APAKAH MAKNA CINTA,KASIH DAN SAYANG PADA ANDA
Kalau kita dicintai dan mencintai seseorang,maknanya kita
berharga dan bernilai dimata.Walaupun demikian harus diiangat bahawa cinta atau
kasih itu berbeza makna,erti dan nilainya.Peribahasa Melayu ada menyebut “Kasih
ibu kasih sahaja (iklas),kasih bapa menurut kata,kasih saudara sama
berada,kasih orang ada sebabnya”Seorang ahli politik pernah berkata “Hanya politik yang bertempat dan
berwaktu.Kasih dan cinta manusia tidak”Syauqi Bay penyair Mesir mentafsirkan
”Cinta atau ungkapan I Love You itu tidak lebih dari enam babak iaitu:
1.
Saling
memandang
2.
Berbalas
balas senyaum
3.
Bertegur
sapa
4.
Berbicara
5.
Berjanji
6.
Bertemu
Kalau kita telah berumah tangga, ertinya kita telah
menyempurnakan rukun hidup.Sejak manusia hidup,rumah tangga adalah pusat
kesenangan dan laksana taman bahagia.Perasaan sebagai seorang ibu dan ayah
banyak menimbulkan rasa bahagia di dalam diri mereka.Perjalanan hidup yang
tenang bersilih ganti dengan gelombang, kadangkala hidup bagaikan rebut,
kadangkala berhembus tenang.Keadaan inilah yang akan mematangkan seseorang
dalam mengharungi kehidupan berkeluarga.Islam menjadikan rumahtangga sendi atau
asas pertama berdirinya suatu bangsa ataupun suatu agama.
Sesungguhnya hidup dan kehidupan itu melalui empat zaman
iaitu;
1.
Zaman
Kanak kanak
2.
Zaman
Remaja
3.
Zaman
Dewasa
4.
Zaman
Tua
Ada pendapat yang menyatakan bahawa saat saat bahagia yang
kita lalui adalah zaman kanak kanak,saat memulakan hidup berumahtangga dan bagi
orang yang beriman dan kuat beramal ialah masa saat kita kembali ke alam
baqa.Bagaimana pula dengan kita ini,Bilakah kita merasa bahagia?Masa dapat
gaji?Masa naik pangkat? Atau yang mana?
Di sini teman serta beberapa mutiara
kata mengenai kehidupan.
. Tujuan hidup itulah yg menentukan nilai
hidup,bukan berapa lama hidup yang digunakan.
2
Iman adalah kekuatan hidup.
Orang yang mahu hidup harus tahu bagaimana
meninggalkan dunia yang fana ini.
Agama difikirkan dengan ilmu dan ilmu diberi
jiwa oleh agama
Hina di dunia tidak berharta, hina disisi
Allah kerana tidak berilmu.
Sudah menjadi kebiasaan dunia, manusia lebih
tertarik oleh kecantikan daripada kebajikan.
Kasihkan dunia itu punca segala kejahatan.
Ilmu itu tinggi nilainya.Kita harus mencari
ilmu dan bkan ilmu yang mencari kita.
Lebih baik mati hangus terbakar bersama tanah
air daripada hidup dibawah penjajah.
Lelaki
sebanarnya lemah,dalilnya wanita dicipta untuk membantu.
Semangat
dan keberanian adalah factor utama tanda seorang lelaki.
Lebih
baik kita dikalahkan daripada merasai kemenangan dengan jalan yang boleh
memalukan kita.
Orang
yang sekali menipu kita,malulah dia.Orang yang dua kali menipu kita,malulah
kita,