Monday 8 April 2013

MENIKMATI KEINDAHAN LATA SAHOM


Pada penghujung tahun lepas,teman ada pergi ke Sahom berhampiran Kampar.Teman pergi ke kebun buah buahan kepunyaan kawan teman.Teman pergi dengan Abg Rahim (tuan punya kebun)dan Rizal.

Di kebun Abg Rahim kami ambil buah dokong.langsat,durian dan duku langsat terengganu.Banyak yang kami ambil.Memang banyak pokok buah buahannya dan pelbagai jenis pula tu.

Bila bab panjat pokok ni teman boleh panjat tapi teman gayat.Jadi terpaksa le tuan tanah yang panjat.Memang handal Abg Rahim dalam bab memanjat ni.

Tapi sebenarnya bukan hal buah yang teman nak cerita ni,tapi hal tempat mandi yang teman nak ceritakan.Teman lupa nak tanya apa nama tempat tu.Jadi teman bubuh je le namanya Lata Sahom.Tempatnya memang cantik.Airnya jernih.sejuk dan penuh dengan pokok di kira kanan tebing.Sejuk mata memandang.Kalau bawa keluarga tentu best.Anak anak boleh mandi sebab airnya tak dalam dan kuras deras airnya mengalir.Tapi ada juga tempat yang airnya deras.Kena pandai pilih tempat yang sesuai le.Jangan le tempat yang bahaya pun nak masuk.Tu kira cari nahas dan menempah bala namanya.

Ni teman sertakan beberapa keping gambar yang sempat teman ambil semasa berada di Lata Sahom aritu.Kome tengok le.Best ooooo

 Salah satu tempat yang agak deras airnya

 Tempat yang sesuai untuk anak anak mandi


 Rizal yang berbaju biru dan Abg Rahim disebelahnya

 Kawasan yang berair deras.Merbahaya tempat ni.

Tempat yang boleh mandi tapi kena hati hati sebab depan tu bahaya.

No comments:

Post a Comment