Tasik Chagan di
Kazakhstan mempunyai panorama yang sangat indah. Rumput hijau dan batu
kecil menghiasi di pinggir tasik, airnya yang tenang juga menggoda
pelawat untuk berenang. Tapi awas, pelawat dilarang menyentuh air
tasiknya!
Tasik yang berada
di Kazakhstan, Tasik Chagan jadi tempat yang perlu diberi perhatian.
Tasik yang menjadi saksi Perang Dingin di Kesatuan Soviet, tasik ini
terbentuk kerana letupan nuklear dan hingga sekarang airnya masih
mengandungi radioaktif.
Ketika Perang
Dingin, Kesatuan Soviet melakukan letupan nuklear di seluruh bahagian
timur laut Kazakhstan. Tujuannya untuk menyiasat kemungkinan penggunaan
tenaga nuklear untuk pembinaan, seperti penggerudian minyak, pembuatan
saluran dan takungan.
Sebanyak 156
letupan nuklear dilakukan Kesatuan Soviet. Salah satunya adalah ujian di
Chagan, Kazakhstan. Letupan ini untuk pembuatan takungan atau tasik
buatan.
Hasilnya, kawah
besar hasil letupan terbentuk. Kawah dengan keluasan 400 meter pesegi
dan kedalaman 100 meter dan diberi nama Tasik Chagan atau Tasik Atomik.
Program letupan ini
ternyata idea yang buruk. Air dalam tasik jadi mengandungi radioaktif.
Bahkan, jumlah radioaktif yang terkandung mencecah 100 kali lebih banyak
dari had yang dibenarkan.
Jika dilihat,
Tasik Chagan sebenarnya mempunyai panorama yang indah. Rumput hijau dan
batuan kecil di pinggir kawah menambah indah pemandangan.
Pelawat yang
ingin melihat harus berhati-hati. Jangan sembarang menghampiri atau
bahkan menyentuh air tasik, anda boleh terkena radioaktif.
sumber: papankekunci77.blogspot.com
No comments:
Post a Comment