ASAL USUL APRIL FOOL YG WAJIB KITA KETAHUI
Hari ini 1 April menjadi hari gurauan yang telah merebak di seluruh dunia. Ianya dinamakan 'April Fool'.
Ianya juga telah meresapi sebahagian dari kita di Malaysia. Mungkin
juga anda antara yang terlibat. Tahukah anda apa sebenarnya disebalik
sambutan tersebut?
Sebenarnya
'April Mop' adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan
ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui
cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan
cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan
alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.
Kebiasaannya
orang akan mengatakan bahawa 'April Fool' (yang hanya berlaku pada
tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan,
orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu
pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah
menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar
terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau
hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.
Walaupun ia
tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April
Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin
menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak
muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke
masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah
terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu,
sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia
bermanfaat atau sebaliknya.
Perayaan April
Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan
memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool
Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat
menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada
tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.
Sejak Sepanyol
dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin
Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur.
Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah
terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis.
Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes,
Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah
dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih
memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di
sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran
di Sepanyol.
Oleh kerana
sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai
orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk
Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun
bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar
membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka
sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua
perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung
selama hampir 6 abad.
Selama itu
juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal
penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol.
Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah
mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.
Akhirnya mereka
menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka
melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula
menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah
Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam
Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an.
Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea
perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha
ini membuahkan hasil.
Akhirnya
Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib
dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya
tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam,
wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu
daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.
Granada adalah
daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga
dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka.
Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah
sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.
Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang
masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang
tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di
Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk
berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan
mereka.
Orang-orang
Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang
Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah
disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang
sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk
meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.
Keesokan
harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka
dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan
menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan
salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah
mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan,
dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah
ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa
setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan
orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.
Ribuan umat
Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila
melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan
mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut
dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat
melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga
kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka
yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang
yang terhunus.
Dengan satu
teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera
membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan
dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan
tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di
merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah
kehitaman.
Tragedi ini
bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati
oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The
April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk
menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool
merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol
oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka
merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan
walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan
semata-mata.
Bagi umat
Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di
mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera
salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat
Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang
Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang
meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada,
Sepanyol pada 5 abad yang silam.
Jadi,
perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri
daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari.
SUMBER : BLOG PARANG PANJANG