Thursday 1 March 2012



RACUN DAN UBAT PADA SEEKOR LALAT
Tsetse_fly



Rasulullah S.A.W telah bersabda “Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kamu,maka celupkanlah ia,kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya” (Hadis riwayat Bukhari,Ibn Majah dan Ahmad)

Diantara mukjizat kenabian Rasulullah S.A.W dari aspek perubatan yang harus di tulis dengan tinta emas oleh sejarah perubatan adalah alat pembuat sakit dan alat pembuat ubat pada kedua dua sayap lalat sudah baginda S.A.W ungkapkan lebih 1400 tahun yang lalu sebelum dunia perubatan berbicara mengenainya lagi.

Penyebutan lalat pada hadis itu adalah bahawa air tetap bersih dan suci jika dihinggapi lalat pembawa bacteria penyebab penyakit kemudian kita celupkan lalat tersebut agar sayap pembawa ubat (penawar) pun tercelup ke dalam air.





 Percubaan ilmiah kontemporari pun sudah dilakukan untuk merungkai rahsia disebalik hadis berkenaan.Percubaan ini dilakukan untuk membuktikan keistimewaan yang terdapat pada sayap lalat.Dimana satu sayap mengandungi racun sementara yang satu lagi mengandungi penawarnya.

Tahukah anda bahawa tempat tumbuhnya bekteria pembawa penyakit dan penawarnya hanya berukuran sekitar 20:25 milimikro.Sementara tempat memproduksi zat sejenis enzim yang sangat kecil dinamakan Bakter Yofaj.Maka harus di celup keseluruhan badan lalat tersebut agar keluar zat penawar bacteria tersebut.
Dr Ammmin Ridha Pensyarah Penyakit Tulang dari Universita Iskandariahtelah melakukan kajian tentang ‘hadis lalat’ ini dan menegaskan bahawa   di dalam rujukan rujukan perubatan masa silam ada penjelasan tentang berbagai penyakit yang disebabkan lalat.
Pada zaman sekarang pakar pakar yang telah hidup berpulah tahun baru dapat merungkai rahsia ini.Pada hal telah dibongkar maklumatnya sejak dahulu.Iaitu sejak lebih kurang 40 tahun yang lalu mereka menyaksikan dengan mat kepala mereka sendiri ubat berbagai jenis penyakit yang kronik adalah dengan lalat.
Berdasarkan hal ini jelaslah bahawa ilmu pengetahuan dalam perkembangannya telah menegaskan dalam penjelasannya dalam teori ilmiah sesuai dengan hadis yang mulia ini.Dan mukjizat ini telah dikemukakan semenjak zaman Rasulallah S.A.W lagi.Sebelum para pakar perubatan merungkaikannya baru baru ini.

No comments:

Post a Comment