Monday 15 April 2013

APAKAH MAKNA CINTA,KASIH DAN SAYANG PADA ANDA


Kalau kita dicintai dan mencintai seseorang,maknanya kita berharga dan bernilai dimata.Walaupun demikian harus diiangat bahawa cinta atau kasih itu berbeza makna,erti dan nilainya.Peribahasa Melayu ada menyebut “Kasih ibu kasih sahaja (iklas),kasih bapa menurut kata,kasih saudara sama berada,kasih orang ada sebabnya”Seorang ahli politik pernah berkata  “Hanya politik yang bertempat dan berwaktu.Kasih dan cinta manusia tidak”Syauqi Bay penyair Mesir mentafsirkan ”Cinta atau ungkapan I Love You itu tidak lebih dari enam babak iaitu:

1.      Saling memandang
2.      Berbalas balas senyaum
3.      Bertegur sapa
4.      Berbicara
5.      Berjanji
6.      Bertemu

Kalau kita telah berumah tangga, ertinya kita telah menyempurnakan rukun hidup.Sejak manusia hidup,rumah tangga adalah pusat kesenangan dan laksana taman bahagia.Perasaan sebagai seorang ibu dan ayah banyak menimbulkan rasa bahagia di dalam diri mereka.Perjalanan hidup yang tenang bersilih ganti dengan gelombang, kadangkala hidup bagaikan rebut, kadangkala berhembus tenang.Keadaan inilah yang akan mematangkan seseorang dalam mengharungi kehidupan berkeluarga.Islam menjadikan rumahtangga sendi atau asas pertama berdirinya suatu bangsa ataupun suatu agama.

Sesungguhnya hidup dan kehidupan itu melalui empat zaman iaitu;

1.      Zaman Kanak kanak
2.      Zaman Remaja
3.      Zaman Dewasa
4.      Zaman Tua

Ada pendapat yang menyatakan bahawa saat saat bahagia yang kita lalui adalah zaman kanak kanak,saat memulakan hidup berumahtangga dan bagi orang yang beriman dan kuat beramal ialah masa saat kita kembali ke alam baqa.Bagaimana pula dengan kita ini,Bilakah kita merasa bahagia?Masa dapat gaji?Masa naik pangkat? Atau yang mana?






Di sini teman serta beberapa mutiara kata mengenai kehidupan.


.        Tujuan hidup itulah yg menentukan nilai hidup,bukan berapa lama hidup yang digunakan.

2      Iman adalah kekuatan hidup.

         Orang yang mahu hidup harus tahu bagaimana meninggalkan dunia yang fana ini.

          Agama difikirkan dengan ilmu dan ilmu diberi jiwa oleh agama

          Hina di dunia tidak berharta, hina disisi Allah kerana tidak berilmu.

         Sudah menjadi kebiasaan dunia, manusia lebih tertarik oleh kecantikan daripada kebajikan.

         Kasihkan dunia itu punca segala kejahatan.

         Ilmu itu tinggi nilainya.Kita harus mencari ilmu dan bkan ilmu yang mencari kita.

         Lebih baik mati hangus terbakar bersama tanah air daripada hidup dibawah penjajah.

       Lelaki sebanarnya lemah,dalilnya wanita dicipta untuk membantu.

       Semangat dan keberanian adalah factor utama tanda seorang lelaki.

        Lebih baik kita dikalahkan daripada merasai kemenangan dengan jalan yang boleh memalukan kita.

        Orang yang sekali menipu kita,malulah dia.Orang yang dua kali menipu kita,malulah kita,


No comments:

Post a Comment