Monday, 15 June 2015

PETUA MENGHALAU ANAI ANAI






Boleh cuba mana-mana cara berikut :


1. Garam Dapur

Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi 
cara ini kurang efektif dan kurang berkesan 
kerana garam hanya berada permukaan saja. 
Supaya lebih berkesan, campur garam dengan 
air dan tembakau. Biarkan semalaman dan 
sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada 
anai-anai.

2. Air Kapur sirih

Sifat panas dari kapur akan sangat tidak 
disukai anai-anai kerana ianya memiliki 
kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur 
sirih ini sangat-sangat efektif untuk 
membasmi rayap. Caranya sangat mudah, 
siramkan air kapur sirih ke kayu yang di 
serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras

Memanfaatkan air pertama dari basuhan 
beras untuk mengusir anai-anai. 
Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah

Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar 
dijumpai kerana kita dah tak menggunakan 
lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan 
minyak tanah untuk mengusir anai-anai. 

Caranya cukup mudah, semburkan minyak 
tanah di kayu yang telah di serang anai-anai 
atau juga semburkan di sarang-sarang 
anai-anai ini. Agar lebih berkesan, 
tambahkan minyak serai dengan 
campuran minyak tanah.
5. Tembakau

Tembakau bermanfaat untuk membunuh 
tungau yang biasanya menyerang anak 
kecil jika bermain di rumput. 

Tembakau inilah juga berkesan terhadap 
anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh 
mencampur tembakau dan air lalu di biar
kan satu malam (semalaman) agar 
memperoleh larutan tembakau. 

Semburkan air campuran itu pada kayu 
yang di serang atau juga ke sarangnya.
Selamat mencuba

SUMBER : BLOG KUTUKAN DEWATA

Sunday, 14 June 2015

TAHUKAH ANDA PERIHAL PASUKAN TENTERA KITA DI SELATAN THAILAND?


Ops Mekong

Masa kerja bawa Nuri dulu, saya sebenonya kan kisah sangat tentang operasi-operasi yang saya sendiri terlibat. Kena detail untuk terbang....terbang. Kalau tak kena detail....tunjuk muka welfare kat Flight Commander supaya nama saya  dipertimbangkan...he...he....he. Jadi, ingatkan bila Nuri FM1715 kena tembak pada 26/4/76 yang mengorbankan 11 anggota PK, kisah tu tamat sajalah.

Engkohnya tidak. Ekoran Ops Gubir 11, hubungan Malaysia dengan Thailand menjadi tegang. Pada 1/5/76, penduduk Betong telah membuat demonstrasi di Betong supaya PPH yang berada di bandar tersebut diusir (The Straits Times, 5/5/76). Yang menjadi dalangnya ialah...tak lain dan tak bukan...PKM. PM Thailand yang baru menerajui gomen tunduk terhadap desakan ini. Lebih terok lagi, beliau membatalkan Perjanjian Keselamatan Sempadan Negara yang membolehkan kehadiran PPH di Betong. Duta kita dipanggil oleh Menteri Luar depa untuk menyampaikan keputusan supaya PPH berundur dan pembatalan perjanjian tersebut. PM kita masa tu, arwah Tun Hussein Onn, panggil balik duta kita untuk berbincang.

Dipendekkan cerita, Malaysia terpaksa akur dengan kehendak Thailand. Pada 6/6/76, seramai 378 anggota PPH dan 21 anggota Cwg Khas (Lt Kol Mohd Azam bin Hanif Ghows, 2014, Reminiscenes of Insurection - Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990) berjalan kaki sejauh 9 batu (14.4 km) dari kem depa di Betong menuju ke sempadan. Difahamkan pihak Thailand tidak membenarkan kenderaan untuk membawa orang kita balik ke Malaysia.

Sumber: Muzium PDRM 
Pengunduran ini, Ops Mekong (New Nation 12/6/76), melibatkan 4 buah Nuri dan 6 meriam siap sedia di landasan terbang Gerik. kesemua laras meriam dihala kepada laluan yang akan dilalui oleh konvoi nanti. Manakala, terup pula siap sedia untuk diterbangkan oleh Nuri. Di waktu yang sama, dua buah helikopter gempur Alouette 111 mengiringi konvoi dari sempadan. Selain itu, dua buah pesawat F5E membuat rondaan bagi menentukan tiada sebarang pencerobohan pesawat RTAF memasuki ruangangkasa negara.
Brig Jen Dato' Jaafar bin Onn, Panglima 2 Bde, memberi amaran kepada rakyat bahawa PGK akan menggiatkan lagi kegiatan mereka. Amaran ini berlandaskan kepada ketiadaan maklumat perisikan dari anggota CK (The Straits Times, 8/6/76). Kebimbangan ini turut diperkukuhkan oleh Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri, apabila beliau menyatakan bahawa Betong akan didominasi oleh PGK sekiranya Thailand tidak menghantar pasukan keselamatan mereka bagi menggantikan PPH (The Straits Times, 7/7/76).
Saya masih tercari-cari maklumat tentang berapa orang anggota polis sempadan Thailand yang berada di Kroh dan bila mereka beredar dari bumi kita? Sapa2 yang ada maklumat, harap kongsi bersama le dengan saya. Untuk itu, didahului dengan ucapan Terima Kasih.
Supt Norizan bin Murad....Terima kasih.