Sunday, 15 July 2012

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH KUBUR

Semalam 15hb julai 2012 telah diadakan gotong royong membersihkan tanah kubur dan Majlis Tahlil.Ramai yang hadir,dianggarkan melebihi 100 orang.Di bawah ni di sertakan gambar-gambar untuk tatapan semua.Untuk pengetahuan semua Tanah Perkuburan Tg Tualang ini berjaya mendapat tempat ke 2 Peringkat Negeri Perak bagi tahun kedua berturut-turut.Tahniah



Menebang pokok mati yg diketuai oleh Abg Rahman.

Abg lie (kiri) datang dari Taiping dan Abg Atai (kanan)

Antara 'Generasi Y' yang turut serta.




MAJLIS TAHLIL DAN MAKAN TENGAHARI

 Majlis Tahlil dimulakan



 Mengambil air tahlil


 Berbaris untuk mengambil makanan

 Generasi Y dan org lama berpisah tiada

 Orang kuat Masjid Tg Tualang Abg Ramli (kiri) dan Pak Johor (kanan)

 Dah habis bangku jadi duduk bersila untuk manjamu selera


 Imam-imam yang turut serta

 Wanita yang mengambil tempat untuk makan

 Anak dan bapa

Pak Piee antara veteran yg hadir


Begitulah antara suasana yang sempat teman rakamkan dengan kamera teman.Ada banyak lagi gambar yg teman rakam tapi cukup yang ini untuk semua.Tapi yang dibawah ni memang istimewa.Inilah wajah orang yang berjaya merubah Tanah Kubur Tg Tualang dari tempat lalang dan belukar kepada apa yang ada sekarang.Walaupun beliau bukan berseorangan tapi beliaulah yang dianggap ketua.Beliaulah yang memastikan tanah kubur ini terjaga dengan rapi.Tenaga yang beliau tumpahkan untuk tanah kubur memang banyak.Siapa orang Tg Tualang yang tak kenal kepada beliau.Teman rasa teman tak salah orang bila menyatakan beliau sebagai Ketua.

Abang Ali Go.

Semoga Allah berikan kekuatan tenaga dan luangan masa dan ketenangan fikiran untuk Abang Ali dapat meneruskan bakti di tanah pekuburan yang serba indah ini.Jangan di pedulikan apa yang orang lain kata.Yang penting kerja yang Abang Ali buat ini kami tahu Abang Ali iklas.Tidak ramai yang mau kerja yang tidak mendatangkan pulangan dunia.Teruskan Abang Ali kami sentiasa membantu dan menyokong.