6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat
Di saat hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita terfikir tentang dosa kita - dosa besar dan kecil. Kita bertaubat meminta ampunkan dosa daripada Allah, namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah.
1- Makan harta anak yatim secara haram.
untuk
menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar
kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim
tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah
boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak
memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina.
Orang
yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita
tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa
tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya
wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak
boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Mereka
yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak
memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari
dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah
SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
4- Melakukan sihir.
Mereka
belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah
SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap
kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk
melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
Dosa
syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui
niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka
dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua
Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud
barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang
telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan
Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
Mereka
yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada
Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan
utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan
Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532. sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com
No comments:
Post a Comment