Monday, 2 June 2014

DOUBLECELL, BENAR ATAU TIDAK ?



Gambar Ibrahim Aziz, Penyelidik Bongkar Penipuan Produk Double Stemcell.

penyelidik produk double stemcell

Gambar Ibrahim Aziz, Penyelidik Bongkar Penipuan Produk Double Stemcell - Kecoh di laman sosial beberapa hari ini mengenai produk yang cukup terkenal iaitu Double Stemcell yang didakwa tidak mempunyai sijil halal yang sah daripada JAKIM. Ianya dibongkar oleh wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek.

Dan dalam berita terkini, seorang penyelidik Malaysia yang berada di Jepun, Ibrahin Abd Aziz telah mengeluarkan pendedahan mengenai penipuan produk Double Stemcell. Ikuti pendedahan oleh beliau tentang apa yang tidak diketahui ramai penjual produk ini.

Assalam.

Saya sebagai seorang penyelidik human stem cells, ingin bertanya kepada upline&downline double stemcells (DCS) ini

1.Apakah definasi spesifik stem cells yang terkandung di dalam apple & grape? Sbgai contoh, sy determine human stem cells dalam darah tali pusat (cord blood stem cells) sbgai sel yang mmpunyai surface marker CD34-positive, CD38-negative & CD133-positive expression cell adalah stem cells yang boleh regenerate darah & salur darah. Atau pun contoh lain, sel yang mmpunyai protein keratin-19, protein Lgr5 & p63 sbgai epidermis/epithelial stem cell yang boleh regenerate kulit pada manusia. Memang tidak dapat dinafikan pada pucuk, akar & buah tumbuh-tumbuhan mengandungi stem cell atas sebab kita nampak berlakunya pertumbuhan & regeneration di situ. Tapi, apa bukti spesifik stem cellnya? So, jangan terkejut lepas nih ada orang cakap kat pucuk ubi & akar (ubi kayu) tuh pun ada stem cell. Kalau tiada definasi spesifik, macam mana boleh tahu dalam buah apple & grape tuh ada stem cellnya? Berapa peratus kandungan stem cells dalam buah apple & grape tersebut? Berapa peratus kandungan stem cells yang masih hidup&aktif dalam bungkusan serbuk DSC tuh?

2.Stem cell manusia pn, bila nk guna (melalui transplantation) kena check HLA (DNA) kt penerima. Sebabnya, kalau penerima berlainan HLA (melebihi 2/6), maka akan berlaku reject reaction, dan stem cell manusia yg dipindahkan kepada penerima tersebut akan mati akibat reject reaction. Begitu juga, sekiranya stem cells haiwan dipindahkan kpd manusia. So, apatah lg plant stem cell. Mana ada rawatan regenerative stem cell dilakukan melalui pemakanan masuk mulut. Stem cell tumbuhan spt apple & grape hanya berkesan utk regenerate tissue kt pokok apple &grape sahaja laa. Pokok apple & grape ada high blood pressure, stroke &diabetes ke???

3.Kesan "epigenetic"?? Pulak dah. "plant stem cell mempunyai epigenetic yg menyerupai adult human stemcell"? Boleh bagitau tak research article lain yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli tuh explain pasal kesan"epigenetic" stem cell apple & grape nih? Mengikut bacaan sy didalam research article pd journal Phytochem Rev. 7, pp599-605, 2008 & SOFWJournal 134, pp30-35, 5-2008 yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli (MibelleBiochemistry, Switzerland, pengasas produk DSC) tak de pulak cerita pasal kesan epigenetic drpd stem cell apple & grape. Pd pendapat sy, kalau tak boleh bagi direct evidence & explanation pd statement #1 di atas, mmg tak boleh laa nak berhujah menjawab statement #3 nih.

4.Kalau betul plant stem cell drpd apple & grape nih boleh regenerate tissue & organ pada manusia & penemuan ini disertakan bukti saintifik (publish article dalam journal seperti Nature & Cell Stem Cells, journal impact factor >30), Dr Fred Zulli tuh boleh dapat Nobel Prize laa nanti. "Semoga Dr Fred Zulli berjaya & good luck"

Sy tiada apa-apa kepentingan di sini, skadar ingin berkongsi ilmu yang dipinjamkanNya. Akhir sekali, tepuk dahi tanya kepala masing-masing.

Wassalam.


Oleh: Ibrahim Abd Aziz
Pengkaji Stem Cell, Dept of Hematology & Oncology, Research Center for Regenerative Medicine, Research Center for Cancer Stem Cell, Tokai University School of Medicine, Kanagawa, Jepun.

Apa yang anda rasa tentang produk ini? Ada yang pernah menggunakannya sebelum ini?

SUMBER : TREND MALAYA

No comments:

Post a Comment