Hukuman Pancung Siapa Algojo Malaysia?
Algojo Arab Saudi Abdallah Albishi, bersama pedang ‘Sultan’ terkenal di seluruh dunia.
Susunan Ibrahim Muhamad
Hukuman pancung memiliki sejarah dan budaya yang panjang dan pelbagai
termasuk cara ia dilakukan. Hukuman gantung, pancung merupakan cara
hukuman mati yang klasik, murah serta praktikal dimana petanda (algojo)
yang menjalankan tugas hanya memerlukan sebilah pedang atau kapak.
Dalam Islam (rujukan Arab Saudi) hukuman pancung biasanya dilakukan
dengan menggunakan pedang yang sangat tajam. Namun ada negara seperti
Perancis dan Eropah menggunakan kapak, guillotine atau senjata
ketenteraan.
Hukuman pancung dahulu dianggap sebagai salah satu cara terhormat
untuk mati. di England ada anggapan hukuman pancung merupakan hak
istimewa seorang lelaku terhormat. Hukuman pancung ini akan membedakan
seseorang dari terdakwa lainnya yang dihukum dengan cara yang tidak
terhormat (keji) yaitu dengan dibakar secara hidup-hidup di atas
tumpukan kayu.
Orang Greek dan Roman menganggap hukuman pancung sebagai hukuman mati
yang kurang menyakitkan dibandingkan dengan cara lain yang digunakan
pada masa itu. Oleh karena itu mereka menggunakan hukuman pancung jika
didapati bersalah. Adalah penduduk dari negeri lain, mereka akan
menggunakan hukuman mati dengan cara disalib.
Pada masa ini Arab Saudi dan Iran masih menggunakan hukuman mati
seperti ini dengan memancung kepala. Manakala Qatar dan Yaman yang sudah
mempunyai undang-undang hukuman mati dengan cara seperti ini, sehingga
sekarang belum ada pesalah menerima hukuman berkenaan.
Hukuman pancung berlaku di England hanya bertahan sehingga tahun 1747
dan merupakan cara hukuman mati standart di Norway sehingga tahun 1905,
Sweden (sehingga 1903) dan Denmark (sehingga 1892).
Di Perancis (Guillotine digunakan sehingga 1792) dan di Jerman
dimansuhkan pada tahun 1938. Semua negara-negara Eropa yang sebelumnya
menggunakan hukuman pancung sudah menghapuskan amalan berkenaan pada
masa ini.
Hukuman pancung juga digunakan secara meluas di China sehingga
komunis berkuasa dan menggantikannya dengan hukuman tembak. Jepun juga
biasa memenggal kepala sampai akhir abad ke-19 sebelum beralih kepada
hukuman gantung.
Hukuman pancung pesalah akan ditutup matanya sehingga mereka tidak
dapat melihat pedang atau kapak yang datang menebas leher mereka agar
mereka tidak dapat menghindar atau mengelak. Ada juga seorang pembantu
algojo digunakan untuk memegang rambut terdakwa pesalah untuk mencegah
mereka bergerak.
Di Malaysia dalam satu kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan,
Dato’ Mohd Amar, cenderong kepada penggunaan gilotin sebagai alternatif
untuk menjalankan hukuman potong anggota badan pesalah, banyak memberi
kesan kepada pihak tertentu untuk turut sama memberi pendapat.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman,
memberi amaran, imej Islam akan terjejas sekiranya sebarang tindakan
menghukum pesalah tidak dijalankan dengan betul menurut Islam.
Kerajaan Kelantan seharusnya menjalankan kajian yang menyeluruh dan
banyak membuat perbincacngan dengan semua pihak terhadap setiap cadangan
bagi memastikan objektif perundangan Islam dapat dipenuhi tanpa memberi
kesan negatif terhadap agenda Islam secara keseluruhannya.
Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Muhammad, bersetuju sekiranya
Kerajaan Kelantan dapat melakukan kajian yang mendalam dalam isu
berkenaan termasuk mengadakan lawatan ke negara yang telah melaksanakan
undang-undang jenayah hudud.
Muhammad Shukri berkata, jawatankuasa tersebut sedang meneliti
pindaan Kod Jenayah Syariah II 1993 yang membincangkan kaedah
pelaksanaan dan mereka akan berlepas ke luar negara untuk melawat negara
yang melaksanakan undang-udang hudud bagi meluaskan idea serta
pemikiran. Saya yakin ini merupakan jalan terbaik untuk dilakukan ketika
ini,” katanya.
Di Saudi Arabia, orang ramai masih boleh menyaksikan hukum hudud
dijalankan sama ada depan orang ramai atau jauh ditengah padang pasir.
Namanya Abdallah bin Said al-Bishi yang mewarisi kerja ayahnya
sebagai algojo (tukang pancung) sangat masyhur dan stesyen televisyen
dari Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khusus pada akhir 2006.
Algojo seperti Abdallah inilah yang bertugas mencabut nyawa pesalah.
Difaham terdapat sekurang-kuanganya enam algojo yang ditunjuk
Pemerintah Arab Saudi dengan Abdallah di tempatkan untuk Kota Mekkah.
Abdallah pada usia 32 tahun mula bertugas pada 1991, setelah ayahnya,
Said al-Bishi meninggal dunia. Hari pertama, dia telah memancung tiga
orang.
Dengan pedang bernama ‘Sultan’ warisan ayahnya. Pedang berkenaan
melengkung seperti bulan sabit dengan panjang setengah meter. Hingga
kini, dia mengaku telah memancung lebih dari 100 kepala.
SUMBER : BLOG UMMATAN WASATAN