FIRAUN RAMSES 2;
KEBENARAN ALQURAN
Pada
pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir
bantuan untuk meneliti, mempelajari, mengkaji dan menganalisis mumia
Firaun, Ramses II iaitu Firaun yang mati tenggelam dalam Laut Merah
ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda.
Tawaran
itu disambut baik, lalu Mesir membenarkan mumia Ramses II di terbangkan
ke Paris. Setibanya di Paris mumia itu disambut dengan penuh meriah sebelum ditempatkan di ruang khas Pusat Arkeologi Perancis.
Di
situ menanti para pakar, doktor bedah dan pakar autopsy Perancis yang
dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal iaitu Prof. Dr. Maurice
Bucaille untuk menyiasat punca kematian Ramses II.
Doktor
Maurice Bucaille merupakan seorang pakar bedah Perancis yang dilahirkan
di Pont-L Eveque pada 19 Julai 1920. Pada tahun 1945, beliau diiktiraf
sebagai pakar dibidang gastroenterology.
Khidmat Dr. Bucaille banyak digunakan oleh kenamaan Perancis, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Dengan pengalaman dan kehebatannya, Dr. Bucaille yakin mampu membongkar misteri disebalik penyebab kematian Ramses II itu.
Setelah
dikaji, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa
garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut. Ini bukti terbesar
bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.
Ini
bermaksud, jasad Ramses II telah dikeluarkan dari laut, sebelum diawet
menjadi mumia supaya jasad itu kekal. Tapi penemuan itu menimbulkan
persoalan besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih berkeadaan sangat baik berbanding jasad-lasad yang lazimnya tenggelam dan di keluarkan dari laut?
Tanpa
berlengah, Dr. Bucaille menyiapkan sebuah laporan akhir yang
diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat
Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan itu diterbitkan dengan tajuk: Les Momies Des Pharaons El La Midecine (Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden).
Hasil
laporan itu Dr. Bucaille telah menerima anugerah penghargaan tertinggi
kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah)
oleh Academie Frantise dan anugerah Prix General daripada Academie
Nationale De Medicine, Perancis.
Namun seorang rakannya sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan itu sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan
tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai
peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari
ini!”
Kata-kata
itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille. Baginya membongkar sesebuah
misteri lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan menggunakan
teknologi moden, peralatan dan makmal canggih.
Kawannya
terus bercerita bahawa al-Quran yang diyakini dan menjadi pegangan umat
Islam telahpun menceritakan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian
mayatnya diselamatkan.
Kata-kata
itu sekali lagi menimbulkan persoalan kepada Dr. Bucaille. Adakah ia
dapat diterima akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun
1898. Tapi al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun
sebelumnya.
“Apakah
masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa
(Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini?
Padahal kejadian Firaun mengejar Musa berlaku sebelum al-Quran
diturunkan,” kata hati kecilnya.
Akibat
masih tidak berpuashati, Dr. Bucaille mendapatkan sebuah kitab Injil.
Tapi di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut
saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Dia
menyelak pula Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama). Tapi kitab itu hanya
menceritakan: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang
berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda,
pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu.” (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15).
Dr.
Bucaille semakin bingung kerana pencariannya belum berhasil. Apa
seterusnya yang terjadi kepada mayat Firaun selepas tenggelam masih
belum ditemui.
Selepas
mumia dikembalikan ke Mesir, Dr. Bucaille terus berjumpa dengan para
ilmuwan Islam untuk mengetahui sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun
sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan di kejar Firaun dengan
seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka
salah seorang ilmuwan Islam yang ditemuinya telah membacakan surah
Yunus, ayat 92, berhubung kisah Firaun yang tenggelam itu.
“"Maka
pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu
(yang tidak bernyawa daripada ditelan laut) untuk menjadi tanda bagi
orang-orang yang dibelakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan
(ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada memerhati dan memikirkan tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus :92).
Apabila
mendengar ayat itu, Dr. Bucaille terkedu. Hatinya benar-benar
tersentuh. Al-Quran telah menjelaskan bahawa jasad Firaun tidak reput
ditelan laut sebagai peringatan kepada umat seterusnya.
Akhirnya Dr. Bucaille mengakui kebenaran ayat tadi kerana logic, dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Tanpa
berlengah dengan hati yang begitu bergetaran menahan sebak dan terharu,
Dr. Bucaille bangun. Dengan suara lantang, Dr. Bucaille bersuara:
“Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Selepas
pulang ke Perancis, Dr. Bucaille terus mengkaji al-Quran. Akhirnya
beliau Berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, The Qur’an and science . The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui
buku ini, Dr. Bucaille yang telah menukar namanya kepada Dr. Yahya
Maurice Bucaille Berjaya membuktuikan bahawa al-Quran adalah selari
dengan fakta –fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
Sains
dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana
dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi
tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
Al-Quran
yang didalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam
semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” luahnya.
No comments:
Post a Comment