Wednesday 5 November 2014

GERAKAN LIBRERALISME DAN PLURALISME


Bahan ilmiah yang cukup baik untuk dihayati bersama, oleh tulisan sahabat saya Ustaz Muhammad Atiullah ttg Gerakkan Liberal agar kita sedia maklum rancangan jahat musuh terhadap ummat ini..

Gerakan Liberal dalam Post-Islamisme

Sungguh mengejutkan pendedahan Mustafa Akyol (2012:81) mengenai hasil kajian “Liberal Turkish’’ pada 2006 mendapati bahawa tuntutan masyarakat Turki agar kembali kepada syariah menurun dari 21 peratus kepada 9 peratus dalam tempoh tujuh tahun sejak Islamic Calvinist diperkenalkan. Islamic Calvinist adalah golongan yang menumpukan nilai dan kesufian tetapi mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Golongan ini ditubuhkan untuk mengambil alih kekuasaan Parti Refah sehinggalah Parti AKP menaiki tangga politik pada 2006.

Kajian tahun 2006 ini jugalah, kehendak masyarakat Turki kepada undang-undang rejam menurun kepada satu peratus sahaja. Malah, idea jihad medan perang sudah bertukar kepada jihad ekonomi, selera tulisan-tulisan pembaca novel pun telah beralih arah dari citra Islam kepada kebejatan moral sekular. Lebih teruk dari itu lagi, kem Islamis turut mengkritik budaya Islam dan beralih kepada bentuk hidup Muslim yang individualistik, serta mengubah arah dari citra ketaatan kepada agama kepada citra kebebasan. Inilah suasana yang golongan Liberal Turki rancang bagi menyediakan AKP sebagai Islamis mengambil pentadbiran kerajaan.

Gerakan Liberal memang sah perancangan antarabangsa. 

Kini, gerakan Liberal ini pula mengemukakan satu gerakan baru sebagai langkah antarabangsa. Satu tesis berjaya dihasilkan bagi mengetengahkan neoliberal antarabangsa, pascamodenisme dan kepelbagaian budaya kepada AKP yang ditulis oleh Ozcetin bagi mendapatkan doktor falsafah di Middle East Technical University pada 2011. Tidak hairanlah, Akyol menyebut (2012: 70, 77) golongan pembangkang menjadi rakan sekular-liberal kerana sekular-liberal gagal dipertahankan oleh pemerintah. Beliau mencadangkan mengubah wajah Islamisme kepada post-Islamisme.

Pandangan Akyol (2012; 77-78) bukanlah bersandarkan kepada pandangan Asif Bayat sendiri yang berbicara mengenai sosial, politik dan hak. Beliau bukan bersandarkan pandangan Roy dan Kapler mengenai kegagalan Islamisme membuka ruang baru dimensi politik moden dan menghalang pemikiran radikal. Beliau lebuh jauh mengheret pandangan post-Islamisme kepada bentuk liberal iaitu Islam adalah serasi dengan demokrasi, sekular, kapitalisme, hak asasi manusia dan nilai-nilai Barat. Kesemua idea ini diaduk dalam Post-Islamisme yang pernah dicanang oleh Institute Renaisance Front (IRF) oleh pengerusinya iaitu Ahmad Farouk.

Kegiatan Liberal ini adalah selaras dengan keinginan Barat

Alain Roussilon (2006: 378) menyatakan Barat tengah menunggu dan mendesak Framework Post-Islamisme di segerakan. Bentuk Post-Islamisme yang diinginkan adalah menolak pemikiran radikal Islam, lebih mirip kepada pemikiran Protestan Kristian atau pemikiran liberal Muslim, perwatakan masyarakat Muslim yang lebih moderat dan yang paling penting adalah bagi menolak idea Negara Islam dan perlaksanaan syariat Islam. Kandungan Islam Liberal ini sudah berjaya dimuatkan dalam post-Islamisme oleh Husnul Amin (2010) dalam disertasinya yang bertajuk “From Islamism to Post-Islamism”.

Tanpa syak lagi, terdapat desakan dari pihak Barat dan Liberal Turki bagi mengetengahkan Islam Liberal dalam Post-Islamisme. Persoalan yang timbul adalah mengapakah mereka mendesak Post-Islamisme disegerakan? Adakah kerana kegagalan Kamalisme di Turki, Jamal Abdul Nasir di Mesir dan Ben Ali di Tunisia mengekalkan hegemoni Sekular? Adakah Liberal dan sekular tidak lagi mampu berdepan mengetengahkan idea dan gerakan agar diikuti masyarakat dunia Islam. Atau adakah Post-Islamisme adalah citra menukar wajah Islamisme kepada mesra liberal dan sekular selepas menyedari sekular dan liberal sudah tiada tempat di hati umat Islam? 

Hanya dua negara yang berjaya menukar citra Islamisme kepada post-Islamisme iaitu di Turki dan Tunisia. 

Di Turki, regim tentera Turki yang beraliran Sekular telah menahan Erdogen selama setahun kerana dikaitkan dengan parti Refah. Apabila keluar dari penjara, Erdogen terus menyebut agar memberi peluang kepada demokrasi dan liberal menyalurkan kepada masyarakat satu suasana menikmati lebih kebebasan. Masyarakat merasai sendiri kebebasan ini di bawah pentadbiran AKP berbanding Refah yang dilihat sebagai Islamis. Ideanya, demokrasi Barat adalah lebih bebas dari Turki lalu mengajak ke arah demokrasi bebas. AKP dengan bantuan Kemalisme berjaya membuat tekanan sehingga demokrasi Turki berjalan dengan baik. Ini memberi impak baik kepada AKP untuk terus berkuasa.

Di Tunisia pula, gerakan post-Islamisme telah lama dan awal. Kenaikan Rashid Ghanoushi membuka lembaran kepada puak sekular agar bersama-sama dengan Islamis. Ruang ini telah membuka lembaran post-Islamisme di ketengahkan. Malah, CSID yang merupakan pusat kajian sekular dan liberal telah berjaya dibawa ke dalam pentadbiran Rashid Ghanoushi yang mengetengahkan idea demokrasi, ekonomi bebas dan hak masyarakat sivil.

Kejayaan post-Islamisme di Turki dan Tunisia sedang diaplikasikan di dunia Islam. 

Negara-negara yang sedang giat dimomokkan dengan Post-Islamisme adalah Mesir, Yaman, Pakistan dan Malaysia. Baki negara-negara Islam yang lain sedang diusahakan. Sebagai contoh, parti Wasat sedang dinaikkan atas nama Post-Islamisme padahal parti ini adalah berhaluan sekular yang pro-General al-Sisi. Atas tujuan inilah, Akyol telah membentangkan kertas kerjanya di Kaherah, Mesir yang bercerita pengalaman Turki menghadapi Islamisme. Justeru, tidaklah pelek, bekas pimpinan Ikhwan Muslimin yang dibuang keahliannya iaitu Kamal Helbawi telah bersama bersekongkol dengan pemerintah Mesir bagi menghidupkan post-Islamisme. Dengan harapan, keinginan masyarakat Mesir terhadap syariat akan menurun.

Golongan Liberal dan Barat sudah mengetahui bahawa ideologi Sekular dan liberal sudah gagal. Kini, mereka menggerakkan dua ideologi ini dengan penjenamaan baru. Jikalau mereka menggunakan ideologi Sekular dan Liberal bagi berhadapan dengan pencinta syariat Islam, seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sudah mengetahui jawapan-jawapannya dalam karya-karya ulama sejak kurun ke 20 lagi. Cuma yang tinggal adalah garapan dari anak-anak muda Islam dan menanti kebangkitan semula para pemikir dan cendekiawan abad ke 20 ini mengemudi perjuangan di awal era abad ke 21 ini agar terus berhadapan idea baru liberal iaitu post-Islamisme.

Rujukan

Akyol, Mustafa. 2012. The Turkish Model. Cairo Review, 4/2012.

Roussillon, Alain. 2006. Waiting for Post-Islamism

Dari FB Muhammad Atiullah

SUMBER : BLOG CELAH GELEGAR

No comments:

Post a Comment