SESIAPA YANG MEMINATI P.RAMLI,SILA NIKMATI GAMBAR TERAKHIR BELIAU.
Mengimbas kembali bagaimana Allahyarham seniman P Ramlee yang
Meninggalkan pelbagai warna dan ceritera yang sehingga kini segala aksi
serta lakonannya masih laku dan digemari oleh semua termasuk golongan
remaja. Bagaimana pun masih ramai yang tidak dapat mengikuti saat
terakhir beliau meninggal dunia dan dikebumikan, teman terbaca dalam
satu posting Blog Dairi share yang memaparkan gambar-gambar bagaimana
dia meninggal dunia dan dikebumikan. Sehubungan itu rasanya ada lah elok
kita berkongsi dan memberi laluan kepada genarasi baru engenali seniman
tanah air dan bagaimana disaat akhirnya dia meninggal dunia.
P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan
Rabu, 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari
Lho'Seumawe, Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada
tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.
P.Ramlee telah mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang
Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku
sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang
seni, terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar
seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah
tersebut.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah
memasuki sekolah tentera laut Jepun (Kaigun). Di sini beliau berpeluang
mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula
dengan pancaragam "Teruna Kampung". Dalam pertandingan keroncong
seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947,
pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu 'Keroncong Oh Suci' yang
dinyanyikan oleh P.Ramlee.
Solat jenazah P.Ramlee
Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia
semoga roh beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman
semoga roh beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman
Al Fatihah..
ReplyDelete