sepanjang kariernya, belum pernah platun disertai Apot menjadi mangsa serangan hendap.
Sebelum bersara, Apot pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tapi hanya rakan-rakan rapat sahaja mengunjungi beliau. Sejak itu terlintas di fikiran beliau, adakah jasanya selama ini hanya sekadar mencurahkan air di daun keladi.
Bagi Apot, beliau tidak sekali-kali kecewa setelah bersara walaupun tiada anugerah atau gelaran tertinggi diberikan kepadanya.

Cerita-cerita mengenai pengorbanan serta keberanian beliau kini hanya dikisahkan kepada tujuh orang cucunya yang sering berkunjung ke rumahnya di Kampar, Perak. Kisah-kisah kebolehan sebagai penjejak itu sedikit sebanyak dapat mengubat hatinya apabila diceritakan kepada cucu-cucunya itu.
''Apabila cucu-cucu saya datang, mereka minta saya ceritakan pengalaman semasa menentang komunis dalam hutan. Masa itulah saya merasa puas hati kerana masih ada insan yang sudi mendengar kisah-kisah silam saya,'' katanya.
Menjawab pertanyaan penulis, beliau berkata: ''Hanya beberapa pingat sahaja diberikan sebagai mengenang jasanya. Tapi bukan SP (Setia Pahlawan) atau PGB (Pingat Gagah Berani). Tapi saya tidak berkecil hati kerana saya selama ini dapat menjaga keselamatan negara,'' katanya.
Bagi Apot, beliau hanya meminta rakan-rakan dalam pasukan keselamatan dan juga masyarakat supaya dapat terus memastikan keamanan negara terpelihara.

''Jangan sia-siakan pengorbanan saya serta rakan-rakan yang telah lama bersara. Dulu kami terpaksa berlapar dalam hutan, makanan dicatu, tak cukup tidur dan tinggalkan anak bini berbulan-bulan, nyawa pula di hujung peluru, semuanya semata-mata nak tengok rakyat jelata dapat hidup aman.
''Saya tidak minta balasan tanah, pangkat, gelaran atau habuan wang ringgit...memadai kenangkan pengorbanan ini,'' katanya mengakhiri perbualan. 
Artikel pernah disiarkan dalam Utusan Malaysia sekitar 3-4 tahun lepas..

Tuesday 5 January 2016

FREEMASON,APA NI?


Apa itu Freemason-Sejarah Freemason

Oleh rmf
Mungkin atau tidak ada diantara kita hanya pandai menuturkan perkataan Freemason ini, akan tetapi tidak pula mengetahu sejarah asal penubuhannya, sebagai  pengetahuan dan landasan kepada  golongan ini disini saya postkan satu artikel yang mana mungkin membrikan penerangan yang amat jelas sejarah nya.
Kadang kala kita tertanya-tanya apakah yang paling hebat dengan organisasi ini sehingga ianya boleh mengubah pelbagai  bentuk agenda  seluruh dunia, siapakah mereka ini? Sekarang kita baca dan fahami- sekadar pengetahuan.
Assallamualaikum dan salam sejahtera
Apa itu Freemason? mungkin ada antara kita di malaysia ini kurang faham mengenai freemason dan korang join sahaja pertubuhan tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya, buat korang di malaysia yang dah join freemanson tu jangan ingat erti seronok sahaja,sila baca entri yang aku kongsikan untuk korang ini sebelum korang akan meninggalkan freemason

Sejarah Freemason
Freemason adalah organisasi Yahudi Antarabangsa, sekaligus merupakan gerakan rahsia paling besar dan paling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua kata yang di satukan. Free ertinya bebas atau merdeka, sedangkan Mason adalah juru bangun atau pembangun.
Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.
Tentang Haikal Sulaiman atau Solomon Temple ini sendiri banyak sumber yang mendefinisikan berlainan. Salah satu tafsir yang paling popular adalah, bahawa Haikal Sulaiman berada di tanah yang kini di atasnya berdiri Masjidil Aqsa.
Mereka meyakini, tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membangun Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babylon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Tahun 533 SM, bangunan ini didirikan kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babylon. Atas kebebasannya itulah, ia membangun kembali Haikal Sulaiman.
Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Rom menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu juga apabila kuasa Muslim, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.
Tapi tafsir lain tentang hal ini juga mengartikan Haikal Sulaiman juga sebagai wilayah kekuasan yang luas membentang. Bahkan ada yang menariknya hingga sampai wilayah Khaibar, saat kaum Yahudi diusir di zaman Rasulullah Muhammad. Oleh itu, mereka meyakini harus menguasai seluruh dunia, bahkan hingga tanah Khaibar, tempat mereka terusir dahulu kerana penghianatanya pada Rasulullah dan piagam Madinah.
Dan untuk itulah mereka bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menebar kuasa itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama wahyu, Kristian dan Islam.
Perlawanan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Perlawanan gereja Katolik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah rencana bertajuk The Earlier Period Of Freemasonry yang di Mimar Sinan, turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para ahli Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh pertarungan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak awal penubuhan, Fremason telah menyokong kebebasan beragama, sama persis dengan yang terjadi belakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.
Banyak sumber Freemason menjelaskan bahawa sejarah penubuhan gerakan ini berakar jauh dan boleh dikesan hingga ke masa Order Knight of Templar ketika perang Salib di Yerusalem, Palestin. Saat Paus Urban II, tahun 1095, usai Majlis Clermont menyeru Perang Suci atau Crusade dan memobilisasi kaum Kristiani di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Yerusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Paus Urban II membakar emosi massa dengan cara mengabarkan berita bohong. Beliau berkata umat Kristian di Palestin telah dibunuh, dibantai dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Ia juga membakar kemarahan kaum Kristiani dengan mengatakan bahawa kaum kafir (Muslim Turki, pen.) Telah dan sedang menguasai makam Yesus Kristus.
Paus UrbanusII menyeru agar semua pertikaian yang terjadi selama ini antara pemeluk dan Kesatrian Kristian harus diakhiri, karena ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam dan kaum Muslimin. Ia juga mengimiginasikan dengan pujukan syurgawi, bahawa siapa yang berangkat ke medan perang akan dibebaskan dari semua dosa dan di jamin akan mendapat syurga. Hasilnya, beribu-ribu kaum Kristiani berangkat menuju Palestin dengan kemarahan. Dan setibanya di sana, terjadi pembunuhan besar-besaran atas penduduk Yerussalem dan Palestin.
Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib yang terdiri daripada banyak unsur mula mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam aliran-aliran tertentu. Para ahli aliran ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara tentera di dalam biara tersebut. Dan satu dari sekian aliran yang sangat mencuat namanya adalah Order Knight of Templar.
pengasas aliran ini adalah dua kesatria Perancis, iaitu Hugh de Pavens dan God Frey de St Omer. Spekulasi dari kalangan sejarawan berkata, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh dan cita-cita para pengasas Order Knigh of Templar. Para perwira tinggi Kristian tersebut, sesungguhnya proses Convertion yang mereka lakukan hanyalah cara untuk menyelamatkan diri, dan sesungguhnya mereka masih berpegang teguh pada doktrin-doktrin Yahudi, terutama Kabbalah.
Meski mereka menamakan diri sebagai tentera miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Atau setidaknya, masa yang miskin itu hanya mereka rasakan di awal-awal penubuhan Knight of Templars. Dalam masa yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan jalan melakukan kawalan penuh terhadap peziarah Eropah yang datang ke Palestiana. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putra para bangsawan Eropah yang tentu saja akan melengkapkan anak mereka dengan bekalan dana yang seolah tak pernah kering jumlahnya. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan ribawi pertama pada abad pertengahan.
Dalam waktu singkat markas Knight of Templar di Perancis menjadi rumah Penghimpunan harta terbesar di Eropah. Lambat laun mereka menjadi bankir bagi para Paus dan Raja. Bagaimana tidak cepat kaya, setiap tahunyya King Henry II of England mendonasikan wang untuk menanggung kos hidup 15.000 tentera Knight of Templar dan juga Knight Hospitaler selama mereka berperang dalam Perang Salib pada tahun 1170. Untuk menggambarkan betapa besarnya institusi perbankan yang dijalankan Templar, pada saat itu organisasi ini mempunyai 7,000 pegawai lebih hanya untuk mengurusi masalah kewangan. Mereka juga mempunyai tak kurang dari 870 istana, istana, dan rumah-rumah para bangsawan yang terbentang dari London hingga Baitulmuqaddis.
Karena aliran ini sangat berkuasa, lambat laun mereka mulai menampakkan ciri asalnya, yakni sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan mendatangkan roh-roh untuk berkomunikasi. Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Firaun.
Mengetahui hal ini, Raja Perancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan aliran Knight of Templar kerana dituduh telah melakukan bid’ah. Dalam perkembangannya, Paus Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis inquisisi. Terjadi banyak penangkapan dan interogasi, dan beberapa pimpinan Order Knight of Templar yang bergelar Grand Master (penyebutan ini masih digunakan sebagai peringkat tertinggi dalam gerakan Freemason sampai sekarang, pen) ikut menjadi korban. Dari beberapa penangkapan dan interograsi didapati keterangan bahawa ahli-ahli Templar telah melakukan kejahatan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, melakukan sodomi, menyembah kucing, memakan daging rakan-rakan mereka sendiri yang sudah mati.
Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyiksaan demi penyiksaan, de Molay mengakui segala ritual bid’ah yang dilakukan oleh Order Templar. Pada tahun 1312, Order Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja, dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Order Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai Heretic (bid’ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan napasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Paus Clement harus mengikutinya, mati, dalam masa satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, diikuti Paus Clement sebulan selepas Raja Philip mangkat.
Setelah itu berlaku pemusnahan besar-besaran, sekali lagi ke atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan kes Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tak hanya terjadi di Palestin, tetapi juga berlaku di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Sampai akhirnya mereka berhasil melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgahsana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang menentukan dalam perkembangan gerakan Freemason.
Versi yang lebih tua dari sejarah Freemason adalah kisah yang menyebutkan pembentukan Freemasonry pada zaman Raja Israel, Herod Agripa I yang meninggal dunia pada tahun 44 Masihi. Freemason pada zaman ini dibentuk untuk membendung ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi Isa as. Konon waktu itu namanya The Secret Power atau kekutan yang Tersembunyi.
Tujuan utamanya adalah memusuhi pengikut Nabi Isa, menculik mereka, membunuh, melarang penyebaran agama baru tersebut, termasuk membunuh bayi-bayi Kristian. Tapi, berkenaan dengan segala kesadisan yang dilakukan Herod ini, para sejarawan dunia, meyakini bahawa hal tersebut hanyalah mitos belaka dalam tradisi agama Kristian. Herod Agripa I menjalankan segala misi The Secret Power ini dibantu dua pengikut setianya, Heram Abioud sebagai Naib Presiden gerakan dan Moab Leumi sebagai pemegang rahsia utama gerakan ini. Tapi beberapa ahli Freemason juga mempercayai dan menarik sejauh mungkin sejarah mereka ke masa lalu, bahkan hingga ke zaman Firaun. Itu pula yang menjadi salah satu penjelasan mengapa mereka kerap kali menggunakan simbol-simbol Mesir Kuno dalam tradisi dan aktiviti ritual mereka, seperti penggunaan Mata Horus atau The All Seeing Eye, Piramid, Matahari dan pelbagai simbol Mesir lainnya. Penggunaan ini bermula dari penggalian Kuil Sulaiman oleh para Templar dan penemuan doktrin dan ajaran Kabbalah yang terus-menerus mereka eksplorasi dan diajarkan dari mulut ke mulut. Penggalian ini begitu serius mereka lakukan sehingga kelak akan mempengaruhi cara pandang kaum Templar dan juga rancangan mereka dalam kehidupan dunia.
Bahkan yang cukup mengejutkan adalah, dalam manuskrip-manuskrip kuno Mason dikatakan, orang pertama Mason adalah Adam! Kejadian itu berawal ketika Adam dan Hawa memakan daun dari pohon terlarang di taman Syurga. Daun yang disebut sebagai daun pengetahuan, dan kerana itu juga Tuhan mereka melarang mereka memakannya. Dr.Albert Mackei, seorang ahli Mason dengan tingkatan 33 derajat dalam Encyclopedia of Freemasonry manuliskan, daun pengetahuan itu kelak diturunkan pada dua anak Adam dan Hawa, Seth dan Nimrod dengan kisah The Tower of Babel. Kedua anak ini pula menyusun bahasa untuk ilmu pengetahuan yang akan diturunkan kepada manusia-manusia seterusnya. Tapi, dalam perkamen-perkamen tua itu disebutkan bahawa, Tuhan dengan sengaja mengacaukan bahasa manusia yang mengakibatkan rahsia ilmu pengetahuan, yang diturunkan Adam dengan memakan daun dari pohon terlarang, hilang dan tak diketahui manusia-manusia selepas Seth dan Nimrod. Dan itu pula yang menjadi alasan kedua-dua kaum ini memerangi Tuhan.
Bahkan menurut Talmud, syaitan-syaitan adalah keturunan dari Adam dan Hawa. Setelah Adam diusir dari syurga, dia enggan mencampuri isterinya, Hawa. Dan pada saat itulah, dua setan perempuan mendatanggi Adam yang langsung digauli keduanya oleh Adam. Dalam Talmud disebutkan, Adam menggauli syaitan perempuan bernama lelet selama lebih dari 130 tahun lamanya dan melahirkan ramai anak-anak syaitan begitu pula dengan Hawa selama ditinggal oleh Adam, Hawa juga digauli oleh syaitan laki-laki dan melahirkan ramai anak setan.
Banyak Muslim yang anti-Masonry beralasan bahawa Freemasonry sangat dekat dengan Semitisme dan Zionisme, meski pengkritik lain mengatakan bahawa Freemason ada hubungannya dengan Dajjal. Beberapa Muslim lain yang anti-Masonry beranggapan bahawa Freemasonry memiliki misi untuk mempromosikan Yahudi di seluruh negara di dunia, dan misi terbesar mereka adalah mendirikan Kuil Solomon di Jerusalem setelah menghancurkan Masjid. Pada artikel 28 dari konvensyen Hamas, dinyatakan bahawa Freemason, Rotary, dan kumpulan yang serupa yang lain “bekerja dalam kerangka dan berdasarkan Arahan Zionisme …” Namun, beberapa negara seperti Turki dan Malaysia membolehkan Grand Lodge.
Freemasonry di Indonesia
Di Hindia-Belanda dahulu, rumah pertemuan kaum Vrijmetselarij, dalam bahasa Belanda Lodge atau loji dalam bahasa Indonesia seringkali disebut sebagai “rumah setan”. Sejak zaman Presiden Sukarno, gerakan ini diharamkan di Indonesia.
Loji-loji Freemason ternama di Nusantara tersebar di hampir semua wilayah di Indonesia seperti di Aceh, Medan, Padang, Palembang, Jawa, Sulawesi, dan sebagainya.
Salah satu yang paling terkenal adalah Adhuc Stat alias loji Bintang Timur yang terletak di Menteng, Jakarta Pusat, yang kini digunakan sebagai Gedung Bappenas. Dulu, bangunan ini dikenali masyarakat luas sebagai Gedung Setan, kerana ia sering digunakan sebagai tempat pemanggilan arwah orang mati oleh para angota Mason.
Dr. T.H. Stevens, seorang sejarawan Belanda, dalam bukunya bertajuk “Tarekat Mason Bebas dan Masyarakat di Hindia Belanda dan Indonesia 1764-1962″, yang edisi bahasa Indonesianya diterbitkan oleh Sinar Harapan dalam jumlah yang sangat terbatas, banyak memaparkan tentang gerakan dan tokoh-tokoh Freemasonry di Indonesia . Tokoh-tokoh Mason Indonesia menurut buku tersebut-yang dilengkapi foto-foto ekslusif sebagai buktinya-banyak melibatkan nama-nama terkenal seperti Sultan Hamengkubuwono VIII, RAS. Soemitro Kolopaking Poerbonegoro, Paku Alam VIII, RMAA. Tjokroadikoesoemo, DR Radjiman Wedyodiningrat, dan banyak pengurus organisasi Boedhi Oetomo.
Sejarah Freemason Di Malaysia
Major Masonic Events in South East Asia
1765 – Lodge No. 1 Bencoolen warranted.
1772 – 10 February, Marlborough Lodge warranted.
1786 – Founding of Penang.
1791 – Marlborough Lodge renamed “Rising Sun”.
1793 – John Macdonald (son of Flora Macdonald the Jacobite heroine) first
Provincial Grand Master.
1796 – Humanity & Industry Fort Marlborough warranted.
1809 – 6 September, Lodge Neptune, Penang warranted.
1810 – First meeting of Lodge Neptune, Penang.
1811 – Last meeting of Lodge Neptune, Penang.
1812 – Stamford Raffles initiated Lodge Virtutis et Artis Amici, Java.
1813 – Lodge No. 1 Bencoolen erased.
– Humanity and Industry Fort Marlborough erased.
– 5 July, Stamford Raffles raised Lodge de Vriendschap Soerabaya.
1816 – 25 April, Stamford Raffles perfected Chapter La Vertueuse Batavia.
1819 – Lodge Neptune, Penang erased.
– 28 January, Stamford Raffles arrived off Singapore.
– 6 February, Founding of Singapore.
1822 – Lodge Humanity with Courage warranted in Penang.
1824 – Bencoolen handed over to the Dutch by Treaty.
1825 – Lodge Neptune, Penang revived.
1826 – Humanity merged with Neptune.
1845 – 26 February, Lodge Zetland No. 748, Singapore warranted.
– 8 December, First meeting of Lodge Zetland No. 748.
– 15 December, 1st initiate W. J. Napier.
– 15 December, 2nd initiate W. H. Read
1846 – Lodge Zetland renamed “Lodge Zetland in the East”.
– Lodge Neptune Penang dormant
1848 – Bro. James Brooke (Rajah Brooke) visited Lodge Zetland in the East.
1849 – Sir James Brooke joined Lodge Zetland in the East.
– 25 August, Hon. Capt. H. Keppel (Admiral) initiated in
Lodge Zetland in the East.
1850 – 24 May, W. M. of Zetland M. F. Davidson laid the
foundation stone of Horsburgh Light House at the request of
the Governor of the Colony.
– 3 August, Lodge Neptune Penang rewarranted.
1854 – 24 May, Acting W. M. of Zetland W. H. Read laid the
foundation stone of Raffles Lighthouse at the Governor’s request.
1856 – Masonic Hall Esplanade, Singapore, opened.
1858 – 3 April, Lodge Fidelity, Singapore, warranted.
– 5 August, Lodge Fidelity, Singapore, consecrated.
– 4 December, District Grand Lodge constituted.
– 4 December, W. H. Read installed as D.G.M
1862 – 4 June, Lodge Neptune Penang erased.
– 4 June, Sun Lodge erased.
1863 – Lodge Zetland in the East No. 748 renumbered
“Lodge Zetland in the East No. 508”.
1867 – Fidelity united with Lodge Zetland in the East.
– 24 June, Lodge St. George No. 1152 consecrated
1871 – 10 March, Masonic Hall, Kampong Glam, consecrated.
1873 – 29 March, Clyde Terrace Market Corner Stone laid
with Masonic honours.
1875 – 4 December, Royal Prince of Wales Lodge No. 1555 consecrated.
1878 – 27 December, First Masonic Temple built and consecrated in Penang.
1879 – 14 April, Foundation stone of Masonic Hall, Coleman Street laid.
– 27 December, Freemasons’ Hall, Coleman Street consecrated.
1885 – 13 August, Lodge Elupoa, North Borneo warranted.
– 28 December, Colonel Samuel Dunlop installed as D.G.M.
1888 – 2 January, Elupora No. 2106 never constituted. Erased.
– 14 April, Perak Jubilee Lodge No. 2225 consecrated.
– 2 July, Masonic Club, Singapore inaugurated.
1889 – 21 October, Read Lodge, Kuala Lumpur consecrated.
– November, Dunlop Masonic Benevolent Society inaugurated.
– 28 November, Lodge Shadwell Clerke, Penang warranted.
1890 – 2 May, Shadwell Clerke No. 2336 consecrated.
– 3 October, District Grand Lodge elected to membership of Q.C.C.C.
1891 – 1 May, Borneo Lodge of Harmony No. 2403 warranted.
– 13 August, Sir Charles Warren G.C.M.G. installed as D.G.M.
1893 – 3 March, Borneo Lodge No. 2403 constituted.
– 6 November, Foundation stone of Masonic Building in
Kuala Lumpur laid.
1894 – 15 October, Read Masonic Temple, K.L. consecrated.
1895 – Bro. Pavitt installed W.M. of Harmony in Lodge St. George, Singapore.
– 13 June, Sir Charles Mitchell installed as D.G.M.
1896 – Bro. Raffles Flint (nephew of Sir Stamford Raffles) installed as
W.M. of Borneo Lodge of Harmony in Lodge Zetland in the East.
1899 – 19 May, Shadwell Clerke warrant returned.
– 19 May, Borneo Lodge of Harmony No. 2403 erased.
– 7 December, Sir Charles Mitchell D.G.M. died in Singapore.
1902 – 30 January, Zetland held special meeting to welcome
Bro. Admiral Sir. H. Keppel.
– 29 September, Lodge St. Michael No. 2933 consecrated.
1903 – 20 February, W.J. Napierinstalled as D.G.M.
– 16 July, Eastern Gate Lodge No. 2970 consecrated
1906 – 17 May, Founding of Scottish Freemasonry – Scotia No. 1003.
– 21 August, District Grand Chapter constituted.
1907 – 16 April, Kinta Lodge No. 3212, Ipoh, consecrated
1909 – 10 May, Death of W.H. Read C.M.G., P.D.G.M.
– 20 May, Jubilee of District Grand Lodge.
– 24 June, First issue of Pentagram published.
– 9 October, Klang Lodge No. 3369, K.L. consecrated.
1910 – 25 February, F.M. Elliot installed as D.G.M.
– 4 March, Napier Lodge No. 3418 consecrated. 1912
– 6 January, Negri Sembilan Lodge No. 3552, Seramban, consecrated.
– 7 December, Lodge Elliot No. 3557, Malacca, consecrated.
1913 – 6 September, Makepeace Lodge No. 3674, K.L. consecrated. 1914
– 1 August, commencement of First World War.
1915 – 15 February, Mutiny of Indian Troops in Singapore.
Murder of District Grand Secretary.
1916 – 20 October, District Grand Lodge of the Middle East, Scottish. 1918.
– 2 August, Lodge Kedah No. 3830 Sungai Petani consecrated.
– 11 November, Cessation of First World War (Armistice Day)
1919 – 26 July, Johore Royal Lodge No. 3946 consecrated.
1920 – 28 May, W.F. Nutt installed as D.G.M.
1922 – 17 December, Foundation stone of Seramban Masonic Temple
laid by D.G.M.
1923 – 9 January,Foundation stone of Teluk Anson Masonic Temple laid.

– 31 March, Sir Neil Malcolm installed as D.G.M.
1924 – 8 November, P.G. Sprule installed as D.G.M.
1929 – 15 November, Consecration of Penang Masonic Temple by D.G.M.

– 14 December, Foundation stone of Johore Royal Temple laid by D.G.M.
1931 – 10 October, Foundation stone of Tiger Lane Temple, Ipoh
laid by D.G.M.
1932 – 6 February, Johore Utara Lodge No. 5324 consecrated.
1933 – 25 March, Sir George Trimmer installed as D.G.M.
1938 – 28 May, W.H.W Gubbins installed as D.G.M.
1939 – 3 September, Second World War commenced.
1941 – Last pre-war Pentagram published (Vol. XXXI).
1942 – 12 February, Last Masonic meeting held by Lodge Zetland in the East.

– 15 February, Fall of Singapore.
1945 – 15 August, End of Second World War.

– 12 September, Formal surrender of Japanese troops in Singapore.

– 15 September, First Masonic meeting held in Singapore after
the Second World War by Lodge St. Michael.

– December, Centenary of Lodge Zetland in the East.
1947 – 25 January, Baldwyn Lowick installed as D.G.M.

– First post war Pentagram published (War Years’ Edition Vol. XXXII).
1948 – 29 May, Read Temple re-dedicated.
1951 – 26 January, Lodge Kinabalu No. 7047, K.K., consecrated.

– 17 March, Baldwyn Lowick Lodge No. 7004, K.L. consecrated.
1952 – 28 June, Lodge Singapore No. 7178, consecrated.
1954 – 5 June, Founding of Irish Freemasonry in South East Asia
– St. Patrick No. 765.

– 25 September, E.G. Holiday installed as D.G.M.
1956 – 2 May, Stamford Raffles Lodge No. 7444 consecrated.
1957 – 8 August, Horsburgh Lodge No. 7533 consecrated.

– 2 November, Elupora Lodge No. 7545, Sandakan, consecrated.
1958 – 7 December, Centenary of the District Grand Lodge.
1959 – 27 May, Centenary Lodge No. 7629 consecrated.
1960 – 20 February, Sentosa Lodge No. 7661, K.L., consecrated.
1963 – 31 August, Malaysia declared independence.
1964 – 31 October, Beaufort Lodge No. 7989, K.K., consecrated.

– 28 November, Edward Holiday Lodge No. 7997, K.L., consecrated.
1965 – 9 August, Republic of Singapore formed.
1966 – 15 January, Leslie Rayner installed as D.G.M.
1967 – 1 July, Mustapa bin Osman installed as D.G.M.
1973 – 10 February, Fidelity Lodge No. 8469, K.L., consecrated.
1974 – 16 February, Berakas Lodge No. 8560, B.S.B., consecrated.

– 9 November, J.W.Y. Eu installed as D.G.M.
1978 – 14 December, Read Temple, Damansara Road evacuated
because of city development.
1994 – 9 November, J.W.Y. Eu’s 20th Anniversary as D.G.M.

– 3 December, Launch of J.W.Y. Eu Foundation.

– 5 December, J.W.Y. Eu Lodge No. 9572 consecrated.
1995 – 8 March, Berakas Lodge No. 8560 erased.

– 8 December, Sesquicentenary celebration held.
1997 – 9 August, Consecration of Labuan Lodge No. 9652
in Labuan.
2000 – 14 April, Consecration of Table Lodge No. 9717
in Tawau, East Malaysia.
2001 – 15 September, Consecration of Chula Lodge No. 9745
in Bangkok, Thailand
2003 – 31 May, Datuk Dr. Yeoh Poh Hong installed as D.G.M.

– 31 May, Consecration – Sri Damai Lodge No 9768
2004 – 24 May, new temple in Kota Kinabalu dedicated by
the M. W. Pro Grand Master, the Marquess of Northampton.
2004 – July, Consecration of Lodge Light of Siam No. 9791
in Phuket, Thailand.
2006 – 10 June, Consecration Makepeace Chapter No. 3674
in Kuala Lumpur.
2006 – 2 December, Centenary Celebration of District Grand Chapter
in Ipoh, Malaysia.
2007 – 4 June, Consecration of Sentosa Chapter No. 7661
in Kuala Lumpur, Malaysia.
2008 – 18 October, Laying of Foundation Stone of new Masonic Center
in Kuala Lumpur, Malaysia.
2008 – 6 December, 150th Anniversary Celebration of DGLEA
in Orchid Country Club, Singapore
2008 – 6 December, Appointment of First District Grand Orator
2009 – 19 June, Consecretion of Neptune Lodge No.9849 in Penang
2009 – 5 December, Appointment of First District Grand Mentor
Beberapa Ahli Fremason Terkenal di Dunia:
* Enrico Fermi
* Johann von Goethe
* Voltaire
* Duke Ellington
* Rudyard Kipling
* Louis Armstrong
* Winston Churchill
* Giuseppe Garibaldi
* Charles Lindbergh
* Setiap Presiden Amerika Syarikat:
o George Washington
o James Monroe
o Andrew Jackson
o Martin Van Buren
o James Polk
o James Buchanan
o Abraham Lincoln Andrew Johnson
o James Garfield
o William McKinley
o Theodore Roosevelt
o William Taft
o Warren Harding
o Franklin D. Roosevelt
o Harry Truman
o Lyndon Johnson
o Gerald Ford
Apa-apa pun wallahhuallam……

SUMBER :  RMF7

AGAK AGAK LE BERAPA TINGGI NABI ALLAH ADAM? MARI KITA BONGKAR.


Gambaran Saiz Baju Nabi Adam (Sungguh Besar) *Gambar

Gambaran Saiz Baju Nabi Adam
Sabda Rasullulah SAW:
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“
(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.


Gambaran tinggi Nabi Adam berbanding manusia sekarang

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.

Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.




Replika ni dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.

Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.

Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).

SUMBER : BLOG CELAH GELEGAR

Masjid Paling Cantik di Dunia


2 6066

Cantik, masjid in sangat cantik, mungkin diantara yang paling cantik di dunia.
Apabila melihat rumah-rumah Allah ini, hati kita akan merasa tenang dan damai. Kemajuan teknologi serta kemahiran pakar dalam mengukir seni di masjid masjid ini sangat mengkagumkan. Binaan Masjid ini merupakan ciptaan manusia, tetapi sudah cukup untuk membuatkan kita merasa cukup tertawan. Dan sesungguhnya manusia itu adalah ciptaan Allah yang maha berkuasa.
Dari  Malaysia ke Uzbekistan dan di mana-mana sahaja, kita dapat lihat binaan masjid yang indah ini. Ini hanya merupakan sebahagian daripada masjid-masjid yang indah. Banyak lagi masijd yang indah di serata dunia. Mari kita lihat antara masjid paling cantik di dunia.

1. Masjid Kristal, Kuala Terengganu (Malaysia)


2. Masjid Nusrat Djahan, Copenhagen (Denmark)


3. Masjid Shah Faisal , Islamabad (Pakistan)


4. Masjid Qolşärif , Kazan (Tatarstan)


5. Masjid Putra, Putrajaya (Malaysia)


6. Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar (Malaysia)


7. Baitun Nur, Calgary (Canada)


8. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin (Brunei)


9. Masjid Selat Melaka, Melaka (Malaysia)


10. Masjid Sheikh Zayed , Abu Dhabi (UAE)

BENCANA UMAT NABI LUTH


Subhanallah!! Gambar-Gambar Kaum Luth Yang Dilaknat Allah- Jauhkan diri anda dari Peliwat

Soalan pertama saya kepada pembaca, Siapakah penyokong peliwat , Gay didalam negara ini yang hebat diperkatakan- Lihat lah gambar gambar dibawah ini… Berhentilah anda menyokong, Musibah Allah tak kenal rayuan anda semua. Tentang habis-habisan – Bukti telah ada..
Saya ingin bepesan pada diri saya sendiri dan juga para pembaca sekelian.. Jauhkan diri anda dari kaum yang menyokong Gay,atau Homseksual. Jika di Malaysia  jauhkan diri anda daripada oarang orang yang menyokong Gay, Peliwat , Ingatlah paparan post dibwah ini serta gambar kaum Luth yang telah dimusnahkan oleh Allah menjadi pengajaran buat kita.
Ayat 82 Surah Hud secara jelas menyebutkan jenis bencana yang menimpa kaum Luth. “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Lut itu yang atas ke bawah ( Kami menterbalikkan ), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi,”.
 Rakaman satelit dari daerah di mana Kaum Luth dikatakan pernah tinggal
Ayat ” menterbalikkan (kota) ” membawa maksud kawasan tersebut digegarkan oleh bencana gempa bumi yang maha dahsyat. Sesuai dengan keadaan Tasik Luth (Laut Mati) dimana penghancuran itu terjadi, terkandung bukti yang “nyata” dari bencana tersebut.
 Pemandangan gunung-ganang di sekitar Laut Mati
Memetik apa yang dikatakan oleh ahli arkeologi Jerman bernama Werner Keller:
Bersamaan dengan dasar dari retakan yang lebar ini yang terjadi secara sekata di kawasan ini, Lembah Siddim, termasuk Sodom dan Gomorah, terjerumus secara seketika (dalam waktu satu hari ) ke dalam jurang yang sangat dalam. Kehancuran tersebut terjadi melalui sebuah peristiwa gempa bumi hebat yang mungkin disertai dengan letusan, petir dan keluarnya gas dari perut bumi serta terjadinya lautan api yang dahsyat
Beberapa runtuhan dari kota yang terkubur di dalam tasik itu, ditemui di tepian tasik. Peninggalan tersebut menunjukkan bahawa kaum Luth telah memiliki standard hidup yang cukup tinggi.
Jejak-jejak dari Laut Mati akan nampak ketara. Jika seseorang bersampan melintasi Laut Mati ke titik paling Utara dan cahaya matahari sedang bersinar tepat diarahnya, maka kita akan dapat melihat sesuatu yang menakjubkan.
Dari kejauhan pantai akan nampak secara jelas dibawah permukaan air segaris bentuk hutan yang secara luar biasa diawetkan oleh kandungan garam yang tinggi dari Laut Mati. Batang-batang dan akar-akar pokok di dalam kilauan air yang hijau akan kelihatan. Lembah Siddim, tempat di mana pokok-pokok ini dahulu daunnya pernah tumbuh mekar menutupi batang dan rantingnya adalah merupakan salah satu lokasi yang paling indah di daerah ini.
Lembaga Geografi nasional Amerika Syarikat (National Geographic) pada Disember 1957 menyatakan:
“Gunung Sodom, merupakan tanah gersang dan tandus muncul secara mendadak diatas Laut Mati. Tidak ada seorang pun yang pernah menemui kota Sodom dan Gomorah yang dihancurkan, namun ahli arkeologi percaya bahawa kota ini dahulunya berada di lembah Siddim yang terletak melintang di sepanjang tepian tebing jurang ini. Kemungkinan air bah dari Laut Mati yang menelan mereka yang disertai dengan gempa bumi”.
Kota Pompei 
Kehilangan Pompeii dari muka bumi dengan bencana seperti ini bukanlah berlaku tanpa sebarang alasan. Catatan sejarah menunjukkan bahawa kota tersebut adalah merupakan pusat hiburan dan pusat maksiat.
Kota ini dikenali dengan aktiviti pelacuran homoseksual (gay) yang tak terkawal sehingga sampai pada satu tahap dimana sukar untuk membezakan yang mana satu adalah rumah pelacuran dan yang mana satu bukan! Alat kelamin tiruan (dalam saiz asalnya) digantung di depan pintu rumah pelacuran. Menurut tradisi yang berasal dari kepercayaan Mithraic, organ seksual dan persetubuhan tidaklah seharusnya disembunyikan namun dipertontonkan secara terang-terangan!
Namun lava dari letupan gunung Vesuvius menyapu bersih seluruh kota Pompei dari muka bumi dalam waktu yang singkat sahaja. Dicatatkan bahawa tidak ada seorang pun yang selamat dari bencana bencana yang mengerikan ini.
Mereka sama sekali tidak menyedari bencana tersebut, seolah-olah mereka sedang terlena dalam mimpi. Sebuah keluarga yang sedang menjamah makanan mereka ketika itu juga menjadi batu (membatu). Beberapa pasangan ditemui membatu di mana mereka sedang melakukan hubungan seks. Hal yang paling menarik ialah terdapat pasangan yang berjantina sama melakukan seks dan pasangan muda-mudi yang masih kecil. Wajah dari kebanyakan jasad manusia membatu yang digali dari Pompeii masih utuh sama sekali, ekspresi wajah-wajah tersebut secara umumnya kelihatan kebingungan/terkejut.
Kematian warga kota Pompeii yang terjadi secara tiba-tiba itu memiliki kemiripan sebagaimana yang digambarkan dalam ayat surah Hud diatas.
Meskipun begitu, tidak banyak perkara yang telah berubah sejak Pompeii dihancurkan. Daerah Naples dimana pesta gay berlaku, tidak seteruk kemusnahan daerah Pompeii yang tidak bermoral.
Kepulauan Capri adalah pusat utama dunia kaum homoseksual dan kaum nudist menetap. Kepulauan Capri dilambangkan sebagai “surga kaum homo” dalam iklan pelancongan. Tidak hanya di kepulauan Capri dan di Itali sahaja, namun hampir di seluruh dunia (termasuklah di Malaysia sejak akhir-akhir ini) di mana gejala moral yang sama sedang terjadi dan masih ramai yang tetap berkeras untuk tidak mengambil pelajaran dari kaum-kaum terdahulu.

SUMBER : RMF7