ADUH ..... SAKITNYA GIGITAN KUCING
Pada hari Isnin malam bersamaan dengan 6 hb Feb 2012 berlaku satu insiden yang melibatkan anak bungsu dengan seekor kucing.Kucing tu bukan teman bela tapi memang besa tido baring kat kaki lima rumah teman.Jadi nak dijadikan hal kucing tu bergaduh dengan kucing yang lain.Jadi tengah sedap bergaduh tu datang le anak yang bungsu konon nak meleraikan pergaduhan tu.
Kita pun tau kucing kalo tengah bergaduh bukan boleh dipegang.Kalau dipegang dia akan melawan kita balik.Jadi disebabkan anak bungsu tu pegang kucing tu maka kucing tu dah melawan balik.
Akibatnya tangan kanan anak bungsu teman kena gigit.Dalam juga gigi dia masuk kat tangan anak teman tu.Anank teman menjerit dan ibu dia datang tengok.Isteri teman buat le apa yang patut.Kemudian isteri teman sapukan minyak gamat.Malam tu anak teman lena tidonya.
Tapi esok pagi teman tgok tangan kanan anak teman bengkak.Teman rasa ni tak boleh jadi,teman bawak pi Klinik Lim.Doktor Lim bagi ubat tahan sakit,antibiotik dan ada 2 lagi ubat.Teman bagi le ubat tu ikut aturan yang diberikan.
Sampai hari Jumaat bengkak tak hilang lagi.Jadi hari Jumaat lepas Sembahyang Jumaat teman bawak pergi ke Klinik Kesihatan Tg Tualang jumpa doktor.Lagi sekali dia dibagi ubat yang hampir sama.Kena le lagi anak teman tu makan ubat.Nasib baik senang nak makan ubat.Semalam da kurang sikit bengkaknya tapi masih lagi dapat dilihat sampai hari ini.Semoga ok le nanti
Tangan anak yang masih bengkak.
kesan gigitan bahagian atas lengan kanan
kesan gigitan di bawah lengan kanan
kesan cakaran kucing
kesan gigitan kucing
No comments:
Post a Comment