Tuesday, 25 June 2013

HOBI BARU YANG MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA ANAK ANAK


Ni le hobi teman yang mendapat sokongan dari anak anak teman.Teman suka mengumpul pelbagai jenis pen.Hobi yang tak mahal dan mampu teman buat.Sekarang ni bilangan pen yang telah terkumpul menghampiri 50 batang pen.

Teman sentiasa mendapat sokongan dari keluarga teman.Anak anak sentiasa menghadiahkan teman pen setiap kali balik dari jalan or mewakili sekolah.Terutama bila da pen dijadikan cenderamata.

Dulu hobi teman  mengumpul mata wang lama dan mata wang luar.Tapi sebab kosnya yang agak tinggi,maka teman terpaksa stop.Tapi masih teman simpan mata wang tu.Terutama wang Iran zaman Shah Iran,Wang Iraq zaman Saddam Hussien  dan juga wang syiling $1 Malaysia tahun 1971 yang pernah ditawarkan dengan harga yang tinggi.

Ini sebahagian daripada koleksi pen yang teman ada.























Thursday, 20 June 2013

ANAK SULUNGKU DALAM PERTANDINGAN SILAT PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN

  SYAHIRAH SEDANG BERAKSI


Kalo tak silap teman pertandingan ni diadakan pada bulan Mac yang lalu.Anak teman dan kumpulannya mendapat tempat ke 2.Kira Naib Johan le.Tapi tak dapat menjadi wakil daerah ke peringkat negeri.Tak pa le,Cuba lagi tahun depan.Pa pun  tahniah…….




BERGAMBAR DENGAN PASUKAN SK ST PAUL

 
PASUKAN LELAKI SMK DATO BENDAHARA SEDANG BERAKSI.PASUKAN NI JADI JUARA


HILANGKAN DAHAGA DAN RASA GELABAH 

 

Wednesday, 19 June 2013

SI GINGER DAN SI KECIK BERMAIN DI ATAS POKOK MEMPELAM


Ni gambar lama.Masa tu teman da 2 ekor kucing.Keduanya kucing jantan.Yang putih namanya Ginger dan yang hitam namanya Kecik.Kedua dua kucing ni teman belasejak kecil lagi.Orang buang kucing ni dan mengiau depan rumah.Anak teman memang sukakan kucing.Apa lagi,depa bela le.Teman pun kesian juga.Akhirnya kami le yang membelanya.

Tapi sekarang ni tinggal seekor je lagi.Yang seekor lagi dah tak da lagi.Bukan mati tapi lari.Yang Kecik tu lari.Agaknya lari membawa diri sebab asik bergaduh dengan Ginger je.Puas kami cari seluruh taman perumahan kami tapi tak jumpa.Kecik ni memang manja dan senang didekati.Rasanya dah orang ambil dan bela.

Lihat le gambar gelagat kedua dua ekor kucing teman yang sedang bermain di atas pokok mempelam semasa mereka masih baik dan tak bergaduh.













BILA ANAKKU BERGAMBAR BERSAMA MASKOT FRISKIES



Baru baru ni teman pegi ke Pasaraya Mydin kat RTC Gopeng.Bukan pa Cuma beli barang keperluan dapur je.Teman pegi dengan isteri dan 4 orang anak teman.

Masa teman dan isteri tengah syok memilih barang,tiba tiba anak teman cuit teman dan tunjuk kat teman sesuat.Rupanya da mascot makanan kucing Friskies.Anak teman kata dia nak bergambar mascot tu.Teman kata ok je.Jadi kami dan amek gambar.Anak teman yang perempuan bungsu je yang nak bergambar.Anak yang lain tak nak.

Mula mula tak da sapa yang nak bergambar dengan mascot tu.tapi lepas anak teman bergambar,banyak pula yang nak join.Rupanya ramai yang nak tapi malu kot.Bila dah da yang mula baru ramai yang nak.Adat le tu

Teman amek dua keeping gambar je.Ni gambarnya