Thursday 2 February 2012

Isteri

 Seorang isteri yang setia dan penyayang.Dia sentiasa berada di sisi di masa senang dan susah.Seorang ibu yang tegas tapi cukup penyayang.Tegasnya bertempat terhadap anak anak.Semuanya dilakukan atas sebab mengajar dan menyayangi anak anak.Minat berniaga.Teman yang kurang minat berniaga ni terpaksa le ikutkan n tolong mana yang boleh.Semoga isteriku berjaya dalam perniagaan walaupun hanya kecil kecilan.

 
                                                                   Kak Long   

Anak yang sulung ni seorang yang tegas dan agak lembut.Sikap terhadap adik adik memang tegas walaupun ada masanya bergurau dengan adik yang lain.Suka bersilat dan menyertai pasukan Silat Gayung di sekolah.Mewakili sekolah dalam pertandingan silat Peringkat Daerah.Pada pandangan teman sebagai ayah dia ni boleh ditegur dengan cara yang lembut dan berhemah.Kot le.Ye ke Kak Long.                       
                      
Abang Ngah

Anak ke 2.Seorang anak yang aktif dan suka bercakap.Gaya cakapnya memang laju.Teman sebagai ayahnya pun kekadang terpaksa menyuruhnya untuk ulang bicara baru teman faham.Seorang anak yang jadi tok lawak pada keluarga.Disebabkan perangai yang suka bergurau itu,ada seorang bapa saudaranya menggelarkannya sebagai " tak makan saman ".Minat dengan bolasepak sehingga ingin menjadi pemain bolasepak suatu hari nanti.Semoga cita citamu berjaya.


 
                                                                Manja

Manja anak ke 3.Seorang yang lemah lembut.Agak manja juga orangnya.Suka bermanja dengan ibunya.Suka menari tapi kurang bernyanyi kecuali jika bersama kakak dan abangnya.Suka bergaya dan dia adalah antara cucu yang suka bergaya.

                                                                   Izzul

Izzul anak ke 4.Anak bungsu.Tak tau le,mungkin kerana anak bungsu jadi manjanya agak lebih sikit.Sifatnya agak sensitif.Nak menegur perangainya kena dengan lembut.Kalo tak dia buat perangai.Tapi buat masa ni masih boleh dikawal lagi.

KEPADA ANAK ANAK AYAH SEMUA.aYAH BANGGA MENDAPAT ANAK ANAK MACAM KALIAN.ANAK YANG MANJA PENYAYANG DAN MEMAHAMI KEADAAN KELUARGA KITA.INGAT......... AYAH DAN IBU SANGAT MENYAYANGI ANAK ANAK SEMUA.AYAH DAN IBU SANGGUP BERSUSAH PAYAH ASALKAN ANAK ANAK SEMUA SENANG DAN BAHAGIA







No comments:

Post a Comment