Tuesday, 16 October 2012

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHATAN ANTARABANGSA
MALAYSIA LWN HONG KONG

Malam tadi berlangsung perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia lwn Hong Kong.Perlawanan malam tadi berlangsung dalam suasana yang baik.Pada separuh masa pertama perlawanan berlangsung dalam keadaan kurang menarik.Separuh masa pertama dikuasai oleh pasukan Hong Kong.Walau pun sesekali pasukan negara masih mendapat peluang untuk menjaringkan gol.

Pada separuh masa kedua pasukan negara mula menunjukan taring yang sebenar.Gerakan mula teratur dan mula banyak mencipta ruang dan peluang untuk menjaringkan gol.Akhirnya gol pertama di jaringkan oleh Safee Sali melalui tendangan kencang dari luar kotak penalti.Pasukan negara tampak lebih bernafsu dengan kemasukan Shafiq Rahim.Hasilnya Shafiq Rahim menjaringkan gol melalui tendangan percuma yang cantik.Teman kira jaringan gol tercantik perlawanan.Sementara gol ketiga pasukan negara dijaringkan oleh Mohd Fakri Shahrani hasil hantaran dari tendangan percuma dari Shafik Rahim.

Jadi keputusan penuh perlawanan malam tadi;

HONG KONG  0   MALAYSIA  3

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN YANG DILAKARKAN MALAM TADI
AZRAAI KHOR ABDULLAH JADI JURULATIH PASUKAN PERAK.

Berita yang baru teman dapat dari blog seladang.net.Azraai Khor sah jadi jurulatih pasukan Perak bagi musim akan datang.Diucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat untuk kejayaan pasukan Perak bagi musim akan datang ni.

Antara pemain yang dah sah jadi pemain Perak ialah:

1. Hadi Yahya
2. V Thirumurugan
3. Farizal Marlias 
4. Pemain K.Lumpur,tak ingat namanya.Tapi berbangsa China.

Nantikan pengumuman yang lain.

SELAMAT DATANG KE PASUKAN PERAK 

Monday, 15 October 2012

DATO' SAGOR



Dato Sagor adalah panggilan kepada Ngah Kamdim yang bergelar Datuk Sri Agar Diraja,Orang Kaya delapan Perak.Walaupun diputerakan di Kampong Gajah, Perak tetapi pada usia mudanya beliau berhijrah ke Larut dan mengusahakan lombong bijih timah bersama-sama Che Ngah Ibrahim.Hasil  usahanya,Ngah Kamdim menjadi orang kaya.Oleh itu beliau dikurniakan gelaran "Datuk Sri Agar Diraja"

Beliau mempunyai 9 orang anak iaitu Long Mabu,Alang Siap,Uda Bidah,Itam Jailah,Anjang Abdullah,Teh Nasa,Mat Dagang,Kulup Satar dan Alang Ismail.Walaupun Dato Sagor meninggalkan ramai keturunan, tetapi diantara yang menonjol dalam kerajaan Negeri Perak ialah keturunan Teh Nasa.Anak ke 2 Teh Nasa iaitu Safiah melahirkan 4 org anak iaitu Hamzah,Ngah Mutalib,Hajah Rahmah dan Mohd Abas.

Mohd Abas yang bergelar Datuk,adalah pemimpin masyarakat yang terkenal di Perak.Beliau menduduki kerusi wakil rakyat selama 3 penggal iaitu sepenggal sebagai Ahli Dewan Rakyat kawasan Hilir Perak dan 2 penggal sebagaiADUN kawasan Hutan Melintang.Anak saudara Mohd Abas iaitu Tan Sri Ramli bin Ngah Mutalib pernah menjadi Menteri Besar Perak,Timbalan Menteri Pengangkutan dan Speaker Dewan Rakyat.
BILA PMR DAH SELESAI


Peperiksaan PMR 2012 dah selesai.Maka dengan itu bagi anakku Kak Long tentu dah berasa lega.Lepas ni dia boleh le rilex dan rehatkan fikiran.Tapi tunggu le bulan 12 nanti bila keputusan keluar nanti tentu hatinya kembali berdebar.Betoi ke bulan 12,bukan bulan 11 ni?Pa pun tak kira le.Keputusan akan tetap kluar juga.


Bila dah selesai periksa ni diharap jangan le asyik bincang jawapan sesama kawan.Nanti bila jawapan yang kita bagi tu macam salah je,tentu kita rasa takut.Jadi lebih baik jangan bincang.Dah buat dah le.Biar pemeriksa yang tentukan samada jawapan yang kita bagi tu betoi ke tak.Kadang-kadang kita ingat jawapan kita salah tapi mungkin da juga markah yang kita dapat.Jadi diam je.



Kak Long doa je supaya mendapat keputusan yang baik.Ayah dan ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 ayah.

BERUSAHA BERDOA BERTAWAKAL

 

Thursday, 11 October 2012


TAMAN  REKREASI  GUNUNG  LANG,
IPOH, PERAK
 
 




 






 

Wednesday, 10 October 2012

4 Tanda Hidup Tidak Berkat.

Salam,

Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan
keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan
kehidupan kita ini tidak mendapat keberkatan dariNYA.
Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer.
Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak,
sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah,
duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat,
macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung.
Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi,
tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai,
tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.
Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game,
leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh.
Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal.
Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri,

Adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini.
Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti.
Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada
Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.
Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga

Sumber daripada Blog Lelaki Perkasa

BERSANTAI DI TAMAN REKREASI GUNUNG LANG



Pada hari Ahad yang lepas bersamaan 7 Oktober 2012 teman dan keluarga teman telah pegi ke Taman Rekreasi Gunung Lang.Penat teman yang baru semalam berkonvoi dengan kawan kawan ke Parit Buntar pun belum abis lagi.Tapi dah teman berjanji dengan anak2 nak bersantai ke taman tu jadi teman gagahkan juga.Terutama teman dah berjanji dengan anak yang sulung yang nak amek peperiksaan PMR tu.Teman nak dia rehatkan fikiran.Jangan asyik ngadap buku je.Boleh tension dibuatnya.


Dengan anak2 ni jangan kita tipu.Kalo kata nak pegi kena pegi.Bukan pa,kita ngajo depa jangan nipu,tapi kita nipu depa.Lain le kalo memang da perkara yang tak boleh dielakkan.Depa pun paham.


Teman pegi lepas makan tengahari.Teman cuma memandu lebih kurang 35 – 40 minit je dari rumah.Sampai sana teman tak terus amek tiket tapi rilek sat.Tiket tak mahal pun.Dewasa RM3 dan kanak2 bawah 12 tahun RM1.50 je.Tiket ni untuk naik bot ke taman yang hanya boleh p dengan bot je.Tak jauh,Cuma 3 – 4 minit je.




Anak2 teman sebelum naik bot depa asyik bagi ikan makan.Beso2 ikan tu.Kalo boleh pancing……boleh buat ikan bakar.Lemak tu….Besar2 ikannya.Da ikan tilapia merah,tilapia hitam dan ikan keli.Tu yang teman nampak le.



Sampai kat taman kat seberang tu,anak teman bukan main seronok lagi.Kawasannya luas dan berseh.Terjaga walaupun da yang dah reput kayu2nya.Macam2 da kat sana.Binatang pun da.Walau tak banyak tapi ok le.Da burung unta,rusa,arnab,ayam belanda,ayam api2 dan 2-3 jenis yang len.




Pokok buah2an pun da.Durian tengah berputik,Cempedak dah berbuah tapi rambutan tak nampak putiknya maupun bunga.Pisang pun da.


Lama juga kami berjalan2 dan berehat.Berpeluh juga le badan.Tempat rehat macam pondok memang banyak.Tak jadi masalah.Nak duduk jauh dari air da nak duduk tepi air pun da.Pilih je.

Sayangnya kami tak bawa bekalan makanan.Kalo tak,boleh kami makan sambil bersantai.Tak pa le,lain kali boleh p lagi.

Teman balik lebih kurang pukoi 6 petang.Memang berbaloi le p sana.Anak2 teman pun seronok dan yang penting anak teman yang sulung tu pun suka dan dia akui yang dia rasa lebih tenang dan dapat bergembira bersama keluarga.Alhamdilillah syukur.










Kepada Kak Long…….

Semoga Berjaya Dalam Peperiksaan PMR 2012 ni.

GAMBAR KONVOI