Pulau Hashima atau
yang juga dikenali sebagai Gunkanjima ( Battleship Island ) kerana
bentuknya yang menyerupai kapal perang, merupakan sebuah pulau seluas
60,000 meter persegi di laut lepas Nagasaki , Jepun.
Pada 1950 , pulau
itu merupakan rumah bagi beribu-ribu pekerja lombong arang batu dan
ditutup pada 1974. Semenjak itu, pulau tersebut telah terbengkalai
hingga filem agen 007 kembali menemuinya .
Selain perumahan
pulau tersebut turut dilengkapi dengan hospital, panggung wayang,
restoran dan bar untuk penduduk pulau ini seolah-olah sebuah bandar atas
kapal.
Bagaimanapun
zaman kegemilangan pulau tersebut mula muram apabila selepas perang
dunia kedua permintaan terhadap arang batu mulai kurang kerana penemuan
petroleum telah menggantikan penggunaan arang batu.
Akhirnya penduduk
pulau tersebut mula berpindah ke daratan untuk mencari peluang pekerjaan
baru dan kini terbiar tanpa berpenghuni dan dikatakan teah menjadi
sebuah pulau yang berhantu.
Bangunan usang dan
barang -barang yang ditinggalkan para pelombong batu arang membuat
tempat ini seperti pulau yang paling terpencil di Bumi. Selain digunakan
sebagai lokasi dalam filem, pulau itu sebelumnya pernah menjadi berita
utama ketika pada 2008 sebuah organisasi nonprofit mengusulkan agar
Pulau Hashima ditetapkan sebagai tapak Warisan Dunia .
Pulau Hashima
seluruhnya ditutup untuk umum hingga pada 2009 pelancong dibenarkan
untuk mengunjunginya. Masalahnya, tidak ada banyak yang boleh dilakukan
di sana selain mengagumi runtuhan suasana menakutkan yang ternyata
menjadi daya tarik tersendiri. Pulau kini sudah tidak terurus dan
kelihatan seperti sebuah bandar berhantu dan amat menyeramkan dengan
bagunan yang mula buruk dan runtuh manakala tumbuhan liar mula tumbuh..
No comments:
Post a Comment