Wednesday, 19 November 2014

ALGOJO PERTAMA DI MALAYSIA,SIAPA?


Hukuman Pancung Siapa Algojo Malaysia?



Algojo Arab Saudi Abdallah Albisi, terkenal di seluruh dunia.
Algojo Arab Saudi Abdallah Albishi, bersama pedang ‘Sultan’ terkenal di seluruh dunia.

Susunan Ibrahim  Muhamad

Hukuman pancung memiliki sejarah dan budaya yang panjang dan pelbagai termasuk cara ia dilakukan. Hukuman gantung, pancung merupakan cara hukuman mati yang klasik, murah serta praktikal  dimana petanda (algojo) yang menjalankan tugas hanya memerlukan sebilah pedang atau kapak.
Dalam Islam (rujukan Arab Saudi) hukuman pancung biasanya dilakukan dengan menggunakan pedang yang sangat tajam. Namun ada negara seperti Perancis dan Eropah menggunakan kapak, guillotine atau senjata ketenteraan.
Hukuman pancung dahulu dianggap sebagai salah satu cara terhormat untuk mati. di England ada anggapan hukuman pancung merupakan hak istimewa seorang lelaku terhormat. Hukuman pancung ini akan membedakan seseorang dari terdakwa lainnya yang dihukum dengan cara yang tidak terhormat (keji) yaitu dengan dibakar secara hidup-hidup di atas tumpukan kayu.
Orang Greek dan Roman menganggap hukuman pancung sebagai hukuman mati yang kurang menyakitkan dibandingkan dengan cara lain yang digunakan pada masa itu. Oleh karena itu mereka menggunakan hukuman pancung jika didapati bersalah. Adalah penduduk dari negeri lain, mereka akan menggunakan hukuman mati dengan cara disalib.
Pada masa ini Arab Saudi dan Iran masih menggunakan hukuman mati seperti ini dengan memancung kepala. Manakala Qatar dan Yaman yang sudah mempunyai undang-undang hukuman mati dengan cara seperti ini, sehingga sekarang belum ada pesalah menerima hukuman berkenaan.
Hukuman pancung berlaku di England hanya bertahan sehingga tahun 1747 dan merupakan cara hukuman mati standart di Norway sehingga tahun 1905, Sweden (sehingga 1903) dan Denmark (sehingga 1892).
Di Perancis (Guillotine digunakan sehingga 1792) dan di Jerman dimansuhkan pada tahun 1938. Semua negara-negara Eropa yang sebelumnya menggunakan hukuman pancung sudah menghapuskan amalan berkenaan pada masa ini.
Hukuman pancung juga digunakan secara meluas di China sehingga komunis berkuasa dan menggantikannya dengan hukuman tembak. Jepun juga biasa memenggal kepala sampai akhir abad ke-19 sebelum beralih kepada hukuman gantung.
Hukuman pancung pesalah akan ditutup matanya sehingga mereka tidak dapat melihat pedang atau kapak yang datang menebas leher mereka agar mereka tidak dapat menghindar atau mengelak. Ada juga seorang pembantu algojo digunakan untuk memegang rambut terdakwa pesalah untuk mencegah mereka bergerak.
Di Malaysia dalam satu kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar, cenderong kepada penggunaan gilotin sebagai alternatif untuk menjalankan hukuman potong anggota badan pesalah, banyak memberi kesan kepada pihak tertentu untuk turut sama memberi pendapat.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman, memberi amaran, imej Islam akan terjejas sekiranya sebarang tindakan menghukum pesalah tidak dijalankan dengan betul menurut Islam.
Kerajaan Kelantan seharusnya menjalankan kajian yang menyeluruh dan banyak membuat perbincacngan dengan semua pihak terhadap setiap cadangan bagi memastikan objektif perundangan Islam dapat dipenuhi tanpa memberi kesan negatif terhadap agenda Islam secara keseluruhannya.
Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Muhammad, bersetuju sekiranya Kerajaan Kelantan dapat melakukan kajian yang mendalam dalam isu berkenaan termasuk mengadakan lawatan ke negara yang telah melaksanakan undang-undang jenayah hudud.
Muhammad Shukri berkata, jawatankuasa tersebut sedang meneliti pindaan Kod Jenayah Syariah II 1993 yang membincangkan kaedah pelaksanaan dan mereka akan berlepas ke luar negara untuk melawat negara yang melaksanakan undang-udang hudud bagi meluaskan idea serta pemikiran. Saya yakin ini merupakan jalan terbaik untuk dilakukan ketika ini,” katanya.
Di  Saudi Arabia, orang ramai masih boleh menyaksikan hukum hudud dijalankan sama ada depan orang ramai atau jauh ditengah padang pasir.
Namanya Abdallah bin Said al-Bishi yang mewarisi kerja ayahnya sebagai algojo (tukang pancung) sangat masyhur dan stesyen televisyen dari Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khusus pada akhir 2006.
Algojo seperti Abdallah inilah yang bertugas mencabut nyawa pesalah. Difaham  terdapat sekurang-kuanganya enam algojo yang ditunjuk Pemerintah Arab Saudi dengan Abdallah di tempatkan untuk Kota Mekkah.
Abdallah pada usia 32 tahun mula bertugas pada 1991, setelah ayahnya, Said al-Bishi meninggal dunia. Hari pertama, dia telah memancung tiga orang.
Dengan pedang bernama ‘Sultan’ warisan ayahnya. Pedang berkenaan melengkung seperti bulan sabit dengan panjang setengah meter. Hingga kini, dia mengaku telah memancung lebih dari 100 kepala.

SUMBER : BLOG UMMATAN WASATAN

No comments:

Post a Comment