HINAKAH BILA MISKIN DAN BANGGA SANGATKAH BILA KAYA?
Hari ini didalam ruangan Facebook, saya mengambil
keputusan untuk mendiamkan diri, rupanya saya telah dapat membaca satu artikel
yang cukup menyentuh hati dan perasaan saya sehinggakan air mata jenih keluar
tanpa disedari-
Terlalu agongnya perjalanan yang diaturkan oleh
Sang Pencipta.Memang benar kata orang orang tua, mendiamkan diri untuk
seketika menghasilkan satu teladan yang cukup berguna kepada kita.
Bila kita kenangkan kembali betapa sombongnya
kita pada sesetengah pihak yang pada zahirnya kelihatan “amat miskin”
dimata kita, rupanya itu lah “kekayaan yang tersembunyi, yang
mana kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar, tetapi hanya dengan mata
hati kita yang cukup ikhlas untuk menyelinap masuk kedalamnya. Marilah kita mengambil Iktibar bersama- sama daripada
perkongsian ini.
Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik
tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku.
Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata “pakcik dah
makan nak.. terima kasih nak..” Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik
yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak
dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi
dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan
spontan aku membalas. “Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak
dia?” Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi
hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab,
tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat
tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa
pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula
pada pakcik kopiah tu. “Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan
jom.” Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang
beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua
yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan.
Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana?
Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah.
Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali
ke ni? Mana keluarga pakcik?Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping
geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk
seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang
pakcik. Allah…
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak
menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil
pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60.
Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM
5.00. Aduh…. Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam
dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat
sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah
inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai
dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang
makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi.
Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2
pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat,
aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara
“amin…..” dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai
mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami
berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan
keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada
yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu..
Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan
pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus
berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun
pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati
pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping
duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: “Ambil duit ni buat beli susu
anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam..”
Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik
tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka
helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu
aku dalam kesusahan…
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.
SUMBER : BLOG RMF7
No comments:
Post a Comment