Tuesday, 23 July 2013

GAMBAR RUMAH NABI MUHAMMAD SAW DAN ISTERI BAGINDA


Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Baginda yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umat agama Islam ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana. Di bawah merupakan gambar eksklusif rumah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Siti Khadijah di Mekah sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.

Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.

Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.
 

Monday, 22 July 2013


BERSAMA KITA MENCARI PAHALA YANG LEBIH DARI ORANG LAIN


1. Jika diberi salam "Assalamualaikum".
Jawablah dengan "Waalaikumussalam warahmatullah."
2. Jika diberi salam "Assalamualaikum warahmatullah."
Jawablah dengan "Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh."

3. Jika diberi salam "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."
Jawablah dengan "Aaalaikumussalam warahmatullahi
wabrakatuh wamaghfiratuh."

4. Jika diberi salam "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh."
Jawablah dengan "Waalaikumussalam warahmatulahi
wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh."

5. Jika diberi salam "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh."
Jawablah dengan "Waalaikumussalam warahmatulahi
wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh."
Kita perlu menjawab lebih kerana inginkan pahala yang
sama seperti orang yang memberi. Ini kerana orang
yang memberi LEBIH BAIK dari yang menerima.
Jadi kita perlu memberi semula dengan lebih lagi.

Situasi seperti yang No.5 itu jawapannya sama panjang.
Maknanya pahala kita lebih kurang dari yang memberi.
Jadi, bagi mengelakkan pengurangan pahala, jadilah orang
yang memberi salam dahulu dari kita.
Wallahhualam

Semoga diberkati Allah S.W.T.
SESIAPA YANG MEMINATI P.RAMLI,SILA NIKMATI GAMBAR TERAKHIR BELIAU.
 
 
 Mengimbas kembali bagaimana Allahyarham seniman P Ramlee yang Meninggalkan pelbagai warna dan ceritera yang sehingga kini segala aksi serta lakonannya masih laku dan digemari oleh semua termasuk golongan remaja. Bagaimana pun masih ramai yang tidak dapat mengikuti saat terakhir beliau meninggal dunia dan dikebumikan, teman terbaca dalam satu posting Blog Dairi share yang memaparkan gambar-gambar bagaimana dia meninggal dunia dan dikebumikan. Sehubungan itu rasanya ada lah elok kita berkongsi dan memberi laluan kepada genarasi baru engenali seniman tanah air dan bagaimana disaat akhirnya dia meninggal dunia.
P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu, 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho'Seumawe, Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun (Kaigun). Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam "Teruna Kampung". Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947, pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu 'Keroncong Oh Suci' yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.



Solat jenazah P.Ramlee



            Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia
                    semoga roh beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman

TRAGEDI BERDARAH MASJIDIL HARAM,MEKAH 20 NOVEMBER 1979


TRAGEDI BERDARAH DI MASJIDIL HARAM PADA 20 NOVEMBER 1979

majidil-haram-diserang
Pada akhir tahun 1979 Masjidil Haram yang di dalamnya mempunyai Kaabah yang menjadi kiblat kepada jutaan umat Islam sejak berkurun lama telah diserang dan ditawan oleh lebih kurang 500 orang penyerang yang diketuai oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi seorang pengikut fanatik ajaran dan fahaman Wahhabi.
Menurut sumber, beliau telah mengiktiraf abang iparnya Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan sebagai Imam Mahdi dan beliau mempunyai kepercayaan bahawa semua ketua-ketua kerajaan di dunia Islam pada masa itu adalah korup dan menjadi proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat dan beliau mahu keluarga Di Raja As- Saud yang memerintah Arab Saudi digulingkan. Dengan perancangan teliti dan rapi beliau dan pengikutnya telah menyerang Masjidil Haram pada 20 November 1979 dan menjadikan ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah di dalamnya telah dijadikan sebagai tebusan. Inilah pertumpahan darah yang pertama di dalam sejarah moden kota Mekah

Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi
Tarikh 20 November 1979 dipilih Juhaiman kerana ianya bersamaan pada hari pertama tahun 1400 Hijrah. Ini kerana terdapat ramalan bahawa Imam Mahdi akan muncul dan ditabalkan pada hari tersebut. Beberapa hari sebelum serangan , mereka telah menyembunyikan senjata , peluru dan bekalan makanan yang secukupnya di dalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata yang diperolehi mereka itu dicuri dari depot senjata Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi beberapa bulan sebelumnya. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau dan beberapa pengikutnya pernah berkhidmat di dalam Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi selama 18 tahun.
Masjidil Haram ketika serangan subuh 20 November 1979
Serangan ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja berakhir. Pagi itu ketika Imam Masjidil Haram ketika itu , Sheikh Mohammed al-Subayil sedang bersedia untuk mengimamkan hampir puluhan ribu jemaah untuk menunaikan solat Subuh , Juhaiman dan orang-orangnya berjaya mengunci kesemua pintu keluar masuk masjid, membunuh dua anggota polis yang hanya bersenjatakan cota dan menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudiannya mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Kota Mekah. Selain daripada itu beliau mahukan ekspot minyak Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan negara-negara lain dihentikan serta merta dan meminta pengusiran kesemua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab Saudi.
Sebagai tindak balas dari serangan tersebut Tentera Pengawal Kebangsaan dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram menggunakan kereta kebal menerusi pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu tersebut. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper (penembak curi). Akibat dari tentangan kuat dari pihak Juhaiman dan korbanyang tinggi dari pihak tentera Arab Saudi, serangan balas itu dihentikan.
Ketika itu telah timbul masalah dari segi syara’ mengenai penggunaan senjata api di dalam perkarangan Masjidil Haram. Majlis Ulama’ Arab Saudi pada awalnya menghalang penggunaan senjata kerana ia akan mencemarkan kesucian Kaabah tetapi atas desakan tentera dan kerajaan akhirnya Majlis Ulama’ Arab Saudi mengizinkannya dengan mengeluarkan satu fatwa untuk membenarkan penggunaan senjata api untuk melawan Juhaiman.
Setelah serangan awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal, kerajaan Arab Saudi terpaksa meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan Peranchis (GIGN) dan seramai tiga orang anggota GIGN dihantar ke Arab Saudi. Di lapangan terbang Jeddah , Majlis Ulama’ Arab Saudi menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN secara rahsia memeluk Islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan ‘tanah haram’ Mekah. Walaupun mereka “telah memeluk Islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup kegagalan mereka dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan hampir dua minggu itu.
Komando GIGN Perancis yang “masuk Islam” untuk operasi pembebasan Masjidil Haram
Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan tempat persembunyian para pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri kabel hidup yang mempunyai voltan tinggi akan dijatuhkan kedalamnya tetapi rancangan ini ditolak kerana ia boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang-lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.
Kesan selepas operasi serangan
Selepas hampir dua minggu, peristiwa serangan dan pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan pada 4 Disember 1979. Mengikut laporan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa seramai 127 orang telah terbunuh dan 451 yang lainnya tercedera. Jumlah ini termasuklah para jemaah yang dijadikan tebusan, anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dan juga pengikut-pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan para pengikutnya yang masih hidup telah dijatuhkan hukuman pancung oleh Kerajaan Arab Saudi.
Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan yang  mendakwa “Imam Mahdi” terbunuh dalam serangan.
Rata-rata umat Islam seluruh dunia marah dengan keengganan kerajaan Arab Saudi untuk memenuhi permintaan dan tuntutan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid. Ramai yang berpendapat bahawa keputusan itu banyak menyebelahi Amerika Syarikat dan akibatnya beberapa kedutaan Amerika Syarikat seperti di Pakistan dan Libya telah dibakar oleh para perusuh dalam tunjuk perasaan. Demonstrasi dan protes juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan dan keputusan yang telah dibuat oleh Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga As-Saud itu membuktikan kebenaran yang mereka itu hanyalah boneka Amerika Syarikat.
Pengikut Juhaiman yang telah ditahan
Ketika peristiwa itu berlaku, Masjidil Haram sedang dalam proses pengubahsuaian dan pembesaran masjid. Kerja-kerja pengubahsuaian ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi iaitu Syarikat Pembinaan Ben Laden. Ianya adalah syarikat milik kepada bapa Osama Bin Laden. Insiden ini juga telah membakar semangat Osama dan beberapa tahun kemudian beliau telah diusir keluar dari Arab Saudi kerana kelantangannya mengkritik keluarga As-Saud. Selebihnya kita telah tahu dengan apa yang telah tercatat di dalam lipatan sejarah.
Wallahu’alam.
Sumber:
Grand Mosque Seizure (Wikipedia)
war-story.blogspot.com
www.ontdekislam.nl

Saturday, 20 July 2013

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG SEPATUTNYA MENJADI TELADAN


 Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Sumber: Wow berita.org

Wednesday, 17 July 2013

RESIPI NASI ULAM
ADA SESIAPA YANG NAK MAKAN?

 Gambar hiasan
Nasi Ulam ni adalah makanan yang berkhasiat.Bukan saja rasanya yang sedap malah ia juga banyak kebaikan.Bayangkan masa zaman teman kanak kanak dulu opah teman bila buat nasi ulam ni dia mencari sebanyak mungkin pucuk pucuk ulam sebagai ramuannya.Teman pun kadang kadang join sekali mencari.Antara yang teman masih ingat namanya ialah sekentut,putat dan pegaga.

Ni ada teman sediakan resipinya.Cuba le kalau nak rasa.Tapi jenis ulam ulamannya masih sikit lagi tu.Tambah le lagi ulaman sepaya bertambah sedap dan menyelerakan dan berwarna warni.Memang sedap tapi pada yang suka le.

 
BAHAN-BAHAN:

1.  nasi yang dimasak dan telah disejukkan
2. udang kering yang digoreng dengan sedikit minyak dan ditumbuk sampai halus (boleh diganti dengan isi ikan panggang)
3.  kerisik ditumbuk kasar
4. halia, lengkuas, serai (kisar sampai halus, kalau boleh kisar berasingan ketiga-tiga bahan ini)
5. cili padi atau lada hitam untuk perasa pedas (tumbukkan bersama asam keping dan garam sampai lumat, masukkan sedikit belacan)
6. bawang merah dimayang halus (pilihan individu)
7. ulam (bersihkan ulaman, gulungkan, dan hiris halus seperti cara membuat bunga rampai
 

Pilihan ulaman terpulang kepada individu dan bagaimana mendapatkannya. Kuantiti dan jenis ulaman tidak terhad, lagi banyak lagi menambah kesedapan nasi ulam ini. Contoh ulam-ulaman yang sering digunakan :

-daun selom

-daun kesum

-daun kunyit

-pucuk kadok

-pucuk pegaga

-daun sekentut

-pucuk daun kari

-pucuk limau purut

-daun selaput tunggul

-dan pelbagai lagi daun daun ulaman
CARA MEMBUAT:
Gaul dan ratakan kesemua bahan 1-7 mengikut kreativiti anda. Tambah sedikit garam jika perlu dan limau kasturi untuk menambah kenikmatan nasi ulam


- Sumber resipi : Anak Bukit Gantang In Putrajaya

Thursday, 11 July 2013


JERUBU MELANDA KAWASAN TG TUALANG 2013



Baru baru ini negara kita telah dilanda jerubu yang kuat.Mana tak kuatnya kalau ada diantara daerah dalam negara kita di istiharkan darurat.Daerah Muar di Johor adalah daerah yang di istiharkan darurat.

Tempat saya juga tidak terkecuali.Tg Tualang juga dilanda jerubu yang agak kuat.Tapi tak le sampai di istiharkan darurat dan tak ada pun sekolah yang di tutup.Semuanya masih dalam keadaan biasa.Sekolah masih di buka aktiviti masih berjalan.Tak ada yang di tutup dan di berhentikan.

Semasa jerubu melanda Tg Tualang saya ada mengambil beberapa keping gambar.Mari kita kongsi bersama.

Nikmatilah