Tuesday, 5 January 2016

AGAK AGAK LE BERAPA TINGGI NABI ALLAH ADAM? MARI KITA BONGKAR.


Gambaran Saiz Baju Nabi Adam (Sungguh Besar) *Gambar

Gambaran Saiz Baju Nabi Adam
Sabda Rasullulah SAW:
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“
(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.


Gambaran tinggi Nabi Adam berbanding manusia sekarang

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.

Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.




Replika ni dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.

Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.

Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).

SUMBER : BLOG CELAH GELEGAR

Masjid Paling Cantik di Dunia


2 6066

Cantik, masjid in sangat cantik, mungkin diantara yang paling cantik di dunia.
Apabila melihat rumah-rumah Allah ini, hati kita akan merasa tenang dan damai. Kemajuan teknologi serta kemahiran pakar dalam mengukir seni di masjid masjid ini sangat mengkagumkan. Binaan Masjid ini merupakan ciptaan manusia, tetapi sudah cukup untuk membuatkan kita merasa cukup tertawan. Dan sesungguhnya manusia itu adalah ciptaan Allah yang maha berkuasa.
Dari  Malaysia ke Uzbekistan dan di mana-mana sahaja, kita dapat lihat binaan masjid yang indah ini. Ini hanya merupakan sebahagian daripada masjid-masjid yang indah. Banyak lagi masijd yang indah di serata dunia. Mari kita lihat antara masjid paling cantik di dunia.

1. Masjid Kristal, Kuala Terengganu (Malaysia)


2. Masjid Nusrat Djahan, Copenhagen (Denmark)


3. Masjid Shah Faisal , Islamabad (Pakistan)


4. Masjid Qolşärif , Kazan (Tatarstan)


5. Masjid Putra, Putrajaya (Malaysia)


6. Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar (Malaysia)


7. Baitun Nur, Calgary (Canada)


8. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin (Brunei)


9. Masjid Selat Melaka, Melaka (Malaysia)


10. Masjid Sheikh Zayed , Abu Dhabi (UAE)

BENCANA UMAT NABI LUTH


Subhanallah!! Gambar-Gambar Kaum Luth Yang Dilaknat Allah- Jauhkan diri anda dari Peliwat

Soalan pertama saya kepada pembaca, Siapakah penyokong peliwat , Gay didalam negara ini yang hebat diperkatakan- Lihat lah gambar gambar dibawah ini… Berhentilah anda menyokong, Musibah Allah tak kenal rayuan anda semua. Tentang habis-habisan – Bukti telah ada..
Saya ingin bepesan pada diri saya sendiri dan juga para pembaca sekelian.. Jauhkan diri anda dari kaum yang menyokong Gay,atau Homseksual. Jika di Malaysia  jauhkan diri anda daripada oarang orang yang menyokong Gay, Peliwat , Ingatlah paparan post dibwah ini serta gambar kaum Luth yang telah dimusnahkan oleh Allah menjadi pengajaran buat kita.
Ayat 82 Surah Hud secara jelas menyebutkan jenis bencana yang menimpa kaum Luth. “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Lut itu yang atas ke bawah ( Kami menterbalikkan ), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi,”.
 Rakaman satelit dari daerah di mana Kaum Luth dikatakan pernah tinggal
Ayat ” menterbalikkan (kota) ” membawa maksud kawasan tersebut digegarkan oleh bencana gempa bumi yang maha dahsyat. Sesuai dengan keadaan Tasik Luth (Laut Mati) dimana penghancuran itu terjadi, terkandung bukti yang “nyata” dari bencana tersebut.
 Pemandangan gunung-ganang di sekitar Laut Mati
Memetik apa yang dikatakan oleh ahli arkeologi Jerman bernama Werner Keller:
Bersamaan dengan dasar dari retakan yang lebar ini yang terjadi secara sekata di kawasan ini, Lembah Siddim, termasuk Sodom dan Gomorah, terjerumus secara seketika (dalam waktu satu hari ) ke dalam jurang yang sangat dalam. Kehancuran tersebut terjadi melalui sebuah peristiwa gempa bumi hebat yang mungkin disertai dengan letusan, petir dan keluarnya gas dari perut bumi serta terjadinya lautan api yang dahsyat
Beberapa runtuhan dari kota yang terkubur di dalam tasik itu, ditemui di tepian tasik. Peninggalan tersebut menunjukkan bahawa kaum Luth telah memiliki standard hidup yang cukup tinggi.
Jejak-jejak dari Laut Mati akan nampak ketara. Jika seseorang bersampan melintasi Laut Mati ke titik paling Utara dan cahaya matahari sedang bersinar tepat diarahnya, maka kita akan dapat melihat sesuatu yang menakjubkan.
Dari kejauhan pantai akan nampak secara jelas dibawah permukaan air segaris bentuk hutan yang secara luar biasa diawetkan oleh kandungan garam yang tinggi dari Laut Mati. Batang-batang dan akar-akar pokok di dalam kilauan air yang hijau akan kelihatan. Lembah Siddim, tempat di mana pokok-pokok ini dahulu daunnya pernah tumbuh mekar menutupi batang dan rantingnya adalah merupakan salah satu lokasi yang paling indah di daerah ini.
Lembaga Geografi nasional Amerika Syarikat (National Geographic) pada Disember 1957 menyatakan:
“Gunung Sodom, merupakan tanah gersang dan tandus muncul secara mendadak diatas Laut Mati. Tidak ada seorang pun yang pernah menemui kota Sodom dan Gomorah yang dihancurkan, namun ahli arkeologi percaya bahawa kota ini dahulunya berada di lembah Siddim yang terletak melintang di sepanjang tepian tebing jurang ini. Kemungkinan air bah dari Laut Mati yang menelan mereka yang disertai dengan gempa bumi”.
Kota Pompei 
Kehilangan Pompeii dari muka bumi dengan bencana seperti ini bukanlah berlaku tanpa sebarang alasan. Catatan sejarah menunjukkan bahawa kota tersebut adalah merupakan pusat hiburan dan pusat maksiat.
Kota ini dikenali dengan aktiviti pelacuran homoseksual (gay) yang tak terkawal sehingga sampai pada satu tahap dimana sukar untuk membezakan yang mana satu adalah rumah pelacuran dan yang mana satu bukan! Alat kelamin tiruan (dalam saiz asalnya) digantung di depan pintu rumah pelacuran. Menurut tradisi yang berasal dari kepercayaan Mithraic, organ seksual dan persetubuhan tidaklah seharusnya disembunyikan namun dipertontonkan secara terang-terangan!
Namun lava dari letupan gunung Vesuvius menyapu bersih seluruh kota Pompei dari muka bumi dalam waktu yang singkat sahaja. Dicatatkan bahawa tidak ada seorang pun yang selamat dari bencana bencana yang mengerikan ini.
Mereka sama sekali tidak menyedari bencana tersebut, seolah-olah mereka sedang terlena dalam mimpi. Sebuah keluarga yang sedang menjamah makanan mereka ketika itu juga menjadi batu (membatu). Beberapa pasangan ditemui membatu di mana mereka sedang melakukan hubungan seks. Hal yang paling menarik ialah terdapat pasangan yang berjantina sama melakukan seks dan pasangan muda-mudi yang masih kecil. Wajah dari kebanyakan jasad manusia membatu yang digali dari Pompeii masih utuh sama sekali, ekspresi wajah-wajah tersebut secara umumnya kelihatan kebingungan/terkejut.
Kematian warga kota Pompeii yang terjadi secara tiba-tiba itu memiliki kemiripan sebagaimana yang digambarkan dalam ayat surah Hud diatas.
Meskipun begitu, tidak banyak perkara yang telah berubah sejak Pompeii dihancurkan. Daerah Naples dimana pesta gay berlaku, tidak seteruk kemusnahan daerah Pompeii yang tidak bermoral.
Kepulauan Capri adalah pusat utama dunia kaum homoseksual dan kaum nudist menetap. Kepulauan Capri dilambangkan sebagai “surga kaum homo” dalam iklan pelancongan. Tidak hanya di kepulauan Capri dan di Itali sahaja, namun hampir di seluruh dunia (termasuklah di Malaysia sejak akhir-akhir ini) di mana gejala moral yang sama sedang terjadi dan masih ramai yang tetap berkeras untuk tidak mengambil pelajaran dari kaum-kaum terdahulu.

SUMBER : RMF7

Friday, 20 November 2015

KISAH PENCEROBOH LAHAD DATU DENGAN WANG 50 SEN

KISAH 50 SEN 


Ingat tak lagi satu peristiwa yang cukup menggemparkan, seorang budak kecik yang bermain-main di depan rumah kepala lanun sulu, jamalul kiram di beri syiling 50 sen malaysia? peristiwa itu berlaku kira-kira 2 tahun lepas sewaktu insiden lahad datu tengah panas...

Ini lanjutan cerita pasal syiling 50 sen itu...
"..A young boy explains to media how passengers of a black car gave him Malaysian 50 cent coins and took pictures of the house of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, in Maharlika Village, Taguig City, south of Manila, on 7 March 2013"
Kisah ni gempar jugak.. kita gempar di Malaysia ni.. korang tak fikir Kiram. Terkencing ketakutan sampai minta bantuan Polis Filipina untuk guard rumah dia. Mana pergi 10,000 askar dia aku pun tak tau. Banyak blog tulis kisah ni tapi so far takde yang detail. Jadi MMP dapatkan sendiri ceritanya dari tuan punya badan. Maka dapat lah saya korek cerita ni. Nama di rahsiakan ofcoz tapi beliau perkenalkan diri sebagai Sam.. aduih aku kenal lagi sorang Sam yang suka tinggal2 kan tanda kat kem tentera orang ni.. orang yang sama ke.
Apapun ini kisah nye. Jangan percaya atau terlalu serius ini masih hanya kisah lagenda yang bakal terpahat lama dalam sejarah ketenteraan kita.
Pada awal tahun 2013 Malaysia dikejutkn dengan siri pencerobohan bersenjata yg mengejutkan di negeri sabah oleh tentera sulu atau lebih layak digelar penceroboh bersenjata. Pendek cerita ops daulat pun dilancarkan. Sepanjang tempoh ops daulat banyak kejadian dan siri serangan dan serang balas berlaku.. Begitu juga provokasi yang dilakukan oleh pihak penceroboh agar dapat melemahkan semangat anggota keselamatan kita. Dan dalam banyak2 siri provokasi yg dilancarkan ada 1 yg menarik perhatian agensi keselamatan kita yg sekali gus merentap semangat kepahlawanan mereka.
Masihkah anda ingat sultan sulu menggembar gemburkan cerita bahawa mereka mampu menawan sabah dlm masa hanya 2jam?!! setelah beberapa jam kenyataan itu dikeluarkan maka seorang anggota komando GGK yg berpangkat **** bernama Sam telah dipanggil oleh seorang pegawai tinggi polis di lokasi yang dirahsiakan. 
Satu soalan sahaja yg ditanya " hah komando apa cerita?"..soalan ringkas tersebut dijawab dengan ringkas oleh abg sam "dato bagi sy 30 minit saja biar saya bersiap ".. pegawai tinggi polis tersebut hanya memberi cabaran ringkas " hah apa tunggu lagi, jalan..."
Tanpa memakai uniform dengan senjata, sekeping papan dan tiga keping duit 50 sen beliau menuju ke lokasi kiram dengan sebuah bot, beliau kemudian berenang ke pantai. Tiba di pantai Sam bersiap2. Beliau tidak bersuara, beliau membuat mental note kedudukan beliau berpandukan ingatan sahaja. Sam kemudian mencuri pakaian di sebuah rumah dan menuju ke rumah kiram.
Setelah mengenakan pakaian dia terus menuju ke rumah sultan sulu dengan berlagak seperti orang tempatan, dia mahir dengan tagalog dan dialek sulu . Setiba nya ke lokasi beliau membuat pemantauan, beliau tandakan kedudukan pengawal, berapa kekuatan, dan mula merangka2 jalan untuk menyusup masuk. Beliau rancang laluan masuk dan kontinjensi jika di kesan, laluan melarikan diri, dan juga orang2 tertentu yang beliau boleh hubungi jika keadaan menjadi tak terkawal. 
Kemudian pada masa yang beliau sendiri tetapkan beliau berjalan ke rumah tersebut. Rumah tersebut tidak dikawal rapi, ramai orang keluar masuk melalui berberapa titi2 kayu. Setelah sampai depan rumah sultan sulu Sam memanggil seorang budak lelaki dan mengupah budak tersebut sebanyak 50sen utk menyerahkan duit tersebut kepada sultan sulu, sebaliknya duit tersebut diserahkn kepada pengawal sultan .. pengawal tersebut yang tidak memahami menyeerahkan duit syiling tersebut kepada sultan sulu..
Dengan sekelip mata gempar la manila dengan kejadian tersebut.. sultan sulu pun kecut telur dan minta jaminan keselamatan dari kerajaan Philippine.. bayangkan duit 50sen mampu menggetarkan telur para2 pahlawan sulu.. 
Benar atau tidak kisah ni saya pun tak tau.
Sumber: MMP

Thursday, 23 July 2015

KEBENARAN ALQURAN MENGENAI BINAAN PIRAMID

Misteri Binaan Piramid Dijawab Oleh Al-Quran



Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Piramid Bosnia
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Source: Majalah Biar Betul

Monday, 15 June 2015

PETUA MENGHALAU ANAI ANAI






Boleh cuba mana-mana cara berikut :


1. Garam Dapur

Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi 
cara ini kurang efektif dan kurang berkesan 
kerana garam hanya berada permukaan saja. 
Supaya lebih berkesan, campur garam dengan 
air dan tembakau. Biarkan semalaman dan 
sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada 
anai-anai.

2. Air Kapur sirih

Sifat panas dari kapur akan sangat tidak 
disukai anai-anai kerana ianya memiliki 
kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur 
sirih ini sangat-sangat efektif untuk 
membasmi rayap. Caranya sangat mudah, 
siramkan air kapur sirih ke kayu yang di 
serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras

Memanfaatkan air pertama dari basuhan 
beras untuk mengusir anai-anai. 
Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah

Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar 
dijumpai kerana kita dah tak menggunakan 
lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan 
minyak tanah untuk mengusir anai-anai. 

Caranya cukup mudah, semburkan minyak 
tanah di kayu yang telah di serang anai-anai 
atau juga semburkan di sarang-sarang 
anai-anai ini. Agar lebih berkesan, 
tambahkan minyak serai dengan 
campuran minyak tanah.
5. Tembakau

Tembakau bermanfaat untuk membunuh 
tungau yang biasanya menyerang anak 
kecil jika bermain di rumput. 

Tembakau inilah juga berkesan terhadap 
anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh 
mencampur tembakau dan air lalu di biar
kan satu malam (semalaman) agar 
memperoleh larutan tembakau. 

Semburkan air campuran itu pada kayu 
yang di serang atau juga ke sarangnya.
Selamat mencuba

SUMBER : BLOG KUTUKAN DEWATA

Sunday, 14 June 2015

TAHUKAH ANDA PERIHAL PASUKAN TENTERA KITA DI SELATAN THAILAND?


Ops Mekong

Masa kerja bawa Nuri dulu, saya sebenonya kan kisah sangat tentang operasi-operasi yang saya sendiri terlibat. Kena detail untuk terbang....terbang. Kalau tak kena detail....tunjuk muka welfare kat Flight Commander supaya nama saya  dipertimbangkan...he...he....he. Jadi, ingatkan bila Nuri FM1715 kena tembak pada 26/4/76 yang mengorbankan 11 anggota PK, kisah tu tamat sajalah.

Engkohnya tidak. Ekoran Ops Gubir 11, hubungan Malaysia dengan Thailand menjadi tegang. Pada 1/5/76, penduduk Betong telah membuat demonstrasi di Betong supaya PPH yang berada di bandar tersebut diusir (The Straits Times, 5/5/76). Yang menjadi dalangnya ialah...tak lain dan tak bukan...PKM. PM Thailand yang baru menerajui gomen tunduk terhadap desakan ini. Lebih terok lagi, beliau membatalkan Perjanjian Keselamatan Sempadan Negara yang membolehkan kehadiran PPH di Betong. Duta kita dipanggil oleh Menteri Luar depa untuk menyampaikan keputusan supaya PPH berundur dan pembatalan perjanjian tersebut. PM kita masa tu, arwah Tun Hussein Onn, panggil balik duta kita untuk berbincang.

Dipendekkan cerita, Malaysia terpaksa akur dengan kehendak Thailand. Pada 6/6/76, seramai 378 anggota PPH dan 21 anggota Cwg Khas (Lt Kol Mohd Azam bin Hanif Ghows, 2014, Reminiscenes of Insurection - Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990) berjalan kaki sejauh 9 batu (14.4 km) dari kem depa di Betong menuju ke sempadan. Difahamkan pihak Thailand tidak membenarkan kenderaan untuk membawa orang kita balik ke Malaysia.

Sumber: Muzium PDRM 
Pengunduran ini, Ops Mekong (New Nation 12/6/76), melibatkan 4 buah Nuri dan 6 meriam siap sedia di landasan terbang Gerik. kesemua laras meriam dihala kepada laluan yang akan dilalui oleh konvoi nanti. Manakala, terup pula siap sedia untuk diterbangkan oleh Nuri. Di waktu yang sama, dua buah helikopter gempur Alouette 111 mengiringi konvoi dari sempadan. Selain itu, dua buah pesawat F5E membuat rondaan bagi menentukan tiada sebarang pencerobohan pesawat RTAF memasuki ruangangkasa negara.
Brig Jen Dato' Jaafar bin Onn, Panglima 2 Bde, memberi amaran kepada rakyat bahawa PGK akan menggiatkan lagi kegiatan mereka. Amaran ini berlandaskan kepada ketiadaan maklumat perisikan dari anggota CK (The Straits Times, 8/6/76). Kebimbangan ini turut diperkukuhkan oleh Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri, apabila beliau menyatakan bahawa Betong akan didominasi oleh PGK sekiranya Thailand tidak menghantar pasukan keselamatan mereka bagi menggantikan PPH (The Straits Times, 7/7/76).
Saya masih tercari-cari maklumat tentang berapa orang anggota polis sempadan Thailand yang berada di Kroh dan bila mereka beredar dari bumi kita? Sapa2 yang ada maklumat, harap kongsi bersama le dengan saya. Untuk itu, didahului dengan ucapan Terima Kasih.
Supt Norizan bin Murad....Terima kasih.