Monday 8 October 2012




KONVOI BERMOTORSIKAL


KONVOI BATU GAJAH – TAIPING – PARIT BUNTAR
TARIKH : 06 OKTOBER 2012
MASA : 07.00 AM – 10.00 PM


Best…….. memang best.Semua yg pergi setuju menyatakan konvoi kali ni memang best.

Seramai 11 org penunggang menyertai konvoi kali ni.Terdiri daripada guru,kakitangan dan bekas murid SMK Dato Bendahara CM Yusuf,Tg Tualang.Teman bersiap sejak pukul 7 pagi lagi dan berada di depan sekolah CM Yusuf menunggu Zarul untuk sama-sama bergerak ke rumah Rizal yang menjadi tempat pertemuan sebelum bergerak ke kedai Cikgu Khairul Bariah untuk sarapan pagi.


Sampai di kedai cikgu Khairul,kami makan dulu sebelum menetapkan arah tujuan yang sebenar.Ini kerana kami  merancang untuk ke Cameron Highlands atau ke Taiping.Akhirnya kami membuat keputusan untuk ke Taiping kerana cuaca yg kurang baik untuk ke Cameron Highlands


.
Lepas makan kami bergerak ke tempat tujuan.Tapi sebelum tu kena le isi minyak motor dulu di Simpang Pulai.Semua motor mengisi minyak penuh tangki.Teman da bawa botol untuk tambahan minyak.Maklum motor yang teman guna cuma motor Modenas Kriss 100 je.Kami pegi ikut lebuhraya je.Senang dan cepat.
Kami sampai sana,terus singgah ke stesyen minyak untuk isi minyak.Teman pun tambah juga minyak.Siap semua kami bergerak ke Muzium Ngah Ibrahim.Masa kami sampai,org tak ada yang melawat.Kami dikira beruntung kerana diberi penerangan oleh seorang pegawai muzium berkenaan.Penerangannya begitu detail.Terima kaseh teman ucapkan padanya.Maaf le,teman lupa namanya.




Kemudian kami nak pegi Hutan Paya Bakau kat Kuala Sepetang.Tapi belum sampai dah kena ujan.Nasib baik boleh berteduh kat kedai makan.Alang alang berteduh kat kedai makan jadi kami pun makan le.Pa lagi kami pun pesan le makanan.Pa lagi makanan yg popular kat Kuala Sepetang kalo bukan Mee Udangnya.Power weh….Mee Udang Biasa harga dia RM6.00 je.Tapi udang dia da 7-8 ekor semangkuk.Besar  pulak tu.Tapi teman order Nasi Ayam je sebab teman tak makan udang.Kedai yang kami singgah tu namanya Kedai Mak Teh.


Lepas makan dan ujan dah berenti kami kluar nak ke rumah kawan teman di Parit Buntar.Kawan masa sama-sama kursus dulu.Teman tepon dan dia kata datang le, dia tengah masak untuk kami semua.Memang teman dah bagitau awal kat dia.Kami p sana ikut lebuhraya dan kluar susur Bandar Baru.Kira kami masuk negeri Kedah le.Tapi sebelum tu kami cari masjid untuk sembahyang Zuhor dulu.Lepas sembahyang baru bergerak ke Parit Buntar.


Tiba kat Bandar Parit Buntar teman tpon Suhaili (member teman tu) untuk amek kami.Dia datang dengan motor dan bawa kami ke rumahnya.Rumahnya dalam bandar Parit Buntar juga.Rumahnya besar,rumah kembar 2.Siap taman lagi kat tepi rumah.Kami dihidangkan dengan minum dan makanan ringan sementara menunggu Isteri dia siap masak.Bila siap masak kami dihidangkan dengan nasi dengan pelbagai lauk pauk.Antaranya ikan goreng,ikan masin goreng,kerabu mempelam,sayur masak lemak,udang dan sotong masak pedas dan masak asam keladi.Da juga tembikai tabor asam bol.Kami semua makan semahunya.Makan sampai kenyang.




Cadang mulanya nak balik pukoi 4 petang,tapi terlajak sampai pukoi 5 lebeh baru bergerak nak balik.Terima kaseh Suhaili dan keluarga.Layanan dari mike memang terbaek.Terima kaseh sekali lagi.

Kami bergerak balik selepas isi minyak kat Parit Buntar.Kami hanya berhenti kat RnR Sungai Perak untuk beli buah-buahan untuk dibawa pulang.Maklum yg kat rumah tu ada anak-anak yang setia menunggu.Nanti kalo kosong je cian pulak.Jadi teman beli le buah langsat 2 kilo.Lama juga kami kat situ sebalum meneruskan perjalanan ke Batu Gajah.Kami singgah kat susur keluar Simpang Pulai untuk Solat Magrib sebelum terus ke Batu Gajah.


Di  Batu Gajah kami rilex kat kedai mamak sambil minum dan makan roti canai sebelum masing masing bergerak balik ke rumah.Da yang ke Tg Tualang,Kampar,Malim Nawar,Batu  8 dan Kg Gajah.



Alhamdulillah……. semuanya selamat dan menggembirakan.Semoga len kali kita dapat berkonvoi lagi ketempat lain.Dah da rancangan nak ke Pulau Pinang dan bermalam di sana.Bagus juga tu.Tapi bila nak pegi,ntah le.


SEMOGA KITA DAPAT BERKONVOI LAGI





No comments:

Post a Comment