Kisah Mat Salleh
“ Alkisah , diawal kurun ke 19 di
Malaysia , terdapat banyak missionary
yang membuka sekolah di kawasan Melaka, Selangor dan Penang dan beberapa negeri
di tanah Melayu yang lain . Pada masa itu nama-nama sekolah missionary yang
terkenal hingga kini seperti sekolah Covent, St Francis , Free School dan Victoria Institutions ,St Michealls , King
George dan pelbagai lagi...tumbuh bak cendawan selepas hujan. Pada peringkat
awalnya hanya anak-anak golongan penjajah dan golongan melayu elite sahaja yang
dibenarkan belajar disitu. Ini adalah kerana bahasa penghantaran [pembelajaran]
yang digunakannya adalah bahasa Inggeris. Dan kewujudkan sekolah-sekolah
sedemikian dianggap sebagai sebuah institutsi pengajian yang elite dan khusus
untuk golongan tertentu sahaja.
Sehinggalah pada pertengahan kurun
ke 19, sekolah itu mula dibuka kepada
masyarakat melayu umum. Walau bagaimanapun pemilihan untuk masuk ke sekolah tersebut adalah
sangat ketat syarat-syaratnya. Ramai anak melayu yang mencuba tetapi tidak
seorang pun berjaya. Walau bagaimanapun penetapan syarat yang ketat itu tidak
menghalang ,Kassim , seorang anak penoreh getah untuk terus berazam dan
berusaha untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah sekolah missionary yang dianggap
berpestij pada waktu itu.
Bagi merelisasikan impian dan cita-cita
tersebut, Kassim telah berusaha keras bagi memastikan ia lulus peperiksaan
kelayakan untuk memasuki sekolah tersebut .Akhirnya usaha Kassim itu membuahkan
hasilnya . Dimana pada satu hari
itu Kassim yang pada zahirnya merupakan seorang anak kampung yang naif telah
menerima perkhabaran gembira mengenai permohonannya untuk memasuki salah sebuah
sekolah yang dianggapnya berprestij itu. Beliau telah menerima perkhabaran
gembira melalui satu surat
yang antara lainya menyatakan bahawa
.......CONGRATULATIONS YOU HAVE
BEEN SELECTED TO BE A STUDENT IN LA SALLE SECONDARY SCHOOL , KLANG...SIGNED BY
MARK LA SALLE [DAN SURAT TERSEBUT TELAH DI TANDA TANGANI OLEH PENGASASNYA MARK LA SALLE}
Usaha jerit perit Kassim telah
menampakkan hasil, kini ...Kasssim telah berjaya dipilih untuk mengikuti
pelajaran di sebuah sekolah missionary yang bernama LA SALLE...Berita itu amat mengejutkan dan
juga membanggakan seluruh orang kampung , maka habislah satu kampung gempar
dengan berita pemilihan Kassim untuk belajar di sekolah LA SALLE . Bapa Kassim ,Pak Abu dengan bangganya telah
mencanang ke seluruh kampung bahawa anaknya
merupakan anak kampong melayu pertama yang telah diterima untuk belajar di sekolah salah
sebuah sekolah missionary yang dianggap berprestij ia itu LA SALLE SCHOOL..
.
Berita
gembira itu amat membanggkan
bapaknya, Pak Abu. Semenjak dari hari itu , bila Pak Abu berjumpa
dengan orang kampong , Pak Abu akan memberitahu orang tersebut bahawa
anaknya
si Kassim dipilih masuk sekolah MARK LA
SALLE [ Pak Abu menyebutnya “MAT LA SALLEH”]..begitulah ungkapnya setiap
kali
ia berjumpa dengan orang kampung dan memberitahu mereka ..
”Anak aku berjaya memasuki SEKOLAH MARK LA SALLE...”
[SEBUTAN BUNYINYA MAT LA SALLEH .sebab berdasarkan surat
tawaran Pak Abu tahu sekolah itu kepunyaan MARK LA SALLE]…Setiap kali ia
berjumpa dengan orang dia akan mengatakan dengan bangganya bahawa anaknya telah
berjaya memasuki Sekolah “ MARK LA
SALLE... ….Sehinggalah pada satu hari tu Pak Abu pergi bertemu dengan Imam Seman
.Semasa perjumpaan itu dia berkata
bahawa anaknya Si Kassim sudah dipilih
untuk bersekolah di Sekolah “ MARK LA
SALLE”[ SEBUTAN BUNYINYA MAT LA SALLEH}
. Lebai Seman yang tidak mengetahui akan
kewujduan sekolah LA SALLE itu bertanya
.
“SEKOLAH MAT SALLE [SEBUTAN BUNYINYA
MAT SALLEH] tu sekolah apa… ?
Lalu
Pak Abu dengan bangganya
menerangkan bahawa Sekolah MARK LA SALLE {SEBUTAN BUNYINYA MAT SALLEH]
adalah sekolah ..ORANG PUTIH….!!!!! Pak Imam pun mengangguk-angguk
tanda faham . Apa yang difahmkan oleh Pak Imam adalah SEKOLAH MARK LA SALLE adalah SEKOLAH ORANG PUTIH…. Lalu Pak Abu seterusnya menyatakan niatnya
untuk menjemput Pak Imam untuk
menghadiri majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat yang hendak diadakan
dirumahnya pada malam Jumaat akan datang sempena kejayaan anaknya memasuki sekolah LA SALLE . Pak Imam pun bersetuju dengan
jemputan tersebut.
Bila tiba hari yang dijanjikan,
maka ramai lah yang berkunjung ke rumah Pak Abu untuk meraikan dan mendoakan
semoga anaknya Kassim Berjaya menjadi orang berguna dan selamat menuntu ilmu di
sekolah LA SALLE. Jamuan kenduri dimulakan dengan majlis bacaan Yassin. Setelah
majlis membaca surah yassin dan tahlil
kesyukuran selesai, maka Pak Imam pun mengangkat tangan untuk berdoa…Setiap bait
doanya diaminkan oleh mereka yang hadir..sehingga
pada saat Pak Iman membaca bait doa yang berbunyi
…”YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN SEGALA
URUSAN DAN JAUHILAH SEGALA HALANGAN KEATAS
KASSIM BIN ABU DI DALAM USAHANYA UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DI SEKOLAH ….???? ..[
PAK IMAN TAK INGAT SECARA DETAIL NAMA SEKOLAH LALU MEMANDANG PAK ABU … YANG BERADA
DISEBELAHNYA ..MELIHAT KEADAAN ITU PAK
ABU TERUS MEMBISIK..KE PANGKAL TELINGA PAK IMAM …SEKOLAH MAT SALLEH. [ DAN PADA KETIKA ITU PAK
IMAM BARU TERINGAT MAKNA PERKATAAN MAT SALLEH ITU DAN MENYAMBUNGKAN DOA}….SEKOLAH
MARK SALLE ,…[DISEBUT MAT SALLEH] …DAN
MENERUSKAN BAIT-BAIT DOANYA..SEHINGGALAH DI AMINKAN OLEH SEMUA YANG HADIR….
Selepas doa tersebut , maka semua hadirin
dijamukan dengan dengan makanan yang enak-enak..Sedang Imam itu enak menjamu selera, tiba-tiba Lebai
Samad yang berada disebelah Pak Imam
menegurnya dan bertanya…
Pak Imam , Sekolah MARK SALLE
[dibsebut “MAT SALLEH ] sekolah apa ?
Maka jawab Pak Imam dengan penuh
keyakinan …SEKOLAH MAT SALLEH [disebut “MAT LA SALLEH] ITU SEKOLAH ORANG PUTIH. “
Bila mendengar jawapan tersebut , barulah Lebai Samad Faham dan berkata…oiiii …MAT
SALLEH tu ..ORANG PUTIH laa..!!! .
SUMBER : KOMANDO KEDAI KOPI
No comments:
Post a Comment