RACUN
DAN UBAT PADA SEEKOR LALAT
Rasulullah S.A.W telah
bersabda “Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kamu,maka
celupkanlah ia,kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada satu sayapnya
terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya” (Hadis
riwayat Bukhari,Ibn Majah dan Ahmad)
Diantara mukjizat kenabian Rasulullah S.A.W dari aspek
perubatan yang harus di tulis dengan tinta emas oleh sejarah perubatan adalah
alat pembuat sakit dan alat pembuat ubat pada kedua dua sayap lalat sudah
baginda S.A.W ungkapkan lebih 1400 tahun yang lalu sebelum dunia perubatan
berbicara mengenainya lagi.
Penyebutan lalat pada hadis itu adalah bahawa air tetap
bersih dan suci jika dihinggapi lalat pembawa bacteria penyebab penyakit
kemudian kita celupkan lalat tersebut agar sayap pembawa ubat (penawar) pun
tercelup ke dalam air.
Percubaan ilmiah kontemporari pun sudah dilakukan untuk
merungkai rahsia disebalik hadis berkenaan.Percubaan ini dilakukan untuk
membuktikan keistimewaan yang terdapat pada sayap lalat.Dimana satu sayap
mengandungi racun sementara yang satu lagi mengandungi penawarnya.
Tahukah anda bahawa tempat tumbuhnya bekteria pembawa
penyakit dan penawarnya hanya berukuran sekitar 20:25 milimikro.Sementara
tempat memproduksi zat sejenis enzim yang sangat kecil dinamakan Bakter
Yofaj.Maka harus di celup keseluruhan badan lalat tersebut agar keluar zat
penawar bacteria tersebut.
Dr Ammmin Ridha Pensyarah Penyakit Tulang dari Universita
Iskandariahtelah melakukan kajian tentang ‘hadis lalat’ ini dan menegaskan
bahawa di dalam rujukan rujukan
perubatan masa silam ada penjelasan tentang berbagai penyakit yang disebabkan
lalat.
Pada zaman sekarang pakar pakar yang telah hidup berpulah
tahun baru dapat merungkai rahsia ini.Pada hal telah dibongkar maklumatnya
sejak dahulu.Iaitu sejak lebih kurang 40 tahun yang lalu mereka menyaksikan
dengan mat kepala mereka sendiri ubat berbagai jenis penyakit yang kronik
adalah dengan lalat.
Berdasarkan hal ini jelaslah bahawa ilmu pengetahuan dalam
perkembangannya telah menegaskan dalam penjelasannya dalam teori ilmiah sesuai
dengan hadis yang mulia ini.Dan mukjizat ini telah dikemukakan semenjak zaman
Rasulallah S.A.W lagi.Sebelum para pakar perubatan merungkaikannya baru baru
ini.
No comments:
Post a Comment