DEFTECH PAMER DUA PROTOTAIP AV8 DI DSA 2014
1. Defense Service Asia akhirnya tiba di Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 17 April, pameran yang ditunggu oleh industrialis yang terlibat dalam hal-hal sekuriti negara dan serantau.
2. Seperti biasa, saya akan berkunjung ke pameran tersebut walaupun saya menjangkakan tidak ada apa-apa yang signifikan pada pameran kali ini kecuali penyiapan prototaip dua kenderaan perisai bertayar 8×8 AV 8 yang disediakan oleh Deftech, pemaju alat pertahanan Malaysia yang mempunyai kilang kereta perisainya di Pekan, Pahang.
3. Terus terang, pertama kali menyentuh badan Av8 yang bersaiz raksaksa berbanding kereta kebal PT91 yang terletak di sebelah, saya berasa amat kagum dengan ketinggian, panjang dan saiz keseluruhan.
4. Sebanyak dua prototaip AV8 berjaya disiapkan untuk DSA iaitu versi pengangkutan infantri dan versi untuk pasukan amour.
5. Untuk pengangkutan infantri, kenderaan ini dijangka mampu membawa lebih kurang 14 penumpang termasuk pemandu dan mampu menahan tembakan langsung dari 7.62mm Perobek Amour serta cebisan letupan berskala Stagnag Tahap 4.
6. Kenderaan versi infantri 8×8 yang dicadangkan untuk Malaysia seperti di pameran DSA dipasang dengan meriam 25mm Sharpshooter Turret dan juga berkemampuan berenang di permukaan air kerana dilengkapi dengan sistem dorongan jet air.
7. Untuk prototaip armour, ia tidak dipasang dengan sistem dorongan jet air tetapi sistem senjatanya terdiri dari meriam 30mm.
8. Saya difahamkan kilang untuk pemasangan AV8 ini sudah pun dibina di Pekan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan memesan sebanyak 257 kenderaan Av8 dalam 12 variasi untuk menggantikan kereta perisai lama seperti Condor dan Sibmas.
9.Av8 versi yang lebih ringan iaitu 6×6 juga diperkenalkan Deftech di pameran itu.
TYPHOON
10.Pasukan Polis DiRaja Malaysia juga menerima kenderaan perisai kalis periuk api yang dinamakan Typhoon.
11.Saya tidak tahu berapa banyak kenderaan ini yang dibeli untuk pasukan polis.
12.Kenderaan buatan Amerika Syarikat ini saya jangka untuk menggantikan kenderaan armour polis yang semakin usang dan rata-rata dibeli di antara tahun 60an hingga 70an.
No comments:
Post a Comment