Wednesday, 17 July 2013

RESIPI NASI ULAM
ADA SESIAPA YANG NAK MAKAN?

 Gambar hiasan
Nasi Ulam ni adalah makanan yang berkhasiat.Bukan saja rasanya yang sedap malah ia juga banyak kebaikan.Bayangkan masa zaman teman kanak kanak dulu opah teman bila buat nasi ulam ni dia mencari sebanyak mungkin pucuk pucuk ulam sebagai ramuannya.Teman pun kadang kadang join sekali mencari.Antara yang teman masih ingat namanya ialah sekentut,putat dan pegaga.

Ni ada teman sediakan resipinya.Cuba le kalau nak rasa.Tapi jenis ulam ulamannya masih sikit lagi tu.Tambah le lagi ulaman sepaya bertambah sedap dan menyelerakan dan berwarna warni.Memang sedap tapi pada yang suka le.

 
BAHAN-BAHAN:

1.  nasi yang dimasak dan telah disejukkan
2. udang kering yang digoreng dengan sedikit minyak dan ditumbuk sampai halus (boleh diganti dengan isi ikan panggang)
3.  kerisik ditumbuk kasar
4. halia, lengkuas, serai (kisar sampai halus, kalau boleh kisar berasingan ketiga-tiga bahan ini)
5. cili padi atau lada hitam untuk perasa pedas (tumbukkan bersama asam keping dan garam sampai lumat, masukkan sedikit belacan)
6. bawang merah dimayang halus (pilihan individu)
7. ulam (bersihkan ulaman, gulungkan, dan hiris halus seperti cara membuat bunga rampai
 

Pilihan ulaman terpulang kepada individu dan bagaimana mendapatkannya. Kuantiti dan jenis ulaman tidak terhad, lagi banyak lagi menambah kesedapan nasi ulam ini. Contoh ulam-ulaman yang sering digunakan :

-daun selom

-daun kesum

-daun kunyit

-pucuk kadok

-pucuk pegaga

-daun sekentut

-pucuk daun kari

-pucuk limau purut

-daun selaput tunggul

-dan pelbagai lagi daun daun ulaman
CARA MEMBUAT:
Gaul dan ratakan kesemua bahan 1-7 mengikut kreativiti anda. Tambah sedikit garam jika perlu dan limau kasturi untuk menambah kenikmatan nasi ulam


- Sumber resipi : Anak Bukit Gantang In Putrajaya

No comments:

Post a Comment