MENIKMATI KEINDAHAN LATA SAHOM
Pada penghujung tahun lepas,teman ada pergi ke Sahom
berhampiran Kampar.Teman pergi ke kebun buah buahan kepunyaan kawan teman.Teman
pergi dengan Abg Rahim (tuan punya kebun)dan Rizal.
Di kebun Abg Rahim kami ambil buah dokong.langsat,durian
dan duku langsat terengganu.Banyak yang kami ambil.Memang banyak pokok buah
buahannya dan pelbagai jenis pula tu.
Bila bab panjat pokok ni teman boleh panjat tapi teman gayat.Jadi
terpaksa le tuan tanah yang panjat.Memang handal Abg Rahim dalam bab memanjat
ni.
Tapi sebenarnya bukan hal buah yang teman nak cerita
ni,tapi hal tempat mandi yang teman nak ceritakan.Teman lupa nak tanya apa nama
tempat tu.Jadi teman bubuh je le namanya Lata Sahom.Tempatnya memang
cantik.Airnya jernih.sejuk dan penuh dengan pokok di kira kanan tebing.Sejuk
mata memandang.Kalau bawa keluarga tentu best.Anak anak boleh mandi sebab
airnya tak dalam dan kuras deras airnya mengalir.Tapi ada juga tempat yang
airnya deras.Kena pandai pilih tempat yang sesuai le.Jangan le tempat yang
bahaya pun nak masuk.Tu kira cari nahas dan menempah bala namanya.
Ni teman sertakan beberapa keping gambar yang sempat teman
ambil semasa berada di Lata Sahom aritu.Kome tengok le.Best ooooo
Salah satu tempat yang agak deras airnya
Tempat yang sesuai untuk anak anak mandi
Rizal yang berbaju biru dan Abg Rahim disebelahnya
Kawasan yang berair deras.Merbahaya tempat ni.
Tempat yang boleh mandi tapi kena hati hati sebab depan tu bahaya.
No comments:
Post a Comment