Monday 15 October 2012

DATO' SAGOR



Dato Sagor adalah panggilan kepada Ngah Kamdim yang bergelar Datuk Sri Agar Diraja,Orang Kaya delapan Perak.Walaupun diputerakan di Kampong Gajah, Perak tetapi pada usia mudanya beliau berhijrah ke Larut dan mengusahakan lombong bijih timah bersama-sama Che Ngah Ibrahim.Hasil  usahanya,Ngah Kamdim menjadi orang kaya.Oleh itu beliau dikurniakan gelaran "Datuk Sri Agar Diraja"

Beliau mempunyai 9 orang anak iaitu Long Mabu,Alang Siap,Uda Bidah,Itam Jailah,Anjang Abdullah,Teh Nasa,Mat Dagang,Kulup Satar dan Alang Ismail.Walaupun Dato Sagor meninggalkan ramai keturunan, tetapi diantara yang menonjol dalam kerajaan Negeri Perak ialah keturunan Teh Nasa.Anak ke 2 Teh Nasa iaitu Safiah melahirkan 4 org anak iaitu Hamzah,Ngah Mutalib,Hajah Rahmah dan Mohd Abas.

Mohd Abas yang bergelar Datuk,adalah pemimpin masyarakat yang terkenal di Perak.Beliau menduduki kerusi wakil rakyat selama 3 penggal iaitu sepenggal sebagai Ahli Dewan Rakyat kawasan Hilir Perak dan 2 penggal sebagaiADUN kawasan Hutan Melintang.Anak saudara Mohd Abas iaitu Tan Sri Ramli bin Ngah Mutalib pernah menjadi Menteri Besar Perak,Timbalan Menteri Pengangkutan dan Speaker Dewan Rakyat.

No comments:

Post a Comment