GRADUAN MELAYU VS GRADUAN CINA
Nampaknya
seakan sudah tidak mampu lagi bersabar….! semahunya mereka rampas,
serakusnya mereka lahap, serakahnya mereka membolot..! Bangsa Melayu
buat apa???
Bila hati sudah tertutup
Kajian
selama eksperimen selama 6 bulan oleh Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed
Abdul Khalid (2013), pensyarah dari Universiti Malaya membuktikan bahawa
kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan
dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan
pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum Cina dan syarikat Antarabangsa
yang jawatan pentingnya dikuasai oleh kaum Cina di negara ini.
Mulanya
saya ragu dengan kajian ini. Maklumlah takut diserang. Saya mengambil
inisiatif menelefon pengkaji tersebut untuk memastikannya.
Alhamdulillah, kajian ini ternyata benar.
Menurut
pensyarah tersebut, kajian tersebut di lakukan dengan menghantar
‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang
mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada
mana mana syarikat Cina yang mengiklankan kerja kosong.
Analisa
jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka
hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina
menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2%
pemohon Melayu yang dipanggil dengan kelayakan serupa yang dihantar.
Ternyata di
sini, wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan Cina.
Kajian mendapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga
berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi
syarikat milik Cina.
Kajian
mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak
mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu
atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan
Cina adalah 6.8 % dan 4.8% untuk graduan Melayu.
Bagi
syarikat Antarabangsa yang dipegang jawatan tinggi oleh kaum Cina
menunjukkan, 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga. Manakala tidak
seorang pun calon Melayu menerima panggilan.
Kajian Dr
Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Walau
bagaimanapun, penemuan mereka turut menunjukkan syarikat Cina lebih
menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.
Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat Cina dan calon Cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan. Jawapan yang diberikan hanya “kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan”.
Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat Cina dan calon Cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan. Jawapan yang diberikan hanya “kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan”.
Menurut Dr
Lee, kajian ini tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu
yang tahu akan hakikat kaum Cina yang jelas mendiskriminasikan Melayu,
akan menjadikan bangsa Melayu marah akan sikap kaum Cina.
Persoalan
saya, adakah keputusan kajian ini tidak rasis? Siapakah yang lebih
terbuka? Siapakah yang lebih rasis? Kajian ini membuktikan apa yang saya
perkatakan selama ini benar. Peliknya, kenapa seringkali saya dijadikan
sasaran dan kutukan? Ohhh bangsaku!
Saya amat
mengharapkan kajian ini dapat membuka mata orang bukan Melayu. Alasan
yang mengatakan orang Melayu tidak dipanggil kerana mereka sudah ramai
berkhidmat dalam sektor awam amat tidak realistik dan sukar untuk
diterima.
Hari ini,
sektor awam telah dibuka seluas-luasnya. Sehinggakan pengambilan jawatan
konstabel polis tidak memerlukan bukan Melayu mendapat kredit dalam
Bahasa Melayu (SPM) untuk melayakkan mereka memegang jawatan tersebut.
Lagipun, memang sudah menjadi sifat orang Cina tidak mahu bekerja dengan
sektor awam disebabkan oleh pakej gaji yang tidak menarik (rendah).
Inilah
sifat ultra kiasu yang selalu saya rujuk dalam penulisan saya. Saya
tidak melabelkan semua orang Cina. Tetapi kepada mereka yang bersifat
sebegini. Saya petik kata-kata saudara Faiz Naaman yang selalu dikecam
kerana bersetuju dengan idea saya.
“Saya anti
Cina? Anti SEMUA bangsa itu? Seriously? Jika saya kritik Cina atau apa
bangsa pun saya akan cuba spesifik kepada kelompok subset dalam golongan
itu. Contohnya apabila saya sebut Cina Kafir (yang cenderung kepada
Harbi), bermakna Cina jenis itu sahajalah yang saya kecam, bukan Cina
jenis lain seperti Cina Muslim atau Cina Kafir Zimmi. Mereka yang sudah
lama berada dalam akaun FB saya ini biasanya sudah faham dengan prinsip
saya apabila mengkritik terutama apabila menyentuh golongan Cina Kafir
Harbi, Cauvinis dan apa yang selalu disebut oleh Prof Madya Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah sebagai ULTRA KIASU ini.
Samalah apabila saya kritik Melayu. Tidak semua Melayu atau keturunan Melayu itu saya hentam. Saya cuba spesifikannya ke arah, sebagai contoh, Melayu Liberal atau Melayu Murtad, bukannya Melayu-Islam secara pukul rata. Kita kritik juga bangsa kita sendiri baru tidak asobiyyah. Kita akui kehebatan serta sisi positif bangsa lain sebagai teladan untuk dicontohi bangsa Melayu. Kita bukan menilai manusia itu dengan ciri fizikal seperti MATA SEPET kerana anak bongsu saya Eusoff pun bermata sepet atau KULIT GELAP kerana datuk sebelah mak saya pun berkulit gelap kerana berketurunan Arab Yaman. Jadi ini bukan soal fizikal, budaya bangsa atau bahasa, ini soal kecenderungan mentaliti serta akidah yang kita patut kritik.
Samalah apabila saya kritik Melayu. Tidak semua Melayu atau keturunan Melayu itu saya hentam. Saya cuba spesifikannya ke arah, sebagai contoh, Melayu Liberal atau Melayu Murtad, bukannya Melayu-Islam secara pukul rata. Kita kritik juga bangsa kita sendiri baru tidak asobiyyah. Kita akui kehebatan serta sisi positif bangsa lain sebagai teladan untuk dicontohi bangsa Melayu. Kita bukan menilai manusia itu dengan ciri fizikal seperti MATA SEPET kerana anak bongsu saya Eusoff pun bermata sepet atau KULIT GELAP kerana datuk sebelah mak saya pun berkulit gelap kerana berketurunan Arab Yaman. Jadi ini bukan soal fizikal, budaya bangsa atau bahasa, ini soal kecenderungan mentaliti serta akidah yang kita patut kritik.
Kata-kata
ini ada kaitan dengan surat yang dituju kepada saya dan Abdullah Zaik
(Isma) oleh saudara Shamil Norshidi, presiden Kelab Umno US East Coast,
tanggal 15 Mei 2014, yang disiarkan laman web ultra kiasu.
Tanpa usul periksa dan mengenali saya, Shamil menyerang dengan memetik kenyataan Gretchen Rubin dalam bukunya,The Happiness Project.
Pada beliau, apa yang di negara kita hari ini sudah cukup cantik. Tidak
perlu ada orang seperti saya atau Isma yang sentiasa memberikan
kritikan dan pandangan.
Saya minta
beliau baca kajian ini. Nasihat saya, baliklah ke Malaysia, belajar adat
budaya dan cara hidup di sini. Jangan terlalu obses dengan cara hidup
barat. Sekadar mengambil kata-kata Rubin, tidak cukup kalau tidak ada
input-input Islam dan sejarah Tanah Melayu.
Memang tidak dinafikan ramai orang memusuhi penulisan saya. Bak kata Winston Churchill pernah berkata, "You have enemies? Good. That means you've stood up for something, sometime in your life."
Saya tidak bercakap kosong, tetapi ada faktanya. Bayangkan
setelah sekian lama tinggal di negara tercinta ini, masih ramai yang
langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan, apatah lagi untuk
memahaminya. Kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan diri mereka
sebagai rakyat Malaysia. Apakah saranan saya agar orang sebegini mencari
tempat lain itu salah? Buatlah kajian. Anak muda jangan terlalu emosi.
Inilah juga masalah dalam Umno, kurang tarbiyyah ruhiyyah.
Beliau
begitu marah bila saya membangkit soal lambakan rumah ibadat. Fahami
maksud adil dalam perspektif barat dan Islam. Adil bukan seorang sebiji
tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Malaysia adalah seadil-adil
negara apabila membenarkan begitu banyak rumah ibadat orang bukan Islam
berbanding agama Islam itu sendiri. Pernahkah kita bising apabila masjid
dirobohkan bagi tujuan pembangunan, berbanding orang lain?
Beliau juga
memetik kata-kata Muhammad Ali,: “Rivers, ponds, lakes and streams -
they all have different names, but they all contain water. Just as
religions do - they all contain truths.” Kata-kata ini boleh dipetik
dalam konteks. Tetapi dalam menganalisis politik Malaysia, kata-kata
tidak sesuai wahai adikku Shamil.
Memang kita
ada nama-nama yang berlainan. Tetapi rasa air itu juga berlainan. Air
sungai, lombong, tasik, dan air terjun, walaupun mengandungi nama iaitu
AIR, tetapi sumber airnya dan kandungan mineralnya berbeza. Perbezaan
ini perlu difahami asal-usulnya.
Memang kita
mahukan persamaan, baharulah wujud 1Malaysia. Tetapi persamaan itu
hendaklah berpandukan kepada agama dan sejarah budaya sesuatu bangsa.
Pada saya, presiden Kelab Umno US East Coast ini perlu banyak lagi
belajar sejarah Melayu dan sejarah agama Islam yang suci ini. Barulah
pintu hati tidak tertutup.
Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah
No comments:
Post a Comment