MERDEKA57 : GELANG EMAS.
ini adalah foto rombongan merdeka ke london.
dia ambil pada tarikh yang dimaksudkan.
anak muda mungkin tidak ingat insiden yang berlaku sebelum itu.
rombongan tunku KEKURANGAN WANG UNTUK BERTOLAK KE LONDON.
apa yang berlaku ?
berikut adalah skrip sebenar apa yang berlaku selepas itu.
tunku.
“Saya nak pi (pergi) jumpa orang putih bersama raja-raja naik kapai
(kapal). Umno tak dak (tiada) duit. Saya tak dak duit.
“Saya
jual istana, ayahanda dok murka. Ayahanda suruh jadi raja, saya tak
mau. Saya nak jadi Presiden Umno, nak bagi Malaya merdeka.”
Mengenangkan
kembali saat itu, beliau memberitahu, Bapa Kemerdekaan itu menitiskan
air mata apabila menyebut untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu.
Titisan
air mata Tunku membuatkan Siti Rahmah terpanggil melakukan sesuatu
dengan lantas terus berdiri di tengah kesesakan orang ramai di dalam
Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir, Melaka.
“Tunku,
saya terpanggil apabila mendengar ucapan Tunku. Dengan ini, patik
menyumbangkan gelang emas kesayangan patik demi kemerdekaan negara.
“Saya
ikhlas. Jika ada 10 gelang emas, semuanya akan diberikan kepada Tunku,”
kata-kata itu menyebabkan Tunku sekali lagi menitiskan air mata.
Presiden
Umno pertama itu membalas; “Selalunya orang perempuan, emaih (emas) ni
bukan main sayang. Tapi ibu muda ni dok bagi gelang. Terima kasih
banyaklah.”
Kemudiannya,
Siti Rahmah memohon izin pemimpin itu menyeru hadirin untuk turut sama
memberi sumbangan bagi menambah dana rombongan ke London.
Jelasnya,
ahli Umno di bahagian atas dewan menjatuhkan duit bagaikan daun getah
berguguran manakala mereka di bawah menyerahkan barangan kemas.
“Mereka
beri rantai emas, kerongsang, jam, pin baju, cincin dan subang termasuk
tongkat berkepala emas,” katanya yang mengelilingi dewan mendapatkan
sumbangan hadirin kerana menyifatkan gelang emas pemberiannya saja tidak
mencukupi.
No comments:
Post a Comment