Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan
Mengenal wanita menerusi dari cara berjalan, dimana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikan oleh orang orang melayu zaman dahulu dalam aspek pergaulan.
Walau bagaimanapun, ini merupakan
falsafah-falsafah umum.Banyak lagi aspek aspek lain yang perlu di
ketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang wanita.
1.
Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita
yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan
menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga
terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros
atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang
yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil
hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini
biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita
seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman
bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon
wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita
seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan
orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya.
Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta.
Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara
berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita
jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang
dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan
imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika
anda tidak mahu mendengar dia berleter
panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih
pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual
dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan
dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil.
Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan
sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang
lain. Gaya bicaranya serius seperti
ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari
wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya.
Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat
romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki
,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis
ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah
tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah
menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah
mengalirkan air mata
No comments:
Post a Comment