Monday, 13 February 2012


KEMBARA CM BIKERZ KE TELUK BATIK





TARIKH : 24 JANUARI 2012.
MASA : 7.30 AM  -  3.30 PM.
LOKASI MULA : DEPAN SMK DB CM YUSUF TG TUALANG.
LOKASI TUJUAN : TELUK BATIK DAN LUMUT.

Pada mulanya CM BIKERZ bercadang nak berkonvoi ke Sungkai.Nak pi kolam air panas kat Sungkai.Mulanya ramai yang nak pi sekali.Tapi perubahan saat akhir menyebabkan ramai yang tidak dapat turut serta.Akhirnya hanya lima orang saja yang setuju untuk pergi berkonvoi.Kami mengubah haluan untuk pergi ke Teluk Batik.Peserta yang terlibat ialah;
1. Shamsul
2. Zarul Hafiz
3. Faezal Azmi
4. Sahrizal
5. Khairul

Kami bergerak lebih kurang pukul 7.45 am.Singgah kat kedai Kak Nini untuk sarapan pagi.Kami pergi ke Teluk Batik mengikut jalan Tg Tualang - Kg Gajah - Bota - Teluk Batik/Lumut.Jarak jelajahan kami cuma lebih kurang 130km sehala.
Lepas sarapan kami memulakan perjalanan.Didahului oleh Cikgu Shamsul.Kelajuan penunggangan kami cuma antara 80km - 100km.Kelajuan yang selamat dan menjimatkan minyak.Tu pun jarang kelajuan kami mencecah 100km.
Sepanjang perjalanan kami ke destinasi kami dihidangkan dengan kehijauan ladang kelapa sawit serta sawah padi.Laluan kami memang kurang gangguan sebab masih pagi dan kurang lampu isyarat.Kalau kami mengikut laluan Sri Iskandar memang kami akan tersangkut pada lampu isyarat yang banyak di sepanjang laluan Sri Iskandar - Bota.

Kami berhenti di Stesyen Petronas Ayer Tawar sekejap untuk rehat dan membuang apa yang terkumpul.Masa itu digunakan untuk membetulkan pinggang dan mana mana anggota badan yang lenguh dan dah nak jem.Terutama kat pinggang.Maklum dah tua.

Kami sampai kat Teluk Batik dan berehat sekejap.Tak mandi pun.Cuma tengok gelagat manusia yang sedang merehatkan minda.Seronok tengok anak anak yang bermesra dengan ahli keluarga.Suasana macam inilah yang diperlukan oleh ketua keluarga untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan.Anak anak muda dengan gelagat mereka.

 
 
Cuma ada satu kemuskilan yang teman dapat semasa teman berada di Teluk Batik.Ada atau tidak lesen pengusaha pengusaha bot yang menjalankan perniagaan mereka di sekitar pantai?Kalau ada tu bagus le tapi kalau tak ada maka pelancung yang menggunkan khidmat mereka tidak dilindungi insuran.Jadi kan merbahaya tu.

Lagi satu kan bagus kalu dibuatkan tempat khas untuk pengusaha pengusaha ini beroperasi supaya dapat mengelakkan kemalangan?

Lepas berahat di Teluk Batik kami meneruskan perjalanan ke Lumut untuk menikmati pemandangan Bandar Tentera Laut.Di sana kami berjalan sepanjang pantai dan berehat selepas kami masuk ke kedai sukan Al-Ikhsan.Lama juga kami berehat dan menikmati pemandangan sampai lupa nak makan.Kami mengubah rancangan untuk makan.Kami bersetuju untuk makan di Sri Iskandar dalam perjalanan balik nanti.Jadi kami makan disebelah petang le jawapnya.Cadang nak masuk ke Muzim Kapal tapi kami batalkan sebab dah terlajak masa.
Balik kami singgah Sri Iskandar dan makan di Restoran Vanggey.Kalo dah masuk Restoran Vanggey ni pa lagi makan Nasi Kandar le.Sedap juga makan kat sini.Lepas makan kami bergerak pulang dan sampai Tg Tualang lebih kurang pukul 3.30 pm.












1 comment: