KISAH 50 SEN
Ingat tak lagi satu peristiwa yang cukup menggemparkan, seorang budak kecik yang bermain-main di depan rumah kepala lanun sulu, jamalul kiram di beri syiling 50 sen malaysia? peristiwa itu berlaku kira-kira 2 tahun lepas sewaktu insiden lahad datu tengah panas...
Ini lanjutan cerita pasal syiling 50 sen itu...
"..A young boy explains to media how passengers of a black car gave him
Malaysian 50 cent coins and took pictures of the house of Sulu Sultan
Jamalul Kiram III, in Maharlika Village, Taguig City, south of Manila,
on 7 March 2013"
Kisah ni gempar jugak.. kita gempar di Malaysia ni.. korang tak fikir
Kiram. Terkencing ketakutan sampai minta bantuan Polis Filipina untuk
guard rumah dia. Mana pergi 10,000 askar dia aku pun tak tau. Banyak
blog tulis kisah ni tapi so far takde yang detail. Jadi MMP dapatkan
sendiri ceritanya dari tuan punya badan. Maka dapat lah saya korek
cerita ni. Nama di rahsiakan ofcoz tapi beliau perkenalkan diri sebagai
Sam.. aduih aku kenal lagi sorang Sam yang suka tinggal2 kan tanda kat
kem tentera orang ni.. orang yang sama ke.
Apapun ini kisah nye. Jangan percaya atau terlalu serius ini masih hanya
kisah lagenda yang bakal terpahat lama dalam sejarah ketenteraan kita.
Pada awal tahun 2013 Malaysia dikejutkn dengan siri pencerobohan
bersenjata yg mengejutkan di negeri sabah oleh tentera sulu atau lebih
layak digelar penceroboh bersenjata. Pendek cerita ops daulat pun
dilancarkan. Sepanjang tempoh ops daulat banyak kejadian dan siri
serangan dan serang balas berlaku.. Begitu juga provokasi yang dilakukan
oleh pihak penceroboh agar dapat melemahkan semangat anggota
keselamatan kita. Dan dalam banyak2 siri provokasi yg dilancarkan ada 1
yg menarik perhatian agensi keselamatan kita yg sekali gus merentap
semangat kepahlawanan mereka.
Masihkah anda ingat sultan sulu menggembar gemburkan cerita bahawa
mereka mampu menawan sabah dlm masa hanya 2jam?!! setelah beberapa jam
kenyataan itu dikeluarkan maka seorang anggota komando GGK yg berpangkat
**** bernama Sam telah dipanggil oleh seorang pegawai tinggi polis di
lokasi yang dirahsiakan.
Satu soalan sahaja yg ditanya " hah komando apa cerita?"..soalan ringkas
tersebut dijawab dengan ringkas oleh abg sam "dato bagi sy 30 minit
saja biar saya bersiap ".. pegawai tinggi polis tersebut hanya memberi
cabaran ringkas " hah apa tunggu lagi, jalan..."
Tanpa memakai uniform dengan senjata, sekeping papan dan tiga keping
duit 50 sen beliau menuju ke lokasi kiram dengan sebuah bot, beliau
kemudian berenang ke pantai. Tiba di pantai Sam bersiap2. Beliau tidak
bersuara, beliau membuat mental note kedudukan beliau berpandukan
ingatan sahaja. Sam kemudian mencuri pakaian di sebuah rumah dan menuju
ke rumah kiram.
Setelah mengenakan pakaian dia terus menuju ke rumah sultan sulu dengan
berlagak seperti orang tempatan, dia mahir dengan tagalog dan dialek
sulu . Setiba nya ke lokasi beliau membuat pemantauan, beliau tandakan
kedudukan pengawal, berapa kekuatan, dan mula merangka2 jalan untuk
menyusup masuk. Beliau rancang laluan masuk dan kontinjensi jika di
kesan, laluan melarikan diri, dan juga orang2 tertentu yang beliau boleh
hubungi jika keadaan menjadi tak terkawal.
Kemudian pada masa yang beliau sendiri tetapkan beliau berjalan ke rumah
tersebut. Rumah tersebut tidak dikawal rapi, ramai orang keluar masuk
melalui berberapa titi2 kayu. Setelah sampai depan rumah sultan sulu Sam
memanggil seorang budak lelaki dan mengupah budak tersebut sebanyak
50sen utk menyerahkan duit tersebut kepada sultan sulu, sebaliknya duit
tersebut diserahkn kepada pengawal sultan .. pengawal tersebut yang
tidak memahami menyeerahkan duit syiling tersebut kepada sultan sulu..
Dengan sekelip mata gempar la manila dengan kejadian tersebut.. sultan
sulu pun kecut telur dan minta jaminan keselamatan dari kerajaan
Philippine.. bayangkan duit 50sen mampu menggetarkan telur para2
pahlawan sulu..
Benar atau tidak kisah ni saya pun tak tau.
Sumber: MMP