Wednesday 4 December 2013

KEHEBATAN KAABAH


Kawasan disekeliling malap, tapi tidak di kawasan Ka'abah. Ternyata orang2 Amerika terpegun dengan keadaan ini. Mereka melihat sinaran yang terang dari bumi, lalu mengambil gambar dari satelit perisikan mereka, rupa-rupanya datang dari arah ka'abah..... Allahuakbar.....tak caya cuba check guna Google Earth





Ini pula dari sudut dekat gambar ka'abah sebelum dan selepas dipasangkan kelambu (Ghilaaf)...



Ini Jumlah yang tinggal batu Hajar Aswad.

Sunday 1 September 2013

15 PERKARA KEAJAIBAN KAABAH

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI




Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

Wednesday 14 August 2013

MEMELIHARA ANJING


HUKUM MEMELIHARA DAN MEMEGANG ANJING

SEJAK kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.
Antara alasan-alasan yang mereka beri:
1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.
2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.
3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.
4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur.
5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing.
6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.
7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid.
8) Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing.
Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut ada membela anjing."
JAWAPAN
Pada dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempurnaan untuk menganalisis secara teliti tentang najis air liur anjing.
Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali mengatakan: "Andaikan agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah muzah (sepatu) lebih utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah SAW telah mengusap di atas dua sepatu." (riwayat Abu Dawud).
Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah SWT. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Sebab itu agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan.
Apa yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih kepada menjaga kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat itu dan meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu.
Sebagai pembuka perbincangan, suka saya nukilkan beberapa dapatan kajian saintifik yang kebanyakan kita tidak mengetahuinya.
Walaupun sesuatu suruhan dan tegahan yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya pada awalnya diterima oleh sahabat dan para salaf soleh dengan tanpa bantahan, tanpa bertanya hikmah mahupun falsafah di sebaliknya. Tetapi mutakhir ini, kebanyakan tegahan dan suruhan dapat dibuktikan hikmah dan falsafahnya.
Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.
Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah.
Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).
Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing.
Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan mazhab al-Syafie.
Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).
Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie.
Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas.
Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing.
Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.
Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.
Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).
Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).
Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).
Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)"
Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah
1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.
2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.
4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing hitam pekat).
5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)
Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).
Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.
Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing.
Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.

Saturday 10 August 2013

DODOL

PROGRAM MENGACAU DODOL OLEH 
ANAK CUCU ABDUL RANI



Sesiapa yang pernah mengacau dodol tentu tau betapa peritnya mengacau dodol.Bukan senang nak mengacau dodol sampai siap.Teman pernah mengacau dodol sejak kecil lagi.Teman tau betapa susah dan peritnya mengacau dodol.Terutama masa dah pekat dan dah nak masak.Liat semacam je.


Masa teman kecil dulu,mengacau dodol ni dibuat secara bergotong royong.Tau je ada jiran yang nak buat dodol maka ramai ramai pergi untuk membantu mengacau dodol.Seronok mengacau  dodol beramai ramai ni.

Masa ini le macam macam cerita yang keluar.Selalunya ada saja orang tua yang akan bercerita untuk melalikan kami yang bebudak ni dan anak muda yang sedang mengacau dodol.Saya masih ingat lagi beberapa nama orng tua yang suka bercerita.Antaranya Pak Wok ( Ketua Kampong ),Pak Mabut,Pak Namat,Pak Kiteh,Pak Piee dan beberapa nama lagi.

Mereka akan bercerita masa zaman Jepun,zaman komunis,zaman orang putih,zaman baru merdeka hingga zaman depa masih kanak kanak lagi.Depa akan bercerita dengan penuh semangat dan beremosi.Memang seronok.

Tapi sekarang ni semua itu tinggal kenangan.Semua tu dah tiada lagi berlaku.Nama orang tua tua yang teman cakapkan tu semua dah tiada kecuali Pak Piee.Pak Piee ni sampai sekarang masih kuat bercerita walaupun tak seaktif dulu disebabkan keadaan kesihatnya yang membataskan pergerakannya.Sekarang ni tiada lagi kacau dodol beramai ramai.Tiada lagi cerita orang tua tua.Rindu rasanya.

Abang sulung teman nak anaknya dan anak anak sedaranya merasa sendiri dan mendapat pengalaman mengacau dodol seperti mana kami masa kecil dan muda dulu.Kami semua setuju,tapi tak nak buat banyak.Kami hanya buat 2 kilo setengah pulut je.

Resipinya dari abang yang sulung dan kakak.Teman tumpang je.Teman tolong mengacau boleh le.Keluarga teman tak guna tepung pulut tapi kami guna pulut yang di tumbuk dan di ayak jadi tepung.Tapi zaman sekarang ni kami dah tak tumbuk lagi.Dulu kami guna lesung kaki untuk tumbuk pulut.

Kami mengacau dodol pagi hari Sabtu bersamaan 27 Julai 2013.

Ni gambar2 yang dapat teman sertakan :


Dua beradik merasai pengalaman mengacau dodol

















                                                                                                                                                                  
     
 

 Dodol yang dah hampir siap


Dodol yang sudah siap


Hasilnya
Hasilnya cuma tak sampai seperiuk pun.Mengacaunya pun lama.Tapi berbaloi kerana ianya menjadi bahan cerita anak anak buah.Ianya menjadi pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka.Mungkin cerita ini juga akan menjadi kenangan sampai ke anak cucu mereka.Kalau ini berlaku maka usaha kami nampaknya berbaloi.


Monday 5 August 2013

FIRAUN RAMSES 2

FIRAUN RAMSES 2;
KEBENARAN ALQURAN


Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari, mengkaji dan menganalisis mumia Firaun, Ramses II iaitu Firaun yang mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda.

Tawaran itu disambut baik, lalu Mesir membenarkan mumia Ramses II di terbangkan ke Paris. Setibanya di Paris mumia itu disambut dengan penuh meriah sebelum ditempatkan di ruang khas Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ menanti para pakar, doktor bedah dan pakar autopsy Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal iaitu Prof. Dr. Maurice Bucaille untuk menyiasat punca kematian Ramses II.

Doktor Maurice Bucaille merupakan seorang pakar bedah Perancis yang dilahirkan di Pont-L Eveque pada 19 Julai 1920. Pada tahun 1945, beliau diiktiraf sebagai pakar dibidang gastroenterology.

Khidmat Dr. Bucaille banyak digunakan oleh kenamaan Perancis, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Dengan pengalaman dan kehebatannya, Dr. Bucaille yakin mampu membongkar misteri disebalik penyebab kematian Ramses II itu.

Setelah dikaji, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut. Ini bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Ini bermaksud, jasad Ramses II telah dikeluarkan dari laut, sebelum diawet menjadi mumia supaya jasad itu kekal. Tapi penemuan itu menimbulkan persoalan besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih berkeadaan sangat baik berbanding jasad-lasad yang lazimnya tenggelam dan di keluarkan dari laut?

Tanpa berlengah, Dr. Bucaille menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan itu diterbitkan dengan tajuk: Les Momies Des Pharaons El La Midecine (Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden).

Hasil laporan itu Dr. Bucaille telah menerima anugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakannya sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan itu sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille. Baginya membongkar sesebuah misteri lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan menggunakan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih.

Kawannya terus bercerita bahawa al-Quran yang diyakini dan menjadi pegangan umat Islam telahpun menceritakan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Kata-kata itu sekali lagi menimbulkan persoalan kepada Dr. Bucaille. Adakah ia dapat diterima akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Tapi al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Padahal kejadian Firaun mengejar Musa berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” kata hati kecilnya.

Akibat masih tidak berpuashati, Dr. Bucaille mendapatkan sebuah kitab Injil. Tapi di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Dia menyelak pula Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama). Tapi kitab itu hanya menceritakan: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu.” (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15).

Dr. Bucaille semakin bingung kerana pencariannya belum berhasil. Apa seterusnya yang terjadi kepada mayat Firaun selepas tenggelam masih belum ditemui.

Selepas mumia dikembalikan ke Mesir, Dr. Bucaille terus berjumpa dengan para ilmuwan Islam untuk mengetahui sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan di kejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang ilmuwan Islam yang ditemuinya telah membacakan surah Yunus, ayat 92, berhubung kisah Firaun yang tenggelam itu.

"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa daripada ditelan laut) untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang dibelakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada memerhati dan memikirkan tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus :92).

Apabila mendengar ayat itu, Dr. Bucaille terkedu. Hatinya benar-benar tersentuh. Al-Quran telah menjelaskan bahawa jasad Firaun tidak reput ditelan laut sebagai peringatan kepada umat seterusnya.

Akhirnya Dr. Bucaille mengakui kebenaran ayat tadi kerana logic, dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Tanpa berlengah dengan hati yang begitu bergetaran menahan sebak dan terharu, Dr. Bucaille bangun. Dengan suara lantang, Dr. Bucaille bersuara: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Selepas pulang ke Perancis, Dr. Bucaille terus mengkaji al-Quran. Akhirnya beliau Berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, The Qur’an and science . The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang telah menukar namanya kepada Dr. Yahya Maurice Bucaille Berjaya membuktuikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta –fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

Al-Quran yang didalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” luahnya.

Mastika April 2011

KISAH YANG MENJADI TELADAN

ADA "DUA MALAM" YANG MENJADIKAN MANUSIA MENANGIS


Kita biasa mendengar ulama dan ustaz-ustaz bercerita tentang Sakaratul Maut. Maksudnya ialah, pada sat-saat akan berakhirnya roh seseorang itu keluar dari jasadnya.

Sakaratul Maut bererti seseorang yang sedak "Nazak" , kata orang-orang kita. Apabila seseorang itu hampir akan menghembuskan nafasnya yang akhir, maka itu yang disebut sebagai Sakaratul Maut.

Saat-saat Sakaratul Maut juga ada huru-haranya. Banyak disebutkan dalam kitab-kitab agama yang membicarakan bab roh terpisah dari jasad.

Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. juga ada dijelaskan tentang masalah ini. Ada disebutkan dalam sebuah hadis iaitu diantara banyak hadis Nabi s.a.w. ialah sebuah hadis dari Jabir b. Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ertinya :

"Janganlah kamu mengharap-harap akan kematian kerana huru-hara kematian itu sangatlah dahsyat."

Ini adalah hadis dari Nabi s.a.w. sendiri yang menerangkan tentang berlakunya huru hara ketika terjadinya Sakaratul Maut. Bagaimana bentuk huru-hara itu?

Ketika Umar Ibnul Khatab r.a. sesudah ditikam, seorang sahabat berkata kepadanya: "Aku berharap semoga kulitmu tidak tersentuh api neraka."

Umar diam sejenak dan kemudian lalu memandang kepadanya sambil berkata : "Sesungguhnya orang yang kamu anggap tertipu, memang orang tertipu. Demi Allah, seandainya aku punya apa yang ada di bumi, akan aku gunakan untuk menebus dahsyatnya huru-hara maut."

Abu Darda' r.a. mengatakan pula : "Ada tiga orang yang membuatkan aku tertawa kerana lucu dan ada tiga hal yang membuat aku menangis sedih.

Tiga orang yang membuat aku tertawa kerana lucu adalah :
  • Orang yang masih mengangan-angankan dunia, pada hal dia sedang diburu oleh maut.
  • Orang yang lalai tetapi tidak merasa dia lalai.
  • Orang yang tertawa, namun dia tidak tahu apakah Allah meredhainya atau murka kepadanya.
Sementara itu yang ketiga lagi yang membuatkan aku menangis ialah :
  • Berpisah dengan orang yang tercinta seperti Nabi Muhammad s.a.w. berpisah dengan sahabat-sahabatnya
  • Menghadapi huru-hara kematian dan
  • Berdiri di hadapan Allah pada hari semua yang tersembunyi akan terungkap dan aku tidak tahu nasibku samada ke syurga atau ke neraka.
Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad dari Anas b. Malik bahawa ia berkata :

"Mahukah kamu aku ceritakan tentang dua jenis hari dan dua jenis malam dimana seluruh makhluk belum pernah mendengarnya, iaitu :
  • Hari pertama : "Ketika kamu didatangi oleh Malaikat pembawa khabar dari Allah yang mungkin membawa redhaNya atau murkaNya.
  • Hari Kedua : "Hari ketika dimana Tuhanmu menyerahkan buku catatan amal kepadamu."
Kemudian malam pertama pula : "Dimana ketika kamu menginap di kubur yang belum pernah dialami sama sekali dan kedua : "Malam esoknya terjadi hari kiamat."

Beberapa hadis diatas sudah cukup untuk kita mengambil iktibar.


Sumber : Majalah Al Hidayah.

Sunday 4 August 2013

RENUNGAN UNTUK ANAK ANAK

PANDANGAN ISTERI PADA SUAMINYA : UNTUK ANAK ANAKNYA


 
Anakku...
Memang ayah tak mengandungmu,
tapi darahnya mengalir didarahmu, namanya melekat dinamamu...
Memang ayah tak melahirkanmu,
tapi suaranya-lah yang pertama menghantarkanmu pada Tauhid ketika kau lahir...
Memang ayah tak menyusuimu,
tapi dari keringatnyalah setiap titisan yang menjadi air susumu...

Nak...
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat,
tapi tahukah kau dalam doanya selalu ada namamu disebutnya...
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar kerana dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika kau merasa tak aman...
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat Ibu, kerana kecintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu...
Dia ingin kau berdikari, agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri...
Jauh didalam hatinya dia hanya ingin mampu membanggakanmu di mata Rasulullah s.a.w, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka..
Ibu hanya ingin kau tahu nak..
bahawa...
Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta Ibu...
"Jagalah selalu kecintaan dari ayahmu dan janganlah engkau memutuskannya, kerana yang demikian lalu Allah SWT akan memadamkan cahaya dari padamu" (HR. Bukhari)

Anakku...
Pada diri ayahmu juga terdapat syurga bagimu...

MAKA HORMATI, SAYANGILAH AYAHMU DAN DOAKAN LAH AYAH MU YANG SUDAH TIADA YG TIDAK PERNAH PUTUS MENGHARAP DOA ANAKNYA YG SOLEH DAN SOLEHAH...
APA KITA NAK JAWAP KALAU ADA YANG BERTANYA MENGENAI SYUGA DAN NERAKA?


Neraka itu tanda Allah sayang kepada kita...

Seorang gadis Melayu beragama Islam yang jahil bertanya pada seorang Ustaz :

“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je?
Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”

Ustaz itu terkedu.

Ustaz itu menjawab : “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang. Lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takde. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga, kan? Tuhan tu baik.”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Jelas ustaz itu lagi : “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa adil ke?”

Gadis itu terdiam.

Ustaz : “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih
sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang,
tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah.

Ingatlah, semua yang ada pada kita bukan hak kita. Semuanya adalah pinjaman dari Allah..
 
 
Sumber : FB Terbangtinggitinggi

Monday 29 July 2013

PARTI KOMUNIS MALAYA:
DARURAT PERTAMA DAN DARURAT KEDUA



KOMUNIS DI TANAH MELAYU

Darurat di Tanah Melayu

Darurat Tanah Melayu yang berlaku pada tahun 1948 hingga 1960 adalah persengkatan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British di Tanah Melayu. Darurat telah diisytiharkan pada 7-7-1948.

Sebab Darurat

Bolehlah dikatakan bahawa segalanya bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. Nasionalisme penduduk Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh Jepun semasa penjajahannya telah mendorong penduduk Tanah Melayu untuk bekerajaan sendiri.
Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.

Dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.

Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).

Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka rasa patut. Hubungan PKM dan British yang semakin keruh dan setelah Chin Peng dilantik sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat bermula dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Tang (KMT) dan 3 orang pengurus ladang getah berbangsa Eropah, termasuk seorang penolong, pada 12-6-1948 dan 15-
6-1948. Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

Min Yuen

Pada masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang dilakukan oleh komunis. Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa Cina) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya dan sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Cina.

Tujuan Min Yuen adalah untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan kepada komunis. Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawaan berhampiran hutan. Bukan semua orang Cina menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut.

Sebenarnya kebanyakkan orang Cina berasa serba salah kerana kalau mereka menyokong kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan tindakan akan diambil bukan sahaja terhadap mereka tetapi melibatkan keluaraga mereka. Kegiatan Min Yuen sukar dikesan kerana mereka menjalankan operasinya di sebelah malam.


Bagi melumpuhkan pergerakan Min Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs telah dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina dipinggir-pinggir hutan ke kawasan penempatan baru yang dikawal. Rancangan ini bertujuan menjamin keselamatan penduduk Cina daripada diancam dan diperas-ugut oleh pengganas komunis.

Langkah mengatasi darurat

Undang-undang Darurat

Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:

1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.

Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang,seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.

Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.

Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang mempunyai pengaruh komunis.
Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.

Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.

Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.

Rancangan Briggs

Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.

Tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.

Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.

Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.
Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.

Gerakan Kelaparan

Gerakan Kelaparan merupakan usaha susulan yang dilakukan oleh kerajaan jajahan British di dalam Rancangan Briggs. Gerakan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha Min Yuen daripada pihak Parti Komunis Malaya. Rancangan ini melibatkan penyelarasan dan kerjasama di antara pegawai-pegawai perkhidmatan awam, polis dan tentera. Oleh itu, satu Jawatankuasa Kerja pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah telah ditubuhkan.

Di peringkat daerah, biasanya Pegawai Daerah yang menjadi pengerusi dan bertanggungjawab untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasannya. Semua anggota di Kampung Baru yang terlibat dalam Rancangan Briggs perlu memastikan bahawa segala keperluan asas seperti bahan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta senjata tidak diberikan kepada pihak komunis. Penduduk-penduduk hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang ditetapkan sahaja.

Kad pengenalan juga dikeluarkan bagi mengawal pergerakan penduduk di Kampung Baru. Sekatan-sekatan jalan raya diadakan juga untuk menghalang pergerakan Min Yuen.

Perang Saraf

Rancangan Briggs telah meninggalkan kesan terhadap hubungan kerajaan dan rakyat ketika itu.Didapati ahli Parti Komunis Malaya adalah kaum Cina manakala orang Melayu ramai berkhidmat sebagai polis dan tentera. Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Sir Henry Gurney telah mengadakan kempen ‘Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis’ yang melibatkan 500 000 orang.Dalam kempen ini mereka
membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis dan membakar patung-patung komunis serta mengadakan rapat umum.

Rundingan Baling 1955

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan. Rundingan Baling telah dibuat pada 28-29 Disember 1955, di Sekolah Rendah Baling, Baling , Kedah Darul Aman. Rundingan ini tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telah pun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Sebelum Perjanjian

Jun 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng. Surat itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin Peng.
Tawaran Chin Peng tidak dihiraukan oleh kerajaan kerana PKM sudah lemah. Lagipun kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah tidak wajar.

Julai 1955
Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu.

September 1955
Kerajaan menabur 40 juta surat tawaran pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang. Namun demikian Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan

Februari 1956.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa.


Pada 31 Julai 1960, Darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan danpengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis disempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa
dasar:-

1. Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam.

2. Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru.

3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.

4. Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas.Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang,mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage) .

5. Memperkenalkan ISA.

6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.

7. Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata.

8. Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.

Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh.

Langkah bukan bentuk ketenteraan

Langkah berbentuk sosial juga dibuat kerana hati rakyat Tanah Melayu perlu diambil juga. Antara yang paling popular adalah berbentuk:

1. Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu yang adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam PKM, tetapi sebagai pengintip)
Dengan makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad dan mereka tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang berada di dalam hutan.

2. Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu mendapatkan ganjaran untuk pemberitahuan sarang setiap ahli PKM dengan gangaran untuk ahli PKM yang menyerah diri. Dianggarkan bahawa ganjaran sebanyak $5,000 untuk setiap ahli PKM yang menyerah diri, serta $25,000 untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng.

3. Pembentukan Malaysia. Merdeka yang diisytiharkan pada 31-8-1957 juga telah menghalang alasan untuk PKM membentuk negara komunis yang diidamkan. Ini telah membawa kepada mereka untuk membuat rundingan Baling dengan wakil UMNO.

4. Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam), tetapi langkah ini telah dibuktikan gagal kerana Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1963.


KEGANASAN KOMUNIS


Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, telah gagal untuk mendapatkan pengisytiharan kebenaran untuk masuk dan hidup di Malaysia, setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya pada 30 April yang lalu. Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza daripada ramai rakyat Malaysia.



Rata-rata rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran, berpendapat bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah tepat. 

Namun, pandangan dan seruan segelintir rakyat Malaysia yang buta sejarah, telah memperjuangkan permohonan Chin Peng dan telah membangkitkan api kemarahan ramai rakyat Malaysia yang patriotik. 

Terdapat golongan muda yang lahir semasa negara sedang menikmati kemajuan pesat serta aman damai dan tidak memahami jerih perih serta pengorbanan keringat, darah dan air mata, pemimpin, rakyat khasnya anggota pasukan keselamatan semasa memerangi pengganas komunis dahulu, terkeliru dengan seruan beberapa pemimpin politik yang kini memberi sokongan kepada Chin Peng. 

Bagi menegakkan agenda politik yang songsang, beberapa pemimpin politik cuba mendesak kerajaan untuk membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air atas dasar peri kemanusiaan. 

Mereka menyatakan Chin Peng juga patut dimaafkan kerana kini telah tidak lagi menjadi ancaman kepada negara.

Ideologi komunis dikatakan adalah seperti sebiji benih yang tertanam dalam tanah gersang.

Walau kemarau seratus tahun, bila tiba musim hujan, benih tersebut akan tumbuh semula. Di bawah perjanjian damai antara kerajaan Malaysia, kerajaan Thailand dan PKM di Hatyai, Thailand pada 1 Disember 1989, PKM telah meletak senjata dan bersetuju kembali kepangkuan masyarakat. 

Namum seperti yang diakui sendiri oleh Chin Peng, bahawa mereka hanya menerima perlawaan kerajaan Malaysia untuk meletak senjata dan kembali kepada masyarakat tetapi tidak sekali-sekali memberi persetujuan untuk membubarkan PKM atau menggugurkan ideologi komunis mereka. 



Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)


Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan organisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui Malayan People Anti Japanese Army atau dalam bahasa Melayu Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940. MPAJA PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.

Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.

Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila.
Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu.
Akibatnya, orang orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka.

Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai PKMM melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin dan Abdullah C.D. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada
Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk *Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Perjanjian Damai Hatyai 

Sebelum Perjanjian Damai Hatyai, kerajaan pernah memberi peluang kepada PKM untuk menyerah diri. Pertama kali semasa Rundingan Baling pada tahun 1955 dan seterusnya sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. 

Namun kedua-dua peluang telah ditolak oleh Chin Peng walaupun ramai anggota PKM yang lain telah menerima perlawaan tersebut, telah meletak senjata dan kembali kepada masyarakat ketika itu. 

Perjanjian Damai di Hatyai telah diadakan sebanyak tiga pusingan bermula pada Mac 1989. Setelah tamat pusingan ketiga pada 1 Disember 1989, Chin Peng tetap tidak mahu membubarkan PKM, namun empat perkara pokok yang telah dipersetujui ialah: 

Pertama: Menamatkan aktiviti ketenteraan dengan serta-merta selepas menandatangani perjanjian. 

Kedua: PKM perlu membubarkan unit ketenteraan, memusnahkan senjata, peluru, bahan letupan dan jerangkap samar. 

Ketiga: Penempatan di Malaysia. Anggota PKM yang berasal dari Malaysia dan ingin tinggal di Malaysia dibenarkan. Anggota yang bukan berasal dari Malaysia tetapi memilih untuk tinggal di Malaysia juga dibenarkan. Anggota PKM yang memilih untuk tidak kembali ke Malaysia, dibenarkan oleh kerajaan Thailand tinggal di beberapa perkampungan khas di Selatan Thailand. 

Keempat: Bantuan oleh kerajaan Malaysia. Selaras dengan Perkara Ketiga, kerajaan Malaysia akan membantu anggota PKM yang kembali ke pangkuan masyarakat untuk memulakan kehidupan baru dari segi perumahan, pekerjaan dan kewangan.

Setelah termeterai Perjanjian Damai Hatyai, dalam tempuh satu tahun yang diberikan, seramai 442 bekas ahli PKM telah memohon untuk kembali ke Malaysia dan seramai 406 daripada mereka telah menghadiri temu duga. 

Kesemuanya 338 bekas ahli PKM yang memenuhi syarat dan lulus temuduga telah diterima kembali untuk tinggal di Malaysia. Kesemua mereka telah menerima bantuan kerajaan untuk memulakan kehidupan baru di bumi Malaysia yang aman makmur.

Asal Usul Parti Komunis Malaya 

Komunisme yang dicetuskan oleh Karl Marx di Eropah pada pertengahan abad ke-19, merebak dengan pesat ke negara lain seperti Russia dan China sebelum tiba di Tanah Melayu pada tahun 1920-an. 

Ajen komunis yang begitu aktif berjaya menanamkan ideologi tersebut kepada rakyat Tanah Melayu khasnya kaum Cina dan PKM yang ketika itu adalah cabang Parti Komunis China, ditubuhkan pada tahun 1930 di Tanah Melayu. 

Pada tahun 1934 seramai hampir 10,000 kaum Cina di Tanah Melayu telah menyertai PKM. Chin Peng menyertai PKM pada tahun 1940 semasa baru saja berumur 18 tahun. 

Menjelang pendaratan tentera Jepun di Singapura, Tentera British yang menyedari PKM adalah anti-Jepun, telah mula melatih secara intensif seramai 165 anggota sayap bersenjata PKM dalam ilmu perang gerila di 101 Special Training School, di Tanjong Balai dekat muara Sungai Jurung di Singapura pada tahun 1941. 

Di samping latihan perang gerila khasnya cara melancarkan serang hendap, anggota sayap bersenjata PKM juga dibekalkan dengan senjata, peluru, bahan letupan, peralatan radio, bahan makanan dan kewangan untuk bekalan selama tiga bulan. 

Pada 3 Januari 1942, tentera British juga telah menubuhkan satu lagi pusat latihan gerila untuk sayap bersenjata PKM di 102 Special Training School di Sekolah Cina Chunjin di Kuala Lumpur.

Semasa Tanah Melayu di bawah pemerintahan tentera Jepun, sayap bersenjata PKM yang menentang tentera Jepun dalam pasukan Malayan Peoples Anti- Japanese Army (MPAJA), terus dibekalkan oleh tentera British yang berpengkalan di Ceylon (kini Sri Lanka) dan India, dengan senjata, peluru, bahan letupan, peralatan perang, makanan, peralatan radio wireles dan kewangan. 

Semua bekalan dihantar oleh tentera British kepada gerila Komunis MPAJA melalui kapal selam dan pengguguran dengan payung terjun. 

Setelah tentera Jepun kalah perang, tentera British yang telah kembali ke Tanah Melayu, telah meminta anggota MPAJA untuk meletak senjata dan memulangkan semula semua senjata, peluru, bahan letupan dan peralatan radio wireless. 

Sayap bersenjata PKM enggan meletakkan senjata serta enggan memulangkan semua senjata, peluru, bahan letupan serta peralatan wireless radio dan bermulalah penentangan PKM terhadap tentera British di Tanah Melayu. 

PKM yang ketika itu dipimpin oleh Chin Peng sebagai Setiausaha Agung, memulakan penentangan bersenjata terhadap tentera British di Tanah Melayu pada tahun 1948 berakhir selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu hingga tahun 1960. Konfrontasi tamat pada tahun 1966 dan tentera British berundur dari Malysia pada tahun 1967. Selepas itu PKM yang merasakan ketiadaan tentera British akan melemahkan pasukan keselamatan negara, meneruskan penentangan bersenjata terhadap kerajaan Persekutuan Malaysia mulai tahun 1968 hingga tahun 1989.

'Bintang Tiga Berkuasa Selama 14 hari di Tanah Melayu

Peristiwa 14 Hari. Sebenarnya Bintang Tiga tidaklah berkuasa di seluruh Tanah Melayu selama 14 hari selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Mereka hanya berkuasa selama itu di beberapa bandar dan pekan dalam daerah tertentu di mana pasukan Force 136 tidak beroperasi. Di beberapa bandar, pekan dan daerah lain seperti Muar dan Batu Pahat di Johor dan Daerah Parit di Perak, kuasa Bintang Tiga terhad kerana kebangkitan orang Melayu yang menentang mereka. 

Sejurus selepas tentera Jepun mengaku kalah, pengganas Bintang Tiga merayakan tamat perang dan kemenangan dalam perjuangan menentang tentera Jepun dengan mengadakan perbarisan kemenangan di beberapa bandar di Tanah Melayu. 

Mereka telah mengadakan perbarisan kemenangan di Johor Bahru, Johor dan Pekan Keruh (kini Pengkalan Hulu) di Hulu Perak. 

Rancangan Bintang Tiga untuk mengadakan perbarisan kemenangan di Alor Setar, Kedah digagalkan oleh kehadiran Pasukan Force 136 yang berjaya mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun.

Sebelum itu gerila Bintang Tiga sempat menyerang Balai Polis Alor Janggus, sebuah pekan kecil enam batu dari Alor Setar, menahan beberapa anggota polis dan merampas beberapa senjata. Di Balai Polis Kuala Nerang, percubaan pengganas komunis Bintang Tiga untuk merampas senjata telah dipatahkan oleh Pasukan Force 136 yang diketuai oleh Leftenan Tengku Osman Jewa (anak watan pertama sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera ). 

Di Bandar Raub dan Kuala Lipis, Pahang, pengganas Bintang Tiga gagal berkuasa. Pasukan Force 136 dan Gerila Wataniah Pahang secara serentak memasuki kedua-dua bandar untuk mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun pada 3 September 1945, sehari selepas Jeneral Douglas MacArthur menandatangani Perjanjian Jepun Menyerah Kalah dan tamat Perang Dunia Kedua di Timur Jauh pada 2 September 1945. 

Gerila Wataniah Pahang yang menyertai Force 136 Melayu, ketika itu di bawah Mejar Yeop Mahidin bin Mohd Sharif, yang hanya dikenali dengan gelaran Singa oleh tentera Jepun, bersama pegawai British, Lt Col Douglas Richardson yang dikenali dengan nama samaran Kiwi. 

Sementara itu di Bandar Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping, gerila Bintang Tiga tidak dapat berkuasa kerana Markas Force 136 Perak yang terletak di Istana Kuning Bukit Chandan telah menghantar anggota Force 136 untuk mengawal ketiga-tiga bandar daripada pengaruh pengganas komunis sementara menunggu kedatangan British Military Administration.

Pegawai Perhubungan Force 136 di Kuala Kangsar, Perak, ketika itu ialah Leftenan Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman (Rekrut No:25 yang menjadi anak Melayu pertama memakai pangkat Brigedier Jeneral ).

Di beberapa negeri, daerah dan bandar yang dikuasai oleh Bintang Tiga selama empat belas hari, ribuan rakyat khasnya orang Melayu telah menjadi mangsa keganasan dan kekejaman pengganas komunis. 

Tanpa bukti yang nyata serta memakai Law Of The Jungle hukuman rimba, pengganas komunis Bintang Tiga di bawah kuasa Chin Peng, telah menyeksa mangsa dengan kejam sebelum mereka dibunuh samada ditembak atau ditikam dengan pisau atau benet. 

Mayat mereka rata-rata dibuang dalam sungai atau ditinggalkan dalam hutan dimakan binatang buas dan ramai mangsa yang diculik tidak dijumpai hingga hari ini, tidak diketahui samada hidup atau mati.

Perebutan Bandar Lenggong

Pekan Lenggong, di Hulu Perak, mempunyai sejarah tersendiri selepas tentera Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu. Sejurus selepas tentera Jepun meletak senjata, gerila Bintang Tiga (sayap bersenjata PKM) telah mengambil kuasa di Pekan Lenggong. 

Selang beberapa hari di bawah kuasa Bintang Tiga, gerila Bintang Satu ( Parti Kuamintang ) yang sangat aktif di Hulu Perak menentang tentera Jepun, telah merampas kuasa daripada gerila Bintang Tiga.

Selain memusuhi tentera Jepun, gerila Bintang Tiga dan Bintang Satu juga bermusuhan dan antara mereka sering berlaku pertempuran akibat berbezaan ideologi komunis yang bermula di negara China lagi. 

Pasukan gerila Melayu Force 136 yang ketika itu telah mengambil kuasa daripada tentera Jepun di Pekan Gerik, telah bergegas menuju Pekan Lenggong dan berjaya merampas Pekan Lenggong daripada gerila Bintang Satu. 

Kehadiran pasukan gerila Melayu Force 136 telah mengembalikan keamanan di Pekan Lenggong. Ramai penduduk Pekan Lenggong serta daripada kampung-kampung sekitar, telah keluar beramai-ramai mengalu-alukan ketibaan pasukan gerila Melayu Force 136. Semasa gerila Bintang Tiga berkuasa selama beberapa hari di Lenggong, ramai penduduk Melayu Lenggong telah dibunuh dengan kejam dan ramai lagi yang diseksa dengan teruk oleh gerila Bintang Tiga.

Gerila Bintang Tiga dikatakan ingin membalas dendam terhadap penduduk Melayu yang dikatakan telah bersubahat dengan tentera Jepun, walhal, ramai penduduk Pekan Lenggong telah menyertai atau menyokong pasukan gerila Melayu Force 136 menentang tentera Jepun di Hulu Perak dan ramai yang terkorban dan cedera. 

Malah beberapa penduduk Hulu Perak yang disyaki menyertai atau membantu pasukan Force 136 telah diseksa oleh tentera Jepun hingga mati dan beberapa kampung turut dibakar.

Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu

Semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, pihak British telah mengenepikan PKM. 

Setelah usaha untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis menerusi pendekatan politik gagal, PKM merubah strategi kepada pendekatan keganasan. 

PKM mula melakukan keganasan terhadap rakyat yang tidak menyokong pergerakan mereka. 

Dalam pada itu PKM juga cuba mensabotaj ekonomi Tanah Melayu, memusnah ladang getah dengan menakik ribuan pokok getah, membakar rumah asap dan gudang getah serta menakut-nakutkan penoreh getah supaya tidak turun menoreh. 

Akibat pembunuhan tiga pengurus ladang getah berbangsa Inggeris di Perak oleh pengganas komunis, maka kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah mengharamkam PKM dan mengisytiharkan darurat pada tahun 1948 dan hanya tamat pada tahun 1960 selepas PKM berundur melintas sempadan mencari perlindungan di Selatan Thailand. Darurat di Tanah Melayu menyaksikan ribuan peristiwa keganasan dan kekejaman pengganas komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.

Ribuan anggota pasukan keselamatan dan orang awam terbunuh dan ramai lagi yang cedera dan teraniaya. Ramai pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan turut terbunuh, antara mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi British Sir Henry Gurney dibunuh komunis pada 1951, Ketua Polis Negara Allahyarham Tan Sri Rahman Hashim dibunuh ajen komunis di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, pada 7 Jun 1974 dan pada 13 November 1975 pula, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong. Keganasan dan Kekejaman PKM

Di sepanjang Era Darurat 1948 hingga 1960 dan Era Kebangkitan Kedua PKM 1968 hingga 1989, pengganas komunis melakukan keganasan dan kekejaman dari utara hingga ke selatan Semananjung Tanah Melayu serta di Sarawak. 

Seramai 2,083 anggota pasukan keselamatan terkorban dan seramai 3,541 lagi cedera termasuk cedera kekal seperti putus kaki dan tangan di tembak atau terkena jerangkap samar. 

Sementara itu seramai 2,588 orang awam turut terkorban dan seramai 1,490 lagi cedera oleh angkara pengganas komunis. Bagi menunjukkan kebangkitan semula PKM, pengganas komunis telah menyerang hendap sebuah konvoi pasukan keselamatan di jalan Kroh-Betong pada 17 Jun 1968. 

Seramai 17 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh. Untuk mengabuli mata pasukan keselamatan dengan memberi gambaran bahawa PKM hanya aktif di kawasan sempadan, pengganas komunis telah melakukan serang hendap di Sintok, Kedah, memasang jerangkap samar di jalan Changlun-Sadao serta meletupkan jalan kereta api dekat Padang Besar. 

Bagaimanapun, pertempuran di Hutan Sinpan Bukit Kinta di Perak telah membuktikan bahawa PKM sudah jauh melintas sempadan. 

Antara keganasan terawal yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap penduduk kampung berlaku di Kampung Layang-Layang Kiri, Parit, Perak pada tahun 1946 ketika PKM mula mencari rekrut baru di kalangan penduduk Melayu. 

Oleh sebab orang Melayu tidak mahu menerima propaganda PKM yang cuba menegakkan pergerakan mereka sebagai memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British, tambahan pula fahaman komunis yang anti Islam, pengganas komunis telah membunuh seramai 14 penduduk Kampung Layang-Layang Kiri serta menculik seramai 11 lagi anggota keluarga Kamaluddin Noh. 

Mayat mereka yang dibunuh dijumpai dalam Sungai Perak dekat Kampung Layang-Layang Kiri sementara mereka yang diculik hingga kini tidak diketahui samaada hidup atau mati.

Dalam satu lagi keganasan pengganas komunis ketika Peristiwa 14 Hari berlaku di Kampung Perigi Jernih pada September 1945. Seorang penduduk kampung, Abdul Karim Bidin diseret daripada rumahnya pada jam 4 pagi, dibawa ke jalan kereta api dekat kampung dan kemudiannya ditembak serta ditikam sampai mati. Ramai lagi penduduk Kampung Perigi Jernih turut menjadi mangsa keganasan gerila Bintang Tiga ketika itu.

Dalam tahun 1945,ketika pengganas komunis berpengkalan dekat Klian Intan dekat Kroh, Hulu Perak, gerila Bintang Tiga telah membakar banyak rumah penduduk kampung yang enggan menyokong pergerakan mereka. 

Rumah di kampungkampung seperti Bukit Buluh, Malau, Kubang, Kuala Kenering, Sungai Terap, Kampung Chua dan Kampung Beko telah dibakar hangus. 

Di Kampung Chepor dan Bukit Sapi, Lenggong, beberapa penduduk kampung yang enggan bekerjasama dengan komunis, telah diikat pada tiang seri dan dibakar bersama rumah mereka. 

Satu lagi peristiwa keganasan pengganas PKM berlaku kepada orang kampung dekat Junjung, Kulim, Kedah di mana seorang penduduk telah dibakar hidup-hidup dengan tangannya terikat pada stering lorinya. 

Di Batu Pahat, pengganas komunis telah membunuh dan menyeksa ramai penduduk Melayu kerana membalas dendam. Mereka menuduh penduduk Melayu bersubahat dengan tentera Jepun hingga ramai penduduk kaum Cina dibunuh oleh tentera Jepun.

Pengganas Bintang Tiga yang berpengkalan di hutan dekat Bukit Pasir telah bertindak kejam dengan membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail bin Dato Abdullah. Akibat tindakan pengganas komunis penduduk Melayu Batu Pahat telah bangkit menentang pengganas komunis serta penyokong mereka iaitu kaum Cina.

Pemimpin penduduk Melayu ketika itu ialah Kiai Salleh yang pernah menjadi Penghulu Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat. Dalam satu peristiwa keganasan pengganas komunis dilakukan oleh pengganas komunis yang dipimpin oleh orang Melayu bernama Khidzir, terhadap penduduk Kampung Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, pada 5 Januari 1950. Khidzir bersama 15 pengganas komunis yang lengkap bersenjata, yang kebanyakannya adalah pengganas bangsa Cina, telah datang ke Kampung Chenah (Kenaboi) untuk menangkap seorang penduduk bernama Bahadun. 

Bahadun adalah menantu kepada Ketua Kampung Chenah, Abdul Aziz bin Dato Abdullah, yang juga Penolong Penghulu Mukim Kenaboi. Ketika menghalang pengganas komunis daripada menangkap Bahadun, berlaku bergaduhan dan Ketua Kampung Abdul Aziz sempat menendang dada Khidzir yang cuba menggunakan pistol. 

Oleh kerana pengganas komunis terlalu ramai, akhirnya Ketua Kampung Abdul Aziz bersama Bahadun dan seorang lagi penduduk yang turut melawan, telah dapat ditangkap. 

Mereka bertiga telah diseret ke jambatan masuk ke Kampung Chenah dan diikat dekat kepala jambatan.

Badan mereka bertiga telah dikelarkelar oleh pengganas komunis dan dicurah dengan air garam. Setelah puas diseksa dengan kejam, pengganas komunis telah menembak mereka bertiga hingga mati. 

Sebenarnya terlalu banyak kejadian keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap penduduk awam untuk diceritakan.

Mungkin seratus buah buku tidak cukup untuk menceritakan segalanya. 

Terlalu ramai yang menjadi mangsa keganasan dan kekejaman gerila PKM di bumi Malaysia yang hingga kini masih menderita.

Isteri, anak dan saudara mereka yang terkorban oleh keganasan dan kekejaman komunis hingga kini masih merasai kehilangan orang tersayang. 
Penutup 

Seluruh rakyat Malaysia perlu memahami bahawa walaupun komunis telah dikalahkan dari sudut ketenteraan di Malaysia, PKM tidak dibubarkan. 

Ideologi komunisme masih hidup di kembali kepada masyarakat dan kini ideologi tersebut sudah nampak seperti disemarakkan semula. Kita perlu sedar perkembangan yang tidak sihat ini dan semua golongan rakyat Malaysia mesti sentiasa berwaspada dan bertindak dengan waras. 

Masih terdapat usaha oleh pihak tertentu untuk mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat seluruh dunia dan negara kita tidak terkecuali, terutama golongan intelektual dan khasnya generasi muda terhadap dakyah komunisme. Terdapat bekas anggota PKM yang mewujudkan blog yang mengagungkan perjuangan PKM di Tanah Melayu. 

Bekas anggota PKM yang memperkenalkan diri sebagai Mat Amin, 60 tahun, mendakwa pernah menjadi anggota Rejimen Ke-10 PKM selama 20 tahun. Mat Amin mewujudkan blog kerana merasakan media arus perdana menyisihkan perjuangan PKM. 

Ramai golongan muda yang tidak pernah merasai pahit maung kehidupan semasa era darurat dan tidak peka dengan sentimen rakyat yang cintakan kedamaian, keamanan serta berjiwa patriotik, dengan mudah mempercayai persepsi yang dibentangkan oleh Mat Amin. 

Rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dalam menjaga keselamatan negara dengan turut memantau perkembangan dalam medium internet seperti portal, blog, laman bual serta media lain, supaya dapat mematahkan percubaan ajen dan penyokong komunis menimbulkan salah faham di kalangan golongan belia agar tidak tersesat jalan. 

Kita tidak mahu mereka sampai memuja fahaman komunisme kerana dibiarkan terpengaruh dengan blog yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak mahu sebarang percubaan fahaman komunisme bertapak kembali di bumi Malaysia yang aman makmur. Jangan dibiarkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam itu meresap ke dalam pemikiran masyarakat kita. 

Kita jangan lupa bahawa PKM bukan sahaja menggugat keselamatan negara dengan membunuh dan mencederakan ramai orang awam dan anggota pasukan keselamatan dalam usaha mereka untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu, mereka juga cuba memusnahkan segala kemajuan yang sedang diusahakan oleh kerajaan untuk rakyat.

Pengganas komunis telah mensabotaj pembangunan negara dengan memusnahkan jentera-jentera Jabatan Kerja Raya yang sedang membina Lebuh Raya Timur Barat di utara negeri Perak pada 23 Mei 1974. 

Pengganas komunis juga telah meletupkan landasan kereta api, menyerang kereta api yang lalu, dalam beberapa kejadian di Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. Semasa darurat, semua laluan kereta api di Pantai Barat dan Timur di Tanah Melayu,dikawal oleh pasukan keselamatan yang mengiringi semua perjalanan kereta api dengan menaiki Armoured Wickham Trolley yang kalis peluru. 

Dengan kehadiran anggota pasukan keselamatan dalam Armoured Wickham Trolley telah mengurangkan ancaman serang hendap pengganas komunis terhadap kereta api dan rakyat dapat bergerak dengan bebas. 

Semua rakyat negara ini mesti mengiktiraf peranan semua anggota pasukan keselamatan yang sejak dahulu lagi rela berkorban darah, keringat dan air mata demi menentukan negara Malaysia kekal aman, damai dan sejahtera.

Hutang darah yang tertumpah di bumi Malaysia angkara kekejaman dan keganasan gerila komunis masih belum terbayar. 

Keluarga pasukan keselamatan yang terkorban ketika era Darurat hingga kini masih terasa kehilangan ayah, abang dan saudara mara yang tercinta. 

Ramai mereka yang cedera masih trauma dengan kehilangan anggota mereka. Malah terdapat seorang pegawai yang terputus kaki semasa operasi menentang pengganas komunis akibat terpijak jerangkap samar, kini masih berkhidmat dalam Tentera Darat. Hormati dan kenanglah pengorbanan, jasa dan khidmat bakti mereka untuk negara Malaysia tercinta.
 
Sumber: Jawa paradok