KONVOI
BERMOTORSIKAL
KONVOI BATU GAJAH –
TAIPING – PARIT BUNTAR
TARIKH : 06 OKTOBER
2012
MASA : 07.00 AM – 10.00
PM
Best…….. memang best.Semua yg pergi setuju menyatakan konvoi
kali ni memang best.
Seramai 11 org penunggang menyertai konvoi kali ni.Terdiri
daripada guru,kakitangan dan bekas murid SMK Dato Bendahara CM Yusuf,Tg
Tualang.Teman bersiap sejak pukul 7 pagi lagi dan berada di depan sekolah CM
Yusuf menunggu Zarul untuk sama-sama bergerak ke rumah Rizal yang menjadi
tempat pertemuan sebelum bergerak ke kedai Cikgu Khairul Bariah untuk sarapan
pagi.
Sampai di kedai cikgu Khairul,kami makan dulu sebelum
menetapkan arah tujuan yang sebenar.Ini kerana kami merancang untuk ke Cameron Highlands atau ke
Taiping.Akhirnya kami membuat keputusan untuk ke Taiping kerana cuaca yg kurang
baik untuk ke Cameron Highlands
.
Lepas makan kami bergerak ke tempat tujuan.Tapi sebelum tu
kena le isi minyak motor dulu di Simpang Pulai.Semua motor mengisi minyak penuh
tangki.Teman da bawa botol untuk tambahan minyak.Maklum motor yang teman guna
cuma motor Modenas Kriss 100 je.Kami pegi ikut lebuhraya je.Senang dan cepat.
Kami sampai sana,terus singgah ke stesyen minyak untuk isi
minyak.Teman pun tambah juga minyak.Siap semua kami bergerak ke Muzium Ngah
Ibrahim.Masa kami sampai,org tak ada yang melawat.Kami dikira beruntung kerana
diberi penerangan oleh seorang pegawai muzium berkenaan.Penerangannya begitu
detail.Terima kaseh teman ucapkan padanya.Maaf le,teman lupa namanya.
Kemudian kami nak pegi Hutan Paya Bakau kat Kuala
Sepetang.Tapi belum sampai dah kena ujan.Nasib baik boleh berteduh kat kedai
makan.Alang alang berteduh kat kedai makan jadi kami pun makan le.Pa lagi kami
pun pesan le makanan.Pa lagi makanan yg popular kat Kuala Sepetang kalo bukan
Mee Udangnya.Power weh….Mee Udang Biasa harga dia RM6.00 je.Tapi udang dia da
7-8 ekor semangkuk.Besar pulak tu.Tapi
teman order Nasi Ayam je sebab teman tak makan udang.Kedai yang kami singgah tu namanya Kedai Mak Teh.
Lepas makan dan ujan dah berenti kami kluar nak ke rumah
kawan teman di Parit Buntar.Kawan masa sama-sama kursus dulu.Teman tepon dan
dia kata datang le, dia tengah masak untuk kami semua.Memang teman dah bagitau
awal kat dia.Kami p sana ikut lebuhraya dan kluar susur Bandar Baru.Kira kami
masuk negeri Kedah le.Tapi sebelum tu kami cari masjid untuk sembahyang Zuhor
dulu.Lepas sembahyang baru bergerak ke Parit Buntar.
Tiba kat Bandar Parit Buntar teman tpon Suhaili (member teman
tu) untuk amek kami.Dia datang dengan motor dan bawa kami ke rumahnya.Rumahnya
dalam bandar Parit Buntar juga.Rumahnya besar,rumah kembar 2.Siap taman lagi
kat tepi rumah.Kami dihidangkan dengan minum dan makanan ringan sementara
menunggu Isteri dia siap masak.Bila siap masak kami dihidangkan dengan nasi
dengan pelbagai lauk pauk.Antaranya ikan goreng,ikan masin goreng,kerabu
mempelam,sayur masak lemak,udang dan sotong masak pedas dan masak asam
keladi.Da juga tembikai tabor asam bol.Kami semua makan semahunya.Makan sampai
kenyang.
Cadang mulanya nak balik pukoi 4 petang,tapi terlajak sampai
pukoi 5 lebeh baru bergerak nak balik.Terima kaseh Suhaili dan keluarga.Layanan
dari mike memang terbaek.Terima kaseh sekali lagi.
Kami bergerak balik selepas isi minyak kat Parit Buntar.Kami
hanya berhenti kat RnR Sungai Perak untuk beli buah-buahan untuk dibawa
pulang.Maklum yg kat rumah tu ada anak-anak yang setia menunggu.Nanti kalo
kosong je cian pulak.Jadi teman beli le buah langsat 2 kilo.Lama juga kami kat
situ sebalum meneruskan perjalanan ke Batu Gajah.Kami singgah kat susur keluar
Simpang Pulai untuk Solat Magrib sebelum terus ke Batu Gajah.
Di Batu Gajah kami
rilex kat kedai mamak sambil minum dan makan roti canai sebelum masing masing
bergerak balik ke rumah.Da yang ke Tg Tualang,Kampar,Malim Nawar,Batu 8 dan Kg Gajah.
Alhamdulillah……. semuanya selamat dan menggembirakan.Semoga
len kali kita dapat berkonvoi lagi ketempat lain.Dah da rancangan nak ke Pulau
Pinang dan bermalam di sana.Bagus juga tu.Tapi bila nak pegi,ntah le.
SEMOGA KITA DAPAT BERKONVOI LAGI
No comments:
Post a Comment