Monday 9 June 2014

BANTAH CARNIVAL NIGHT OUT DI LWOT - BATALKAN TERUS BUKAN TANGGUHKAN



CARNIVAL NITE OUT-KAMI MAHU DIBATALKAN BUKAN DITANGGUH !! SELURUH RAKYAT PERAK WAJIB BUAT LAPORAN POLIS UNTUK BANTAHAN

Oleh rmf
Setelah beberapa laporan pols dibuat oleh rakyat marhaen di Negeri Perak, Akhirnya kami  menerima satu berita yang agak mengembirakan berhubung isu Konsert Carnival Nite Out yang mana akan dihentikan . Oleh kerana saya berasa  was was dengan keputusan ini maka saya mengeledah beberapa blog untuk mencari beberapa maklumat berkenaan isu ini. 

Apa yang amat mengekutkan saya ialah bahawa Konsert ini hanya ditangguh sahaja pada satu tarikh iaitu 6-7 September 2014 bukan dibatalkan sepenuhnya. Sebagai rakyat perihatin terhadap negeri ini saya MEMBANTAH SEPENUHNYA PENGANJURAN KONSERT INI.

Walaupun apa juga alasan yang diberikan  PEMBATALAN KONSERT ini wajib dilakukan atau pihak penganjur memindahkan konsert ini di negeri lain tetapi bukan didalam Negeri Perak. Sesitiviti rakyat Negeri Perak tidak dijaga oleh MBI , Hanya mengejar keuntungan mereka membenarkan  konsert ini dijalankan didalam negeri ini.

Pada 7 Jun 2014 -Difahamkan bahawa JAIPK telah dimaklumkan tentang perkara ini sewaktu ditemubaual mengenai hal ini sewaktu berlangsungnya Street Dakwah di Gerabang Malam Ipoh. dan  jawapan secara ringkas diberikan

Dalam perbualan terjah ringkas ini JaiPk memang mengesahkan tentang program maksiat tersebut akan berlangsung di sebuah taman tema air di Tambun Ipoh. DiKhabarnya lebih 2ribu dipercayai orang islam dah mendaftar untuk menyertai program tersebut.  Lebih berat lagi program yang dikatakan peserta akan akan berpakaian mandi (bikini) akan dihidangkan dengan minuman arak.

Jawapan Ringkas oleh pihak JAIPK  hanyalah akan memantau  perjalanan  konsert ini. Bagi pendapat saya JAIPK bukan  Menghalang  konsert ini dilangsungkan.

JESTERU itu saya mendesak sepenuhnya kepada seluruh rakyat Negeri Perak agar membantah pengajuran konsert ini dilakukan didalam Negeri Perak yang tercinta ini. Bantahan ini  adalah berdasarkan amat Titah Duli Tuanku yang mana mahukan Negeri Perak dibawah pemerintahan baginda dilaksakan menurut  saranan agama Islam.
BpG9OF4IAAAmZLB


SUMBER :  BLOG RMF7

No comments:

Post a Comment