[Gambar] GEMPAR : Terowong Dalam Pembinaan Runtuh Di Bukit Bintang
Sebuah terowong yang masih lagi dalam pembinaan menghubungkan Jalan Pudu
dan Jalan Imbi bersebelahan bekas Penjara Pudu runtuh pagi ini.
RapidKL dalam laman Twitternya memberitahu operasi Monorel antara Stesen
Hang Tuah & Stesen Imbi digantung sementara waktu bagi menjamin
keselamatan awam. Pengguna hanya boleh menggunakan khidmat Monorel
antara Stesen KL Sentral - Hang Tuah & Stesen Titiwangsa - Imbi
sahaja.
Pihak RapidKL juga turut menambah bahawa laluan bas di kawasan berkenaan telah terjejas dan laluan terpaksa dilencongkan.
Berikut bas² yang terlibat.
Untuk makluman bersama, laluan Monorel & Bas RapidKL di atas
terowong yang runtuh tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya,
berkemungkinan lebih 100,000 orang pengguna perkhidmatan awam akan
terjejas sehingga lewat petang ini.
Sama² kita berharap agar laluan ratusan ribu pengguna di Kuala Lumpur ini akan kembali pulih seperti biasa dengan segera.


Sila ikuti perkembangan semasa operasi Monorel di laman twitter rasmi mereka @MyRapidKL
No comments:
Post a Comment