Thursday, 25 December 2014

SEGITIGA BERMUDA


JIN islam dedah rahsia segitiga bermuda

 |Perhatian : Maklumat dalam artikel ini adakalanya diluar kotak pemikiran biasa para pembaca. Jika mana-mana bahagian dalam artikel ini mengganggu ketenteraman, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan.|

Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. {1}Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan :

     "Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api" (Surah ar-rahman : ayat 15) 

    "Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)" (Surah al-Dzariyat : ayat 56)

    "Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir" (Surah al-an'am : ayat 130)

 Petikan-petikan surah diatas sudah cukup membuktikan bahawa makhluk Jin sememangnya wujud dan tiada sebab bagi umat Islam untuk menyanggah hakikat ini. Sebelum manusia dilantik sebagai khalifah dimuka bumi, makhluk bernama Jin terlebih dahulu menjalani kehidupan mereka dimuka bumi. Namun, sepertimana yang dinyatakan, makhluk Jin sama juga seperti manusia. Kemajuan tamadun bangsa Jin (terutama dalam teknologi Atom dan Fusion) telah menyebabkan mereka ingkar dalam melaksanakan perintah Allah SWT hingga akhirnya membawa kepada kemusnahan tamadun makhluk sebelum manusia ini. {2} Dan pada masa yang Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Allah SWT telah memperkenankan doa para Jin supaya mereka tidak dilihat oleh manusia. {3}

JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITIGA BERMUDA


Muhammad Isa Dawud (MID) dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah. {4} Dalam karya MID yang bertajuk Dialog Dengan Jin Islam, penulis tersohor itu telah membuat satu pendedahan eksklusif berkenaan Segitiga Bermuda dan 'penghuninya'.

 Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman MID sendiri yang pernah berbicara bersama Jin Islam. MID menjelaskan bahawa, Jin Islam yang menjadi 'rakan'nya itu berasal dari Bombay, India dan merupakan Jin yang berpengaruh kerana telah membawa kira-kira 10 000 jin lain memeluk agama Islam. Sehingga buku itu ditulis, rakan istimewanya itu sudah berusia 180 tahun. {5}
Berikut adalah petikan daripada dialog tersebut (klik untuk besarkan ; kiri ke kanan) :
 Kedudukan geografi Mesir dan Segitiga Bermuda sebenarnya boleh dikira agak dekat jika diambilkira kemampuan/kelebihan yang dimiliki oleh para Jin. Saya kira pembongkaran Jin Islam itu kepada Muhammad Isa Dawud ada juga kebenarannya, memandangkan 'tidak mustahil untuk seseorang itu berkomunikasi dengan makhluk Jin' sepertimana yang pernah dilakukan oleh beberapa orang lagi penulis, pengamal perubatan dan alim ulama. Ini termasuklah Ustaz Amin yang terkenal dengan program terbitan TV 9, Tanyalah Ustaz. {6}
Ebook Dialog Dengan Jin Islam (Muhammad Isa Dawud) | 4 Shared
___________________________________
1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Jin
2.Lihat surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu: “Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya danmenumpahkan darah…“. Malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
3.Lihat Muhammad Isa Dawud, Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia, Pustaka Syuhada (M) 
4.Lihat Ibnuyaacob.com, Profil Muhammad Isa Dawud, http://ibnuyaacob.com/?page_id=185
5.Lihat Muhammad Isa Dawud, Dialog Dengan Jin Islam, Bhg Tamu Kita Dalam Buku Ini, Pustaka Hidayah (I)
6.Ustaz Amin atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah adalah seorang Ustaz selain menjadi pengacara sebuah program di TV 9.  Ustaz Amin mendedahkan pengalamannya berkomunikasi dengan Jin ketika beliau berada di Makkah. Lihat laman web beliau, 
Sumber aku-macjay.blogspot.com

KETAHUI SIAPA DOKTOR YG PALING KEJAM DI DUNIA


KEJAM!! Antara Doktor-Doktor Yang Paling Kejam Dalam Sejarah..


8. Jack Kevorkian

Dilahirkan di Pontiac, Michigan, pada 26 Mei 1928, Jack Kevorkian adalah seorang Doktor pakar patologi. Beliau dituduh dengan sengaja membantu para pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang serius mengakhiri riwayat mereka dengan kata lain membunuh diri. Beliau mencipta sebuah mesin Euthanasia yang membolehkan pesakitnya memlih untuk membunuh diri dengan 2 cara. Cara pertama adalah Thanatron iaitu menggunakan Infus yang mengandungi garam, sodium thiopental dan kalium klorida untuk disuntikkan pada pesakit. Cara kedua adalah menggunakan Mercitron iaitu sebuah topeng gas karbon monoksida yang dipakaikan kepada pesakit. Pada tahun 1999 Jack dituduh melakukan pembunuhan darjah kedua dan dipenjarakan dari 1999 hingga 2007. Jack meninggal dunia di Royal Oak, Michigan pada 3 Jun 2011. 


7. Harry Howard Holmes (Herman Mudgett)

Lebih dikenali sebagai Dr. Harry Howard Holmes dilahir pada 16 Mei 1861 di Gilmanton, USA dan meninggal dunia pada 7 Mei 1896, di Philadelphia. Harry seorang Doktor dan juga seorang penipu di Amerika dan dianggap Doktor pertama menjadi pembunuh bersiri di negaranya. Mudgett dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya dan menunjukkan tanda-tanda kecerdasan yang tinggi dari usia muda. Semasa belajar beliau pernah didakwa mencuri mayat dari makmal sekolah dan melakukan pembedahan ke atas mereka; Disamping itu juga Harry turut melakukan pembunuhan terhadap orang kurang upaya untuk menuntut insurans mereka dengan mendakwa mereka terbunuh secara tidak sengaja. Setelah lulus, Harry berpindah ke Chicago dan dia berjaya mempengaruhi pekerja apotek tempatan untuk membenarkan dia mengambil alih pemilikan sebuah hotel. Di hotel, dia melakukan eksperimen terhadap tubuh manusia. Dia sering kali memilih wanita untuk menjadi mangsa dan mencekik sehingga mati. Mayat-mayat itu dibedah, dibuang daging mereka untuk dijadikan kerangka model. Dia kemudian menjualnya untuk sekolah perubatan.

6.Arnfinn Nesset

Meskipun secara teknikalnya dia bukan seorang doktor, Arnfinn Norway Nesset adalah seorang jururawat yang dituduh membunuh 22 daripada pesakit-pesakitnya. Semua 22 daripada mereka dibunuh dengan suntikan maut Curacit, yang merupakan ubat relaksasi otot. Curacit adalah ubat yang sangat sukar untuk dikesan dalam tubuh. Penyiasatan keatas Arnfinn Nesset berlangsung selama dua tahun dan pada akhir perbicaraan, dia didapati bersalah membunuh 22 orang dan dikenakan hukuman penjara selama 21 tahun yang merupakan hukuman maksimum di Norway. Pada tahun 2004 dia dibebaskan, dan dikatakan hidup di bawah nama yang berbeza di suatu tempat di Norway.


5.Carl Clauberg

Salah seorang daripada dua doktor perubatan Jerman Nazi. Carl Clauberg adalah salah seorang daripada doktor yang melakukan eksperimen di kem tahanan Nazi, khususnya Auschwitz. Selepas menerima pangkat ketua doktor dan mempelajari ginekologi, beliau menjadi profesor ginekologi di Universiti Königsberg. Setelah menyertai Nazi pada tahun 1933, Clauberg, pada 1942, mendekati Heinrich Himmler dan menyarankan percubaan tentang sterilisasi massal untuk perempuan. Himmler bersetuju dan ditugaskan Clauberg ke Block nombor 10 di kem. Clauberg sering kali menggunakan asid cair yang disuntikkan ke dalam rahim wanita. Kadang-kadang pesakit dibunuh akan di autopsi. Dikatakan bahawa seramai 300 orang perempuan telah di uji pada waktu itu dan ramai daripadanya telah menemui ajal. Clauberg akhirnya ditangkap, dibebaskan, dan ditangkap lagi, tetapi meninggal sebelum dibicarakan.


4.John Bodkin Adams

John Bodkin Adams adalah seorang doktor yang hidup dengan pembunuhan dan penipuan. Dikatakan bahawa sejak 1946-1956, lebih dari 160 pesakitnya telah meninggal dunia atas sebab yang mencurigakan. Ada daripada mereka yang meninggal dunia turut meninggalkan wang atau barang berharga lain untuk diwasiatkan, yang kemudiannya di ubah dan ditulis oleh Adams sendiri. Adams sering melakukan pembunuhan pada pesakit-pesakitnya, dengan menggunakan ubat serap atau ubat penghilang rasa sakit yang diberikan secara berlebihan, yang pada akhirnya membunuh pesakit. Dia akhirnya dihadapkan ke mahkamah dan turut juga disiasat dalam kes penipuan.


3.Harold Shipman

Harold Shipman adalah seorang doktor Inggeris yang didakwan membunuh ramai pesakit-pesakitnya. Banyak yang mengatakan dia adalah Doktor pembunuh bersiri yang paling kejam dalam sejarah. Dia telah dinyatakan bersalah membunuh 218 orang, tetapi jumlah sebenar mungkin dua kali ganda, kerana beberapa mangsa tidak dapat dikenalpasti. Pada 1974 beliau menjadi doktor di West Yorkshire, dan setahun kemudian beliau didapati memalsukan sukatan untuk pethidine untuk kegunaan peribadi. Dia didenda tapi boleh meneruskan kariernya. Ramai pesakitnya meninggal dunia dan sebahagian besar kerana suntikan diamorfin. Dia akhirnya didakwa dengan memalsukan kematian pesakit. Beliau akhirnya menjalani hukuman penjara seumur hidup setelah dinyatakan bersalah atas 15 pembunuhan pada bulan Januari 2000, setelah empat tahun Shipman dalam penjara, pada 13 Januari 2004 beliau menggantung diri dalam sel penjara.


2. Shiro Ishii

Shiro Ishii adalah seorang ahli mikrobiologi Jepun dan juga doktor. Beliau adalah Leftenan Jeneral Unit 731, yang merupakan unit perang biologi Perang China-Jepun. Walaupun dikenali sebagai seorang yang ego, Ishii cemerlang di sekolah dan ditempatkan di Hospital Tentera Darat ke-1 di Toyko. Dan beliau menerima pasca-sarjana pendidikan di Universiti Empayar Kyoto. Pada tahun 1942, Ishii memulakan ujian tentang perang beracun dengan menggunakan bom, senjata api, dan kaedah lain. Dia menguji POW kuman di China. Dia lakukannya menggunakan senjata di medan perang. Ishii juga melakukan eksperimen manusia dengan tangannya sendiri, dan dikatakan bahawa puluhan ribu orang meninggal, kerana senjata yang diuji seperti Antraks, kolera, yang pes, dan lain-lain. Dia juga melakukan percubaan pada orang lain seperti memaksa pengguguran, simulasi serangan jantung, stroke, hipotermia, dan radang dingin, dan bahkan vivisections.


1. Josef Mengele

Sebagai Pegawai SS Jerman serta doktor Nazi, Josef Mengele mungkin nama yang paling dikenali dalam dalam sejarah. Beliau dikenali sebagai "Malaikat Maut". Mengele adalah doktor utama yang bertanggungjawab menentukan tahanan yang terbaik untuk buruh kerja paksa, dan yang terlalu lemah dan perlu dibunuh. Bukan hanya menentukan nasib jutaan orang tahanan, dia juga dikenali kerana melakukan eksperimen pada tahanan. Di Auschwitz, Mengele sangat berminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang hereditas dan sering melakukan percubaan pada kembar. Dikatakan bahawa beliau membawa 10 daripada mereka, menempatkan mereka untuk tidur dan kemudian menggunakan kloroform untuk membunuh mereka, dan membedah untuk membandingkan organ pada tubuh mangsa. Dia juga melakukan percubaan pada dua anak kembar, dijahit bersama dengan saluran darah mereka untuk dijadikan kembar siam. Selain eksperimen, dia juga melakukan eksperimen tentang cara mengubah warna mata dengan disuntik ke iris, mengamputasi anggota badan dan cuba untuk melekatkan kembali mereka, dan sterilisasi wanita

Saturday, 13 December 2014

TANDA2 KIAMAT KECIL YG TELAH SEMPURNA





Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
 

1) Penaklukan Baitulmuqaddis 

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari


 2) Zina bermaharajalela 

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim 


3) Bermaharajalela alat muzik

 “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah


 4) Menghias masjid & membanggakannya 

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai. 


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik 

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim. 


6) Ramai orang soleh meninggal dunia 

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad 


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat 

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani 


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad 


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”. 


10) Bulan sabit kelihatan besar 

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani 


11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita 

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim 


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar 

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad 


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai 

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim 


14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda 

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai 


15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam 

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. 

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya.. 

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.(H.R Muslimi