Monday 15 April 2013

APAKAH BENDERA YANG DIPASANG ATAU DIGANTUNG ATAU DINAIKKAN DI RUMAH ANDA?


Sekarang ini demam Pilihan Raya ke 13 sedang hebat melanda seluruh negara yang bernama Malaysia.Sana sini orang hebuh bercerita mengenai pilihan raya. Siapa pilihan anda? Teman ada pilihan teman.Begitu juga anda semua.Semua inginkan parti anda menang.Teman juga begitu.Anda semua akan tahu siapa parti piihan teman bila teman bagi gambar benderanya nanti.Jangan anda semua terkejut.Masing masing dengan parti masing masing.Semua yakin akan menang.Baik parti kerajaan mau pun parti pembangkang semuanya kata mereka yakin akan menang.Jadi siapa yang akan kalah?

Memang diakui tak ada siapa yang nak kalah.Siapa yang tak nak menang.Semua orang nak menang.Juga setiap parti yang bertanding tentu mempnyai keyakinan untuk menang atau paling kurang 50-50 baru mereka meletakkan calon mereka.Kalau mereka yakin yang mereka akan kalah,mereka tak akan meletakkan calon.Itu sebab DAP tidak akan letak calon di kawasan majority pengundinya Melayu dan PAS tidak akan meletakkan calonnya di kawasan majority pengundinya Cina.Cuma ada 2 parti saja yang mampu meletakkan calon di kesemua tempat jika bangsa pengundi di ambil kira.Parti itu ialah Barisan Nasional dan PKR.

BN boleh meletakkan calonnya kerana ahli gabungannya terdiri daripada semua bangsa.Sementara PKR pula kerana ahli yang berbilang bangsa.Tapi 2 lagi parti utama Malaysia tidak mampu berbuat benda yang sama kerana perjuangan dan sejarah yang membataskan mereka untuk berbuat demikian.

Jika anda nak tau mana pilihan teman,maka inilah pilihan teman.Teman pasti dengan plihan teman.Tiada siapa boleh mempertikaikan.Ini hak teman.









 
Semua puas hati?Teman puas hati.Orang lain sibuk pasang bendera parti.teman sibuk pasang bendera Malaysia negara kesayangan teman.Banyak tu cukup kot.Teman kurang budget nak pasang banyak.Bukan macam parti BN dan PR yang banyak duit.Teman ciput je.Tapi teman ada semangat.Harap semangat je le. Orang lain sibuk nak calon mereka menang teman juga nak menang tapi teman nak Malaysia yang menang.Buat apa parti menang tapi Malaysia kalah.Buat apa calon kita menang tapi Malaysia kalah.Kalah dalam hal ini ialah apabila negara yang kucar kacir,rakyat memberontak,eonomi merundum,kesepakatan rakyat hancur dan pelbagai lagi yang negetif berlaku dalam negara.Mana lebih penting, calon menang negara hancur atau calon kalah negara aman? Memang kita nak calon menang negara aman.Jadi sama sama kita fikirkan . Teman dah tetap pendirian untuk mengundi calon teman.teman harap calon teman menang.

“MALAYSIA TANAHAIRKU YANG TERCINTA.”

No comments:

Post a Comment