Tuesday 15 July 2014

APA PANDANGAN PALESTINE TERHADAP MALAYSIA?

Malaysia Sentiasa Di Belakang Palestine
Dulu sewaktu Allahyarham Yasser Arafat terkepung di pejabat beliau di Ramallah.
Allahyarham dikepung di pejabat beliau lebih dari sebulan oleh tentera Zionis dengan bekalan ubatan serta bekalan makanan beliau di sekat secara menyeluruh dan bekalan air juga di sekat rejim zionis (di percayai pada masa inilah zionis meracun saluran air dengan asid arsenik bagi membunuh Allahyarham).
Di waktu beliau sudah betul-betul terdesak dengan keperluan ubat-ubatan dan bekalan makanan, beliau secara tiba-tiba menghubungi TUN DR MAHATHIR untuk meminta bantuan sedangkan Arwah sedar Tun berada lebih 8,000km dari Ramallah. Menerusi panggilan berkenaan beliau meminta Tun membantu beliau dalam melonggarkan kepungan zionis ke atas beliau setelah utusan arwah gagal dalam membincangkan kelonggaran berkenaan dgn PM Israel pada masa itu,Yizhak Rabbin.
Tindakan pertama Tun pd waktu itu, beliau menghubungi Setiausaha Agung PBB pd masa itu, Koffi Annan dalam membentuk meyuarat luar biasa badan berkenaan dalam usaha menghentikan pengepungan ini. Hasilnya atas inisiatif Tun maka PBB menerusi proksi israel di PBB, United States berjaya membuatkan tentera zionis berundur dari Ramallah.
Sewaktu pertemuan terakhir Allahyarham dengan Tun, Tun ada bertanya kenapa mesti dirinya yang di hubungi sedangkan begitu ramai pemimpin asia barat yang Arwah boleh hubungi. Maka jawapan Arwah yang masih saya terpahat di kepala sehingga kini.
"Dalam ramai-ramai pemimpin islam di dunia tiada seorang pun mampu menjadi seperti anda. Andai ada satu jawatan Khalifah dunia islam sesungguhnya anda paling layak kerana tiada seorang pun dari pemimpin islam mahupun asia barat mampu bertindak seperti anda. Hosni Mubarrak menutup sempadan Rafah. Basyar al Assad terlalu muda untuk membantu dan paling teruk Bukit Golan sehingga kini masih gagal ditakluk. Khalifah-khalifah di Arab Saudi, Qatar, Bahrain mahupun Saddam hussin juga tak mampu untuk membantu walaupun Saddam Hussin membantu pejuang kami dalam menyeludup senjata"
Lihatlah betapa percayanya Allahyarham kepada Malaysia dlm membebaskan beliau dari kepungan rejim. Lebih mengharukan sewaktu saat-saat terakhir Arwah, Arwah sempat berpesan pada isterinya
"Sampaikan salam ku pada saudaraku di Malaysia. Pesan kepada sesiapa pun selepas ku di Palestin mahupun di Gaza, pohonlah pertolongan dengan kepimpinan Malaysia kerana mereka akan bertindak jauh lebih pantas dari mana-mana negara islam yang ada di tanah Arab"
Jadi adalah tidak menghairankan jika kita lihat dari hubungan rapat Mahmud Abbas serta Ismael Haniyeh dengan barisan kepimpinan Malaysia terutama para Perdana Menteri selepas era Tun Dr Mahathir Mohamed
Semoga rohmu tenang di pangkuanNya wahai Yasser Arafat
Al Fatihah....

No comments:

Post a Comment