Tuesday 25 June 2013

HOBI BARU YANG MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA ANAK ANAK


Ni le hobi teman yang mendapat sokongan dari anak anak teman.Teman suka mengumpul pelbagai jenis pen.Hobi yang tak mahal dan mampu teman buat.Sekarang ni bilangan pen yang telah terkumpul menghampiri 50 batang pen.

Teman sentiasa mendapat sokongan dari keluarga teman.Anak anak sentiasa menghadiahkan teman pen setiap kali balik dari jalan or mewakili sekolah.Terutama bila da pen dijadikan cenderamata.

Dulu hobi teman  mengumpul mata wang lama dan mata wang luar.Tapi sebab kosnya yang agak tinggi,maka teman terpaksa stop.Tapi masih teman simpan mata wang tu.Terutama wang Iran zaman Shah Iran,Wang Iraq zaman Saddam Hussien  dan juga wang syiling $1 Malaysia tahun 1971 yang pernah ditawarkan dengan harga yang tinggi.

Ini sebahagian daripada koleksi pen yang teman ada.























No comments:

Post a Comment