Showing posts with label Tentera. Show all posts
Showing posts with label Tentera. Show all posts

Wednesday, 15 March 2017

MOSSAD SUDAH ADA DI MALAYSIA


NOTA PENULIS : AGAK SIBUK SEKARANG INI, BANYAK ANALISIS GAGAL DISIAPKAN JADI UNTUK SEMENTARA BACALAH AYAT-AYAT PENCUCI OTAK SEPERTI DI BAWAH INI.
UNTUK PEMBACA SEKELIAN ADA DUA PERKARA MENARIK YANG TELAH BERLAKU DAN AKAN BERLAKU, 1. MIG 29 AKAN DITARIK DARI PERKHIDMATAN (RAMALAN BLOG INI TEPAT NAMPAKNYA WALAUPUN RAMAI ORANG MENGKRITIK SAYA KONONNYA TIDAK LOGIK) DAN 2. DALAM SEBULAN DUA INI KERAJAAN AKAN UMUMKAN PENYAMBUNGAN PEMBELIAN HELIKOPTER BARU IAITU EC725.
1. Sahabat baik saya, blogger ondscene.via.my baru-baru ini mengajak saya untuk ke Tebing Gaza, Palestin bersama satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 7 Julai ini.
2. Saya bersetuju tetapi saya tidak pasti sama ada projek ini jadi atau tidak atau statusnya ditangguhkan dahulu, harap-harap jadilah pasal sudah lama saya tidak berada di zon panas atau kawasan perang.
3. Bercakap tentang Tebing Gaza ini kita tidak dapat lari dari membincangkan soal zionisme, Hamas dan Fatah.
4. Kita selalu mengutuk orang Arab, “Pasal orang Arab berpecahlah, mereka kalah pada Israel” kata mak saya puluhan tahun dahulu semasa saya masih kecil. “Orang Arab susah nak bersatu, perang sesama sendiri, bodoh”, kata seorang lagi saudara saya yang ketika itu sedang mengulas mengenai peperangan Iraq dengan Iran.
5. Masa itu orang Melayu tidak banyak karenahnya…semua bersatu dan kaum majoriti lain senyap tunduk hidup menimba kekayaan di bawah kuasa orang Melayu. Saya amat berbangga kerana kita tidak berpecah.
6. Hari ini??? nak angkat telunjuk pun kita takut…orang pijak agama kita pun, masih diberi ruang dan di satu pihak lain, mereka menanamkan perasaan benci sehingga orangramai mengesyaki apa sahaja yang dibangun di tanahair ini mesti ada kaitan dengan rasuah, kronisme, nepotisme.
7. Baguslah nampaknya zionisme sudah mula bertapak dan memecahkan bangsa kita, sama seperti yang terjadi di Iran sekarang ini apabila golongan muda dan pelajar universiti mula menentang kerajaan Iran di bawah pimpinan Mahmoud Ahmadinejab.
8. Ironikan???? setiap kali ada pemimpin Islam yang hebat seperti Mahathir dan Mahmoud, negara itu akan menjadi sasaran kuasa asing yang memulakan gerakan yang dinamakan Gerakan Rakyat, segalanya berpaksikan kepada rakyat kononnya.
9. Melalui gerakan rakyat ini apabila kerajaan ditumbangkan, kuasa-kuasa asing ini mudahlah meletakkan orang-orangnya dan gerakan rakyat ini akan lebih berjaya jika kerajaan yang berkuasa pada hari itu merupakan kerajaan yang lemah macam pimpinan Datuk Abdullah Ahmad Badawi kita.
10.Kuasa asing ini dahulu cuba melemahkan China komunis melalui pergerakan pelajar tetapi kerajaan China menghancurkan gerakan ini dalam peristiwa Medan Tianemen, semua di atas nama KEBANGKITAN RAKYAT.
11.Alangkah daifnya bangsa kita, mudah sajak diomok-omokkan tanpa menyedari jika segalanya tertegak kerana amalan rasuah…negara ini sudah lama hancur dan hilang jati diri seperti yang terjadi kepada negara tertangga kita.
12.Semasa di ITM, saya suka subjek Pengajian Islam kerana banyak menceritakan kisah-kisah kebangkitan dan kejatuhan empayar Islam dari Umaiyah sampailah ke Othamaniah, banyak juga kisah sejarah yang boleh kita baca dalam buku-kuku untuk Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM).
13.Semua bermula dengan perpecahan dan perpecahan bermula dengan soal remeh temeh seperti pemimpin A tidak Islamik kerana isterinya tidak memakai tudung. Kerajaan ini (Bukan Barisan Nasional OK?) tidak amanah kerana makan duit rakyat (well…boleh sesiapa ceritakan pada saya apa Duit Rakyat tu?)
14.Mossad (HaMossad leModi’in uleTafkidim Meyuhadim ataupun Institute for Intelligence and Special Operations), cabang perisikan untuk Zionis sudah pun berada di Malaysia, tanahair kita semua.
15.Saya ingatkan di sini Mossad ya, bukan orang Yahudi biasa.Jadi kepada sesiapa yang melenting ini perlu saya ingatkan, saya tidak memusuhi orang-orang Yahudi, saya cuma menentang fahaman Zionis, protokol mereka, militari Yahudi dan politician Yahudi.
16.Untuk memahami pemikiran Yahudi dan agenda mereka yang dimulakan lebih 100 tahun dahulu, bacalah buku Protocol of Zion dan The International Jew (karangan Henry Ford, pengasas kereta Ford), jadi kita akan lebih memahami apa yang berlaku.
17.Pendirian ini sama pegangan saya terhadap Amerika Syarikat (AS), saya tidak membenci warganegara AS biasa tetapi CIA dan dasar-dasar kerajaan AS terhadap orang Islam.
18.Ini merupakan kisah benar yang dialami oleh kawan saya seorang wanita Hindu yang berkerja dengan sebuah stesyen TV swasta.
19.Saya ada menemui kawan saya ini yang bertugas sebagai wartawan penyiaran dan pertemuan itu berlaku selepas beliau pulang dari membuat liputan kesan-kesan peperangan di Lubnan pada tahun 2006 sebaik sahaja Hezbollah berjaya mengundurkan kemaraan tentera Israel.
20.Atas sebab-sebab perundangan dan keselamatan, tidak dapatlah saya dedahkan nama beliau di sini tetapi kepada pembaca yang mengenali saya secara peribadi, bolehlah tanyakan hal ini semasa kita sembang-sembang minum teh tarik.
21.Sebelum itu maafkan saya kerana ada beberapa nama dan fakta yang beliau sampaikan pada saya, saya gagal mengingatinya, lupa kerana kisah ini sudah lama dan saya tidak mempunyai kepentingan semasa itu untuk mencatatkan maklumat yang beliau sampaikan.
22.Semasa di Lubnan, kawan saya ini memberitahu bahawa orang-orang Hezbollah amat menghormati rakyat Malaysia dan pemimpin negara ini malah melayani wartawan dari Malaysia dengan baik.
23.Dalam baik-baik pun, pegawai Hezbollah terpaksa mengambil pita rakaman dari kamera beliau atas sebab-sebab keselamatan tetapi beliau di jemput untuk minum teh bersama seorang pemimpin kanan Hezbollah (saya tidak ingat nama pemimpin ini).
24.Rakan saya ini bersama krew yang bersama beliau dibawa ke sebuah bangunan yang agak buruk tetapi hiasan dalamannya sangat mewah dan menarik seperti hotel lima bintang.
25.Selepas jenuh melayan pertanyaan dari rakan saya ini, pemimpin itu mengingatkan supaya rakan saya ini berhati-hati apabila kembali ke Malaysia terutama sekali dengan ancaman Mossad.
26.Beliau sangat terkejut tetapi memandang remeh kepada amaran pemimpin ini, alasan rakan saya sangat mudah, “Apa yang mereka boleh buat…pengaruh kami bukan besar, siaran TV kami hanya untuk rakyat Malaysia sahaja dan bukan setaraf CNN”, begitulah lebih kurang alasan yang beliau berikan.
27.Pemimpin Hezbollah itu mengingatkan, “Benar tetapi kamu tidak sepatutnya memandang remeh peranan yang telah kamu serta negara kamu mainkan terhadap perjuangan kami”.
28.Beberapa minggu selepas kembali ke Malaysia, kawan saya ini pergi ke KLCC untuk lepak di kedai buku (Kedai buku dekat tingkat teratas pusat membeli belah Suria KLCC, nama Jepun tidak ingat namanya).
29.Beliau dihampiri oleh seorang lelaki yang kelihatan “very intelligence”, berbangsa seperti Arab.
30.Lelaki ini menyapa beliau dan selepas bersembang beberapa minit, mereka bersetuju untuk minum di cafe berhampiran.
31.Lelaki ini banyak bertanyakan hal-hal peribadi kepada beliau termasuk perjalanan beliau ke Lubnan.
32.Rakan saya ini mengesyaki dua lelaki di meja belakang yang duduk amat rapat dengan meja mereka mungkin merupakan rakan lelaki yang seperti wajah Arab ini.
33.Yang amat mengejutkan, lelaki terbabit dalam berkata-kata manis turut menyelitkan nasihat berunsur ancaman.
34.Selepas kejadian itu, rakan saya pulang dan menghubungi editor bertugas untuk mendapatkan nasihat dan kalau tidak silap saya, satu laporan polis telah dibuat oleh beliau.
35.Ketika menceritakan hal ini kepada saya dan beberapa rakan lain, kami bersetuju dengan andaian bahawa agen Mossad sebenarnya berada di negara ini tanpa disedari kita semua dan kita jangan lupa bahawa terdapat tanah perkuburan Yahudi di Pulau Pinang dan sebuah lagi di Negeri Sembilan.
36.Ada beberapa persoalan yang menarik yang selalu saya fikirkan,
1. Bagaimana lelaki ini berjaya “identify” wajah rakan saya,
2. Bagaimana lelaki ini tahu tempat kegemaran kawan saya pergi
3. Bagaimana lelaki ini berjaya mengekori beliau
4.Modus operandi apakah yang mereka pakai untuk memulakan operasi sulit mereka di Malaysia.
37.Dari pengalaman saya sendiri, bukan mudah untuk mengekori atau mendapatkan maklumat tentang sasaran kita (orang yang kita hendak intip) kerana ia tidak mungkin boleh dijayakan tanpa bantuan orang tempatan sendiri.
NOTA : BERBANDING NEGARA-NEGARA ARAB LAIN, MALAYSIA MELARANG KEMASUKKAN RAKYAT ISRAEL KE MALAYSIA DENGAN ALASAN NEGARA INI TIDAK MENGIKTIRAF PENUBUHAN NEGARA ITU DI ATAS TANAH PALESTIN.
KEMASUKKAN MEREKA JIKA BERLAKU MUNGKIN MENGGUNAKAN PASPOT NEGARA LAIN DAN MELALUI SINGAPURA.

SUMBER : BLOG MILITARY OF MALAYSIA

p/s Walau cerita ini sudah lama tapi saya rasa terpanggil untuk dinaikkan semula untukdifikirkan bersama.
Wallahuallam 

Monday, 25 January 2016

BACA SAMPAI HABIS KISAH PEJUANG INI


Sepatutnya pejuang macam nie la yang patut di beri gelaran datuk atau tan sri, sepatutnya pejuang macam nie dapat tanah atau apa sahaja benda yang sesuai dengan jasanya kepada negara kerana menentang komunis...

Memang dia tak minta balasan atas keringat yang dia curahkan untuk negara, tetapi jasa dan pengorbanan dia harus kita kenang, di waktu kita senang lenang di rumah bermain dengan anak cucu, dia mempertaruhkan nyawa dia untuk kita semua...

Ikuti kisah perjuangan salah seorang hero komando 69 (VAT69) Sarjan Mejar (SM) Apot Anak Saad
Sebuah jam tangan dirampas daripada anggota komunis dan beberapa pingat sebagai kenangan untuk simpanan Apot.

SATU ketika dulu, namanya begitu harum hingga menjadi sebutan ramai terutama oleh pasukan keselamatan. Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Apot A/K Saad umpama pembawa tuah dalam setiap operasi menjejak dan memerangi pengganas komunis.

Jika ada pasukan keselamatan yang gagal mengesan, menjejaki atau menggempur lokasi komunis, tapi Apot pasti boleh. Itulah antara kata-kata harapan bila menggambarkan siapa Apot ini yang diakui sebagai penjejak atau treker belantara.
Kebolehan Apot yang dianggap 'pakar' penjejak menyebabkan Orang Asli dari kaum Semai ini digeruni pengganas komunis. Kebolehannya bukan sahaja dapat menghidu dan mengesan jejak musuh walaupun sudah berminggu, malah beliau juga tahu membezakan antara jejak manusia dan haiwan.
Jika ada pengganas komunis cuba mengelirukan jejak dari dikesan pasukan keselamatan, namun Apot dapat membuka semula jejak tersebut. Hutan belantara Selangor, Pahang, Kelantan dan Perak yang begitu tegar dengan aktiviti komunis dan jerangkap samar, menjadi kawasan permainan Apot.

Kebolehan Apot ketika tahun-tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an telah mengharumkan nama PDRM dan juga unit elit jabatan itu, 69 Komando atau VAT 69.
Kemahiran menjadi penjejak dimiliki Apot itu turut diserapkan kepada pasukan tentera dan komando negara asing seperti dari New Zealand dan Australia.
Karier Apot dalam PDRM bermula sebagai anggota Senoi Praaq sebelum beralih ke VAT 69 pada 1970. Sebagai anggota Senoi Praaq, beliau dianggap antara kalangan perintis Orang Asli di negara ini yang berjuang menentang komunis.

Negara ketika itu memang memerlukan peranan Orang Asli bagi menentang komunis yang menjalankan peperangan ala gerila. Kerana tekun dengan tugasannya sebagai penjejak, Apot mempunyai rekod peribadi, berjaya menembak mati lima pengganas komunis dan terlibat dalam 15 pertempuran.
Ini tidak termasuk tugas-tugasan lain di mana beliau mendahului mengesan jejak sebelum diserahkan kepada penjejak lain. Namun, semua kebanggaan itu hanya tinggal kenangan bagi Apot yang kini berusia 62 tahun selepas bersara dari VAT 69 dengan pangkat Sarjan Mejar.
Mungkinkah hanya rakan-rakan seperjuangan Apot sahaja yang mengetahui pengorbanan dilakukan oleh beliau selama ini untuk negara? Yang pasti, kini Apot hanya menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai penoreh getah di kawasan kebun. Agak terkejut apabila diberitahu, kebun getah itu pula bukan milik beliau sebaliknya ia diteroka di tanah rizab Orang Asli.

''Itu bukan tanah saya. Saya terokai sejak lama dulu. Kami Orang Asli banyak teroka tanah untuk mencari rezeki. Saya menoreh untuk tambah pendapatan. Kalau tidak, sumber pendapatan saya hanyalah dari pencen polis ,'' katanya ketika memulakan perbualan dengan Utusan Malaysia.
Sambil merenung jauh, beliau terdiam sejenak apabila penulis mengajukan pertanyaan lain. Seolah-olah sukar untuk beliau menceritakan perjalanan hidupnya semasa menjadi penjejak dalam VAT 69 dan juga selepas bersara.
Namun penulis dapat melihat matanya perlahan-lahan berair, menandakan jauh di sudut hati pasti beliau tertanya-tanya apakah cerita yang hendak disampaikan mengenai pengorbanannya selama ini kepada negara dihargai.

''Sekarang saya dah jadi penoreh getah, pukul 6.30 atau 7 pagi dah keluar rumah untuk pergi menoreh. Dalam gelap, saya gunakan lampu suluh. Kalau dari jauh nampak seperti cahaya lampu sedang bergerak.
"Bila teringatkan masa operasi dulu, saya juga sering melihat penoreh getah dengan lampu suluh di kepala. Yang nampak hanya cahaya lampu bergerak dan kita tahu mereka adalah penoreh getah,'' katanya yang dilahirkan di Kampung Lata Kinjang, Chenderiang, Perak.
Ketika kanak-kanak lagi Apot sudah mengikuti bapanya masuk ke hutan untuk memburu dan mencari hasil-hasil hutan. Apabila berusia 17 tahun, beliau pergi memburu bersendirian.

Perjalanan hidupnya sebagai kaum Semai dan sering memburu seorang diri membolehkan dia mengenali keadaan hutan belantara. Semasa berada di tingkatan tiga, Apot berhenti sekolah.
Pada tahun 1968, beliau menyertai pasukan Senoi Praaq. Antara pengalaman menarik dilalui ialah semasa operasi sekitar kawasan Bentong, Pahang pada tahun 1980-an.
Dalam operasi itu, Apot bersama dua platun anggota dan pegawai melibatkan 24 orang ditugaskan untuk mengesan jejak musuh. Setelah enam hari menjejak seluruh kawasan belantara di situ tanpa sebarang kesan, akhirnya mereka bersiap sedia untuk pulang.
"Ketika berehat makan, saya tinjau seorang diri sekitar kawasan tempat kami berkumpul. Saya terkejut apabila mendapati kesan tanah dari tapak kasut. Dari perhatian saya, ia mungkin sudah dua atau tiga hari lalu. Saya maklumkan kepada pegawai, namun tiada reaksi darinya mengatakan ia benar-benar kesan tapak komunis.

''Kerana tak puas hati, saya terus tinjau kawasan tersebut dan semasa melalui sebuah permatang, saya melihat terdapat geseran pada sebatang pokok kayu. Saya percaya ia kesan dari tali senjata api atau tali beg yang terkena pokok berkenaan,'' katanya.
Apot kemudian memanggil seorang lagi rakan Orang Asli yang juga menjadi penjejak dalam pasukan berkenaan. Setelah yakin, Apot memaklumkan sekali lagi kepada pegawainya dan ini menyebabkan platun berkenaan meneruskan operasi menjejak.
''Kami kemudian menemui penempatan komunis yang telah ditinggalkan, ini menguatkan lagi bahawa kawasan di situ terdapat pengganas komunis,'' katanya.
Keesokannya kira-kira pukul 3 pagi, setelah bermalam di sebuah puncak bukit, pasukan tersebut melihat pergerakan lampu-lampu suluh dipercayai para penoreh getah. Namun, mereka tidak dapat pastikan sama ada mereka itu pengganas komunis atau orang awam.

''Kami terpaksa tunggu sehingga hari cerah. Kemudian kami lihat terdapat kepulan asap dari bukit bersebelahan. Kami kemudian mara ke puncak berkenaan sehingga 50 meter ke penempatan sasaran dan melihat terdapat lelaki bersenjata. Kami kemudian rapat lagi sehingga 20 meter sebelum melakukan serang hendap,'' kata Apot.
Pertempuran lebih 30 minit itu menyebabkan lapan pengganas termasuk tiga wanita berjaya ditumpaskan. ''Inilah pertempuran hebat yang pernah saya lalui selain 14 pertempuran lain,'' katanya.
Menjawab pertanyaan, Apot berkata, dia berpegang kepada prinsip jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas sebagai penjejak. Baginya, peranan penjejak amat penting kerana bakal menentukan sama ada pasukan keselamatan dapat melakukan serang hendap atau diserang hendap oleh musuh.
''Kalau penjejak gagal atau dikelirukan ekoran tipu muslihat komunis, maka pasukan keselamatan akan diserang hendap. Kita pun tahu, berapa banyak pasukan keselamatan diserang hendap komunis hingga mengorbankan banyak nyawa.

''Bagi saya, jujur menjalankan tugas tanpa memikirkan habuan dan ikhlas dalam setiap pekerjaan. Ini penting dalam memastikan rakan sepasukan tidak menjadi mangsa serangan hendap.
''Kalau kita temui sesuatu jejak, lalu jejak itu kemudian hilang, maka hendaklah ia dicari sehingga dapat menemui kesan baru. Yang penting jangan putus asa,'' katanya.
Pengalaman bertempur di hutan belantara banyak mengajar beliau mengenai kehidupan dan kesetiaan. Sesuatu yang menarik, sepanjang kariernya, belum pernah platun disertai Apot menjadi mangsa serangan hendap.
Sebelum bersara, Apot pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) tapi hanya rakan-rakan rapat sahaja mengunjungi beliau. Sejak itu terlintas di fikiran beliau, adakah jasanya selama ini hanya sekadar mencurahkan air di daun keladi.
Bagi Apot, beliau tidak sekali-kali kecewa setelah bersara walaupun tiada anugerah atau gelaran tertinggi diberikan kepadanya.

Cerita-cerita mengenai pengorbanan serta keberanian beliau kini hanya dikisahkan kepada tujuh orang cucunya yang sering berkunjung ke rumahnya di Kampar, Perak. Kisah-kisah kebolehan sebagai penjejak itu sedikit sebanyak dapat mengubat hatinya apabila diceritakan kepada cucu-cucunya itu.
''Apabila cucu-cucu saya datang, mereka minta saya ceritakan pengalaman semasa menentang komunis dalam hutan. Masa itulah saya merasa puas hati kerana masih ada insan yang sudi mendengar kisah-kisah silam saya,'' katanya.
Menjawab pertanyaan penulis, beliau berkata: ''Hanya beberapa pingat sahaja diberikan sebagai mengenang jasanya. Tapi bukan SP (Setia Pahlawan) atau PGB (Pingat Gagah Berani). Tapi saya tidak berkecil hati kerana saya selama ini dapat menjaga keselamatan negara,'' katanya.
Bagi Apot, beliau hanya meminta rakan-rakan dalam pasukan keselamatan dan juga masyarakat supaya dapat terus memastikan keamanan negara terpelihara.

''Jangan sia-siakan pengorbanan saya serta rakan-rakan yang telah lama bersara. Dulu kami terpaksa berlapar dalam hutan, makanan dicatu, tak cukup tidur dan tinggalkan anak bini berbulan-bulan, nyawa pula di hujung peluru, semuanya semata-mata nak tengok rakyat jelata dapat hidup aman.
''Saya tidak minta balasan tanah, pangkat, gelaran atau habuan wang ringgit...memadai kenangkan pengorbanan ini,'' katanya mengakhiri perbualan. 
Artikel pernah disiarkan dalam Utusan Malaysia sekitar 3-4 tahun lepas..

Friday, 20 November 2015

KISAH PENCEROBOH LAHAD DATU DENGAN WANG 50 SEN

KISAH 50 SEN 


Ingat tak lagi satu peristiwa yang cukup menggemparkan, seorang budak kecik yang bermain-main di depan rumah kepala lanun sulu, jamalul kiram di beri syiling 50 sen malaysia? peristiwa itu berlaku kira-kira 2 tahun lepas sewaktu insiden lahad datu tengah panas...

Ini lanjutan cerita pasal syiling 50 sen itu...
"..A young boy explains to media how passengers of a black car gave him Malaysian 50 cent coins and took pictures of the house of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, in Maharlika Village, Taguig City, south of Manila, on 7 March 2013"
Kisah ni gempar jugak.. kita gempar di Malaysia ni.. korang tak fikir Kiram. Terkencing ketakutan sampai minta bantuan Polis Filipina untuk guard rumah dia. Mana pergi 10,000 askar dia aku pun tak tau. Banyak blog tulis kisah ni tapi so far takde yang detail. Jadi MMP dapatkan sendiri ceritanya dari tuan punya badan. Maka dapat lah saya korek cerita ni. Nama di rahsiakan ofcoz tapi beliau perkenalkan diri sebagai Sam.. aduih aku kenal lagi sorang Sam yang suka tinggal2 kan tanda kat kem tentera orang ni.. orang yang sama ke.
Apapun ini kisah nye. Jangan percaya atau terlalu serius ini masih hanya kisah lagenda yang bakal terpahat lama dalam sejarah ketenteraan kita.
Pada awal tahun 2013 Malaysia dikejutkn dengan siri pencerobohan bersenjata yg mengejutkan di negeri sabah oleh tentera sulu atau lebih layak digelar penceroboh bersenjata. Pendek cerita ops daulat pun dilancarkan. Sepanjang tempoh ops daulat banyak kejadian dan siri serangan dan serang balas berlaku.. Begitu juga provokasi yang dilakukan oleh pihak penceroboh agar dapat melemahkan semangat anggota keselamatan kita. Dan dalam banyak2 siri provokasi yg dilancarkan ada 1 yg menarik perhatian agensi keselamatan kita yg sekali gus merentap semangat kepahlawanan mereka.
Masihkah anda ingat sultan sulu menggembar gemburkan cerita bahawa mereka mampu menawan sabah dlm masa hanya 2jam?!! setelah beberapa jam kenyataan itu dikeluarkan maka seorang anggota komando GGK yg berpangkat **** bernama Sam telah dipanggil oleh seorang pegawai tinggi polis di lokasi yang dirahsiakan. 
Satu soalan sahaja yg ditanya " hah komando apa cerita?"..soalan ringkas tersebut dijawab dengan ringkas oleh abg sam "dato bagi sy 30 minit saja biar saya bersiap ".. pegawai tinggi polis tersebut hanya memberi cabaran ringkas " hah apa tunggu lagi, jalan..."
Tanpa memakai uniform dengan senjata, sekeping papan dan tiga keping duit 50 sen beliau menuju ke lokasi kiram dengan sebuah bot, beliau kemudian berenang ke pantai. Tiba di pantai Sam bersiap2. Beliau tidak bersuara, beliau membuat mental note kedudukan beliau berpandukan ingatan sahaja. Sam kemudian mencuri pakaian di sebuah rumah dan menuju ke rumah kiram.
Setelah mengenakan pakaian dia terus menuju ke rumah sultan sulu dengan berlagak seperti orang tempatan, dia mahir dengan tagalog dan dialek sulu . Setiba nya ke lokasi beliau membuat pemantauan, beliau tandakan kedudukan pengawal, berapa kekuatan, dan mula merangka2 jalan untuk menyusup masuk. Beliau rancang laluan masuk dan kontinjensi jika di kesan, laluan melarikan diri, dan juga orang2 tertentu yang beliau boleh hubungi jika keadaan menjadi tak terkawal. 
Kemudian pada masa yang beliau sendiri tetapkan beliau berjalan ke rumah tersebut. Rumah tersebut tidak dikawal rapi, ramai orang keluar masuk melalui berberapa titi2 kayu. Setelah sampai depan rumah sultan sulu Sam memanggil seorang budak lelaki dan mengupah budak tersebut sebanyak 50sen utk menyerahkan duit tersebut kepada sultan sulu, sebaliknya duit tersebut diserahkn kepada pengawal sultan .. pengawal tersebut yang tidak memahami menyeerahkan duit syiling tersebut kepada sultan sulu..
Dengan sekelip mata gempar la manila dengan kejadian tersebut.. sultan sulu pun kecut telur dan minta jaminan keselamatan dari kerajaan Philippine.. bayangkan duit 50sen mampu menggetarkan telur para2 pahlawan sulu.. 
Benar atau tidak kisah ni saya pun tak tau.
Sumber: MMP

Sunday, 14 June 2015

TAHUKAH ANDA PERIHAL PASUKAN TENTERA KITA DI SELATAN THAILAND?


Ops Mekong

Masa kerja bawa Nuri dulu, saya sebenonya kan kisah sangat tentang operasi-operasi yang saya sendiri terlibat. Kena detail untuk terbang....terbang. Kalau tak kena detail....tunjuk muka welfare kat Flight Commander supaya nama saya  dipertimbangkan...he...he....he. Jadi, ingatkan bila Nuri FM1715 kena tembak pada 26/4/76 yang mengorbankan 11 anggota PK, kisah tu tamat sajalah.

Engkohnya tidak. Ekoran Ops Gubir 11, hubungan Malaysia dengan Thailand menjadi tegang. Pada 1/5/76, penduduk Betong telah membuat demonstrasi di Betong supaya PPH yang berada di bandar tersebut diusir (The Straits Times, 5/5/76). Yang menjadi dalangnya ialah...tak lain dan tak bukan...PKM. PM Thailand yang baru menerajui gomen tunduk terhadap desakan ini. Lebih terok lagi, beliau membatalkan Perjanjian Keselamatan Sempadan Negara yang membolehkan kehadiran PPH di Betong. Duta kita dipanggil oleh Menteri Luar depa untuk menyampaikan keputusan supaya PPH berundur dan pembatalan perjanjian tersebut. PM kita masa tu, arwah Tun Hussein Onn, panggil balik duta kita untuk berbincang.

Dipendekkan cerita, Malaysia terpaksa akur dengan kehendak Thailand. Pada 6/6/76, seramai 378 anggota PPH dan 21 anggota Cwg Khas (Lt Kol Mohd Azam bin Hanif Ghows, 2014, Reminiscenes of Insurection - Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990) berjalan kaki sejauh 9 batu (14.4 km) dari kem depa di Betong menuju ke sempadan. Difahamkan pihak Thailand tidak membenarkan kenderaan untuk membawa orang kita balik ke Malaysia.

Sumber: Muzium PDRM 
Pengunduran ini, Ops Mekong (New Nation 12/6/76), melibatkan 4 buah Nuri dan 6 meriam siap sedia di landasan terbang Gerik. kesemua laras meriam dihala kepada laluan yang akan dilalui oleh konvoi nanti. Manakala, terup pula siap sedia untuk diterbangkan oleh Nuri. Di waktu yang sama, dua buah helikopter gempur Alouette 111 mengiringi konvoi dari sempadan. Selain itu, dua buah pesawat F5E membuat rondaan bagi menentukan tiada sebarang pencerobohan pesawat RTAF memasuki ruangangkasa negara.
Brig Jen Dato' Jaafar bin Onn, Panglima 2 Bde, memberi amaran kepada rakyat bahawa PGK akan menggiatkan lagi kegiatan mereka. Amaran ini berlandaskan kepada ketiadaan maklumat perisikan dari anggota CK (The Straits Times, 8/6/76). Kebimbangan ini turut diperkukuhkan oleh Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri, apabila beliau menyatakan bahawa Betong akan didominasi oleh PGK sekiranya Thailand tidak menghantar pasukan keselamatan mereka bagi menggantikan PPH (The Straits Times, 7/7/76).
Saya masih tercari-cari maklumat tentang berapa orang anggota polis sempadan Thailand yang berada di Kroh dan bila mereka beredar dari bumi kita? Sapa2 yang ada maklumat, harap kongsi bersama le dengan saya. Untuk itu, didahului dengan ucapan Terima Kasih.
Supt Norizan bin Murad....Terima kasih.


Monday, 29 December 2014

PENGGANAS KOMUNIS BUNUH PEKERJA JAABATAN UKUR : KETAHUI KISAHNYA

Pada 18 Jun 1975, PGK telah menyerang hendap PK dan para juruukur yang mengakibatkan seramai 8 anggota PPH, 4 anggota Thai Border Patrol Police (TBPP), dan 3orang juruukur terkorban, manakala3 anggota PPH dan dua  anggota TBPP cedera di sempadan berhampiran Sintok. 49256 Konst. Yahya Bin Hassan, angggota Platun 16, Kompeni D, 6 PPH, menceritakan bahawa beliau berada di pangkalan kem semasa kejadian berlaku. Menurut beliau, platunnya dijadualkan untuk mengiringi juruukur untuk kerja-kerja ukur pada 17 Jun tetapi dibatalkan kerana cuaca buruk. Ketiadaan aktiviti ini diambil kesempatan oleh PGK untuk memasang JS di permatang yang akan dilalui oleh PK dan juruukur. 

Bersama En Yahya di Bagan Serai, Perak, pada 29/11/2014

Keesokan hari, 18 Jun, tugas mengiri juruukut diambil alih oleh Platun 14. Mereka bertolak dari pangkalan kem mengikuti permatang pada jam lebih kurang 7:00. Pada jam lebih kurang 7:40, terdengar letupan kuat diikuti dengan tembakan bertubi-tubi. Setelah tembak-menembak berhenti, PK yang berada di pangkalan kem telah pergi ke lokasi untuk mengambil mangsa-mangsa. Menurutnya lagi, PGK telah memasang JS sepanjang 200 ela di atas permatang. Apabila platun dan juruukur berada dalam zon bunuh (killing zone), PGK telah meletupkan JS yang mengakibatkan ada yang terbunuh dan cedera. PGK telah menembak mati anggota-anggota yang cedera. Ada mangsa yang pura-pura mati bagi mengelak daripada dibunuh.

Sebelum itu, mereka membuat beberapa strecer menggunakan buluh dan hammock kanvas. Mereka diingatkan tidak mengalih  mangsa-mangsa yang terkorban terus ke strecer. Peringatan ini bagi mengelak kemungkinan PKG meletakkan JS pada mangsa-mangsa. Kaedah yang digunakan ialah mengikat tangan atau kaki mangsa dengan tali dan menarik mangsa dari jarak jauh. Jika ada JS di bawah tindihan mayat, ia akan meletup. Mereka telah mengguna akar kayu sebagai tali. PGK hanya sempat meletakkan sebutir grenad pada anggota pertama (leading scout) yang terbunuh terkena tembakan. Apabila mayatnya ditarik, berlaku satu letupan grenad tangan yang diletak pada mayat tersebut. Mangsa-mangsa dari Malaysia diusung ke LP yang terletak lebih kurang 15 minit perjalanan daripada pangkalan kem manakala mangsa-mangsa Thailand dibawa ke pangkalan kem.

Helikopter Bell Iroquois Thailand tiba untuk mengambil dua casevacs dan empat bodevacs di pangkalan kem. Apabila tiba di LP, TBPP telah mengesan JS dipasang pada LP. Anggota TBPP telah mematikan JS dan dimusnahkannya kurang  lebih 200 ela dari LP. PGK telah memasang JS di LP kerana kedudukan LP bukannya di pangkalan kem. Sementara menunggu ketibaan Nuri, mayat-mayat mangsa ditutup dengan daun palas kerana hujan mula turun. 

Pada 18/6/75, jam lebih kurang 5.30 petang, Lt (U) Mior Zubir, Lt (U) Wan Munsif, dan Sjn Arumugam (KU) dengan Nuri FM1716 yang membuat detasemen di TUDM Butterworth, telah ditugaskan untuk mengambil casevacs dan bodevacs. Apabila mereka tiba di LP, hujan mulai turun dan hari hampir gelap. Menurut Arumugan, mayat-mayat terpaksa diletak atas lantai tanpa penutup dan tidak tersusun. Semua mangsa diterbangkan ke kem PPH Sungai Petani, Kedah. Arumugam mencatatkan pengalamannya “...The bodies were packed in the cabin with blood running like water on the floor. My boots and flying suit were drenched with blood. I never smoked before but on this incident the smell of blood was unbearable. I requested a cigarette from Capt. Mior and smoked to keep the smell away. The cockpit crew got a shock”.

Yahya menyatakan selepas mangsa-mangsa diterbangkan ke Sungai Petani, satu platun PPH telah diarah untuk mengawal LP. Keesokan hari, 19 Jun, Nuri yang dikendali oleh Mior Zubir dan kru terbang ke LP untuk membawa keluar semua anggota PPH dan JUPEM. 

Anggota-anggota yang terkorban ialah:

1. JUPEM - En Harun Bin Kadir, En Kamaruddin Bin Samad, dan En Zainal Abidin Bin Sidek. 

2. PPH – Konst. Saparman Bin Nasron, Konst. Mohd Nor Bin Tumin, Konst. Maduin Bin Abd Wahab, Konst. Alizar bin Sarunan, Konst. Sal’an Bin Ahmad Siraj, Konts. Mohd Zahid Bin Jumangat, dan Konst. Abu Nordin Bin Ibrahim.

3. TBPP – Pbt Prasert Meesri, Pbt Daloh Thepwarin, Pbt Vichit Chulok, dan Pbt Chan Khamsunthorn.
Jumlah yang terkorban ialah 15. 11 terkorban yang disiar oleh TST adalah rakyat Malaysia. Anggota TBPP tidak dilaporkan 
Jika nakkan tahu lebih lagi tentang Ops Ukur, boleh baca nukilan di sini.
Muzium PDRM, En Yahya, En Mohd Makros, dan En Alakasvaran....Terima kasih.

Nota: Saya berharap ada di antara para pembaca yang terlibat dalam insiden ini sedia menceritakan pengalaman mereka. Sekurang-kurangnya dapat mengesahkan cerita ini, wallahualam.  Harap emel pada saya di nibsny@yahoo.com. Terima kasih.


CERITA BENAR : PPH DENGAN PENGGANAS KOMUNIS

Pengalamanku Operasi Tiga dalam Satu (Penglaman menawan komunis)

Pengalamanku Operasi Tiga dalam Satu (Penglaman menawan komunis)
Masih aku teringat samar-samar operasi yang aku lalui bersama Kompeni C dan seluruh Batalion 1 PPH sekitar tahun 1979 pabila kami diarahkan melaksanakan operasi UKUR, TOPO dan operasi 79Alpha di sempadan Malaysia/Thailand iaitu 3 operasi sekali. Tempat sebenar lokasi operasi aku masih samar-samar di sempadan Malaysia/Thailand tugas UKUR/TOPO dan operasi 79Alpha. Kepada sesiapa yang mengetahui lokasi dan nama operasi sila maklumkan untuk tujuan catatan koleksi sejarah PPH.
Ops Ukur
Mulanya operasi yang kami ditugaskan ialah eskot keselamatan petugas Jabatan Ukur dan Pemetaan sempadan Malaysia/Thailand. Tugas eskot keselamatan petugas Jabatan Ukur memang meletihkan, sebab disamping menjaga keselamatan kami terpaksa berjalan mendaki bukit batu hanya membantu mencari batu sempadan Malaysia/Thailand. Rasa lega dan hilang rasa penat lelah bila batu sempadan yang di cari dijumpai. Ada yang mengambil kesempatan bergambar di batu sempadan Malaysia/Thailand tapi kami sentiasa waspada kerana dibawah batu sempadan itulah paling popular komunis menanam bom jerangkap samar! Setelah batu sempadan dijumpai kami berpatah balik ke base dan akan di sambung semula tugas yang sama di lokasi lain pada keesokkan harinya tapi di ganti oleh anggota yang lain pula. Entah berapa lama aku bertugas operasi UKUR, aku kurang pasti tapi yang ku ingat Kompeni C diarahkan berpindah ke lokasi lain pula.
Ops TOPO(Tidak pasti nama operasi)
Kali ini base kami dipuncak bukit, tingginya sama paras dengan pucuk pokok balak ditengah hutan belantara. Kerana ketinggian base kami tu minyak masak menjadi beku, tanah base kami sentiasa basah berbecak. Setiap sudut bumbung base tergantung bekas plastik ration untuk tadahan air khusus untuk membasuh sisa makanan. Kabus tebal menyelubungi base sehingga terasa titisan air di muka aku. Air minuman menjadi sukar terpaksa berjimat. Kami terpaksa menuruni bukit selepas sarapan dengan membawa bersama pack lunch dan 3 jerikin dalam pack besar. Mendaki semula ke base waktu dah masuk waktu petang. Kami hanya turun mengambil air 3 hari sekali. Memang tak larat memikul 3 jerikin dalam pack, sebelah tangan 1 jerikin dan sebelah tangan lagi senjata. Bila naik mendaki lutut dah hampir bercantum dengan dagu!! Aduh mak terasa peritnya tika itu..aku terkenangkan ibubapa dan adik-adikku tapi kesusahan yang ku tanggung ini mengajar aku bersyukur nekmat yang aku ada sekarang.
Pagi itu cuaca terang, sejuk dan tidak berkabus. Kami sedang standby menunggu heli membawa kami ke lokasi operasi lain. Sudah 2 hari kami terdengar bunyi heli tapi heli terpaksa berpatah balik kerana kabus terlalu tebal dan sukar membuat pendaratan. Harap-harap hari ini tuah memihak kepada kami. Aku sedang menikmati sarapan pagi kegemaranku..maggie!!. Tiba-tiba sayup-sayup terdengar bunyi heli. Dari jauh aku nampak titik hitam seperti agas terapung-apung..heli dah datang!! Teriak rakan sebelah aku. Lantas aku dan teman-teman yang lain mengemas barang-barang kami. Harap-harap hari ini kami boleh keluar dari tempat ini. Dah tak larat nak memikul jerikin air…tak larat nak intai-intai ular kapak sebelum tidur..!!!
Kami turun di suatu tempat kawasan luas hampir dengan kilang gula. Aku tak berapa ingat nama tempat itu. Mungkin Padang Terap atau Padang Senai Kedah. Aku lihat sudah ada teman-temanku dari kompeni lain berkeliaran di kawasan lapang heli mendarat. Aku jugak dapat melihat ramainya askar-askar di kawasan lapang itu. Kata salah seorang askar itu mereka standby heli bawa mereka masuk Ops Gubir!! Kata mereka kawasan Ops Gubir adalah kawasan yang aktif dengan ancaman komunis dan jerangkap samar! Sama dengan Ops Kota Echo untuk PPH. Suasana di kawasan itu bising dengan bunyi heli-heli yang silih berganti menurunkan penumpang dari anggota PPH, askar dan jugak orang awam. Macam filem perang Vietnam dalam t.v rasanya.
Ops 79Alpha
Aku tidak berapa ingat lokasi tempat ini, yang aku tahu Kompeni aku sedang standby diMartak Army ATM. Malam itu hujan renyai-renyai. Kesibukan suasana diMartak jelas terlihat dengan askar-askar berponco berlari anak menuruti arahan. Lori tentera dan polis saling melintas membawa muatan dan infantry. Aku tersenyum sahaja melihat ‘orang lama’ sedang berborak memujuk petugas di khemah tertulis nama ‘PERNAMA’. Aku dan rakan-rakan sedang standby panggilan ‘general roll-call pukul 2 pagi.
Diluar khemah kami hujan masih  turun jelas ku lihat rintik-rintiknya dibawah sinaran deretan mentol lampu di luar khemah. Semboyan general-roll- call berbunyi kami mengambil tempat masing-masing. Apa yang dapat ku dengar arahan yang disampaikan ialah Bn. 1 PPH akan berangkat masuk ke bumi Thailand membantu polis Thailand. Pagi yang berhujan, aku terdengar sorang membaca doa selamat.     “ Ya, Allah, ya Tuhan kami, dengan namaMu yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Kau lindungi barisan pasukan keselamatan ini yang akan berangkat bertugas di Thailand, semoga mereka ini selamat pergi dan selamat balik. Aku mengaminkan doa-doa itu tidak ku sedar menitis air mataku seperti titisan air hujan turun  pagi itu. Entahkan selamat sepanjang bertugas nanti aku hanya bertawakal pada Allah. Bacaan doa selamat mengakhiri perhimpunan pagi itu. Aku dan rakan-rakan bergegas menaikkan barang-barang kami atas lori. Konvoi Bn. 1 PPH bergerak menuju ke lokasi yang telah diarahkan. Hujan masih lagi turun. Aku dah tak kisah pakaianku lenjun basah yang penting pack aku tidak basah kerna pocho ku gunakan untuk membalut pack. Aku kesujukkan atas lori. Memang terasa sejuk sampai ke tulang terkena angin pulak. Lori terus menyusur laju di malam yang gelap pekat. Aku melihat konvoi lori berpecah masuk jalan simpang. Tidak berapa selepas itu diikuti satu konvoi membelok masuk jalan lain. Cuaca beransur cerah ketika lori membelok masuk jalan ladang getah. Konvoi terakhir terus meluncur melintasi konvoi kami. Keadaan jalan tidak mengizinkan kami duduk kerana kami bagaikan dilambung terhentak kerana jalan tidak rata. Jalan ladang getah semakin sempit dan akhirnya kami terpaksa turun kerna lori tidak mampu mendaki bukit disebabkan jalan licin. Arahan OC Kompeni kami dikehendaki bergerak masuk ke dalam ladang getah sebelum kami berhenti rehat untuk sarapan pagi. Semasa sibuk membuat sarapan pagi aku tak sedar bila masa sekumpulan Polis Thai (Thai Tamrok) bersama kami.  Kami teruskan perjalanan melalui trek ladang getah di ketuai oleh Thai Tamrok. Aku melihat sekeliling ladang getah seperti tempat asing bagiku, tidak sama keadaannya seperti ladang getah dikampungku. Akhirnya baru aku sedar yang aku sudah ada dibumi Thailand. Tergelak sinis dalam hatiku sampai jugak aku ke overseas!! Kami berehat lagi seketika di tanah tinggi. Dihadapan aku kawasan lapang dan nun jauh dibawah bukit ada sebuah teratak, tidak ada lagi pokok getah. Penat rasanya memikul pack yang berat padat dan ada ‘treler’ lagi. Dalam pack itu..disitu lah rumah aku, dapur/makanan dan almari/ pakaian aku. Akan terus pikul beban itu kemana juga kaki aku melangkah pergi kerna dah terpaksa! Sedang aku rehat bersandar di pack tiba-tiba aku terdengar jeritan…”Bandit…bandit..jing..jing!!! Aku terpinga-pinga seketika dan sepantas itu jugak aku terdengar letusan dan tembakan rifle dari arah belakangku. Keadaan ketika itu jadi gawat, platun dibelakang terus menembak dan aku yang berada di hadapan terus meniarap ‘take-cover’ sama dengan yang lain...
O. C beri arahan berhenti tembak. Dilapurkan Polis Thai telah terlihat 2 anggota komunis lelaki dan perempuan sedang bercakap dengan orang kampung di pondok kebun. Anggota Polis Thai sudah berada di pondok sedang bercakap dengan penghuni pondok. Aku bersama dengan rakan-rakan terus berkejar menuju ke arah Polis Thai tadi. Rakan-rakan yang lain diarahkan stand-to atas bukit menjaga pack kami.

Kami dimaklumkan oleh Polis Thai 2 orang komunis itu sedang menjalankan misi propaganda seperti mana dikatakan oleh penghuni pondok itu. Penghuni pondok itu menunjuk arah 2 orang komunis lari ke kawasan semak lalang. Sarjan Platun aku mengambil alih tanggungjawab memburu 2 orang komunis. Sarjan memberi taklimat ringkas kepada seksyen komander. Kami dipecahkan dalam kumpulan kecil dan bergerak berjarak dapat dilihat antara kami.

Aku bersama 5 rakanku bergerak menuju ke kawasan kebun. Dihadapan aku hutan lalang. Kami berhenti sebentar. Tiba-tiba aku terdengar jeritan Platun Sarjan memberi arahan..”mara…mara”.  Bahuku dipegang oleh koperal ketika kaki aku mula nak bergerak. Katanya itu adalah tektik supaya komunis itu bergerak keluar dari dalam kawasan lalang. Lagi pun tidak selamat masuk dalam semak lalang itu kerna tidak ada perlindungan katanya lagi. Aku akur nasihat itu.

Kami menunggu. Sebentar kemudian kami mula bergerak di tepi kawasan lalang. Aku terjumpa topi(cap) komunis warna kelabu kekuningan ada logo bintang 3 warna merah. Topi itu terselit dicelah-celah batang lalang. Aku lantas mengambilnya dan simpan dalam poket kakiku.

Tiba-tiba terdengar jeritan sarjan….‘Bandit dah keluar! Mara-mara!! Kami lantas berlari ke arah suara itu dan kami bersatu semula disimpang 2 trek. Kami berpecah semula, sarjan bersama yang lain ikut trek kiri dan aku bersama Koperal ikut trek terus ke hadapan. Sambil berjalan sarjan berpesan kepada kami  ‘jangan lupa password..cabar password!! Kami terus bergerak laju, dihadapan orang lama(arwah) laju mendahului kami mencari jejak  komunis. Ditangannya tergenggam sebutir bom tangan.

Langkah kami terhenti kerna ada sebatang tali air dalamnya sejengkal. Kami perhati sekeliling mengesan tapak kasut komunis. Kesan tapak kasut masih baru kerna tanah becak. Kami perhati sekeliling semak. Tiba-tiba suara orang lama menjerit…‘komunis!! Keluar…keluar..nanti aku baling grenade ini!!  Aku berpusing ke belakang, alangkah terkejutnya aku, komunis lelaki itu berada dibelakang aku sedang menyorok dicelah-celah semak samun. Lantas kami take-cover down sambil menghalakan senjata ke arah komunis itu. Komunis itu lantas mencampakkan senjatanya dan berjalan keluar dengan kedua belah tangan diatas kepala. Koperal sepantas kilat meluru dan menangkap komunis tadi dan dibantu segera oleh kami.

Polis Thai datang buat soal jawab. Sambil itu aku melihat orang lama sedang mencari-cari sesuatu ditanah becak berhampiran tali air. ‘Cari apa tu bang’ tanya aku. ‘Pin grenade’ jawabnya ringkas. Tangannya masih lagi erat menggenggam hand grenade. ‘Abang cabut pin bila nampak bandit tadi..tak sedar kat mana abang buang pin.’ Ceritanya sambil mencukil tanah lembik itu. ‘Stand-to la kau malam nanti’ celah koperal. Akhirnya pin hand grenade dijumpai. Kami bawa komunis itu balik semula ke tempat kami berehat tadi.

Hari pun dah petang. Bimbang jugak malam nak sentry komunis, bimbang berplatun komunis lain akan datang. O.C sibuk dalam set melapurkan kejayaan menawan 1 komunis dan meminta bantuan untuk membawa komunis keluar. Aku pula bersibuk wawancara broken english dengan komunis tadi. Rupanya komunis tui adalah seorang pelajar dari universiti Bangkok. Mereka terpengaruh dengan dakyah komunis semasa rusuhan pelajar-pelajar universiti di bandaraya Bangkok suatu ketika dahulu. Mereka di letak di bawah unit propaganda kerna genius mereka! Aku selongkar pack komunis itu, packnya sama dengan beg poncut hitam yang dibekalkan masa di depoh KL.

Di dalam pack itu banyak terdapat risalah-risalah propaganda komunis. Gambar-gambar komunis dalam ‘kem’ menceritakan mereka adalah pasukan yang mampu berkuasa memerintah. Gambar mereka meraikan hari ulang tahun komunis berkawad dengan senjata. Aku mengambil 2 keping gambar untuk kenangan tapi sebelum balik kem Ulu Kinta topi dan 2 keping gambar telah hilang dari simpanan aku! Tidak lama kemudian terdengar bunyi heli datang. Bunyi heli macam bunyi bot tongkang dan aku kenal sangat bunyi itu tandanya heli siam sudah mali. Heli itu ‘hover’ hampir ke lereng tanah dan krewnya memberi signal supaya membawa komunis itu dengan segera.

Lega rasanya bila komunis itu telah diterbangkan. Kami teruskan perjalanan meninggalkan tempat tadi dengan kadar seberapa segera. Walau apapun kami sentiasa berhati-hati bimbang bandit perempuan yang terlepas lari tadi buat counter attack dengan membawa lebih ramai ahlinya menyerang kami. Arah tuju kami ialah C.T Camp ‘Khau Nang Kang’! Kem komunis yang dikhabarkan paling kebal. Kompeni C hanya ditempatkan dipinggir C.T Camp. Sebelum sampai kompeni telah berpecah. Platun aku bersama Polis Thai ditempatkan tidak jauh di bawah bukit yang diatas bukit itu terletak Markas dan unit meriam.

Sebelum masuk ke tapak base Pln Komander beri arahan buat pembersihan terlebih dahulu. Kami buat ‘proding’ setiap langkah memastikan setiap inci tanah dibase, laluan ke water-point dan pondok jamban itu bebas dari bobby-trap! Selepas masing-masing siap buat khemah kami pasang tali parimeter sekeliling sempadan base, siap dengan sermuly flare dan clay more di lokasi yang sesuai. Sementara Polis Thai berkhemah di bawah rumah kosong yang ditinggalkan berhampiran dengan base kami. Sedang kami stand-to malam, Polis Thai pula buat ‘camp-fire’! Ya Allah..apinya besar boleh kenal setiap orang Polis Thai itu. Langsung tak ada disiplin Polis Thai ini. Aku sempat berkenalan dengan seorang Polis Thai berpangkat sarjan. Kumpulan Polis Thai ini tak ada yang berpangkat ‘konstabal atau koperal’. Pangkat Sarjan Mejar 1 orang dan yang lain berpangkat sarjan. Aku tertarik dengan uniform ‘wes moulen’(maaf tak tahu ejaannya) yang ada gambar gajah dan bendera negara Thailand. Kain baju dan seluarnya tebal dan coraknya cantik. Sementara Polis Thai ini berminat dengan uniform hijau aku, katanya dia nak pakai masa meronda masuk kawasan Pattani! Kami buat rondaan jarak dekat sekeliling base kami.

Aku jadi terkejut tiba-tiba terdengar bunyi tembakan meriam dari atas bukit dan dalam beberapa saat tersengar desingan peluru bom melalui atas base kami dan dalam sesaat itu aku terdengar ledakan bom jauh di gunung CT Camp. Tembakan meriam mula bertubi-tubi siang dan malam, dan setiap tembakan dilepaskan bermakna setiap butir meluru meriam melintasi atas base kami. Kekadang jet pejuang(F5E kalau tak silap) kita melintasi atas base kami menggugurkan bom. Kini giliran aku pulak buat rondaan. Kali ini rondaan jarak jauh. Aku tersenyum memandang ‘rakan’ Thai ku turut bersama dalam rondaan pagi ini. Kami sama-sama memberi isyarat janji menukar uniform selepas rondaan nanti. Aku tertarik melihat jam tangan digital yang dia pakai. Masa tu aku belum terjumpa jam jenis digital di Ulu Kinta. Kami pun menambah satu lagi koleksi tukar jam tangan.

Jauh juga kami buat rondaan ikut trek melalui celah-celah hutan. Banyak jugak kami jumpa tanda-tanda komunis seperti riben merah diikat melilit batang pokok. Mungkin itu tanda sempadan. Ada juga kami terjumpa bekas tapak rehat komunis bumbungnya diperbuat dari daun-daun disusun rendah. Kami teruskan rondaan balik semula ke base mengikut trek lain pula. Tiba-tiba aku terdengar bunyi bom meletup dihadapanku. Tanah trek bertabur jatuh dari atas mengenai kepalaku. Aku tidak nampak siapa yang ‘kena’ kerna situasi trek berbelok ke arah kiri dan dilindungi pula pokok-pokok. Kami terus ambil situasi stand-to luar trek. Aku dimaklumkan ‘rakan’ku terkena jerangkap samar. Kecederaannya patah kaki dan cedera parah kedua belah matanya. Hatiku sayu hiba. Walaupun perkenalan kami singkat tapi aku dapat merasai sopan dan baik budi pekertinya. Macam mana boleh ada bobby trap di trek tanahnya keras dan tidak ada tanda-tanda langsung kehadiran bobby trap. ‘Rakan’ aku terus di bawa keluar oleh heli Siam. Sementara rakan-rakan lain yang duduk di bawah rumah malam itu tidak kelihatan ungun api. Sedih agaknya.

Sampai masanya Platun 11 ditukar ganti oleh Bn lain. Pagi itu aku menunggu kedatangan pengganti. Dari jauh di trek sebelah LP terpandang oleh aku anggota PPH berjalan menuju ke arah base kami. Akhirnya setelah selesai taklimat serah menyerah tugas, platun 11 bergerak menuju ke Martak atas bukit. Sampai kami di Martak menunggu lagi platun-platun Kompeni C sampai. Setelah semua platun Kompeni C sampai baru lah Kompeni C bergerak berkonvoi dengan lori terus balik ke Kem PPH Ulu Kinta. Alhamdulillah…!!

Monday, 23 June 2014

PERBARISAN TAMAT LATIHAN TUDM IPOH

Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM Siri 50/2014

IPOH, 21 Jun 14 – Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 50/2014  telah diadakan di Padang Kawad Institut Latihan Tentera Udara (ITU) Ipoh, Perak hari ini.
Seramai 322 Perajurit Muda yang terdiri daripada pelatih lelaki telah berjaya menamatkan latihan asas Perajurit Muda selama 24 minggu bermula 2 Jan 14 yang lalu.
Panglima Tentera Udara, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah mengambil Tabik Hormat serta menyampaikan hadiah kepada Flait Terbaik, Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan, Perajurit Muda Penembak Terbaik dan Perajurit Muda Akademik Terbaik dalam istiadat perbarisan tersebut.
Perajurit Muda Abd Ghaffar bin Ab Wahid telah dinobatkan sebagai Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan Siri 50/2014 dan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara. Sementara itu, Perajurit Muda Mohamad Nadzirul Afiq bin Mohd Ghazali telah dipilih sebagai Perajurit Muda Akademik Terbaik dan menerima Piala Pusingan Panglima Pendidikan Udara. Manakala Perajurit Muda Penembak Terbaik telah disandang oleh Perajurit Muda Mohammad Azwan bin Kamarulzaman dan menerima Piala Pusingan AKS Tadbir.
SUMBER : TUDM

Wednesday, 18 June 2014

PROTOTAIP AV8 UNTUK ATM

DEFTECH PAMER DUA PROTOTAIP AV8 DI DSA 2014

rsz_img_20140414_124531

1. Defense Service Asia akhirnya tiba di Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 17 April, pameran yang ditunggu oleh industrialis yang terlibat dalam hal-hal sekuriti negara dan serantau.
2. Seperti biasa, saya akan berkunjung ke pameran tersebut walaupun saya menjangkakan tidak ada apa-apa yang signifikan pada pameran kali ini kecuali penyiapan prototaip dua kenderaan perisai bertayar 8×8 AV 8 yang disediakan oleh Deftech, pemaju alat pertahanan Malaysia yang mempunyai kilang kereta perisainya di Pekan, Pahang.
3. Terus terang, pertama kali menyentuh badan Av8 yang bersaiz raksaksa berbanding kereta kebal PT91 yang terletak di sebelah, saya berasa amat kagum dengan ketinggian, panjang dan saiz keseluruhan.
4. Sebanyak dua prototaip AV8 berjaya disiapkan untuk DSA iaitu versi pengangkutan infantri dan versi untuk pasukan amour.
AV8 versi infantri dengan turret 25mm Sharpshooter
AV8 versi infantri dengan turret 25mm Sharpshooter
IMG_20140414_114653
IMG_20140414_114850
5. Untuk pengangkutan infantri, kenderaan ini dijangka mampu membawa lebih kurang 14 penumpang termasuk pemandu dan mampu menahan tembakan langsung dari 7.62mm Perobek Amour serta cebisan letupan berskala Stagnag Tahap 4.
6. Kenderaan versi infantri 8×8 yang dicadangkan untuk Malaysia seperti di pameran DSA dipasang dengan meriam 25mm Sharpshooter Turret dan juga berkemampuan berenang di permukaan air kerana dilengkapi dengan sistem dorongan jet air.
Versi Armour tidak ada sistem dorongan air
Versi Armour tidak ada sistem dorongan air


Sistem dorongan air untuk AV8 versi infantri
Sistem dorongan air untuk AV8 versi infantri
7. Untuk prototaip armour, ia tidak dipasang dengan sistem dorongan jet air tetapi sistem senjatanya terdiri dari meriam 30mm.
8. Saya difahamkan kilang untuk pemasangan AV8 ini sudah pun dibina di Pekan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan memesan sebanyak 257 kenderaan Av8 dalam 12 variasi untuk menggantikan kereta perisai lama seperti Condor dan Sibmas.
Meriam 30mm untuk AV8 versi Armour
Meriam 30mm untuk AV8 versi Armour
9.Av8 versi yang lebih ringan iaitu 6×6 juga diperkenalkan Deftech di pameran itu.
Av6 (adik kepada AV8 turut diperkenalkan)
Av6 (adik kepada AV8 turut diperkenalkan)

TYPHOON
Bahagian dalam AV6
Bahagian dalam AV6
10.Pasukan Polis DiRaja Malaysia juga menerima kenderaan perisai kalis periuk api yang dinamakan Typhoon.
11.Saya tidak tahu berapa banyak kenderaan ini yang dibeli untuk pasukan polis.
12.Kenderaan buatan Amerika Syarikat ini saya jangka untuk menggantikan kenderaan armour polis yang semakin usang dan rata-rata dibeli di antara tahun 60an hingga 70an.

Typhoon MRAP kini dalam perkhidmatan polis
Typhoon MRAP kini dalam perkhidmatan polis
Bahagian bawah Typhoon dengan V Shape hull (Tidak kelihatan dalam gambar, malas nak tunduk)
\ Bahagian bawah Typhoon dengan V Shape hull (Tidak kelihatan dalam gambar, malas nak tunduk)

IMG_20140414_115838


Typhoon kini dalam perkhidmatan PDRM
Typhoon kini dalam perkhidmatan PDRM

SUMBER : MILITERY OF MALAYSIA

ATM - BETUL ATAU TIDAK

PANASS !!! RAHSIA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA SENTIASA DI GERUNI PIHAK LAWAN [ SULIT ]




1 - Percaya atau tidak jika dikatakan Komando² Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera² asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

2 - ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme? Percaya atau tidak?

3 - VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL…percaya atau tidak?



4 - Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas² lain tanpa mengambil masa yang lama.



5 - ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu²nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur dalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruk kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal seba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

6 - Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!

7 - Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.

8 - Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)

9 - Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

10 - Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch”percaya atau tidak?

11 - Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

12 - ATM menjadi rebutan amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?

13 - Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.

14 - Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amat memalukan mereka….percaya atau tidak?

15 - Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. Percaya atau tidak?

16 - Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai scotboy merujuk pada perkhidmatan KOR ADAT ISTIADAT ATM yang bertugas di istana BUCKINGHAM bersama sama pasulan ROYAL AND BLUES BRITAIN, sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya melayu malu apabila kemelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia . Percaya atau tidak?

17 - Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kafir, setakat ini kontinjen² negara PBB yang datangnya dari negara² melayu dan terkenal adalah MALBATT(disertai angkatan tentera diraja brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadishu.
 
SUMBER : MEDAN TEMPUR

Tuesday, 17 June 2014

OPS DAULAT - GAMBAR

GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN OPS DAULAT - 
 
 
SUMBER : ASKAR SETIA